Friday, February 11, 2011

JAULAH PERKAHWINAN..


"semoga Allah meredhainya...."

AMARAN: POST INI MENGANDUNGI PERKATAAN SKEMA SESUAI AYAT KARANGAN.BERHATI-HATI KETIKA MEMBACANYA.

Khamis, 3 Februari 2011.

Pagi2 lagi, kedengaran suara meriah akhwat-akhwat di bumi UTP. Bukannya meriah ingin menyambut Tahun Baru Cina atau pulang ke rumah bercuti seperti pelajar university yang lain, tapi kemeriahan jaulah yang akan bermula sebentar lagi. Ya, jaulah yang membuatkan ramai akhwat tak tidur lena, tersenyum gembira dan bermacam-macam ragam yang kebanyakannya sangat teruja. Aku juga seperti mereka. Tidak sabar untuk mengembara ke utara.Dengan 4 buah kereta, D- Max, Toyota corolla ,Satria-Neo dan Kelisa, jaulah bermula jam 8.30 pagi, meluncur laju di jalan raya meninggalkan bumi UTP.

jaulah bermula...