Saturday, December 25, 2010

DAKWAH FAMILY

"semoga Allah meredhainya...."

Kata Hasan Al-Banna "petiklah buah yg dekat" yg membawa konatasi bahawa dalam kita berdakwah dalam masyarakat, FAMILY adalah insan prima yg perlu kita dakwahi dan menyampaikan fikrah Islam apatah lagi institusi keluarga tersebut ketandusan agama Allah ini. Andai bapa sebagai presiden dan ibu sebagai vice president dalam keluarga tidak dapat menjalankan tanggungjawab dalam menyampaikan ilmu agama sebaiknya, maka, kita sebagai dai'e yg faham islam perlu berdakwah kepada insan yg paling kita sayang ini.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلآئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادُُ لاَّيَعْصُونَ اللهَ مَآأَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَايُؤْمَرُونَ . التحريم : 6
”Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (QS. At Tahrim 66:6)

Persoalannya, mampukah kita??


Wednesday, December 22, 2010

AM I READY FOR REJECTION???

"semoga Allah meredhainya...."

Apa perasaaan anda apabila direject oleh orang yg anda sayang??
Apa perasaan anda apabila segala apa yg anda buat ditempelak dan dipandang sebelah mata oleh orang lain??

Sedih?
Marah?
Hiba?
Kecewa?
Putus asa?

Katakan semua kata2 geramji(kata2 negatif) pada diri dan natijahnya pasti akan meruntuhkan semangat anda utk terus berusaha lagi.

Begitulah ceritaku seusai mengajak rakan2 melakukan kebaikan, mengajak rakan2 ke program2 dakwah.


Thursday, December 16, 2010

CELAKA BETUL KAWAN AK INI....

"semoga Allah meredhainya...."

Misfortune shows those who are not really friends.
 
Without friends no one would choose to live, though he had all other goods.
 Kata2 pujangga Aristotle tentang kawan sungguh benar jika kita mendalaminnya.

'Kesusahan akan menbantu kita melihat kawan yg BETUL2 KAWAN'

'Tanpa kawan, tiada siapa sanggup di dunia ni keseoranga w/pun ada mcm2 yg best2'

NAMPAK X??

Betapa penting nilai kawan kan??

Kawan bersama kita susah dan senang...
Kawan bersama kita tika senang dan gembira..
Kawan yg slalu temankan kita enjoy...

Tapi adakah dia adakah kawan yg akan menarik kita ke syurga atau ke neraka?

Fikir-fikirkan....

"Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran ketika Al Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.
Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan." (Al-Furqan,25:28-30)







Sunday, December 12, 2010

KAUNSELOR DAN RAKAN2 KELAS KESAYANGANKU....(remember the past for the better future)

"semoga Allah meredhainya...."

KAUNSELOR merupakan cikgu yang tidak mengajar pelajaran tetapi mengajar erti kehidupan, membimbing dalam membuat keputusan dan memberi nasihat apabila diperlukan. sebab tulah kaunselor wajar ada di setiap sekolah. bukan utk menkaunseling budak2 teruk yg punyai pegangan "the rule is made to be broken", tapi sesiapa sahaja yg memerlukan bimbingan dalam segala aspek kehidupan.Mereka sedia utk membantu anda...


DARI LUAHAN MASALAH MENJADI RAKAN

KAUNSELOR INTEGOMB


masih segar dalam ingatan ak bersama kaunselor, Cg Hayanah yg agak rapat dgn ku..semuanya bermula gara2 masalah ak di akhir2 form5 tika sering diserang oleh warden, cg A*n*(HEM), cg disiplin, pengawas, Majlis Tertinggi(MT), asbab tingkahlaku sebagai seorang pengawas yg tidak wajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas dan fasilitator dan melanggar peraturan sekolah seperti tidak pergi perhimpunan dan membawa telefon bimbit, byk lagi dan tidak perlu ak sebutkan. Ak tertekan dgn cikgu2 yg 'mencucuk' dari kiri ke kanan dan tidak mampu lagi bertahan.

Wednesday, December 8, 2010

LAYAKKAH KITA MENDAMBAKAN SYURGA ??

"semoga Allah meredhainya...."

"kalau nak jadi jahat tu senang je...x yah solat,x baca AQ, pergi lepak lelaki dan perempuan,tengok movie, layan cerita Korea, dan lain2 perkara lagha yg nampak ringan, tapi percayalah, sedikit demi sedikit, titik hitam akan menjadi gelap dan tiada cahaya dapat menembusinya.

kalau nak jadi baik..YA ALLAH, SUBHANAALLAH...untuk bermujahadah melawan nafsu diri dan hasutan syaitan bukan perkara mudah.bukan perkara senang..kadang2 terasa BERAT, PENAT, X BERBALOI....PENGORBANAN yg perlu dilakukan bukan sedikit tetapi byk...kadang2 diri bertnya pada diri, MAMPUKAH AKU??SANGGUP BERTAHANKAH AKU??BAGAIMANA KEADAAAN AKU NANTI??ADAKAH KECICIRAN ATAU TERKANDAS ATAU TERSASAR DARI LANDASAN???"

Friday, December 3, 2010

MALU DENGAN TITLE BUDAK "BUDAK AGAMA"???

"semoga Allah meredhainya...."

Suatu hari, semasa dalam perjalanan utk menghadiri kuliah, Nina mendengar sekumpulan siswi bergelak ketawa di hadapannya. Mendengar butir bicara mereka yg menjadi bahan gelak ketawa menyebabkan Nina mengujap panjang. Astagfirullah, mengapalah remaja sekarang suka mempermainkan perkara yg berkaitan agama. Seperti manusia yg tiada akidah dalam diri.

"ha???ko budak AGAMA???..HAHA...ak nak bgtau kat sume..weyh, nak tahu tak, Siti sebelah ak ni budak AGAMA kat sekolah dulu...kahkah.."kata Ain kepada rakan2 nya dgn suara yg kuat sehingga Nina dan sesiapa sahaja yang berada di belakang dan di hadapan mengendarnya mendengarnya.


"weyh, janganlah..ko apehal??" Siti menghampiri Pika,rakannya yg mencanang 'kisah silamnya' kepada org ramai lalu memukul dan mencubit bahunya. Siti berasa geram.

"ni budak agama???x de rupa pun."kata rakan mereka, Najwa sambil dia memandang atas dan bawah Siti yg disaluti jeans, t-shirt pendek dan tudung disilangkan ke belakang. kata-kata Najwa ditambah lagi perisa rempah ratus oleh rakan2 yg lain utk mentertawakan dan memalukan Siti di hadapan manusia lain.

"BUDAK AGAMA pakai tudung labuh dengan baju kurung la" KAHKAH

"ko BUDAK AGAMA mesti power cakap bahasa arab" KAHKAH

"BUDAK AGAMA mana boleh kapel2 dowh" KAHKAH

"BUDAK AGAMA mesti ALIM!!!" KAHKAH

Saturday, November 27, 2010

MAJALAH SINERGI EDISI KE-3

"semoga Allah meredhainya...."

majalah ini nampak je kecil tapi dalamnya sangat padat dengan ilmu2 agama dan sangat bermanfaat untuk semua terutamanya remaja untuk lebih mengenali Islam.

harganya murah sahaja RM3 sebuah.boleh beli untuk kawan2/keluarga dan dijadikan bahan perbincangan/bedah buku semasa halaqah/taklim.

semoga majalah kecil ini dapat meningkatkan KEFAHAMAN kita tentang Islam agar kita TAHU apa yg kita buat, kita MAHU dan MAMPU untuk berkorban demi Islam. insyaAllah.

Dakwah ini bukanlah jalan yg mudah tapi memerlukan jiwa2 yang mampu menggalas tanggungjawab ini dan sanggup berkorban demi Islam.walaubagaimanpun, KEFAHAMAN islam itu merupakan asas sebelum kita mengorak langkah lebih jaun selain niat yg ikhlas mencari keredhaan Allah.dengan membaca buku2 Islam dan majalah ini yg merupakan salah satu alternatif, diharap dapat menyebarkan Kefahaman islam itu ke seluruh umat manusia.

p/s:jadi bykkan byk buku Islam(jgn banyak buku 'ilmu dunia' sahaja)..sesiapa yang nak beli buku ni, boleh hntr emel pada saya ezansahizzah@gmail.com atau mesej ke fb saya. jzklh.

Thursday, November 18, 2010

BERUBAH, itulah INTI TARBIYAH....

"semoga Allah meredhainya...."


Selepas minum Nescafe, ak mengambil buku report fizikku di bwh meja belajar ala-ala jepun yg ak buka di ruang tamu …semangat utk menyiapkannya pada mlm itu begitu membara.ak mengumpulkan seluruh tenaga utk bersedia bljr dan mindaku ak aktifkan utk menyiapkan tugasan lab reportku.saat tgnku menyentuh buku tersebut, ak terkejut. Basah

“argh!!! Basah!!!” ak menjerit. Semua memandangku.

Ak menyelak buku report ak yg diresapi air.. hampir musnah.ink printer di kertas yg kutampal luntur. Buruk. Dan ak x terkata apa2..tergamam..ak merenung ke arah cawan yg berada di tepi buku tersebut sebelum ak ambil... hanya mata simpati mampu diberikan mereka sebelum meneruskan aktiviti masing2..

Mama menghampiriku dan melipat helaian kertas buku tersebut ke dalam dan mengelembung seperti kipas.

“buat mcm ni..klu kamu tunggu kering lagi susah nk ceraikan kertas yg melekat ni..”mama memberikan idea.

Ak meluruskan helaian kertas tersebut dan menarik buku itu dari mama..

“biarlah buku ni”,kataku yg kecewa dan hanya redha dgn apa yg terjadi..perasaan menyesal amat menggunung di benakku. Patutnya ak x payah siapkan apa2 assignment di rumahku. Ak menyumpah diriku. Haish, nasib badan..

Saturday, November 13, 2010

WORDS OF EMOTION - by syakirah

"semoga Allah meredhainya...."

#copypaste from blog syakirah :
http://syakirahahaha.blogspot.com/2010/11/words-of-emotion.html

lepas bc entry sya, teringat ak pada kenangan kt sekolah dulu.. (T_T)
http://ezansahizzah.blogspot.com/2010/09/asrama-universiti.html

words of emotion
current situation in KMB;

pandang kiri kanan, kiri best student Kelantan. kanan lak best student Melaka. semua best students. so sape tak best ni? reflection mirror besar di toilet menjawab segalanya. menyesal pandang depan.

kehidupan di KMB tak semudah disangka. memang la tak pernah sangka apa apa tapi hm ntah la. semakin hari semakin banyak monolog dalaman yang terbit di lubuk sanubari ini. antara monolog dalaman yang feymes adalah




Sunday, November 7, 2010

MEMORI LALU....

