Tuesday, August 31, 2010

JIWA MERDEKA???KAH!!!KAH!!!!



sajak yg diberi oleh abg ak sms ak form 1 dan ak deklamasikan sajak ini setiap thn sehingga form4 pd bln kemerdekaan di ats pentas pd sambutan pd 31 ogos...masih segar dlm ingatanku ini..

BERABAD YG LALU...
PERNAH HARUM JENAZAH TOK JANGGUT
PERNAH TERPENCIK WANGI DARAH LEFTENAN ADNAN
PERNAH TERSAKSI SEKUJUR TUBUH MAHARAJALELA
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN BANGSA

DARSAWARSA SILAM
PERJUANGAN MENYAPA PINTU NURANI
KETABAHAN BAGAIKAN API
MENYEMARAK BUKAN KEPALANG
LANTAS BUMI INI MENYAKSI

TUNKU ABD RAHMAN MELAUNGKAN LAFAZ MULIA

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!


KEMERDEKAAN
BAGAIKAN MENADAH SINAR MARTABAT BANGSA

MENGGILAP KEMBALI PUDAR KEDAULATAN BANGSA

MENGUBAT LUKA DUKA SILAM

HASIL TINGGALAN PENJAJAH ANGKUH

YG PERNAH MEROBEK

YG PERNAH MENGHANCURKAN

YG PERNAH MENYUSUK SEMBILU

JAUH DI SUDUT HATI PEJUANG2 SILAM


BUKANLAH BEBAS DARI PENJAJAH ITU
MERDEKA

BUKANLAH BEBAS DARI CENGKAMAN KUASA ITU

MERDEKA

BUKANLAH TIADA PENJAJAH ITU MERDEKA

LANTAS..

MERDEKAKAH SUDAH JIWA2 INI???



adakah jiwa kita ini merdeka??


lihatlah keliling kita,
terlalu byk hiburan yg melampau terutama di media massa..
AF,MALAYSIA IDOL,SUPERSTAR,OIAM,
IDOLA KECIL,IDOLA BESAR,sume la...

pemikiran kita dijajah dgn hedonisme yg melimpah ruah..

DUNIA INI TERLALU HINA UTK DITANGISI

lihatlah berapa ramai yg menangis ketika menyaksikan penyanyi pilihan mereka disingkirkan??
adkah mereka menangis di kala malam berjumpa Allah??

lihatlah berapa ramai yg sanggup berkorban harta dan masa utk artis pilihan mereka??
adkah harta dan masa tersebut mereka infakkan ke jln Allah??

lihatlah berapa ramai artis2 wanita yg "dinoda" auratnya menjadi santapan sang lelaki yg bukan mahramnya???
adakah penodaan itu mendapat tentangan hebat dari kaum adam yg tahu hukumnya??

lihatlah berapa ramai anak kecil yg masih suci digalakkan dgn hiburan??
adkah kita mahu generasi seperti ini menjadi tonggak agama???






terlalu byk penjajahan minda yg berlaku pada umat masa kini..
namun,mereka tidak mengerti..
kerana bg mereka inilah kemerdekaan hakiki..
freedom,bebas melakukan apa sahaja..
tnp ada kongkongan dari mana2 pihak...

kata mereka,
kita mahu mengangkat nama MALAYSIA di persada antarabgsa..
seperti hollywood,bollywood...dan bakal MALAYWOOD...
ya,kita sudah menghantar Siti Nurhaliza ke London,
Yuna ke AS,
Shila ke pertandingan antarabgsa...
dan mcm2 la...
jadi kata mereka,
kita perlu mencari PELAPIS DARI KECIL LAGI UTK MENGGANTI MEREKA...
tnpa sedar akn mewarisi dosa mereka juga
dan meneruskan agenda barat yg mahu umat islam jauh dari AQ




mugkin barat sedang ketawa
melihat kebodohan kita yg rakus mengejar award yg dicipta oleh barat..
ye la,x main la klu menang kat malaysia kan
nnti org cakap JAGUH KAMPUNG..
jd baru gempak klu menang kt luar negara..
terutamanya award dari barat..
dan barat pun ketawa melihat ketaksuban kita...KAH!!KAH!!!

