DENGAN NAMA ALLAH.....

Sunday, May 20, 2012

GEOFIELDCAMP: MENELUSURI ALAM BERSAMA AQ


"semoga Allah meredhainya...."

Seminggu lepas, dengan rasminya aku dah menghabiskan cuti sem aku yang sepatutnya bermesra bersama keluarga ke Pengkalan Hulu untuk Geofield camp yang merupakan salah satu subjek 4credit hour untuk semester 2nd year 2nd sem.

THE EARTH IS AWESOME!!!

Seperti sabda Allah dalam kitabNya,

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Al-Quran, Surah Al-Mu’min, ayat 57)


Tak boleh dinafikan kebesaran Allah, hanya dengan penciptaan bumi yang aku pelajari setakat ini, sungguh mendalam dan tiada ramai yang dapat memahami disebaliknya.


"Entah la, akak tengok gambar ni macam batu bodoh je.." kata housemate ku yang meneliti satu2 gambar geofield campku.


"E..mana ada, setiap gambar ni ada maknanya tersendiri taw.." balasku padanya.


Sempat juga aku dan rakan2 berkongsi ilmu geologi dengan lecturer AP Askuri yang lebih senang kami panggil Papa Askuri kerana sikapnya yang lebih kebapaan. Walaupun jam menunjukkan sudah lewat, sekitar pukul 1 pagi, namun aku dngan beberapa orang rakan tidak berganjak malah semakin ramai yang mendengar ceritanya. Sugguh menakjubkan terutama bila beliau relatekan AQ dengan kejadian alam. SubhanaAllah.


"Sebenarnya kejadian plate tectonic iaitu pergerakan kerak bumi di bawah gunung telah diceritakan oleh Allah dalam AQ. Di mana proses itu sangat perlahan dan mengambil masa yang lama." kata AP Askuri.


"Kamu ingat tak ayat AQ yang pernah saya bagi dulu pada kamu??" tanyanya padaku tentang perbincangan kami semasa fieldtrip tahun lepas di Kelantan (rujuk: link ni) di mana beliau berkongsi denganku satu ayat berkenaan field trip.


Aku terkejut dalam keramaian orang sambil kepala memusing kembali ayat yang dikongsi beliau.


"Ha..ingat2..ayat yang cakap yang kita ingat gunung tu tak bergerak tapi sebenarnya bergerak macam awan kan??" tanyaku inginkan kepastian sambil mencari AQ di dalam begku untuk dirujuk kembali.


"Ha..betul2..." jawabnya tersenyum dan meneruskan bercerita tentang plate tectonic tersebut.


"Dan engkau akan melihat gunung2 yang engkau kira tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti awan berjalan. Itulah ciptaan Allah yg mencipta dengan sempurna segala sesuatu. Sungguh, Dia maha teliti apa yang kamu kerjakan." (27:88)


Begitu juga, telah Allah sebutkan bahawa penciptaan gunung ganang untuk menstabilkan bumi ini, sebagai paku yang memasak bumi ini, Allahuakbar!


Jika diteliti dari segi geologi, memang benar apa yang dikatakanNya. Malah geologist Barat juga mengiyakan teori ini.


mountain root yang merupakan "paku" menjadikan gunung sebagai pasak bumi




Professor Siaveda, a world-renowned underwater geologist, made the following comment in reference to the way that mountains have root-like stalks attaching them to the surface:


"The fundamental difference between continental mountains and the oceanic mountains lies in its material... But the common denominator on both mountains are that they have roots to support the mountains. In the case of continental mountains, light-low density material from the mountain is extended down into the earth as a root. In the case of oceanic mountains, there is also light material supporting the mountain as a root... Therefore, the function of the roots are to support the mountains according to the law of Archimedes.26"


Memang seperti dalam kalamNya..


"Dan Kami telah menjadikan di bumi ini gunung2 yang kokoh agar ia (tidak) guncang bersama mereka, dan Kami jadikan pula di sana jalan2 yg luas, agar mereka mendapat petunjuk." (21:31)


"Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan, dan gunung2 sebagai pasak?" (78:6-7)


Subhanallah!