Perasaan ingin disayangi dan dicintai adalah lumrah dalam diri setiap manusia..kebnykn manusia yg tidak mampu mengawal nafsu, pastinya hanyut dan lalai dalam "permainan dunia" ini...betapa diri ini kerdil dan bodoh kerana mengharapkan cinta manusia..mengemis cinta manusia tetapi tidak cinta pada Pencipta..menolak tepi Pencipta dan mengutamakan si dia..apakah ini semua??walhal, si dia DICIPTAKAN oleh Pencipta dan diri yg mencintai juga diciptakan olehNya..terlalu byk nikmat yg diberikan, namun, diri2 ini kadang2 tidak pernah mengenang dan bersyukur dan nikmat yg dianugerahkanNya...

Tuesday, October 26, 2010

JAULAH....

"semoga Allah meredhainya...."


Pengalaman pertama berjaulah bersama 4 akhwat tercinta (Ita, Dhuha, Siti dan aku) takkan dapat dilupakan.

“akak, jaulah tu maksudnya apa??” tnyaku kepada seorg akhwat, Ita.

“jaulah tu mcm bermusafir, mengembara, pergi ke suatu tempat yg jauh..yg mcm tu la.ni perkataan arab..”jawabnya.

“owh, ingatkan singkatan “perjalanan yg JAUH-LAH” menjadi JAULAH…”jawabku yg tidak pandai berbahasa arab.



Thursday, October 21, 2010

TERIMA KASIH SEMUA

"semoga Allah meredhainya...."

minggu ni adlah minggu yg agak down...mungkin rentetan minggu sebelum ini yg ak pandang enteng dan tak sedaya upaya membaiki "kerosakan" yg berlaku, maka ia menjadi parah dan kemuncaknya pada minggu ini dan amat sakit ak rasa..

air mata sudah kering untuk menangis..minda sudah penat untuk memikirkan perkara yg merungsingkan ini, telinga sudah letih mendengar kata2 semangat mama yg saban hari menjadi "mangsa" utk mintak nasihat dan kata-kata semangat....namun, ia masih tidak cukup utk membangkitkan semangat yg kian hilang..

ya, berdoa pada Allah, dekatkan diri padaNya..nescaya, Dia kan membantu..

namun, ia x kan berhasil TANPA USAHA...

Wednesday, October 13, 2010

BICARA D.A.K.W.A.H.....

DAKWAH. Perkataan ni cukup wat ak takut mase ak sekolah dulu..wooo,hnya org yg ada tinggi ilmu agama je yg layak cakap benda ni..

org cam ak,yg pentingkan study n mimpi nk blaja kt oversea, baik duduk diam2 kat bangku kerusi n baca buku yg modul yg cikgu bagi..






ye la, mana la layak ak nk berdakwah kan??hafal surah kt ustaz baki SPM dulu pun tersangkut2, dgn cikgu pun langgar peraturan sekolah,warden pun slalu attack tiap2 minggu, tiba2 nak tegur org esp bab2 agama..

bak kata org sombong+bongkak kepada si "perasan bagus" yg berniat kerana Allah utk membantu rakan yg lalai dlm maksiat,
“cerminlah diri dulu ko dulu kan??klu x sempurna jgn sibuk hal org lain plak n jaga tepi kain org...menyibuk!!!”

Sunday, October 3, 2010

~HIDAYAH MILIK ALLAH~

"semoga Allah meredhainya...."

masih ak ingat detik2 pada malam ak mahu mendaftar ke utp..waktu tu ak di KEM SEGARI PLKN..ak x bgtau sape2 ak nk keluar plkn esoknya termasuk kwn baik ak kt plkn+jiran umah ak,fiza..mlm tu,ak menarik bagasi ak dan memasukkan pakaian2 dalam almariku bertemankan lampu suluh sbb dah light off..kwn katil sblh ak,aen,tegur ak..

"ezan,nape ko sumbat sume baju ko dalam beg??mcm nk pindah je.."tanya Aen.
"x lah..saje je..ak rasa semak sgt dlm lokar ni.."jwbku..
"ko nk taw x..ade ke patut semalam balak ak panggil ak BAB*???"aen buka cerita balak dia..ak pun suka gak dgr life dia yg mmg sosial..cam x caye je life dia cmtu..
"ha??ye ke??bapak ar.."jwbku sambil melipat bajuku dan memasukkan ke dalam beg..
"ak nangis kot sbb x penah dia pggl ak BAB*..tp salah ak gak sbb tipu dia..ak cakap kt sini ade byk pakwe2 hemsem yg nk kapel dgn ak..hehe..dia jeles kot..pas ak nangis,ak tnya dia,"betul ke I ni BAB*??pastu dia jwb,"U rase??"..pastu ak cakap la "maknanya U pun BAB* la sbb kapel dgn BAB*!!!"cerita aen..
ak dan dia tergelak..haha..sengal la aen..

Thursday, September 30, 2010

KENAPA AK X JOIN EVENT???

"semoga Allah meredhainya...."

"HUH??nape ko dah x nak join event??bukan dulu ko suka mencapub wat benda2 ni ke??sampai terkenal satu sekolah..skang dah "letak jawatan
plak??ape kes??",tanya Nina di hujung telefon...

"biasa la..nak berubah angin plak..nk rehat jap..."jawabku pendek..

"ececeh...masa bila ada perkataan REHAT dalam kamus hidup ko ni??bukan ko cakap kita kena SIBUKKAN DIRI DGN KEBAIKAN KE??KLU X,KITA AKN SIBUK DGN KEMAKSIATAN...dah lupa nasihat ko pada ak???",bidas Nina x puas hati dgn reason ak...

"join event itu KEBAIKAN ke??"tnyaku padanya pula..

Thursday, September 23, 2010

ASRAMA & UNIVERSITI
































"semoga Allah meredhainya...."

sudah hampir setahun ak berada di bumi UTP dan meninggalkan bumi INTEGOMB yg bnyk meninggalkan kesan dlm diriku ini...byk pengalaman dan ilmu yg ak dapat di sana, daripada ilmu dalam bilik,kelas,adik2 dorm,cikgu2,"buah hati",agama,kawan2 dan yg paling penting EXCELL9 yg masih utuh sehingga kini...

"dulu boleh buat,kenapa sekarang x boleh???"seringkali pertanyaan ini ak tnyakan kepada diriku ini seusai diri ini bergelar siswi dan tidak lagi pelajar puteri..

Wednesday, September 22, 2010

MANUSIA VS BINATANG

"semoga Allah meredhainya...."

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. " (7:179)

ak memerhati dan menghadami tiap2 kalam Allah ini...

mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)

-ya,kadang2 hati ini LEBIH BYK diisi dgn perkara sia-sia, diikat dgn 'pasangan x sah',diresapi dgn budaya2 luar yg merosakkan...tp SEDIKIT SEKALI(boleh dibilang dgn jari)dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)

mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah)

-ya,kdg2 mata ini digunakan LEBIH BYK utk melihat org yg x sama jantina,gmbr2 rakan di FB, menonton cerita yg ntahpape di tv, melihat aurat org, tgk konsert, baca komik n buku2 yg mencacatkan iman, etc....tp SEDIKIT SEKALI(boleh dibilang dgn jari) untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah)

mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah)

-ya,kdg2 telinga ini LEBIH BYK mendengar lagu2 yg melalaikan,mendengar carutan,cacian,umpatan,gossip,sembang kosong dgn kawan-kawan....tp SEDIKIT SEKALI dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah)....

Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

-ya,kadang2 kita x sedar perangai kita lebih teruk dari binatang...cth-buang bayi..x perlu diulas pnjg2 sbb sume dah tau....binatang haram pun x wat cam tu kat anak dia.dia pun sayang anak dia...tp manusia 'AMAT HEBAT'..sanggup mencampak anak dari tingkat atas flet waima menflush anak dlm lubg jamban..nauzubillah..
ya,kita LEBIH SESAT LAGI...amat memalukan...malah,binatang pun x de menuduh,mengumpat,memfitnah dan gila kuasa sehingga mengorbankan org lain...

binatang juga xde nak wat something yg merosakkan diri dia sendiri mcm minum arak,hisap dadah,hisap rokok....

ya,generasi sekarang,umat Nabi Muhammad SAW sekarang, 'LEBIH HEBAT' dari binatang..


"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" (45:23)

"Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja."(45:24)

Tuesday, September 21, 2010

KENAPA PERLU HALAQAH TIAP2 MINGGU???

"luruskan niat..semoga Allah meredhainya...."

Dulu, mase ak sekolah integomb, kdg2 ak brtnya sendiri "kenapa la ak kena pergi usrah tiap2 Jumaat?? benda yg dia cakap tu ak pun dah penah dengar cuma cara penyampaian,nada dan org je yg berlainan..bosan dowh..just duduk,dengar,catat,pastu blah.."

Bila ak masuk universiti, kdg2 ak bertnya sendiri "kenapa la ak kena pergi halaqah/usrah/smartgroup tiap2 minggu?? benda yg dia cakap tu ak pun dah penah dengar cuma cara penyampaian,nada dan org je yg berlainan..bosan dowh..just duduk,dengar,catat,pastu blah.."

ak pelik..kenapa perlu datang benda2 mcm ni tiap minggu?penting ke??

JAWAPAN MENARIK YG AK JUMPA+TERKESAN DI HATI...

dalam kitab Ihya Ulumuddin, Fathul Mausuli berkata,

"tidakkah jika seseorg itu sakit dan tidak makan dan minum itu MATI?? demikian
juga dgn HATI, jika tidak diberikan HIKMAT DAN ILMU selama 3hari, ia juga akan
MATI."

"owh,patutlah kena pergi halaqah tiap2 minggu",kataku dalam hati..

pastu ak bertanya, "sekarang kan zaman moden..nak cepat..maklumat di hujung jari je..wat pe la gi halaqah klu ak bleh search kt internet je..lagi berlambak..laman web I LUV ISLAM dan HALAQAH berlambak dgn cerita islam dari seluruh negara..kan senang je.."