amat pelik apabila imej negara juga memerlukan penasihat barat...
apa kurangnya warganegara kita??
tp ape dorg kisah...
yg penting negara kita GAH di persada antarabgsa...

ya,mereka mahu kemegahan itu
dan mereka KORBANKAN AGAMA agar impian jadi kenyataan
mereka jual kalimah2 Allah dgn harga yg murah...
mereka pamerkan akhlaq keji yg memalukan agama sendiri..
namun mereka bangga kerana dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi...

ya, ak akui ak masih muda
berdarah muda
tp ak xkan biarkan diri ak hanyut dgn permainan dunia..
yg penuh keseronokan dan tipu daya...
sebelum ak dipanggil oleh Pencipta..

letakkan dunia di tanganmu dan akhirat di hatimu...
nescaya kau tidak akan terpedaya dgn dunia


Monday, August 30, 2010

JANGAN BACA, LAWAK SANGAT...

jangan baca,lawak sangat..
by Nur Amin Ramli on Sunday, August 15, 2010 at 5:21pm

Assalamualaikum... Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun..



Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....



Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...



"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "



"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."



"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."



"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"



"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"



"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..



Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..



tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)

RAKANKU..MANA SIKAP MALUMU???


BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM.....
Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

x taw nak cakap ape bile melihat rakan2 ku seakan-akan larut dgn malam yg dicipta oleh mereka bersama-sama "teman hidup" yg berlainan jantina dan tiada ikatan yg sah...

indahnya mimpi yg mereka cipta...
indahnya taman yg menjadi saksi sumpah setia...
indahnya madah bicara yg bisa meluluhkan jiwa...
indahnya karangan ceritera yg mereka karang bersama...
semoga mereka x jatuh ke lembah zina..
nauzubillah.....

ok stop berpuisi n bermadah ntahpape ni...back to reality, semakin byk ak tgk rakan2 ak yg secara berani mendeclarekn diri mereka sudah berpunya,mereka sudah couple,status mereka complicated...sudah engaged dgn *toot*...sudah berkahwin di fb dgn *ehem2*....wah semakin byk org2 mendekati zina..ops,ak x cakap dorg berzina..ak cakap dorang MENDEKATI ZINA...sukati la klu x setuju...

Saturday, August 28, 2010

YA, AKU YG MEMFITNAH.........KERANA AKU WANITA....



TOOT...TOOT....bunyi henset ak menandakan mesej masuk..ak segera mengambil henset ak. berkerut muka ak melihat..

SENDER = ******....LELAKI(BUDI INTEGOMB)...

apsal mamat ni bg ak mesej plak????...x penah pon dia mesej ak sblm ni..lgpun ak kan anti dia n geng2 dia kt sekolah dulu...ah,lupakan kisah dulu...ak menekan butang dan membaca mesej yg dihantar olehnya..

SABDA NABI:
TIDAK AK TINGGALKAN SELEPASKU FITNAH YG LEBIH MUDHARAT KEPADA SEORANG LELAKI MELAINKAN FITNAH WANITA. OLEH ITU, WAHAI HAWA, JAGALAH KEHORMATAN DIRIMU YANG SUCI ITU...


bergetar hatiku membaca mesej itu..tanganku menggigil seakan-akan mahu melepaskan henset di tanganku...
YA ALLAH, MALUNYA AK!!!! AK ADALAH FITNAH LELAKI YG TERBESAR!!!!

ak mengingati kenangan silamku....ak berdosa YA ALLAH...ak akui, ak tidak terlepas melakukan perkara yg tidak menjaga diriku ini dari kaum adam sehingga difitnah oleh segelintir manusia...

