Saturday, December 25, 2010

DAKWAH FAMILY

"semoga Allah meredhainya...."

Kata Hasan Al-Banna "petiklah buah yg dekat" yg membawa konatasi bahawa dalam kita berdakwah dalam masyarakat, FAMILY adalah insan prima yg perlu kita dakwahi dan menyampaikan fikrah Islam apatah lagi institusi keluarga tersebut ketandusan agama Allah ini. Andai bapa sebagai presiden dan ibu sebagai vice president dalam keluarga tidak dapat menjalankan tanggungjawab dalam menyampaikan ilmu agama sebaiknya, maka, kita sebagai dai'e yg faham islam perlu berdakwah kepada insan yg paling kita sayang ini.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلآئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادُُ لاَّيَعْصُونَ اللهَ مَآأَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَايُؤْمَرُونَ . التحريم : 6
”Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (QS. At Tahrim 66:6)

Persoalannya, mampukah kita??


Wednesday, December 22, 2010

AM I READY FOR REJECTION???

"semoga Allah meredhainya...."

Apa perasaaan anda apabila direject oleh orang yg anda sayang??
Apa perasaan anda apabila segala apa yg anda buat ditempelak dan dipandang sebelah mata oleh orang lain??

Sedih?
Marah?
Hiba?
Kecewa?
Putus asa?

Katakan semua kata2 geramji(kata2 negatif) pada diri dan natijahnya pasti akan meruntuhkan semangat anda utk terus berusaha lagi.

Begitulah ceritaku seusai mengajak rakan2 melakukan kebaikan, mengajak rakan2 ke program2 dakwah.


Thursday, December 16, 2010

CELAKA BETUL KAWAN AK INI....

"semoga Allah meredhainya...."

Misfortune shows those who are not really friends.
 
Without friends no one would choose to live, though he had all other goods.
 Kata2 pujangga Aristotle tentang kawan sungguh benar jika kita mendalaminnya.

'Kesusahan akan menbantu kita melihat kawan yg BETUL2 KAWAN'

'Tanpa kawan, tiada siapa sanggup di dunia ni keseoranga w/pun ada mcm2 yg best2'

NAMPAK X??

Betapa penting nilai kawan kan??

Kawan bersama kita susah dan senang...
Kawan bersama kita tika senang dan gembira..
Kawan yg slalu temankan kita enjoy...

Tapi adakah dia adakah kawan yg akan menarik kita ke syurga atau ke neraka?

Fikir-fikirkan....

"Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran ketika Al Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.
Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan." (Al-Furqan,25:28-30)







Sunday, December 12, 2010

KAUNSELOR DAN RAKAN2 KELAS KESAYANGANKU....(remember the past for the better future)

"semoga Allah meredhainya...."

KAUNSELOR merupakan cikgu yang tidak mengajar pelajaran tetapi mengajar erti kehidupan, membimbing dalam membuat keputusan dan memberi nasihat apabila diperlukan. sebab tulah kaunselor wajar ada di setiap sekolah. bukan utk menkaunseling budak2 teruk yg punyai pegangan "the rule is made to be broken", tapi sesiapa sahaja yg memerlukan bimbingan dalam segala aspek kehidupan.Mereka sedia utk membantu anda...


DARI LUAHAN MASALAH MENJADI RAKAN

KAUNSELOR INTEGOMB


masih segar dalam ingatan ak bersama kaunselor, Cg Hayanah yg agak rapat dgn ku..semuanya bermula gara2 masalah ak di akhir2 form5 tika sering diserang oleh warden, cg A*n*(HEM), cg disiplin, pengawas, Majlis Tertinggi(MT), asbab tingkahlaku sebagai seorang pengawas yg tidak wajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas dan fasilitator dan melanggar peraturan sekolah seperti tidak pergi perhimpunan dan membawa telefon bimbit, byk lagi dan tidak perlu ak sebutkan. Ak tertekan dgn cikgu2 yg 'mencucuk' dari kiri ke kanan dan tidak mampu lagi bertahan.

Wednesday, December 8, 2010

LAYAKKAH KITA MENDAMBAKAN SYURGA ??

"semoga Allah meredhainya...."

"kalau nak jadi jahat tu senang je...x yah solat,x baca AQ, pergi lepak lelaki dan perempuan,tengok movie, layan cerita Korea, dan lain2 perkara lagha yg nampak ringan, tapi percayalah, sedikit demi sedikit, titik hitam akan menjadi gelap dan tiada cahaya dapat menembusinya.

kalau nak jadi baik..YA ALLAH, SUBHANAALLAH...untuk bermujahadah melawan nafsu diri dan hasutan syaitan bukan perkara mudah.bukan perkara senang..kadang2 terasa BERAT, PENAT, X BERBALOI....PENGORBANAN yg perlu dilakukan bukan sedikit tetapi byk...kadang2 diri bertnya pada diri, MAMPUKAH AKU??SANGGUP BERTAHANKAH AKU??BAGAIMANA KEADAAAN AKU NANTI??ADAKAH KECICIRAN ATAU TERKANDAS ATAU TERSASAR DARI LANDASAN???"

Friday, December 3, 2010

MALU DENGAN TITLE BUDAK "BUDAK AGAMA"???

"semoga Allah meredhainya...."

Suatu hari, semasa dalam perjalanan utk menghadiri kuliah, Nina mendengar sekumpulan siswi bergelak ketawa di hadapannya. Mendengar butir bicara mereka yg menjadi bahan gelak ketawa menyebabkan Nina mengujap panjang. Astagfirullah, mengapalah remaja sekarang suka mempermainkan perkara yg berkaitan agama. Seperti manusia yg tiada akidah dalam diri.

"ha???ko budak AGAMA???..HAHA...ak nak bgtau kat sume..weyh, nak tahu tak, Siti sebelah ak ni budak AGAMA kat sekolah dulu...kahkah.."kata Ain kepada rakan2 nya dgn suara yg kuat sehingga Nina dan sesiapa sahaja yang berada di belakang dan di hadapan mengendarnya mendengarnya.


"weyh, janganlah..ko apehal??" Siti menghampiri Pika,rakannya yg mencanang 'kisah silamnya' kepada org ramai lalu memukul dan mencubit bahunya. Siti berasa geram.

"ni budak agama???x de rupa pun."kata rakan mereka, Najwa sambil dia memandang atas dan bawah Siti yg disaluti jeans, t-shirt pendek dan tudung disilangkan ke belakang. kata-kata Najwa ditambah lagi perisa rempah ratus oleh rakan2 yg lain utk mentertawakan dan memalukan Siti di hadapan manusia lain.

"BUDAK AGAMA pakai tudung labuh dengan baju kurung la" KAHKAH

"ko BUDAK AGAMA mesti power cakap bahasa arab" KAHKAH

"BUDAK AGAMA mana boleh kapel2 dowh" KAHKAH

"BUDAK AGAMA mesti ALIM!!!" KAHKAH