JAWAPAN MENARIK YG AK JUMPA+TERKESAN DI HATI...

sbb bila kita gi halaqah/usrah/smartgroup,kita bukan dapat ilmu agama je tp UKHUWAH juga dapat dirapatkan..dan kita akan senang utk lebih mengingati nasihat+org yg bg pengisian tu..pastu kia pun akan rindu utk jumpa dgn dorg..

cth, bila perpisahan berlaku,maka kita akan cakap,
"akak,saya mesti rindukan akak..lepas ni x dapat la nak dengar nasihat akak tiap2 minggu..huhu"

tapi kita x pulak cakap,
"alamak,laptop ni rosak..x dapat la ak nk "berhalaqah" dgn laptop lagi..rindunya...huhu"

dan klu ada kemusykilan, leh direct tanya akak halaqah/usrah/smartgroup tnpa perlu mentranslatekan soalan itu dalam tulisan baku/english...lebih mudah dan berkesan...

jadi, luruskan niat-mencari redha Allah...ringan2kanlah kaki tu utk gi halaqah dan tnyalah soaln2 yg x jelas berkaitan dgn islam..wallahualam..(semoga memberi peringatan kpd diriku)

" dan org yg BERJIHAD UTK MENCARI KEREDHAAN KAMI, kami akan tunjukkan
kepada mereka jalan2 Kami. dan sungguh Allah beserta org2 yg berbuat baik"
(29:69)

Saturday, September 18, 2010

~MENANGISLAH SAHABATKU~



"sampai bila kita nk hidup enjoy mcm ni??",tnyaku satu ketika dahulu..

"ko x suke ke enjoy?"Sarah mengerutkan dahinya kepadaku.

"ko x rase cam ade benda missing ke??rase cam ade kekosongan tp ko pun x taw..ko x penah rase ke??" ak inginkan kepastian...

"I.M.A.N",jawabnya sepatah...dan membuka earphone di telinganya….lalu memandangku dgn pandangan kosong……

"ya,ak nak rasa manisnya iman dan ak rase mcm ak x kan dapat rase manisnya iman tu smpai ak mati.ak x taw mane nk mula..ak nk bertaubat..."ak memandang tepat ke matanya..

"a..a..aku pun x tahu",jwbnya teragak2 dan muka turut memikirkan betapa jahil dan bodohnya kami selama ini..

“dulu bila ada problem, ak dengar lagu mcm ko….rase release ar bile dengar lagu yg leh wat kepala meletup…tapi lama2 ak rasa da bosan dgn lagu ntah pape tu…entahlah….skang mcm dah immune dgn lagu tu sume dan ak nk cari cara yg lebih sesuai utk ak dapat ketenangan…” ak bersuara…

“problem kita x kan pernah selesai..dari keluarga,kawan sampai la diri…x pernah habis malah bertambah2…ya,mungkin x sume keluarga macam keluarga kita…asyik2 bergaduh n wat hal masing2….x sume ade kawan yg fahami masalah kita mcm ko n ak….entahlah..kadang2 bila fikir, boleh giler…tu yg ak nk enjoy..hang out dgn laki pompuan, dgr lagu kuat2….biar ak lupakan masalah…malas ak nak balik umah…xde benda pun…buat sesak kepala je………….tapi….”Sarah berhenti seketika mengumpulkan kekuatan..

“ak pun kadang2 nak rasa jadi baik…mcm kawan2 ak pakai tudung labuh….slalu bc AQ, hafal AQ….jaga pergaulan…jg pertuturan…tp…entahlah….” Sarah mendengus…

******** *************

"salam..mcm mana dgn iman??",kataku tersenyum saat berjumpa dgn Sarah.

pertemuan dgn Sarah amat ak nantikan selepas kami berpisah selama beberapa bulan. kini, masing2 sudah melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan pernah berjanji utk mengubah diri...berjnji utk berpisah dan mencari jalan lurus..dan bertemu dgn wajah yg baru...

"hmm...entah la..",jwb sarah berbasa-basi.

"ko ade masalah ke??jgn cakap ko still lagi teringat kt pakwe ko.."kataku meneka.

"GILA!!!x de faedahnya..."jawabnya serata menjeling ke arah sudut bilikku.

"zan,ak TENSION....bleh x klu ko...."..Sarah mematikan perkataan.dadanya seperti sebak..mahu meluahkan sesuatu...seperti gunung berapi mahu memuntahkan larvanya..

"Sarah,mesti la ak boleh..." ak lantas memeluk bahunya dan kami menyandar ke dinding..kepalanya ak sandarkan ke bahuku...beginilah cara kami meluahkan masalah yg penuh di dada.....

FRIEND, THE PERSON THAT GIVE U A SHOULDER TO CRY ON...SHARING IS CARING N LOVING….

"AK BENCI DIRI AK ZAN!!!!perubahan yg ak rasai seperti sementara...AK LEMAH, X BERDAYA, AK GAGAL ZAN!!!AK GAGAL!!!"jeritnya dan bahu ak basah.

"cuti raye ni membunuh diri ak..ak BENCI..ak duduk rumah tapi ak x buat ape2...ak RASE MCM AK YG DULU...YG JAHIL...kat rumah,ak xde rakan yg boleh bimbing ak..yg tegur ak klu salah..yg tegur ak klu solat lambat...yg tegur ak klu X SOLAT!!!!ak rase HOPELESS!!!!HELPLESS!!!"

"ak nk berubah...tp kenapa keluarga x nak??still dalam kejahilan...ak x paham dgn dorg..ak nk ubah dorg tp ak rase dorg yg ubah ak balik....entahlah...ko taw kan zan,kuarga ak lagi besar mcm kuarga ko..ade bnyk kakak n abg...tp ak x rasai pun ISLAM dlm family ak..X PERNAH ak tgk AYAH AK SOLAT,ABG AK SOLAT,KAKAK AK SOLAT N ADIK AK SOLAT.....ak n mak ak je yg solat...ko ingat lagi IMPIAN ak kan??yg pernah ak bgtau pada kau..."tnya Sarah dan air mata deras mengalir...

"IMPIAN KO.... KO NAK SOLAT JEMAAH DGN KELUARGA KO SBLM KO MATI..."kataku kpd Sarah dan ak dapat rasai air matanya semakin deras...




"ko rase impian ak boleh tercapai x??ak harap sgt dapat rasa solat jemaah same2...sebelum ak mati...sekali pun jadi la..ak jeles dgn kwn2 ak yg ade family yg baik..solat maghrib jemaah sama2…x macam keluarga ak….TAPI...ko taw, ak x kuat nk buat dorg sedar....malah ak yg lalai bersama dorg..sejujurnya, cuti raye ni ak byk tgk movie raye kt TV,keluar beraya dgn kwn2,facebook,tido n benda2 x faedah yg ak rasa ak x amalkan mase kt universiti..."

"ko taw,kt rumah solat ak pun tunggang-langgang jadinya..solat subuh pun kadang2 ak buat,kadang2 x...xde sape nk kejut ak..xde sape kisah klu ak x solat...sampai ak rase,MAMPOS AR KLU AK X SOLAT...BUKAN APE PUN..ak solat pun x khusyuk,sorg2,dlm keadaan bising...ak benci solat kt umah",Sarah berhenti sejenak dan kami hnya memandang dinding bilik di hadapan...ak setia mendengar...

"ak rase klu xde kawan2 yg soleh n membntu ak, ak x boleh buat semua yg islam anjurkan...baca AQ giler ak malas kt umah..QIAM N SOLAT DHUHA HARAM....tolong la..ak BENCI DIRI AK SKANG...ak nk balik universiti bersama rakan2 ak...ak nk slalu berdamping dorg.ak nk PERSEKITARAN YG DAPAT MEMBANTU..BUKANNYA WAT AK MAKIN LALAI..ak x nak berdamping dgn keluarga ak yg ak rasa hnya menjerat diri ak sahaja...ak x bermaksud nk sisihkan dorg atau lupakan dorg tp biarlah ak menguatkan iman dalam diri ak ini dahulu..terlalu byk karat2 jahiliah dalam diri ak" dada Sarah semakin reda..dia telah meluahkan segala-galanya..

“ko paham x masalah ak zan??x pe la klu ko x paham..yg penting ko sudi dengar…terima kasih” kata Sarah.

UTK MENJADI BAIK ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN

“Hmmm..ak faham masalah ko Sarah…biasa la..bile balik umah rase mcm MALAS N SETAN BERPUSU-PUSU MASUK DALAM DIRI…ak da rasa sejak ak masuk sekolah asrama dulu…ak pun kdg2 mcm ko gak…hmmm…mutabaah (checklist solat dhuha,qiam,bc AQ etc) ak cuti ni pun ak x hntr kt murobbiyah (mcm naqibah) ak…..terpaksa berperang dgn godaan nafsu diri yg kdg2 kalah sbb persekitaran yg x membntu..dan ak pun benci diri ak bila jadi mcm tu…tp ak sayang diri ak bila ak tenang n bersama-sama rakan2 di U…pepun itulah ak…buruk baik,suka dan duka,,itulah ak…dan ak yg mencoraknya”

“ya, ak akui..bukan senang utk kita berubah menjadi baik dan beriman…lagi susah nk kekalkannya..setan mmg licik..sbb selabuh mana pun tudung kita, setunduk mana pun pandangan kita, dia boleh kalahkan kita dgn mudah…sbb tu kena slalu tingkatkan iman dgn amalan yg baik..mcm bateri…lame2 power akan habis..so kena refill dgn amalan yg baik2….x pe klu keluarga ko xleh bantu ko, ko kan ade ak…”ak memberinya semangat…entahlah..ak pun sepertinnya juga cuma mungkin masalahnya lagi sukar berbanding ak…

Sarah menarik earphone dan memasang ke telinganya.

Lagu yg dipasang di telinganya “FIRST KISS” oleh 3OH!3 feat Kesha begitu kuat utk melupakan masalahnya…ak disebelahnya juga boleh mendengarnya....

In the back of the car
On the way to the bar
I got you on my list
[I got you on my list]
At the foot of the stairs
With my fingers in your hair
Baby, this is it

She won’t ever get enough
Once she gets a little touch
If I had it my way,
You know that I’d make her say
Ooooooh
Ooooooh

bukan senang utk hilangkan karat2 jahiliah dan dia semakin berundur ke belakang...dia tidak mahu tapi dia tiada daya utk melawannya....sama seperti ak...

SOMETIMES,FAMILY ARE LIKE STRANGERS AND STRANGERS ARE LIKE FAMILY....


Sarah, jomlah kita berubah bersama-sama..saat ak jatuh dan lalai..ingatkanlah ak..marahlah ak..saat kau jatuh, terimalah nasihatku...sbb ak sayang kau sgt2....

" esok ko pun nak balik universiti..ak pun sama...len kali x yah balik umah ar..ko balik umah ak..nnti ak pukul ko dgn hanger klu x bgn solat subuh",kataku kpd Sarah..

"klu ko x bgn plak, ak jirus ko dgn air..haha..",Sarah membalas ak balik..

"ceh...mcm tu pulak...sukati ko la..jnji ak bgn..weyh, buat loudspeaker lagu ko tu"pinta ak...

"aik???ko pun nk dgr lagu ni ke??kata dah insaf..."Sarah mengangkat keningnya...