bukan senang utk menyelindungkan hbgn ak n dia...SBPI GOMBAK bukanlah besar sgt pun..kat mane2 klu kite buat jht pun..orang mesti nmpk...Allah lagilah nampak.. klu jln2 sesame,blaja sesame, mkn sesame, n sume sesame, org mesti akan fitnah benda x betol..walaupun org sibuk memperkatakan hal ak n dia, namun prioriti ak hanyalah utk membntu dia dlm spm..soal hati n perasaan yg sering dicucuk oleh syaitan ak letakkan num 2...masa tu ak x kisah soal dosanya ak menimbulkn fitnah, dosanya ak berhubungan dgn laki tp urusan penting, dosanya ak kerana tidak dapat memberi pgjrn yg baik kpd adik2 dorm ku dan dosanya ak kerana tidak meletakkan cintaku kpd Allah di num satu......kepada adik2 dormku yg ak amat sygi, jgnlah ikut jejak lgkh ku ini...


mesej yg diberi olehnya sangat menusuk hati ku..seakan-akan kepala ak ditembak pistol dari jarak yg dekat...memang KENA..MEMANG TEPAT!!!
ya ALLAH,ampunkan lah hambamu yg hina ini...

ak teringat sebuah hadis dari nabi..tanganku mencapai buku RIYADHUS SHALIHIN di rak buku....lembaran demi lembaran ak buka....dan ak menemuinya...

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w bersabda: "Hai semua golongan kamu wanita,
BERSEDEKAHLAH
engkau semua dan PERBANYAKKANLAH BERISTIGHFAR,
sbb sesungguhnya saya melihat bhw engkau semua itu adlah SEBANYAK-BANYAKNYA AHLI NERAKA."
kemudian ada seorang wanita dr yg hadir bertanya di waktu itu dan berkata
"MENGAPA kita KAUM WANITA merupakan JUMLAH TERBANYAK
dari para AHLI NERAKA??"

beliau s.a.w menjawab,"engkau semua itu SUKA MEMPERBANYAKKAN MELAKNAT SERTA MENUTUPI KEBAIKAN SUAMI. saya tidak melihat org2 yg KURANG AKAL DAN AGAMANYA di klgn makhluk yg berakal yg LEBIH GHALIB(yg lebih byk) daripada engkau semua itu."
wanita tadi bertanya lagi:"APAKAH KEKURANGAN AKAL DAN AGAMA KITA??"
beliau s.a.w menjawab:"PERSAKSIAN 2 ORANG PEREMPUAN ADLAH SAMA DENGAN PERSAKSIAN SEORANG LELAKI-inilah satu tanda kekurangan akalnya..

dan pula WANITA ITU DIAM BERHARI-HARI TANPA MELAKUKAN SOLAT-SBB HAIDH,NIFAS dan sebagainya-inilah satu tanda kekurangan agamanya." (RIWAYAT MUSLIM)

..........................................

cukup jelas bahawa sebagai seorang muslimah, ak perlu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk ak agar tidak menimbulkan fitnah sekaligus dimasukkan ke dalam api neraka yg ak akui majoriti adlah drpd kaum sejantinaku....

teringat ak semasa perbualan dgn rakan coursemate ak tempoh hari...

me: ye ke??"abg" yg ehem2 ye??hoho

Faridah: abang.. bukan 'abang'
pe la lu nihhh tau aa ko jeles eaaa ko minat farid eaaaa hahaha nanti aku kasitau kat dia meh baitul muslim meh hahahahahhahahahahaa

me: jgn la mcm tu...malu i..huhu
senyap2 sudey kahkahkah(hanya gurauan semata-mata)
Faridah: opsss
kantoiiii abangggg ade orang minat muuuuu

me: x pe la...memndgkn ko adik dia..ak CANCEL!!
haha

ak akui...ak main2 je dgn rakanku...tapi siapa tahu kalau dia mahu mengenakan ak semasa kuliah???...gara-gara sikap main2 ku...akhirnya memakan diriku balik...dan ak yg malu dihadapan farid yg tidak bersalah tu....yg Allah..teruknya ak...ikutkan nafsu shj...

ingatan ak teringat pada pertemuan dgn rakan baikku,RAIHANAH semasa moment sharing dgn f5 di integomb beberapa minggu yg lalu...