"Kamu tahu kisah Nabi Luth di mana penduduknya dibinasakan dengan Allah menterbalikkan bumi?" tanya Ap Askuri kepada kami.


Kami semua mengangguk kerana cerita Nabi Luth dan kaumnya yang homoseksual sangat popular diceritakan, malah menjadi salah satu contoh silibus dalam SPM.


Tinggalan kaum Nabi Luth





“Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. Maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu belerang yang keras. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang meperhatikan tanda-tanda. Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia).” (15: 73-76)

“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.” (11: 82-83)



Dipetik daripada salah satu blog yang menulis tentang hal ini dari segi geologi, "link ini"


"Bersama dengan dasar dari retakan yang sangat lebar ini, yang persis me-lewati daerah ini, Lembah Siddim, termasuk Sodom dan Gomorrah, dalam sa-tu hari terjerumus ke kedalaman. Kehancuran mereka terjadi melalui se-buah peristiwa gempa bu-mi dahsyat yang mung-kin disertai dengan letus-an, petir, keluarnya gas alam serta lautan api.(13)
Malahan, Danau Luth, atau yang lebih dikenal dengan Laut Mati, terletak tepat di puncak suatu kawasan seismik aktif, yaitu daerah gempa bumi.
Dasar dari Laut Mati berdekatan dengan runtuhan yang berasal dari peristi-wa tektonik. Lembah ini terletak pada sebuah tegangan yang merentang antara Danau Taberiya di Utara dan tengah-tengah Danau Arabah di Selatan.(14)"


Seperti kataNya dalam kalamNya, "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (55:13)


Sebenarnya terlalu banyak kejadian alam yang boleh dikaitkan dengan AQ. Tulisan Harun Yahya mengenainya juga boleh didapati di sini, "link ini"


GEOFIELD CAMP: THE EARTH HAS TO BE DISCOVERED


Jadi, aku nak kongsikan apa yang aku buat sepanjang lebih seminggu di sana.


 Basically, pengembaraan mengembara alam ini melibatkan 5 jalan (2 jalan raya, 3 jalan sungai)


Penat? Sangat penat dan kulit juga terbakar dek kepanasan mentari.


Pacat, lintah, jatuh atas batu, kaki lebam dah macam satu kebiasaan kepada kami. Alahai~


Jadi, dalam kami mengembara alam dan memahami ciptaanNya, kami perlu membuat satu peta yang mengandungi struktur2 alam yang dikaji.


peta yang merangkumi sandstone,shale, slate dan lain2



kami juga perlu merangka/melukis kejadian alam yang didapati


Kejadian alam yang biasa dijumpai di tepi jalan tapi mengandungi maksud yang mendalam


InsyaAllah, kajian kami ini akan diteruskan untuk sem akan datang. Batu2 yang diambil akan dibawa ke makmal untuk dikaji dari segi mineral,kandungan,komposisi, bentuk dan lain2 untuk membuktikan hipotesis kami yang telah dibuat sepanjang kem tersebut.





Suasana dalam khemah (1 khemah, 12 orang -->sardin!)


Bersama ahli kumpulan meredah sungai
Di tepi jalan, mengambil bacaan strike-dip

Menelusuri sungai..

 
Malam terakhir,BBQ time!
Bersama ahli group di samping lecturer, Sir Jasmi.

Bersama technicians dan ahli kumpulan
 melawat border Thailand &shopping!
Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat kerana dipilihNya untuk mendalami alamNya. 

Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan pelajaran ini semester akan datang ini. insyaAllah.
 

Saturday, May 5, 2012

STUDY DOWN...

"semoga Allah meredhainya...."

Masa mula2 aku join tarbiyah,aku pelik la jugak,apsal la mereka2 yang berada di jalan ini, sentiasa bermasalah dalam study? Bagi aku, study tu penting kot, bila study down maksudnya seseorang tu tak faham tugas dia sebagai seorang pelajar di muka bumi ini.