"kali ni je..pasni kita tukar lagu Maher Zain plak..hehe.."kataku kepada Sarah...

semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya...~



Thursday, September 9, 2010

INTERNATIONAL BURN A QURAN DAY


Dalam kesibukan kita menyambut raya, di Barat sana mereka sedang mengadakan majlis INTERNATIONAL BURN A QURAN DAY. Bertempat di gereja di Florida sempena 11 September 2001, penyerangan di WTC,World Trade Center yg kononnya didalangi org islam...dan faktor perdana Barat membakar AQ ialah kerana mereka menyatakan AQ KONONYA MEMBERI AJARAN SESAT SEHINGGA MELAHIRKAN TERRORIST DLM KLGN UMAT ISLAM...

"BODOH PUNYA YAHUDI..PEGI MAMPOS AR DORG..APSAL NK BKR QURAN PLAK??"


ak mendengar teriakan dari jauh semasa berita tv3 melaporkan di gerai yg aku pergi...ak teruskna mengunyah mknn dan telinga memasang mendengar bait2 kata pemberita tersebut...ramai yg memprotes..baik org Islam maupun org kafir yg punya perikemanusiaan...

"The protesters were well aware of the pastor's inflammatory comments, such as "Islam is an evil religion," because they have spread via the Internet. Jones has also authored a book, "Islam Is of the Devil." " "What we are doing is long overdue," he said. "We are revealing the violence of Islam that is much, much deeper than we'd like to admit."

"On September 11th, 2010, from 6pm - 9pm, we will burn the Koran on the property of Dove World Outreach Center in Gainesville, FL in remembrance of the fallen victims of 9/11 and to stand against the evil of Islam. Islam is of the devil!" the page declares.


petikan daripada lmn web Barat...

ak berfikir sejenak...Barat sedang "membakar" umat Islam..seperti permainan ak rasakan...saje2 utk membuat Islam menjerit kemarahan...
malahan utk "membodohkan" umat Islam, sume sedia maklum Barat punya rahsia

5S
-SEX
-SPORT
-SMOKE
-SCREEN
-SONG


"bagaiman kita mahu mengambil AQ yg berada di tgh2 tnpa memijak karpet??"soal kakak usrahku..

dan ak tau mesti ramai dah penah dgr soalan ni atau cerita ni...

"caranya dgn menggunakan PERANG PEMIKIRAN berlandaskan 5S"

"mengapa tidak diserang atau diperang secara besar-besaran jika mahu menghancurkan umat Islam???

"kerana SEJARAH telah membuktikan bhw UMAT ISLAM punyai semangat juang yg tinggi dan tidak mengalah..seperti PERANG BADAR walaupun seramai 313 org tp mampu mengalahkan 1000 org kafir...tp apabila diserang secara pemikiran. umat ISLAM tidak mampu melawan malah leka dibuai keseronokan dunia yg dicipta oleh Barat utk MEMUSNAHKAN umat ISLAM TNPA DISEDARI"

ak menoleh pemuda yg "berjiwa islam" tadi yg menjerit-jerit mengutuk yahudi...

dia sedang bergelak ketawa bersama rakan2 perempuan dan lelaki tnpa menjaga perhubungan L&P dan tgn meletakkan di belakang kerusi teman wanita di sebelahnya...

entah pape ntah...bukan dia sorg..ak rasa kebykan org mcm tu...klu tgk dulu semasa kapal ke Gaza dirampas..org mrh2 n protes...wat ceramah n demonstrasi dan mcm2 la..pastu dah habis, balik umah hisap rokok DUNHILL tengok cite org putih sambil dgr lagu lady gaga(lagu pape dari Barat la)...

sama gak mcm org kafir bakar Quran ni...ak nk je gi kt pemuda ni n tnya,

"abg, baca AQ x hari ni??da khatam bpe kali??amalkan x ape yg disuruh dlm AQ??"
ntah pape ntah org mcm ni...

bagi ak, berita ni betol2 memukul kepala tengkorak ak yg makin hari mcm dah malas baca AQ...klu dulu hari2 kat sekolah baca satu muka surat, yassin...pastu baca satu juzuk satu hari....skang..makin berkurang..makin berkurang...dan kadang2 satu hari pun x sentuh AQ...adeyh...

"BUSY SGT KE AK NI???"
"AK SGT LA "BUSY"....(mengeluh)...teruk btol ak ni..."


jadi ak berazam utk bangkit balik...buat mula2 ni baca satu hari satu muka..pastu tingkatkan..insyaALLAH...

ala,Barat bukan bakar Quran ak pun...dorg bakar Quran dorg...

KITA PERLU BYKKAN BC QURAN, HAFAZ QURAN SERTA AMALKAN APE YG DISURUH DLM AQ!!!!


so bile org bakar quran, kita x cepat melatah n marah sbb kita masih ade Quran n, kita pun dah hafaz Quran..dan dorg x kan dapat lunturkan amalan AQ kita yg dah sebati dlm diri kita...

itu yg patot kita lakukan...BKR AQ adalah penyerangan dari segi fizikal je...dalam segi ROHANI,kite perlu BKR semangat utk baca AQ...
"abes,xkan kita buat BODOH dgn ape yg dibuat oleh Barat??"

ak x cakap kau buat bodoh je..tp penuhkan ilmu dan iman di dada...telusuri ajaran AQ agar kita x mudah DIPERBODOHKAN oleh Barat...

ni ko MARAH YAHUDI tp malas bc AQ...asyik baca "buku" jenama "FACEBOOK"...pastu mulut x abeh2 nyanyi lagu barat..tp x nak plak zikir pd Allah n Rasul...hari2 asyik study...bila disuruh gi halaqah,smartgroup,dgr ceramah agama n ape2 yg berkaitan agama, STUDY jadi prioriti number SATU...

rase diri ni dah name islam, adkah cukup utk katakan amalan kita sudah cukup utk jamin kita ke syurga???

"klu ilmu awak tinggi sampai jd prof tp MALAS nk solat,bc AQ,wat baik n etc, x guna la sume ilmu tu..sia2...byk sijil pun x guna..ade kita bw fail sijil2 pencapaian kita tunjuk kt Allah???" kata2 murobbiyah yg masih ak ingat...

"ya, ak nk jadi engineer yg BERILMU N BERIMAN...kata2 x guna klu x buat..."pesan diriku...

p/s:seorg rakan menegurku,"ezan, gaya baju kurung n tudung labuh x seswai dgn kerjaya seorg ENGINEER la.klu ustazah boleh la..nnti org pndg ko slek..camne la ko nk gi offshore??"...

ak menjwb,"biarlah ak x keje engineer klu org tengok bj ak,bukan ilmu engineering ak...bodoh la org mcm tu..judge a book based on its cover.ketepikan suruhan Allah berbanding suruhan manusia..."

Wednesday, September 8, 2010

GODAAN NAFSU MENJELANG HARI LEBARAN......


semalam,ak,ibuku dan adikku keluar seawal jam 9.30pg utk membeli brg keperluan raya..membeli baju raya,kasut ,tudung dan lain2...
sebnrnya,hati ini amat BERAT DAN MALAS sekali utk melangkah keluar...

lagipula, hatiku tidak semangat utk menyambut raya kerana ingin menggunakan Ramadan terakhir ini sebaik2nya...
ditambah pula dgn suasana di rumah yg pelbagai cubaan dan godaan w/pun syaitan x dilepaskan lagi, ak terpaksa berperang dgn diri mencari rentak utk ak mengoptimunkan Ramadan ak di rumah ini seperti di utp....

biase la,kt umah suasana lain....hmmm....

dalam perut kereta, ak mencongak-congak barang2 yg hendak dibeli..




TIPS UTK BERSHOPPING CARA AKU
(AMARAN=SHOPAHOLIC X DISARANKAN UTK IKUT)

-sebelum keluar rumah/dalam kereta, berdoa supaya "tak digoda" oleh MEGA SALE dan rambang mata.

-tulis ape yg korg nk beli kt ats kertas.

-tanya kt diri, utk ape korg beli baju/brg2 ni?? utk cari keredaan Allah atau utk SHOW OFF kt kawan2 korg yg menyebabkan korg tergolong dalam SYIRIK KECIL(riyak) yg diketegorikan dalam DOSA2 BESAR YG X DIAMPUNKN ALLAH!!!

DI KEDAI BAJU KURUNG.....
....mak ak n adik ak membelek2 baju kurung di kedai..ak hnya melihat tnp perasaan...

"kan ade byk bj krung lagi kt umah..x terpakai pun..nape nk beli lagi??"tnyaku dalam hati...

"kakak,cantik la bj ni..sesuai dgn kakak",kata mak ku mengenakan baju tersebut di badanku...

baju yg warni PINK TERANG dan diluarnya dihias dgn KAIN JARANG YG BERBUNGA-BUNGA dan dilapisi dgn inner pink di dalamnya...



argh!!!hatiku menjerit..CANTIK SANGAT!!!

"x nak la mama,x cantik la"jawabku menunjukkan muka x best n x setuju..

"cantik la ni",kata mak ku n adik perempuanku..

huhu...x nak la..sbb cantik sgt la ak x nak...lagipula,harganya pun "cantik" sgt..rm70..myb bg org lain murah kot,tp bg ak,baik ak beli bj t-shirt labuh n tudung labuh...lagi best...

yg pling utama, ak x nak nnti ak lalai dan PERASAN CANTIK+BAGUS bila mengenakan bj kurung tu...haha...

"x nak la..nnti kan ramai terpikat kt kakak bila pkai bj ni..susah kang..",kataku berseloroh kepada mereka...

"perasan nak mampos..geli ak dengar",kata adikku..hehe...ade bau kejelesan di situ..

last2 ak amik bj kurung warna hijau+biru berharga rm50...entahla...ak dah malas pusing2 n kesian plak dorg ikut ak....mase ak angkat bj tu dari rel,
dorg ckp,"cantik la tu..ok la tu.."

ak pun pilih..ok la..x menyerlah n cantik sgt...mls ak nk pusing lg..BUANG MASA N TENAGA JE...

X guna bg ak ,kalau pkai bj cantik2 tp hubungan dgn Allah tu x cantik...

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (al-a'raaf:26)

berpusing-pusing di jalan taiping di klang dan brg2 yg murah2..mmg btol2 menggoda ak...potongan 70% mmg sukar utk dilepaskan...argh!!!

ak slalu mengingatkan diriku sendiri...

"ezan,PENTINGKAH benda yg ko nak beli??"
"ezan,ko XDE KT UMAH ke benda ni??"
"ezan,brg yg kt umah tu BOLEH GUNA N MASIH ELOK lagi x??"
"ezan,adkah brg2 ni MELEBIHI KEPENTINGAN BELAJAR ko??"
"ezan,adkah ko X BOLEH HIDUP kalau xde benda ni??"
"ezan,ape TUJUAN ko beli benda ni??menunjuk-nunjuk ke??ikut nafsu ke??
"ezan,adkah Allah redha dgnmu??"


selepas mencongak-congak beberapa perkara..ak akan membuat pilihan bijak dgn membeli brg yg perlu sahaja...