"ezan,nak dengar x cite kawan kite kat uia??"

"nak2!!"jawabku dgn excited...sememangnya ak memang teruja dgn kisah2 dari sahabatku ini yg penuh islamik dan pengajaran...

"kawan kite pesan, PEREMPUAN YG BAIK IALAH PEREMPUAN YG TIDAK PERNAH KENA GOSIP DGN MANA-MANA LELAKI..kerana perempuan tersebut pandai menjaga diri dan menghindari diri diri dari difitnah dgn mana-mana lelaki..."kata raihanah dgn berhikmah...

"owh....."panjang OWH....ak kerana terpana dgn kata-kata sahabatku ini..

sememangnya perempuan zmn skrg ini tidak ade lagi rase malu dlm diri...bergaul bebas dgn mana-mana lelaki dan tidak kisah andai digandingkn dgn lelaki...ada berasa bangga andai nama mereka meniti di bibir kaum adam kerana ini melambangkan mereka HOT....dan tunggulah rasa 'BTOL2 HOT' di neraka nnti...nauzubillah....

raihanah menyambung,"jadikan ezan,kite nk jaga diri kita supaya xde kena gosip dgn mana-mana lelaki...e..kite x nak cakap dgn laki kalau tak perlu!!awak pun buat la mcm tu jugak ye ezan"..raihanah tersenyum...

ak gelak..haha..."bukan awak ni mmg x cakap dgn laki ke??sampai org ingat awak anti-laki"...kataku yg kagum dgn sikapnya yg cukup berhati-hati apabila berurusan dgn lelaki...tidak sepertiku ini yg ramah dgn laki..aduhai rai...pimpinlah rakanmu ini...

"kite yakin awak boleh buat...slalu doa kat Allah ye..",rai memberikan ak harapan...

ak teringat pada ayat-ayat cinta dari Allah...

Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

inilah natijahnya andai perempuan itu tidak menjaga dirinya seawal remaja lagi..ya Allah..mampukah ak menjadi insan yg solehah dan tidak termasuk dlm wanita yg menjadi musuh islam itu sendiri???

" Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" ;Riwayat Muslim.

semoga ak sedar akan kekhilafan diri dan harap tidak mengulanginya lagi...

Thursday, August 26, 2010

Ighfir Dzunubi Ya Allah(Part 1)

(PETIKAN DARI KISAH ROOMMATE BAIKKU~IKA~)
http://zusai.blogspot.com/2010/08/ighfir-dzunubi-ya-allah.html


Esak tangisnya sayup-sayup sahaja kedengaran. Waktu malam makin galak hadir, menambahkan lagi org keluar masuk dari dalam dan luar dorm itu untuk menguruskan persiapan esok. Nasib baik sahaja dia berada di katil atas, boleh la dia menyembunyikan tangisannya yang tak mampu ditahannya sejak petang tadi. ' Ya Allah, apa harus aku buat sekarang niii....' persoalan yang kerap kali muncul dalam tangisannya..

----------------------------------------------------

"Weh, kalaula kan..kalau la aku penah kapel, ko kawan x ngan aku lagi?" tanya Ita kepada Didi soalan tersirat itu.

" Hm..nthle...tak kott...nape? Ko penah kapel?" Didi tiba2 sahaja mengemukakan soalan itu membuatkan Ita terpaksa mengcover perasaan terkejutnya.