Sampai la satu ketika....

Aku mengalaminya..

Sedih? Tipu la kalau aku tak sedih. Tak tahu la if ada orang gembira dengan study yang down,result jatuh menjunam, mungkin lagi teruk if kena panggil dengan lecturer atau kena tendang keluar universiti.

Bila mak aku excited tanya berapa CGPA aku dulu, aku rasa sebak.

Malu nak cakap kt mak aku yang aku tak dapat apa yang dia harapkan.

Masa aku call " Aku bagi taujih kt mak aku.. Aku cakap la yang aku tak expect pun high CGPA for this semester so if lepas 3 tu, syukur Alhamdulillah w/pun mungkin mak aku nak aku DL!"...Nak sedapkan hati aku n mak aku, aku cakap yg result tu adalah yang terbaik utk aku, petanda Allah suruh aku berusaha lebih kuat lagi utk semester hadapan!...

Bila aku dah ckp mcm tu, expection mak aku pun menurun even aku blom bagitahu result aku. Sebak la jugak aku nak cakap. Tapi,aku kena bagitahu gak kt mak aku result aku.

Dengan lafaz bismillah dalam hati, aku sebut CGPA aku kt mak aku.

Ada nada hampa kt hujung panggilan yang lagi buat aku sebak.

"Mama,next sem kakak blaja rajin2 taw..Sori if result ni tak berapa baik.." kataku.

"InsyaAllah.Mudah-mudahan mama doakan..harap sem depan lebih baik.."kata mama.

Aku tersenyum pahit. Berbaur lega sedikit dan bersemangat utk belajar.

Tiba-tiba roommate aku letak something kt meja aku..

"Ezan be strong! "

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Terus rasa bersemangat nak study (di samping berdakwah!)..

Malamnya lepas pergi ziarah, roommate aku buat surprise.

"Ezan, surprise! White coffee secawan akak buatkan, malam ni kita tak yah tido..kita study sampai esok pagi..Semangat!!!"

"Thanx kak. Study2!!"

"Kalau ada 'makanan yang menggembirakan' seperti cokelat, cikedis,mesti lagi menarik!"

"Haha..Ok2..saya turun bawah pergi beli.. Malam ni kita study!"

Bersengkang mata hingga esok pagi,itu rutin hampir seharianku dan dia.


Wednesday, April 25, 2012

FINAL EXAM

"semoga Allah meredhainya...."

Doakanku dalam exam yang akan bermula pada 3 Mei 2012 nanti. Semoga aku dan rakan2 seperjuangan baik di jalan dakwah mahupun di kelas,dipermudahkanNya untuk menjawab soalan peperiksaan.


dan jadualnya


Student Name :EZAN SAHIZZAH BINTI SAH NUDDIN
9:009:3010:0010:3011:0011:3012:0012:30


14:3015:0015:3016:0016:3017:00
Mon
Tue
Wed
Thu
Basic Arabic Communication for Non-Arabic Speakers
LCB2013 / LBB 2013 / LAB20133 May 2012
14:3017:30Main Hall (MH)

Fri
Sat
Sun



Student Name :EZAN SAHIZZAH BINTI SAH NUDDIN
9:009:3010:0010:3011:0011:3012:0012:30
014:3015:0015:3016:0016:3017:00
Mon
Clastic Sedimentology and Petrography
QAB20237 May 2012
9:0012:00LR 5&6, Level 1 Block B
Tue
Palaeontology and Stratigraphy
QAB10448 May 2012
9:0012:00Chancellor Hall (CH)
Wed
Seismic Methods
QAB20449 May 2012
14:3017:30Chancellor Hall (CH)
Thu
Geochemistry
QAB201310 May 2012
9:0012:00Main Hall (MH)
Fri



Selepas exam, aku dan rakan2 akan pergi "celebrate" di HUTAN PENGKALAN HULU utk field trip dari 11-20 May 2012.

Sudah 5 bulan tidak pulang ke rumah,sabar ye diri. Allah akan beri something yang kita tak tahu nnti. Percayalah.