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."(al-baqarah:195)

daripada ak mebazir,lebih baik ak gunakan duit ak ni pada benda2 yg baik...

******************* *************************

ak teringat masa beberapa hari yg lepas, rakanku meminta derma utk mangsa pakistan yg kebanjiran...envelope berisi duit di pas dalam dewan kuliah...smpai giliranku,ak mengambil dompet dan ternyata tiada duit kecik..
DUIT BESAR NI SYG LA PULAK NK DERMA.jadi ak pun x nak la derma...
tibe2 ak rasa cam terpukul plak...

betapa CINTANYA AK PADA HARTA DUNIA SEHINGGA KIKIR UTK MENINFAKKAN HARTAKU KE JLN ALLAH....

klu para sahabat Rasulullah dulu,infakkan harta sampai dorg xde pape...




ak plak, xde la sampai sehelai sepinggang klu ak derma pun...duit kt bank pun ade la sikit...hish,klu la ni UJIAN ALLAH UTK AK,ternyata ak GAGAL!!!

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui."(AL-BAQARAH:261)

"Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian(org miskin yg tidak meminta-minta)." (Adz Dzaariyaat:19) "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."(al-kahfi:46)



punya lah byk ayat-ayat cinta Allah terangkan pasal kebaikan menginfakkan harta di jalan Allah..tp still x dapat buat...adkah mata sudah buta utk membaca kalimah-kalimah ini??atau hati yg sudah dihijab dari melakukan kebaikan???ya Allah, jauhkan ak dari mengikut nafsu yg cintakan dunia..

AK X NAK ADA PENYAKIT WAHN....AK X NAK JADI BUIH2 DI LAUTAN....




lalu ak pun meminta rakanku envelope tu dan mengisi duit di dlmnya...

AK MEMAKSA DIRI AK REDHA, BERLAPANG DADA, JGN SEDIH N JGN "NGADA-NGADA" PLAK...
jln ke syurga ni dipenuhi dgn benda2 yg dibenci nafsu...n nafsu ak tgh "memarahi" dan mengugut ak dgn angan-angan kosong yg bakal ak terima...

ah,rezeki kan milik Allah..bodohnya ak kalau ak letakkan kebergantungan hidupku pada harta tu...ulat kecik dlam batu pun boleh hidup,ni kan pula ak yg besar garmak duk dalam bilik n blaja kt utp ni...

"Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) karena kamu memberikan sedekah sebelum mengadakan pembicaraan dengan Rasul? Maka jika kamu tiada memperbuatnya dan Allah telah memberi taubat kepadamu maka dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"(al-mujaadilah:13)


*********** ************************


sampai di rumah, mak cik ku mengomen,

"ala ezan,baju ni x menyerlah lah...warnanya x terang..."
ak hnya tersenyum...BAGUS LA TU...mmg niat ak mcm tu pun...
penting sgt kah bj kurung ini selain keredaan Allah???
kadang2 tnp ak sedari, ak sering kali lalai dalam berbelanja...tujuan ak kadang2 tersasar apabila ramai yg memuji bj ak cantik la,tudung ni lawa la,kasut cun la,beg mengancam la...mcm2 yg kadang2 wat ak rasa bangga dan riak...dan wat ak jadi SYIRIK!!!!NAUZUBILLAH....

"nak pakai cantik2,tunggulah kt syurga nnti.."pujuk hatiku...

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera."(Fathir:33)

P/S:mak cik ak swoh ak g klang tukar baju tu..dia x puas hati la.x cun,x mengancam, x jiwa muda..adoi...

RAMADAN 2010



RAMADAN 2010.....
ramadan paling bermakna dalam hidupku..
selama ak berumur 18 tahun...
terima kasih kepada semua akhwat..
yg membimbing ak kala ramadan ini...
mengajak ak berlumba-lumba melakukan kebaikan...
mengejar keredhaan tuhan yg tidak bertepian....

masih segar di ingatanku...
kemesraan kita melalui ramadan ini...
beriktikaf bersama-sama...
qiamulail bersama-sama...
ke masjid pada pukul 2 pagi bersama-sama...
bersahur bersama-sama...
beriftar bersama-sama...
dan byk kita lakukan bersama-sama...








owh...
x pernah ak rasa ramadan seindah ini...
klu boleh biarlah ramadan ini lama lagi...
sayu hatiku utk tinggalkan utp...
pulang ke rumah...
kerana "semangat" ramadan itu sukar utk dibina...
tanpa akhwat yg tercinta...
terima kasih atas segalanya...
kerana mengajar ak indahnya Ramadan ini..
manisnya Ramadan ini...
semoga ak dapat bertemu Ramadan yg akn dtg...
dan ia akan menjadi lebih baik dari SEMALAM....

Tuesday, August 31, 2010

JIWA MERDEKA???KAH!!!KAH!!!!



sajak yg diberi oleh abg ak sms ak form 1 dan ak deklamasikan sajak ini setiap thn sehingga form4 pd bln kemerdekaan di ats pentas pd sambutan pd 31 ogos...masih segar dlm ingatanku ini..

BERABAD YG LALU...
PERNAH HARUM JENAZAH TOK JANGGUT
PERNAH TERPENCIK WANGI DARAH LEFTENAN ADNAN
PERNAH TERSAKSI SEKUJUR TUBUH MAHARAJALELA
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN BANGSA

DARSAWARSA SILAM
PERJUANGAN MENYAPA PINTU NURANI
KETABAHAN BAGAIKAN API
MENYEMARAK BUKAN KEPALANG
LANTAS BUMI INI MENYAKSI

TUNKU ABD RAHMAN MELAUNGKAN LAFAZ MULIA

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!


KEMERDEKAAN
BAGAIKAN MENADAH SINAR MARTABAT BANGSA

MENGGILAP KEMBALI PUDAR KEDAULATAN BANGSA

MENGUBAT LUKA DUKA SILAM

HASIL TINGGALAN PENJAJAH ANGKUH

YG PERNAH MEROBEK

YG PERNAH MENGHANCURKAN

YG PERNAH MENYUSUK SEMBILU

JAUH DI SUDUT HATI PEJUANG2 SILAM


BUKANLAH BEBAS DARI PENJAJAH ITU
MERDEKA

BUKANLAH BEBAS DARI CENGKAMAN KUASA ITU

MERDEKA

BUKANLAH TIADA PENJAJAH ITU MERDEKA

LANTAS..

MERDEKAKAH SUDAH JIWA2 INI???



adakah jiwa kita ini merdeka??


lihatlah keliling kita,
terlalu byk hiburan yg melampau terutama di media massa..
AF,MALAYSIA IDOL,SUPERSTAR,OIAM,
IDOLA KECIL,IDOLA BESAR,sume la...

pemikiran kita dijajah dgn hedonisme yg melimpah ruah..

DUNIA INI TERLALU HINA UTK DITANGISI

lihatlah berapa ramai yg menangis ketika menyaksikan penyanyi pilihan mereka disingkirkan??
adkah mereka menangis di kala malam berjumpa Allah??

lihatlah berapa ramai yg sanggup berkorban harta dan masa utk artis pilihan mereka??
adkah harta dan masa tersebut mereka infakkan ke jln Allah??

lihatlah berapa ramai artis2 wanita yg "dinoda" auratnya menjadi santapan sang lelaki yg bukan mahramnya???
adakah penodaan itu mendapat tentangan hebat dari kaum adam yg tahu hukumnya??

lihatlah berapa ramai anak kecil yg masih suci digalakkan dgn hiburan??
adkah kita mahu generasi seperti ini menjadi tonggak agama???






terlalu byk penjajahan minda yg berlaku pada umat masa kini..
namun,mereka tidak mengerti..
kerana bg mereka inilah kemerdekaan hakiki..
freedom,bebas melakukan apa sahaja..
tnp ada kongkongan dari mana2 pihak...

kata mereka,
kita mahu mengangkat nama MALAYSIA di persada antarabgsa..
seperti hollywood,bollywood...dan bakal MALAYWOOD...
ya,kita sudah menghantar Siti Nurhaliza ke London,
Yuna ke AS,
Shila ke pertandingan antarabgsa...
dan mcm2 la...
jadi kata mereka,
kita perlu mencari PELAPIS DARI KECIL LAGI UTK MENGGANTI MEREKA...
tnpa sedar akn mewarisi dosa mereka juga
dan meneruskan agenda barat yg mahu umat islam jauh dari AQ




mugkin barat sedang ketawa
melihat kebodohan kita yg rakus mengejar award yg dicipta oleh barat..
ye la,x main la klu menang kat malaysia kan
nnti org cakap JAGUH KAMPUNG..
jd baru gempak klu menang kt luar negara..
terutamanya award dari barat..
dan barat pun ketawa melihat ketaksuban kita...KAH!!KAH!!!

amat pelik apabila imej negara juga memerlukan penasihat barat...
apa kurangnya warganegara kita??
tp ape dorg kisah...
yg penting negara kita GAH di persada antarabgsa...

ya,mereka mahu kemegahan itu
dan mereka KORBANKAN AGAMA agar impian jadi kenyataan
mereka jual kalimah2 Allah dgn harga yg murah...
mereka pamerkan akhlaq keji yg memalukan agama sendiri..
namun mereka bangga kerana dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi...

ya, ak akui ak masih muda
berdarah muda
tp ak xkan biarkan diri ak hanyut dgn permainan dunia..
yg penuh keseronokan dan tipu daya...
sebelum ak dipanggil oleh Pencipta..

letakkan dunia di tanganmu dan akhirat di hatimu...
nescaya kau tidak akan terpedaya dgn dunia


Monday, August 30, 2010

JANGAN BACA, LAWAK SANGAT...

jangan baca,lawak sangat..
by Nur Amin Ramli on Sunday, August 15, 2010 at 5:21pm

Assalamualaikum... Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun..



Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....



Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...



"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "



"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."



"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."



"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"



"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"



"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..



Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..



tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)

RAKANKU..MANA SIKAP MALUMU???


BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM.....
Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

x taw nak cakap ape bile melihat rakan2 ku seakan-akan larut dgn malam yg dicipta oleh mereka bersama-sama "teman hidup" yg berlainan jantina dan tiada ikatan yg sah...

indahnya mimpi yg mereka cipta...
indahnya taman yg menjadi saksi sumpah setia...
indahnya madah bicara yg bisa meluluhkan jiwa...
indahnya karangan ceritera yg mereka karang bersama...
semoga mereka x jatuh ke lembah zina..
nauzubillah.....

ok stop berpuisi n bermadah ntahpape ni...back to reality, semakin byk ak tgk rakan2 ak yg secara berani mendeclarekn diri mereka sudah berpunya,mereka sudah couple,status mereka complicated...sudah engaged dgn *toot*...sudah berkahwin di fb dgn *ehem2*....wah semakin byk org2 mendekati zina..ops,ak x cakap dorg berzina..ak cakap dorang MENDEKATI ZINA...sukati la klu x setuju...

Saturday, August 28, 2010

YA, AKU YG MEMFITNAH.........KERANA AKU WANITA....



TOOT...TOOT....bunyi henset ak menandakan mesej masuk..ak segera mengambil henset ak. berkerut muka ak melihat..

SENDER = ******....LELAKI(BUDI INTEGOMB)...

apsal mamat ni bg ak mesej plak????...x penah pon dia mesej ak sblm ni..lgpun ak kan anti dia n geng2 dia kt sekolah dulu...ah,lupakan kisah dulu...ak menekan butang dan membaca mesej yg dihantar olehnya..

SABDA NABI:
TIDAK AK TINGGALKAN SELEPASKU FITNAH YG LEBIH MUDHARAT KEPADA SEORANG LELAKI MELAINKAN FITNAH WANITA. OLEH ITU, WAHAI HAWA, JAGALAH KEHORMATAN DIRIMU YANG SUCI ITU...


bergetar hatiku membaca mesej itu..tanganku menggigil seakan-akan mahu melepaskan henset di tanganku...
YA ALLAH, MALUNYA AK!!!! AK ADALAH FITNAH LELAKI YG TERBESAR!!!!

ak mengingati kenangan silamku....ak berdosa YA ALLAH...ak akui, ak tidak terlepas melakukan perkara yg tidak menjaga diriku ini dari kaum adam sehingga difitnah oleh segelintir manusia...

bukan senang utk menyelindungkan hbgn ak n dia...SBPI GOMBAK bukanlah besar sgt pun..kat mane2 klu kite buat jht pun..orang mesti nmpk...Allah lagilah nampak.. klu jln2 sesame,blaja sesame, mkn sesame, n sume sesame, org mesti akan fitnah benda x betol..walaupun org sibuk memperkatakan hal ak n dia, namun prioriti ak hanyalah utk membntu dia dlm spm..soal hati n perasaan yg sering dicucuk oleh syaitan ak letakkan num 2...masa tu ak x kisah soal dosanya ak menimbulkn fitnah, dosanya ak berhubungan dgn laki tp urusan penting, dosanya ak kerana tidak dapat memberi pgjrn yg baik kpd adik2 dorm ku dan dosanya ak kerana tidak meletakkan cintaku kpd Allah di num satu......kepada adik2 dormku yg ak amat sygi, jgnlah ikut jejak lgkh ku ini...


mesej yg diberi olehnya sangat menusuk hati ku..seakan-akan kepala ak ditembak pistol dari jarak yg dekat...memang KENA..MEMANG TEPAT!!!
ya ALLAH,ampunkan lah hambamu yg hina ini...

ak teringat sebuah hadis dari nabi..tanganku mencapai buku RIYADHUS SHALIHIN di rak buku....lembaran demi lembaran ak buka....dan ak menemuinya...

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w bersabda: "Hai semua golongan kamu wanita,
BERSEDEKAHLAH
engkau semua dan PERBANYAKKANLAH BERISTIGHFAR,
sbb sesungguhnya saya melihat bhw engkau semua itu adlah SEBANYAK-BANYAKNYA AHLI NERAKA."
kemudian ada seorang wanita dr yg hadir bertanya di waktu itu dan berkata
"MENGAPA kita KAUM WANITA merupakan JUMLAH TERBANYAK
dari para AHLI NERAKA??"

beliau s.a.w menjawab,"engkau semua itu SUKA MEMPERBANYAKKAN MELAKNAT SERTA MENUTUPI KEBAIKAN SUAMI. saya tidak melihat org2 yg KURANG AKAL DAN AGAMANYA di klgn makhluk yg berakal yg LEBIH GHALIB(yg lebih byk) daripada engkau semua itu."
wanita tadi bertanya lagi:"APAKAH KEKURANGAN AKAL DAN AGAMA KITA??"
beliau s.a.w menjawab:"PERSAKSIAN 2 ORANG PEREMPUAN ADLAH SAMA DENGAN PERSAKSIAN SEORANG LELAKI-inilah satu tanda kekurangan akalnya..

dan pula WANITA ITU DIAM BERHARI-HARI TANPA MELAKUKAN SOLAT-SBB HAIDH,NIFAS dan sebagainya-inilah satu tanda kekurangan agamanya." (RIWAYAT MUSLIM)

..........................................

cukup jelas bahawa sebagai seorang muslimah, ak perlu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk ak agar tidak menimbulkan fitnah sekaligus dimasukkan ke dalam api neraka yg ak akui majoriti adlah drpd kaum sejantinaku....

teringat ak semasa perbualan dgn rakan coursemate ak tempoh hari...

me: ye ke??"abg" yg ehem2 ye??hoho

Faridah: abang.. bukan 'abang'
pe la lu nihhh tau aa ko jeles eaaa ko minat farid eaaaa hahaha nanti aku kasitau kat dia meh baitul muslim meh hahahahahhahahahahaa

me: jgn la mcm tu...malu i..huhu
senyap2 sudey kahkahkah(hanya gurauan semata-mata)
Faridah: opsss
kantoiiii abangggg ade orang minat muuuuu

me: x pe la...memndgkn ko adik dia..ak CANCEL!!
haha

ak akui...ak main2 je dgn rakanku...tapi siapa tahu kalau dia mahu mengenakan ak semasa kuliah???...gara-gara sikap main2 ku...akhirnya memakan diriku balik...dan ak yg malu dihadapan farid yg tidak bersalah tu....yg Allah..teruknya ak...ikutkan nafsu shj...

ingatan ak teringat pada pertemuan dgn rakan baikku,RAIHANAH semasa moment sharing dgn f5 di integomb beberapa minggu yg lalu...

"ezan,nak dengar x cite kawan kite kat uia??"

"nak2!!"jawabku dgn excited...sememangnya ak memang teruja dgn kisah2 dari sahabatku ini yg penuh islamik dan pengajaran...

"kawan kite pesan, PEREMPUAN YG BAIK IALAH PEREMPUAN YG TIDAK PERNAH KENA GOSIP DGN MANA-MANA LELAKI..kerana perempuan tersebut pandai menjaga diri dan menghindari diri diri dari difitnah dgn mana-mana lelaki..."kata raihanah dgn berhikmah...

"owh....."panjang OWH....ak kerana terpana dgn kata-kata sahabatku ini..

sememangnya perempuan zmn skrg ini tidak ade lagi rase malu dlm diri...bergaul bebas dgn mana-mana lelaki dan tidak kisah andai digandingkn dgn lelaki...ada berasa bangga andai nama mereka meniti di bibir kaum adam kerana ini melambangkan mereka HOT....dan tunggulah rasa 'BTOL2 HOT' di neraka nnti...nauzubillah....

raihanah menyambung,"jadikan ezan,kite nk jaga diri kita supaya xde kena gosip dgn mana-mana lelaki...e..kite x nak cakap dgn laki kalau tak perlu!!awak pun buat la mcm tu jugak ye ezan"..raihanah tersenyum...

ak gelak..haha..."bukan awak ni mmg x cakap dgn laki ke??sampai org ingat awak anti-laki"...kataku yg kagum dgn sikapnya yg cukup berhati-hati apabila berurusan dgn lelaki...tidak sepertiku ini yg ramah dgn laki..aduhai rai...pimpinlah rakanmu ini...

"kite yakin awak boleh buat...slalu doa kat Allah ye..",rai memberikan ak harapan...

ak teringat pada ayat-ayat cinta dari Allah...

Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

inilah natijahnya andai perempuan itu tidak menjaga dirinya seawal remaja lagi..ya Allah..mampukah ak menjadi insan yg solehah dan tidak termasuk dlm wanita yg menjadi musuh islam itu sendiri???

" Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" ;Riwayat Muslim.

semoga ak sedar akan kekhilafan diri dan harap tidak mengulanginya lagi...

Thursday, August 26, 2010

Ighfir Dzunubi Ya Allah(Part 1)

(PETIKAN DARI KISAH ROOMMATE BAIKKU~IKA~)
http://zusai.blogspot.com/2010/08/ighfir-dzunubi-ya-allah.html


Esak tangisnya sayup-sayup sahaja kedengaran. Waktu malam makin galak hadir, menambahkan lagi org keluar masuk dari dalam dan luar dorm itu untuk menguruskan persiapan esok. Nasib baik sahaja dia berada di katil atas, boleh la dia menyembunyikan tangisannya yang tak mampu ditahannya sejak petang tadi. ' Ya Allah, apa harus aku buat sekarang niii....' persoalan yang kerap kali muncul dalam tangisannya..

----------------------------------------------------

"Weh, kalaula kan..kalau la aku penah kapel, ko kawan x ngan aku lagi?" tanya Ita kepada Didi soalan tersirat itu.

" Hm..nthle...tak kott...nape? Ko penah kapel?" Didi tiba2 sahaja mengemukakan soalan itu membuatkan Ita terpaksa mengcover perasaan terkejutnya.

" Haha...xdelahh saje nak tnye kauu...tp en, kalau seseorg yg penah kapel tu dah menyesal xkan ko tak nak kawan dengan die jugak?" Ita yg serba salah dengan jawapan Didi itu mengajukan soalan lain.

Namun..Didi hanya menjongketkan bahu. Entah apalah yang dimaksudkannya itu. Ita hanya diam dan melemparkan pandangan ke luar tingkap sambil menghela nafas kurang senang. Dia tahu, bukan semua sahabatnya berpendapat demikian.

-----------------------------------------------------------------

Rasa bersalah semakin menjadi-jadi setiap kali berada dalam kelompok-kelompok sahabatnya itu. Perasaan tenang yang hadir apabila bersama mereka seolah-olah menjadi tarikan magnet untuk dia berubah. Apatah lagi semua perkara ini bermula sejak dia membaca artikel itu.,......

" Eh, cam best je komik tu? Pasal ape???..." Ita excited nak tahu apa yang terkandung di dalam artikel yang dijual oleh BADAR sekolahnya.

"Heh, nak tau ko beli arr..50sen je pun..." Wakil BADAR tu menjawab lalu menghulurkan senaskah artikel bertajuk UNTUKMU itu. Ita sepantas kilat membayar dengan harga 50sen kepada wakil BADAR itu.

....
.....
......
.......