" Haha...xdelahh saje nak tnye kauu...tp en, kalau seseorg yg penah kapel tu dah menyesal xkan ko tak nak kawan dengan die jugak?" Ita yg serba salah dengan jawapan Didi itu mengajukan soalan lain.

Namun..Didi hanya menjongketkan bahu. Entah apalah yang dimaksudkannya itu. Ita hanya diam dan melemparkan pandangan ke luar tingkap sambil menghela nafas kurang senang. Dia tahu, bukan semua sahabatnya berpendapat demikian.

-----------------------------------------------------------------

Rasa bersalah semakin menjadi-jadi setiap kali berada dalam kelompok-kelompok sahabatnya itu. Perasaan tenang yang hadir apabila bersama mereka seolah-olah menjadi tarikan magnet untuk dia berubah. Apatah lagi semua perkara ini bermula sejak dia membaca artikel itu.,......

" Eh, cam best je komik tu? Pasal ape???..." Ita excited nak tahu apa yang terkandung di dalam artikel yang dijual oleh BADAR sekolahnya.

"Heh, nak tau ko beli arr..50sen je pun..." Wakil BADAR tu menjawab lalu menghulurkan senaskah artikel bertajuk UNTUKMU itu. Ita sepantas kilat membayar dengan harga 50sen kepada wakil BADAR itu.

....
.....
......
.......

Erk. ' Komik ni macam tepat kena batang hidung sendiri je ni'

------------------------------------------------------------

' Kalau aku biarkan je perkara ni, entah-entah pasni Allah tak kasi lagi rasa bersalah ni kat aku' Gumam Ita.

Sememangnya Allah itu Maha Memberi. Dia memberi rasa bersalah dalam diri Ita untuk melakukan perubahan. Dia memberi sahabat-sahabat yang sentiasa mendorongnya walaupun ada segelintir yang memandang serong terhadap perkara itu.Sahabat yang tidak pernah lekang memberinya nasihat..dan! sejak dari saat itulah baru dia lebih menghargai erti persahabatan. Persahabatan kerana Allah. Ukhwah Fillah Abadan Abada la kata orang...

Dia meninggalkan cinta manusia itu, tanpa wujud rasa kesal. Namun, sebagai manusia, sudah tentu sukar baginya melupakan semua itu. Ya, ianya satu fitrah untuk kaum adam dan hawa saling tertarik antara satu sama lain, tapi biarlah perasaan itu berada dalam keredhaanNya.

Dia kini mengerti, cinta kepada Allah lebih bermakna, maka, dia tidak boleh berpatah balik, malah terus mencari cintaNya..

"Tika kau keliru, Jangan ragu, ALLAH tercinta Maha Ada untuk kau luah rasa jiwamu. Tika kau tak keruan, Jangan hilang pedoman Rasul tersayang ada menunggumu di 'sana' dalam kerinduan. Tika kau terumbang, Jangan bimbang, Keluarga yang setia ada untukmu penuh cinta sayang.... Tika kau resah, Jangan gundah, Sahabatmu yang memahami sentiasa ada untuk kau luah. Tika kau goyah, Jangan kau lemah, Kau harus tabah, Kerana kau Pembawa Agama yang Indah. Tika kau terluka, Jangan kau berlama-lama, Kau harus tegar rasa, Kerana kau Mujahidah Muda."

‘setiap anak adam, tak terlepas dari berbuat salah. Dan, sebaik-baik orang berbuat salah adalah mereka yang berTAUBAT’

-----------------------------------------------------

Ita meneruskan kehidupan sehariannya dengan membuka lembaran baru. Walaupun kisah2 lama masih lagi sering mengganggu fikirannya, namun itu tidak akan sekali-kali mematahkan semangatnya untuk terus menerus mencari Cinta Yang Maha Agung...Walaupun kadang2 dia sering tersungkur, menangis seesak yang mungkin, jauh di sudut hatinya, dia tahu, tidak mungkin dia akan bahagia jika dia berpatah balik...