Setiap minggu mama akan tanya, "Kakak, bila nak balik rumah? Minggu ni sibuk ye? Ada exam ke?Ada program ke? Ada kelas ke?"

Dan jawapan pendek aku "InsyaAllah,bila ada minggu free dan boleh balik,kakak bagitahu mama."

Mama dan aku menunggu "minggu free" itu. InsyaAllah, "minggu" itu akan tiba.

~walau jauh di mata,tapi dekat di hati. Hanya Allah yang mengetahui rasa ini. Kita merancang dgn cita-cita, dan Allah mengaturnya dengan cinta! ~

FAKE SMILE...

"semoga Allah meredhainya....".

Semalam, pas study kt IRC, library di UTP, tetiba aku rasa sedih. Entah lah. Mungkin sebab tertekan dengan banyak kerja sabah hari

Jam menunjukkan pukul 7.10malam, azan Maghrib akan berkumandang tak lama lagi. Aku cepat2 kemas buku dan berjalan seorangan ke tempat parking moto.

Di hadapan aku ada sebuah keluarga India yang bersiar-siar selepas anak mereka habis interview kt UTP hari ini. Kaki melangkah tanpa perasaan. Rungsing, perut memulas minta diisi pula.

"Hello!!!" sapa bapa keluarga India yang berselisih denganku sambil melemparkan senyuman

"Hello.." spontan bibirku membalasnya sambil tersenyum juga, tapi mungkin tidak semanis dan selebar dia.

Tak lama selepas itu,aku memandang isterinya dan anak lelakinya yang dah interview ni. Muka anaknya pandang aku macam "KO NAK SENYUM KAT MAK AKU JUGAK KE??"

Dan aku pun pandang muka dia dengan wajah "A,AH..SEBAB BAPAK KO DAH SENYUM KT AKU, AK WAJIB SENYUM KT MAK KO.NNTI KO INGAT AKU GATAL PLAK.."

Bila aku berselisih dgn maknya, terus ak merendahkan badan dan melemparkan senyuman lebih manis dan lebar dari yang pertama tadi.

Beberapa langkah aku melepasi mereka, tiba-tiba aku merasakan satu perasaan senang dan gembira perlahan-lahan menyusup ke jiwa.

Ya Allah..tiada kata yang mampu aku katakan saat kau mengasihi hambaNya yang amat2 memerlukan mu ini.


fake smile or real smile is still smile. May it will make us feel better ^_^

Friday, March 30, 2012

HEPI BUFDAY TO KAK NANA, MY BELOVED KAK IPAR =)

"semoga Allah meredhainya...."

To my kakak ipar, i knew dat i'm not as romantic as you or my brother, since i dunno what i should give to you on your D-day.

First n foremost, i'm so grateful to be ur adik ipar or should i call myself as mak cik Irfan, ur comel-giler son. Even we look different (of course la sbb kak nana cun giler. haha..), we always try our best to get along n find the chemistry btween us, make the bond stronger, eventhough i'm so busy wif my study and cannot go home for holiday n meet u n other family members.

I'm so hepi when mama called n told me that u come to Puncak Alam almost weekly and brings ur superb awesome and cute son. Mama excited jadi nenek kot! Hahaha..

Btw, thanx for accept us as ur family, apart of ur life. Hepi birthday again, and i hope dat Allah always bless u and ur family as well, get what u wish and Allah bless u with a lot of kids!

Send my regard to Abang Icam and Irfan Iskandar. =)

Wedding
wedding lagi


Ha..dah ada anak pun. =)

Irfan iskandar, mak cik ezan rindu kamu tahu tak??
Sekian. =)

Sunday, March 25, 2012

MAAFKAN AKU..

"semoga Allah meredhainya...."


Sometimes I feel lonely.
Sometimes I feel useless.