Erk. ' Komik ni macam tepat kena batang hidung sendiri je ni'

------------------------------------------------------------

' Kalau aku biarkan je perkara ni, entah-entah pasni Allah tak kasi lagi rasa bersalah ni kat aku' Gumam Ita.

Sememangnya Allah itu Maha Memberi. Dia memberi rasa bersalah dalam diri Ita untuk melakukan perubahan. Dia memberi sahabat-sahabat yang sentiasa mendorongnya walaupun ada segelintir yang memandang serong terhadap perkara itu.Sahabat yang tidak pernah lekang memberinya nasihat..dan! sejak dari saat itulah baru dia lebih menghargai erti persahabatan. Persahabatan kerana Allah. Ukhwah Fillah Abadan Abada la kata orang...

Dia meninggalkan cinta manusia itu, tanpa wujud rasa kesal. Namun, sebagai manusia, sudah tentu sukar baginya melupakan semua itu. Ya, ianya satu fitrah untuk kaum adam dan hawa saling tertarik antara satu sama lain, tapi biarlah perasaan itu berada dalam keredhaanNya.

Dia kini mengerti, cinta kepada Allah lebih bermakna, maka, dia tidak boleh berpatah balik, malah terus mencari cintaNya..

"Tika kau keliru, Jangan ragu, ALLAH tercinta Maha Ada untuk kau luah rasa jiwamu. Tika kau tak keruan, Jangan hilang pedoman Rasul tersayang ada menunggumu di 'sana' dalam kerinduan. Tika kau terumbang, Jangan bimbang, Keluarga yang setia ada untukmu penuh cinta sayang.... Tika kau resah, Jangan gundah, Sahabatmu yang memahami sentiasa ada untuk kau luah. Tika kau goyah, Jangan kau lemah, Kau harus tabah, Kerana kau Pembawa Agama yang Indah. Tika kau terluka, Jangan kau berlama-lama, Kau harus tegar rasa, Kerana kau Mujahidah Muda."

‘setiap anak adam, tak terlepas dari berbuat salah. Dan, sebaik-baik orang berbuat salah adalah mereka yang berTAUBAT’

-----------------------------------------------------

Ita meneruskan kehidupan sehariannya dengan membuka lembaran baru. Walaupun kisah2 lama masih lagi sering mengganggu fikirannya, namun itu tidak akan sekali-kali mematahkan semangatnya untuk terus menerus mencari Cinta Yang Maha Agung...Walaupun kadang2 dia sering tersungkur, menangis seesak yang mungkin, jauh di sudut hatinya, dia tahu, tidak mungkin dia akan bahagia jika dia berpatah balik...


Mentari Hidup




Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.’ (Az-Zumar, 53)

http://search.4shared.com/q/1/KOMIK%20UNTUKMU

Tuesday, August 24, 2010

JALAN DAKWAH INI....


“Jalan Nabi adalah jalan penuh onak dan duri. Jalan
yang sunyi dan jalan yang kerap dipenuhi fitnah.
Inilah dakwah Islam yang lurus, jalan para mujahid
yang telah menjual nyawa dan kehidupannya semata untuk
meninggikan kalimat Allah. Tidak semua orang mampu
menelusuri jalan ini. Hanya orang-orang yang berani,
yang mau menyusuri jalan yang tidak popular seperti ini.”

"walau banyak orang menuding kami
kelompok radikal, kami akan tetap dalam jalan dakwah
ini. Kami akan tetap melakukan amar ma’ruh nahi
munkar sampai bila-bila pun. Ini adalah jalan para Nabi.
Mudah-mudahan Allah SWT selalu bersama kita.”

~petikan hasbulloh al-ghazaly~

Sunday, August 22, 2010

CINTA UKHUWAH INI.......................

saat air mata ini tidak tertahan lagi dibendung, ku tumpahkan jua..saat kekecewaan yg melanda di jiwa ekoran sikap rakanku yg tidak ku mengerti dan sesetengah yg prejudis dgnku ini, ak luahkan akhirnya...pada akhwat2 tercinta...yg cinta pada ukhuwah ini....

siapa yg bisa menahan air mata ini tika satu demi satu rintihan dititipkan....satu demi satu rasa dakwah yg berat ini ingin dihentikan...semakin byk cabaran dan ujian yg melanda....yg membuat diri ini lemah...yg buat diri ini kadang2 lalai..tp ALLAH masih sygkn......DIA memberi ujian agar kita slalu bergantung dan ingat padanya...pastinya,siapa yg mahu gugur di jalan dakwah ini??semoga tiada antara kita yg mengangkat bendera menyerah kalah....

Tuesday, August 17, 2010

KEKUATAN ITU ALLAH YANG BAGI


sekian lama ak menyepi di blog ini...sebab kesempitan masa yg tidak mengizinkan ak utk meluangkan bersama blog ini...

semakin hari ak semakin sibuk nk final exam sem 2...

sem2..
byk yg ak blaja mase sem ni...
paling best adalah ak dapat kenal kakak taklim/halaqah...
mengajar ak n wat ak faham tentang islam...
ak bersyukur sgt2...
selama ni ak tau pasal islam...
tp nk wat nk amal tu malas sket...
markah pendidikan islam ak pun dulu tinggi..siap highest lagi..haha
tp tu sume atas kertas je...
bukan susah pun nk hafal nk goreng ayat bagi pemeriksa kagum dgn jawapan ak...
tp..
klu pemeriksa ni nilai attitude ak dulu
mesti fail..
haha


sem3 akan menjelma
dgr cite susah...wat ak susah hati je...
semakin hari kwn2 ak semakin berkurang
kerana meningglkn tanah air tercinta ni
blaja ke oversea..
oh kawan
ak nk sangat ikut korg sume gi sana...
mesti seronok kan..
pandai korg jeleskn ak dgn gmbr2 pose korg di sana
tp boleh ke ak??
ak blaja kt utp
local je
tp klu nk fly kena aktif
klu aktif kena masuk mcm2 aktiviti
klu masuk mcm2 aktiviti x dpt la ak fokus pada dkwh n tarbiyah ak..
ya Allah teruknya ak(niat x btol)...
tp nk wat camne
walaupun setan xde bulan ramadan ni
tp ade nfsu...
huh!!ak x leh kalah dgn dia...
nafsu yg nk keseronokan n kenikmatan dunia
kan jln ke syurga kan dipenuhi benda yg x disukai nafsu...
bg la ak kekuatan
ya Allah....

Tuesday, July 27, 2010

KAMI X KAPEL, KAMI "KAWAN" JE...


(AK TAHU CERITA INI X PATUT AK CERITAKAN....NAMUN, SEBELUM AK MATI, AMIKLAH PENGAJARAN DARI KISAH HIDUPKU INI....KEPADA SESAPE YG TERASA, AK MINTAK MAAF...IKA(roommateku),AK TUNAIKAN JNJI AK MENGARANG KISAH CINTAKU.....)


"ezan, ak sayang kau..ak rindu kau",katanya dgn suara yg menggoda..
"ak pun sayang and rindu kau jugak",kataku lembut.
"ezan,mlm ni kite tido same nak??",katanya mengharap.
"huh??x nak la..x muat.ak gemok kot..haha,"jawabku mengelak.
"ala..boleh ezan..plez.."katanya memujuk.
"hish,ko ni kan IKA,klu ak ketuk ko kang baru taw..dah,ak malas nk sambung drama ntahpapentah ni..x baik utk adik2 dorm..hehe..."kataku sambil ketawa.
"haha..bajet ar ak nk tido dgn ko.wat sempit je..kuikuikui!!"kata IKA...

"akak penah bercinta x??,"adik dorm ak,akma bertnya..

************************** *****************************

"ezan,kamu bercinta ye???"soal cikgu faridah,guru sejarah form 5 ku...

"er..mane ade cikgu...x de la cikgu..hish cikgu ni"kataku menafikan tuduhan cikgu yg betol..eheh..sambil membuat muka x bersalah langsung..

"mana la taw..dulu2 senior f5 jd mcm ni sbb kes ni la..mana la taw awak kan...tp sayang la sbb cikgu target kamu dapat A1 dlm trial sbb kamu dpt A2 dlm mid yr..HNYA KAMU N faiz 5af SAHAJA YG X LEPAS....camne cg nk jwb kt mesyuarat nnti..."katanya kesal.

"maaf la cikgu..tp saya mmg ade masalah peribadi"kataku mencari alasan.."masalah peribadi" la sgt...

"masalah peribadi ape??"tnya cikgu..
"er...hmm..."ak tersyum memberi isyarat bhw ia AMAT PERIBADI...walaupun sbnrnya x..
"ok..mcm ni..cikgu bg kamu kertas soalan trial ni n kamu jwb kat umah cuti ni.pastu hntr kat cikgu..paham??"arah cikgu faridah.

******************* ******************************
"ezan,bangunlah...dah pukul 10 ni!!!!"jerit jannah kepadaku...

ak buat pekak sbb ak memang mengantuk tahap gaban....

"wei,klu keje ko bergayut smpai pagi je,baik ko bg hp ko kt mak ko la!!! buat ko makin teruk!!!ko dgr x ape yg ak cakap ni???"tengkingnya ke arah ak...

tibe2,ak rasakan darah marah menyirap ke muka aku..kesalahannya sukar dimaafkan kerana menggangu ak tido n menengking ak x pasal2...

"bleh x ko senyap??"ak meninggikan suara...tanda sound padanya..

"hei,ko ingat ak x taw...ain amir dah cite kt ak..ni sume sbb hp tu....nasib baik dia bgtau ak ape yg ko buat...ko ni makin teruk!!!"katanya menghangatkan suasana dan amarah di dada..

"lantak ak lah..ko sibuk apasal??hp ak..apsal ak nk dgr ckp ko kena bg kat mak ak plak??"ak membalas n bangun dr katil...

"ko taw x..KO DAH X MCM DULU....BUKAN EZAN YG AK KENAL DULU....ko stay up baca buku bukannya bergayut dgn jantan!!! KO PAHAM X???KO NAK RESULT KO JATUH???KO NAK KORBANKAN CITA2 KAU???KO INGAT AK SUKE2 MARAH KAU???"balasnya seakan-akan menusuk belati ke sanubari...

"i don't want all ur dreams destroy bcoz of him" mesej ain amir yg masih segar di ingatanku...

ak pekakkan telinga...x dgr ape yg jannah ckp..bg ak dia menyibuk dgn urusan peribadi ak je..huh!!! hari trial makin hampir n ak masih leka dibuai mimpi syaitan..dan akhirnya....

"ezan.kenapa dgn keputusan sejarah kamu??cikgu mcm x caye..."kata cikgu faridah di kelas...

"ni mesti sbb ak x cukup study...tu la dok sibuk lagha kan diri";getusku di dlm hati.....

