Sunday, January 16, 2011

ASSALAMUALAIKUM CIKGU EZAN

"semoga Allah meredhainya...."


Assalamualaikum cikgu ‘,kata Teacher Zaleha semasa berselisih denganku di hadapan bilik guru SMK Puncak Alam. Diakhirnya ada gelak ketawa nakal yg mengusikku.

‘Teacher! X baik taw kacau saya..segan saya..hehe..’,kataku kepada teacher yg pernah mengajar ak semasa form 2 n 3 dahulu. Lalu kami berdua ketawa.
SMKPA yg nampak cam kilang..kilang ILMU la katakan.

Segalanya bermula pada hari Isnin lalu, 10 Januari 2011, ketika aku melawat SMK Puncak Alam yang pernah menjadi tempat aku belajar dari tingkatan Satu hingga Tiga sebelum melanjutkan pelajaran di SBPI Gombak. Saat ak melangkah kaki di perkarangan sekolah,sayu dan rindu hatiku melihat murul2 yang menyambut pengunjung sekolah ini. Mural2 itu dibuat oleh aku dan rakan2ku dahulu. Hanya tinggal kenangan dan memori indah.