Pintu rumah dikuak luas. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang dan aku baru pulang dari Lab Seismic. Hari ini agak memenatkan, kelas seawal jam 8 pagi dan berakhir pukul 5.30 petang, tanpa henti kecuali 2 jam dari pukul 12-2ptg utk lunch dan solat zohor. Hari ini aku dan rakan sekelas melakukan experiment Wave di tengah padang yang panas perik. Dengan berpeluh-peluh dek panas mentari benar-benar menikam dan memenatkan.

Bilikku tiada orang. Roommateku masih belum pulang. Kunci bilik yang dikeychainkan di zip dompet dimasukkan dalam tombol pintu. Pakaian yang kuangkat tengah hari dan diletakkan di atas katil masih belum berlipat. Pakaian kotor dalam baldi di bilik air memanggilku untuk dibasuh. Meja belajar dipenuhi dengan nota-nota dan buku-buku rujukan subjekku. Beg diletak di ats kerusi dan aku terus ke tandas mengambil wuduk untuk solat asar. Dari jauh kudengar suara akhwat-akhwatku dari sebuah bilik berzikir memohon ampun padaNya. Semua solat berjemaah bersama-sama petang itu kecuali aku kerana pulang lewat dari kelas. Sejuk dan gembira hati melihat mereka semua dan berasa diri kerugian kerana tidak dapat bersama.

Selesai solat asar, aku lantas membuka emel. Ini antara detik-detik yang kurangku gemar dalam kehidupan seharian. Nafasku tarik dalam-dalam saat melihat gmail loading 97% di skrin laptopku. 20 hingga 30 emel bercahaya minta dibaca. Aku melihat tajuk satu persatu dan delete mana2 emel yang ku tak berminat. Membaca satu demi satu email memang mengambil masa. Kadang-kadang aku hanya membaca sesuatu emel tanpa memberi respon jika tiada idea dan tidak diminta urgent. Facebook di sign in untuk membaca notifications. Selesai membaca notifications, gmail dan facebook di tutup.

Jam menujukkan pukul 7 malam. Sebentar lagi dalam 30 minit, azan maghrib akan berkumandang. Pintu bilik dikuak dan kelihatan roomte sudah pulang. Senyuman dilemparkan.

"Baru balik? Ada kelas ke?" tanyaku berbasa-basi utk menghidupkan suasana bilik yang sunyi.

"Jumpa lecturer." jawabnya pendek.

Aku lantas melipat baju,mengemas katil dan meja belajarku sekadarnya.

"Malam ni akak pergi ziarah?" tanya roomateku tiba-tiba.

"Afwan, malam ni akak ada kelas. Pastu ada discussion utk presentation pagi esok." jelasku. Dihujung kata ada hembusan nafas yang berat. Sedih.

"Malam ni saya nak pergi makan dengan mad'u. Ada mana-mana akhwat nak join?"pertanyaan seorang akhwat dari luar bilik kedengaran.

"Saya!!!" sahutan akhwat lain.

"Malam ni saya nak pergi ziarah mad'u. Ada mana-mana akhwat nak join?"pertanyaan seorang akhwat lain pula kedengaran.

"Saya!!!" sahut akhwat lain termasuk roommateku yang terus keluar dari bilik menemui akhwat yang ingin pergi ziarah juga.

Selepas mandi dan menunaikan solat maghrib bersama akhwat2 lain, aku bersiap untuk pergi ke kelas Bahasa Arab dari jam 8-10 malam. Laptop dimasukkan dalam beg kerana selepas  itu aku akan ada discussion untuk pembentangan kumpulan pagi esoknya pukul 8 pagi.

Coffee secawan yang sempat dibancuh dihirup secepatnya sebelum ke kelas untuk mengelakkan aku 'syahid' di kelas. Dah jadi minuman seharianku gamaknya. Selepas kelas Arab, aku dan rakanku Afiqah menuju ke café Village 4 untuk menemui rakan sekumpulan untuk perbincangan pembentangan esok pagi.

"So,kalau dah siap, semua boleh send part masing-masing untuk aku print out dan tampal kt poster sekarang" arah Sheikh merangkap ketua kumpulan sambil menghidupkan printer yang dibawanya sekali.