Mentari Hidup




Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.’ (Az-Zumar, 53)

http://search.4shared.com/q/1/KOMIK%20UNTUKMU

Tuesday, August 24, 2010

JALAN DAKWAH INI....


“Jalan Nabi adalah jalan penuh onak dan duri. Jalan
yang sunyi dan jalan yang kerap dipenuhi fitnah.
Inilah dakwah Islam yang lurus, jalan para mujahid
yang telah menjual nyawa dan kehidupannya semata untuk
meninggikan kalimat Allah. Tidak semua orang mampu
menelusuri jalan ini. Hanya orang-orang yang berani,
yang mau menyusuri jalan yang tidak popular seperti ini.”

"walau banyak orang menuding kami
kelompok radikal, kami akan tetap dalam jalan dakwah
ini. Kami akan tetap melakukan amar ma’ruh nahi
munkar sampai bila-bila pun. Ini adalah jalan para Nabi.
Mudah-mudahan Allah SWT selalu bersama kita.”

~petikan hasbulloh al-ghazaly~

Sunday, August 22, 2010

CINTA UKHUWAH INI.......................

saat air mata ini tidak tertahan lagi dibendung, ku tumpahkan jua..saat kekecewaan yg melanda di jiwa ekoran sikap rakanku yg tidak ku mengerti dan sesetengah yg prejudis dgnku ini, ak luahkan akhirnya...pada akhwat2 tercinta...yg cinta pada ukhuwah ini....

siapa yg bisa menahan air mata ini tika satu demi satu rintihan dititipkan....satu demi satu rasa dakwah yg berat ini ingin dihentikan...semakin byk cabaran dan ujian yg melanda....yg membuat diri ini lemah...yg buat diri ini kadang2 lalai..tp ALLAH masih sygkn......DIA memberi ujian agar kita slalu bergantung dan ingat padanya...pastinya,siapa yg mahu gugur di jalan dakwah ini??semoga tiada antara kita yg mengangkat bendera menyerah kalah....

Tuesday, August 17, 2010

KEKUATAN ITU ALLAH YANG BAGI


sekian lama ak menyepi di blog ini...sebab kesempitan masa yg tidak mengizinkan ak utk meluangkan bersama blog ini...

semakin hari ak semakin sibuk nk final exam sem 2...

sem2..
byk yg ak blaja mase sem ni...
paling best adalah ak dapat kenal kakak taklim/halaqah...
mengajar ak n wat ak faham tentang islam...
ak bersyukur sgt2...
selama ni ak tau pasal islam...
tp nk wat nk amal tu malas sket...
markah pendidikan islam ak pun dulu tinggi..siap highest lagi..haha
tp tu sume atas kertas je...
bukan susah pun nk hafal nk goreng ayat bagi pemeriksa kagum dgn jawapan ak...
tp..
klu pemeriksa ni nilai attitude ak dulu
mesti fail..
haha


sem3 akan menjelma
dgr cite susah...wat ak susah hati je...
semakin hari kwn2 ak semakin berkurang
kerana meningglkn tanah air tercinta ni
blaja ke oversea..
oh kawan
ak nk sangat ikut korg sume gi sana...
mesti seronok kan..
pandai korg jeleskn ak dgn gmbr2 pose korg di sana
tp boleh ke ak??
ak blaja kt utp
local je
tp klu nk fly kena aktif
klu aktif kena masuk mcm2 aktiviti
klu masuk mcm2 aktiviti x dpt la ak fokus pada dkwh n tarbiyah ak..
ya Allah teruknya ak(niat x btol)...
tp nk wat camne
walaupun setan xde bulan ramadan ni
tp ade nfsu...
huh!!ak x leh kalah dgn dia...
nafsu yg nk keseronokan n kenikmatan dunia
kan jln ke syurga kan dipenuhi benda yg x disukai nafsu...
bg la ak kekuatan
ya Allah....