***************************** **********************************


"ezan,mlm ni jom la studi kt bilik..asyik gi bilik study je..."kata jannah padaku pada satu malam..

"ah...belah arh"kataku di dalam hati kerana amarah di pundak dada tidak reda lagi.

"x leh la..ak nk kena ajar dorg fizik..dah janji.."kataku menipu meninggalkan jannah dan menarik beg ku dan melangkah ke kamar belajar.

"ak nk ikut blaja boleh x??"jannah bertanya..

"huh??"ak memandang tepat ke matanya..biar betol minah ni..tempat tu bukan seswai dgn dia sbb semua sedia maklum yg ahli2 kt dalam bilik tu mmg otai2 n gila2...dgn chulin jadi ketua dan dibantu farah,wani,fiza,dian,ak,dan peah yg perangai cam siot ni...tetibe JANNAH nk join...ak takot dia x thn...
"sukati kau la"kataku dan berlalu...

seperti yg ak sangka jannah hnya berthn sementara shj..sumpah..sape yg x biase masuk situ jgn la datang...impian korg untuk belajar n menelaah pelajaran akn terkubur melihat cara kitorg belajar..ahaks...x tau nk ckp camne..korg phm2 la kan...yg penting kitorg enjoy n bljr...yg penting enjoy belajar..

******************** **********************
ak ni x lah baik sangat..kadang2 ak yg pengawas ajak adik2 dorm ak bw hp esp ecah n akma..haha...bab2 cintun ni ak mmg layan la dgn dorg...

"kak ezan, td ecah nmpk kak ezan jln sesame dgn ****...owh,ckp "xde pape" konon!!!hehe", kata ecah mengusik...

"mane ade pape la",balasku smbil mengerut dahi..."kitorg kawan je..."

"hmmm...ye la kawan...klu dah tetiap pagi blaja same klu 6.30 smpai kul 7.00 pg...siap bw kan roti utk bekal lagi...ptg2 dr kul 6.00 smpai kul 7.00 pun blaja sesame...gi Dewan Makan pun sesame....tetiap mlm mesti dia menyibuk kt group akak nk jadi anak buah akak bile akak jd fasi.... sabtu ahad pun blaja dgn dia...tetiap weekend mesti dapat makanan dari dia...hehe.."kawan" ke kak??ngaku je la..MALU TAPI MAHU....hehe"katanya sambil tersenyum....

"memang la...dah akak jadi buddy dia utk mentor-mentee..mestilah tolong dia..pembetulan, bukan blaja sesame ye...akak ajar dia..tolong sket...memang la tetiap pg n ptg akak ajar dia sbb dah xde waktu lain lagi nk tolong ajar dia...xkan nk ajak dia balik dorm???kang akak bw, terkejut ecah...ala, dia nk bagi mknn tetiap minggu tu akak anggap sbg hadiah akak tolong dia...bukan harap pun..tp klu dah bg x kan nk tolakkan???lagipun, akak bukan mkn sorg2..akak share dgn adik2 sume n ecah la paling lahap skali makan...x malu!!"kataku sambil menarik pipinya kerana geram dgn nya yg saja2 mengenakan ak...

"bajet la ak nk cakap kt adik dorm ak yg ak suke dia",getus ku dlm hati...

"ye la tu,wahai kakak dorm kesayanganku..nnti kirim salam sayang kat dia mlm nnti ye",katanya mengenakanku sekali lagi...

"owh..nnti mlm nnti akak x nak bagi kad ecah kt jirol kawan akak tu",kataku mengugut kepadanya yg mmg mabuk cintun dgn mamat sebatch ak ni...

"ala akak..jgn la cam tu...ckp dah jnji dah tolong..ala akak..please!!!ecah mintak maaf...jgn la mcm ni kak.."ecah merayu...

"hehe..taw takot...klu sebut pasal hubungan akak n dia lagi..akak x nak tolong!!!huh!!",ak mengarah kepada ecah..

"ok kak..ecah jnji.."

bukan senang utk menyelindungkan hbgn ak n dia...SBPI GOMBAK bukanlah besar sgt pun..kat mane2 klu kite buat jht pun..orang mesti nmpk...Allah lagilah nampak..
klu jln2 sesame,blaja sesame, mkn sesame, n sume sesame, org mesti akan fitnah benda x betol..walaupun org sibuk memperkatakan hal ak n dia, namun prioriti ak hanyalah utk membntu dia dlm spm..soal hati n perasaan yg sering dicucuk oleh syaitan ak letakkan num 2...masa tu ak x kisah soal dosanya ak menimbulkn fitnah, dosanya ak berhubungan dgn laki tp urusan penting, dosanya ak kerana tidak dapat memberi pgjrn yg baik kpd adik2 dorm ku dan dosanya ak kerana tidak meletakkan cintaku kpd Allah di num satu......kepada adik2 dormku yg ak amat sygi, jgnlah ikut jejak lgkh ku ini...

******************** ********************


peperiksaan trial SPM semakin menghampiri...
tekanan semakin menghimpit dgn ak yg jadi fasi segala macam n ajar org(sbb ak suka =) )...dan diri ak sendiri yg cam x cover lagi....ak cube mencari ketenangan...

dan ak decide utk belajar di dorm sahaja n pegi dorm kwn2 bile perlu shj...

ak tkot ak x dpt buat n x leh buat...tetiap mlm ak mesej mak ak swoh doakan ak dapat jwb....

"mama,esok kakak nk pekse..doakan kakak ye...kakak takut la mama..huhu"
"ezan boleh buat punya..mama yakin."

hubungan ak dgn jannah n ika semakin rapat..ak akui dorg la antara pompuan paling ak rapat sesangat sebb dorg sama dorm dgn ak kt makmur1 dari form4-5(2 thn bersama mereka di bumi sbpi gombak)...dorg pun slalu support ak blaja n pakai tudung labuh...walaupun ak hnya tolong dorg dlm pelajaran ak,tp apelah sgt dgn pengorbnn dorg yg dah tolong ak tutup lubg2 cacat dalam diri ak yg serba ketandusan agama islam...

************************** *************************************
KEPUTUSAN SPM 2009...

Alhamdulillah batch ak excell9 berjaya mendapat tmpt ke3 di dlm Malaysia dan meningkat gred peratus pada thp yg membanggakan...

dan AK , JANNAH , IKA berjaya mendapat straight A dlm sume mata pljrn...

dan tidak lupe, insan yg ak penah cintai dulu juga berjaya dlm spm..Alhamdulillah..dari gagal semasa trial mendapat A semasa SPM...ak berasa puas dpt membntunya...apepun, ak bersyukur kpd Allah kerana masih sygkn ak..ak taw dlm ak membntu dia, Allah x redha dlm hbgn kami yg melanggar syarak,,namun Allah tidak membalas kejahatan kami semasa keputusan SPM seperti senior2 ku yg lain...

Allah masih sayangkn ak...DIA memberi ak peluang...Alhamdulillah...

dan ak skang melnjutkn pelajaran di UTP bakal menjadi geoscientist kot atau engineer...

dan jannah n ika sedang melakukan persiapan ke Mesir dlm medic...di universiti yg sama... ALEXANDRIA....

jeles gak ar sbb x dpt nk join dorg...ika,smoga x bosan dgn jannah(smoga korg jadi roommate lagi).. =P

dan ak jeles x dapat bersama2 korg... (T_T)...

semoga kite semua berjaya....insyaAllah....

************************** ****************************

setelah mendapat tarbiyah di UTP, dari halaqah iman waima smartgroup rakan masjid sendiri...ak bertekad utk berubah...ak tidak mahu lagi dibelenggu dosa antara ak n dia...

ak bgtau diayg ak tidak mahu teruskan lagi hbgn ni..

dia bgtau aku yg dia pun nk bgtau ak pasal ni tp dia tkot ak stress dan tak dpt blaja..lagi pula, maknya dah pesan dia jgn contact ak lagi...tp ak harap kami dapat jadi kawan...

KAWAN BOLEH JADI KEKASIH TP KEKASIH X MUNGKIN JADI KAWAN...

selepas bebrapa bulan, dia sudah berubah..kwn2 ku bertanya pasal perubahan dia kpd ku...ak pelik..apsal dia berubah???..ak cuba menghubunginya dan mesej dia tp x balas2...

satu hari, ak chat kt fb dgn dia..bertanya kenapa dah berubah..tp dia marah2 kat ak..ckp ak moron(bodoh nk mmpus) n kepala otak ak penuh dgn benda2 kotor...dia ckp dia dah x nk cam dulu n ugut ak klu ak ganggu dia utk berubah jadi baik dia akn buat something kat ak..dia nk jadi mcm anak yg mak dia harapkan...dia ckp kt aku, x yah la nk nangis2..buang air mata n wat power spek ak naik je...walhal ak x nangis pun tp ak geram+marah+kecewa...

insan yg dulu rapat dgn ak, jln2 sesame,blaja sesame, mkn sesame, n sume sesame, tibe2 berubah sekelip mata...

people changes with time.....

ak redha andai ini balasan dari Allah...semoga hikmahnya dpt ak rasai utk ak menjadi insan solehah ..dan mendekatkan diriku padaMu ya ALLAH...

************************* **************************

"akak tgh bercinta ke???"tnya ecah,adik dorm ak pada hari graduasi SPM mmbuatkn ak teringat nostalgia lama...

ak hnya tersenyum...

"owh....adik taw dgn sape..hehe"katanya tersengih...

"adikku..akak sgt cintakan dia..kwn2 akak IKA, JANNAH,RAIHANAH,ETC...yg telah byk bantu akak n berjuang bersama akak dlm susah n senang...x lupe cinta akak kwn2 akak di utp yg membw akak ke pangkal jln dari kemaksiatan.....ya,akak sedang bercinta dan akak harap cinta ini x kan padam"kataku di dalam hati sambil memandang wajahnya yg innocent...

x perlu lah bibir ak berkata-kata...biarlah adik2 dorm melihat perubahan ku nnti...insyaAllah..

ika n jannah, semoga kkite dapat jumpe lagi...adik2 dorm esp ecah,jgn noti2...ape yg akak pesan dulu yg x elok, tinggalkan ye...
nnti akak "cuci' balik bile akak berkesempatan gi sana...

p/s= terima kasih kepada murobiyyahku, dan kakak2 n rakan2ku yg wat ak makin paham tntg islam di utp...smoga ukhuwah kite berkekalan n tegurlah jika ak melakukan kesalahan..kepada kakak SG n rakan2 se group ku, moga kite paham islam n merebut cinta Allah yg Esa...bukannya cinta manusia yg tidak kekal selama2nya...pesanan khas utk diriku yg serba kekurangan...


Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (9:24)