Sambil menyiapkan part masing-masing, perbincangan dimulakan. Persoalan demi persoalan dilontarkan pada setiap orang untuk mengetahui perihal bahagian pembentangan masing-masing esok. Soalan yang diberikan oleh lecturer sangat susah. Sejujurnya, aku sendiri tidak mengerti apa yang akan aku bentangkan esok. 2 hari masa yang diperuntukkan untuk mencari bahan dan pembentangan memang tidak cukup, sementelah persoalan yang diberikan sangat kabur dan tidak difahami secara total.

 Masing-masing juga sepertiku, masih kurang mengerti bahagian masing-masing keseluruhannya. Namun, untuk menyerah dan berputus asa bukanlah cara yang baik. Nak atau tak nak, pembentangan perlu dilakukan esok. Jika konsep yang difahami bertentangan dengan lecturer, paling-paling kurang akan dimarah dan ditolak markah. Terima sahaja dengan redha andai itu takdirNya.

Tepat jam 1 pagi, bahagian masing-masing sudah disiap dan diprint out. Cuma ada beberapa bahagian belum ditampal dan diletakkan dalam poster kumpulan.

"Weyh, aku dan afiqah nak balik bleh tak? Dah pukul 1 pagi kot. Kitorg dah la jalan kaki. Perempuan pulak tu.." pintaku pada ketua kumpulan.

"Ala...part introduction dan conclusion tak tampal lagi." jawab ketua kumpulan yang memberi hint utk tidak memberi kami pulang buat masa tersebut.

"X pelah..biar kami buat part tu. Bagilah dorang balik. Kesian dorang." Rais, ahli kumpulanku membela.

"Hmm. Macam tu tak pe la. Jumpa esok pagi time presentation"balas ketua kumpulan.

"Ok, thanx. Assalamualaikum" kataku dan berlalu pergi.

"Waalaikumsalam" balas mereka pula.

Tiba di rumah, pintu dikuak. Sepi. Ramai yang sudah nyenyak tidur selepas melakukan tugas dakwah. Tiba-tiba aku diselubungi kesedihan. Ada yang masih meneruskan sisa-sisa malam itu dengan assigment, kerja dakwah, dan lain-lain. Roommateku juga sudah nyenyak tidur. Sayu melihat wajahnya. Entah berapa patah kata yang diluahkan hari ini dengannya. Sama seperti hari2 sebelum ini.

Assignment pada hari itu sangat banyak diberikan oleh lecturer dari kelas pagi hingga malamn. Mata digagahi untuk memandang laptop, nota-nota dan buku rujukan. Jam 3 pagi, katil memanggil-manggil dan badan minta direhatkan. Solat sunat taubat didirikan. Dalam doa, aku berdoa semoga diri ini masih kuat di jalan ini walaupun kadang kurasa tidak berguna dek kerana tugasan sebagai seorang pelar sering kali menghenyak diri sehingga kadang-kadang merasakan diri bukan lagi pendakwah. Aku juga merasakan diri tidak layak dipanggil akhwat.

Sometimes I feel lonely.
Sometimes I feel useless.

Astghfirullah...mohon  Allah menguatkan diri di jalan ini...

Sunday, March 4, 2012

MINGGU YANG SIBUK

"semoga Allah meredhainya...."

Minggu ni sibuk dgn lab..report..lab pernah sampai pukul 12 TGH MLM utk dapatkan data dari batu yg dikaji.

Ya Allah..

assignment, discussion2, malam lab..sampai demam2

Ya Allah..

skrg dah macam homesick.

kawan2 dah mengadu, "housemates dan roommate masing2 risau. dah tak mcam dulu sbb lepas kelas ada lab sampai malam.balik bilik, sume dah tido."

Ya Allah...

Dear my roommate and housemates, thanx for ur care. sorry sbb byk aktiviti bersama yang tak dapat join. Sangat sedih..

Apepun, doakan diri ini dapat mengharungi semua dan dipermudahkanNya.

~sambung buat report lab~

Tuesday, February 7, 2012

BEDAH BUKU: WHAT I WISH I KNEW WHEN I WAS 20

"semoga Allah meredhainya...."


Buku ni aku pinjam kat IRC [baca: library] kat UTP seusai umurku menjangkau 20 tahun. Mula-mula ingatkan buku ni macam DO&DON'Ts untuk bebudak yang berumur 20 tahun menghadapi dunia yang mencabar ni, tapi rupa-rupanya, buku ni lebih baik daripada yang disangkakan. Pandanganku meleset!

BUKAN BUKU NOVEL

Walaupun covernya nampah catchy dan ala-ala novel remaja Barat, tapi buku ni bukanlah persis yang disangka.

Don't judge a book by its cover.

Buku ni ditulis oleh seorang pensyarah Neurologist yang berpengalaman luas dlm bidang kreativiti dan otak manusia ni.Jadi, aku dengan berbesar hatinya nak promote buku ni untuk baca. Sumpah, tak menyesal baca.

Apa yang korang dapat lepas baca?? Banyak kot tapi 2 yang utama ialah

- Tingkatkan daya KREATIVTI kepala korg
- Tingkatkan KEYAKINAN korang untuk berjaya

Thursday, February 2, 2012

SMK PUNCAK ALAM

"semoga Allah meredhainya...."


ALHAMDULILLAH

SYUKUR. Satu kata yang mampu diluahkan saat impian untuk berbakti kepada sekolah menjadi nyata. Impian yang di simpan sejak kecil, yakni memberi motivasi kepada adik-adik menjadi realiti apabila kaunselor menawarkan program motivasi untuk pelajar form5.

Saat mendapat tawaran, hati melonjak riang, senyuman tidak lekang dari bibir ini.
Namun, apabila masalah menimpa satu persatu, impian yang dilakar di kanvas kehidupan semakin menjauh arahnya.
Oh tuhan, kumohon agar dipermudahkan.

Berkat kesungguhan dan bantuan dari akhwat dan ikhwah semua, program yang dirancang berjalan dengan jayanya. Walaupun rata-rata masih baharu, masih mentah di arena ini, namun percubaan inilah yang insyaAllah akan menjadi titik tolak untuk aku terus bersemangat memberi motivasi kepada mereka di luar sana, berkongsi pengalaman dan cerita yang mungkin berguna untuk mereka satu saat kelak.
Tidak usah di tanya perasaan gugup yang mencengkam jiwa.
Tidak perlu dipersoal bakat komunikasi yang masih mentah ketika berkata-kata.
Kerana semua itu sudah diadun dan meresap ke jiwa.

Kepada mereka yang terlibat
Ana berterima kasih banyak2 kepada semua
Sungguh, tidak sangka mendapat kerjasama daripada semua
Kerjasama yang diberi sungguh padu dan jitu
Sehingga membuatkan hati ana terharu

Walaupun mungkin ada cacat dan cela
Banyak peningkatan yang perlu dilakukan
Bermacam-macam pujian waima tohmahan
Namun, semoga ia menjadi cermin untuk kita perbaiki diri
Menjadi insan yang lebih cemerlang kelak

Inilah pengalaman
Guru yang mantap untuk mengajar sesuatu perkaraa
Pelajaran yang praktikal dan membumi
Serta memberi kemanisan rasa yang tak berbelah bahagi

8.35pm, Di train ETS, menghala ke Batu Gajah, Perak.

Tuesday, January 31, 2012

HEPI BUFDAY LYDIA!!!!

ASSALAMUALAIKUM..

Ehem..today is a special day for someone..hehe

Lydia, hepi bufday!!!! *latar belakang bunyi mercun dan bom atom..bom,,kebabom!!!*

Lydia, aku ada byk benda nak cakap dgn ko sebenarnya...hehe..tapi aku takut jari aku patah dan lebam2 sebab taip byk giler dan ko pun bosan tahap cipan nak beranak utk baca..hehe

So, aku cuba utk pendekkan post aku ni walaupun mungkin melebihi 180 patah perkataan.

So, aku nak start dari first2 aku jumpa ko..kat mana ye kita bertemu dan bertentang mata??

Oh, baru aku teringat, masa aku masuk mula2 time form4, aku masuk makmur 1, dan duduk atas katil ko..hehe..tapi dah pindah sbb katil tu menghadap ke hutan yang aku sumpah takut time mlm2 lagi2 bila aku stay up..

Dan aku ingat lagi yg dulu aku mula2 slalu terpanggil ko KAKAK sbb ko nmpk cam matang, orang besar WALHAL sbnrnya ko..…… _____ (isi tmpt kosong sendiri.. hint: gila)…

Dan masa aku form4, aku tak de la rapat sgt dgn ko kan?? Time tu kita kelas lain..dan masa tu gak ko jadi ketua dorm menggantikan Nina..

Time paling best dalam dorm ialah bila dah abes buat inspection, ko akan menghadiahkan kitorg semua dgn makanan yang sumpah sedap dan melazatkan..aku tak ingat nama cikedis tu sbb nama dia panjang dan berbelit2..huahuahua…

Pastu, bila aku naik form 5, kita pun dapat satu kelas,ko jadi penolong kot!!!.. tapi kita dah tak satu dorm..oh yes,,kt dorm ko,ko jadi ketua dorm kot!!! (erk??lebih2 lak aku ni)

Apa yang merapatkan kita??

Entah la, aku pun dah lupa, sbb byk sgt bittersweet memories antara kita smpai aku dah lupa mana startingnya..

Tapi, apepun, ko antara kawan yang mmg special time aku skolah dulu..

Dan sampai sekarang.. =)

GILA.

Tu je word yang seswai aku utk aku gambarkan pada friendship kita.

w/pun gila, tetap SWEET!!! =')

Time dulu2…

Kita share cite especially minat budak laki batch kita...kahkah..skarang,haram nama dorg dowh. Btol la, cinta monyet ni mmg tak kekal (walhal entah2 tepuk sebelah tgn..kihkih)

Kita share lawak sesama. Oh ye, lagi2 kalau ada iron n ameer, mmg siot..aku rasa bleh terbalik dunia dgn lawak dorg..

Dan aku still ingat time aku susah2, ko pun antara org yang selalu support aku..

Time aku kena marah dgn warden pasal masuk tandas laki, fitnah buat benda tak elok, ko datang time tu n kita sama2 nangis.. =')

Time kita pergi "PORT" tempat kita lepak, nangis n call mak kita sbb tension.. Hoho.. =')

Time kita kelentong warden bertugas yang kita sakit dalam bilik sakit, walhal tuang kelas n lepak2 dalam bilik sakit...warden pun tak caye kalau aku dan ko buat mmg buat benda ni.. *pengakuan eksklusif selepas 3 tahun!!!*.. Haha..

Time kita nangis n tenangkan fikiran kat bilik kaunseling, sukati je masuk situ..nasib baik kauselor diam je.. =')

Time ko bw kan makanan especially makaroni yg mak ko masak. Oh sungguh sedap..aku ingat lagi time tu benda tu tertinggal kat bilik fizik dan dah pukul 11.30mlm. Kunci plak kat iron. But, nasib baik iron bawa hp so senang aku mesej dia swoh pass kt bawah..dan sungguh sedap aku bantai makaroni tu.. Rasa cam nak blaja dari mak ko/ ko masak makaroni berwarna putih tu.. =)

Time aku byk problem, n ko still support aku..thanx lyd..

Ko mmg la kawan yang sentiasa susah dan senang bersama

Beruntung kepada sapa2 yang jadi kawan ko. =)

Semoga hubungan kita kekal selama2nya lyd =')

Walaupun, kau jauh di mata, tetap dekat di hati (dah mcm lirik lagu jiwang)

Apepun, siyes aku rindu ko..
Nnti balik M'sia, harap dapat jumpa n hang out dgn ko ;)

Dan selamat hari jadi ke-20.
Semoga panjang umur dan murah rezeki ..

I love u soo much!!!!