Friday, February 11, 2011

JAULAH PERKAHWINAN..


"semoga Allah meredhainya...."

AMARAN: POST INI MENGANDUNGI PERKATAAN SKEMA SESUAI AYAT KARANGAN.BERHATI-HATI KETIKA MEMBACANYA.

Khamis, 3 Februari 2011.

Pagi2 lagi, kedengaran suara meriah akhwat-akhwat di bumi UTP. Bukannya meriah ingin menyambut Tahun Baru Cina atau pulang ke rumah bercuti seperti pelajar university yang lain, tapi kemeriahan jaulah yang akan bermula sebentar lagi. Ya, jaulah yang membuatkan ramai akhwat tak tidur lena, tersenyum gembira dan bermacam-macam ragam yang kebanyakannya sangat teruja. Aku juga seperti mereka. Tidak sabar untuk mengembara ke utara.Dengan 4 buah kereta, D- Max, Toyota corolla ,Satria-Neo dan Kelisa, jaulah bermula jam 8.30 pagi, meluncur laju di jalan raya meninggalkan bumi UTP.

jaulah bermula...



Alhamdulillah, perjalanan lancar seperti yang dirancang. Namun, jaulah ini tidak bermakna tanpa pengalaman yang tidak boleh dilupa baik suka mahupun duka. Dugaan pertama melanda apabila kereta kelisa kesayangan seorang akhwat ‘mengamuk’. Dengan temperature yang tinggi, lebih hangat dari biasa, kereta tersebut terkandas di Juru, Kedah. Kereta D-Max dan Toyota corolla terpaksa meneruskan perjalanan kerana perlu menghantar ‘barang amanah’ kepada tuannya di Gurun dan tinggallah kereta Satria-Neo menemani kereta Kelisa yang terkandas. Aku yang menaiki kereta Satria Neo terpaksa menunggu di Juru bersama-sama akhwat lain.



Dengan ketidakpakaran akhwat2 dalam bab2 membaiki kereta,keadaan tidak seperti sedia kala dan  kereta Kelisa masih dalam suhu yang tinggi. Kami hanya mempu membuka but depan kereta dan mengipas-ngipaskan enjinnya(bajet dapat hilangkan haba segera), sambil berehat seketika dengan harapan temperature akan menurun. Namun, usaha kami tidak menjadi. Aku cuba untuk telefon abang aku yang merupakan seorang mekanik, tapi gagal. Dalam kekalutan itu, mujur beberapa ikhwah dan seorang ulat mekanik datang membantu. Selepas beberapa jam terkandas, Alhamdulillah, kereta kelisa pulih semula dan kami meneruskan perjalanan kami.

Walimah ukhti Tim dari UMS adalah walimah pertama yang perlu kami hadiri. Eh, bukan walimah tapi akd nikah. Kereta D-Max dan Toyota yang dipandu oleh akhwat2 sudah tiba terlebih dahulu di rumah ukhti Tim. Kereta Kelisa dan kereta Satria Neo yang pada mulannya berkonvoi bersama-sama terpisah sekelip mata asbab Satria Neo terlalu laju sehingga terlajak persimpangan yang sepatutnya dimasuki. Satria Neo sesat seketika. Aku yang ada di dalamnya dah risau sbb kami tersesat sampai masuk highway. Keadaan bertambah kesian apabila tiada akhwat di dalam kereta Satria Neo itu yang tahu jalan ke rumah ukhti Tim. Hanya doa kepada Allah dipanjatkan agar dipermudahkan perjalanan. Bermacam- macam usaha digunakan seperti menggunakan GPS, telefon akhwat lain, tanya orang tepi jalan dan tanya orang di stesen minyak tentang Masjid Solihin yang menjadi tempat akad nikah Ukhti Tim. Keadaan bertambah gawat apabila direction GPS bertentangan dengan direction penduduk kawasan sekitar itu. Ish, perbezaan pendapat dalam hal mcm ni boleh menyesatkan kami.

GPS: you are in about 10 kilometer..turn left..turn left..

Akhwat 1: eh, apsal GPS ni cakap turn left? Mak cik tadi tu cakap belok kanan..camne ni??

Akhwat 2: ah, GPS ni x leh caya ni..

Akhwat1: eh,boleh la..

Akhwat2: jadi..macam mana??

Akhwat3: kita belok kanan..kalau salah patah balik dan belok kiri.

Akhwat4: harap2 sempat tengok dorang akad nikah.

Akhwat1: klu tak sempat kita suruh pak iman dengan pengantin laki tu ulang balik depan kita.

Akhwat4: ingat ni siaran Astro ape?? Leh replay balik.

Semua akhwat gelak ketawa meredakan sedikit tekanan.

Akhirnya, masjid dijumpai dan seusai kaki akhwat2 Satria Neo melangkah masjid tersebut, akad baru bermula. Fuh, nasib baik sempat tengok. Klu x, mesti dah request pak imam n pengantin laki ulang balik. Ok, ni aku tipu sbb aku x berani nk request.

kegembiraan pengantin lelaki dan jurukemera jelas terpancar.


Selepas menikmati hidangan di rumah ukhti Tim, kami meneruskan perjalanan ke rumah seorang akhwat UTP yang tinggal di Kedah. Alhamdulillah, kami dapat membersihkan diri, solat dengan selesa dan menikmati makan malam yang sedap di rumah akhwat tersebut. Memang best ar dapat singgah kat rumah akhwat ni. Keluarganya siap masakkan dinner yang sedap dan layan kami semua dengan baik.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke rumah ukhti Atifah, akhwat UTP yang akan mengadakan walimah pada lusa, hari Sabtu. Keadaan sangat mencuit hati apabila kereta Satria Neo sering kali salah jalan dan terlepas kerana terlaju sangat. Adeyh, kereta ‘TAT ****’ni memang la..Natijahnya, terpaksa 3 kereta lain menunggu di tepi jalan, menantikan kemunculan Satria Neo dari belakang yang akan meluncur laju dari belakang dan memotong kereta akhwat lain dan kedudukan pertama masih disandang oleh Satria Neo walaupun tersesat tadi…lawak la Satria Neo ni. Ni yang membuatkan aku suka naik kete ni.. Sabar ye Satria Neo. Kereta yang sangat proaktif seperti Neo Synergy!

Malamnya , kami tiba di kampung Sama Gagah. Kampung ukhti Atifah. Kami bermalam di PASTI (sebuah bangunan yang menempatkan pelajar2 sekolah rendah mempelajari agama Islam di bawah seliaan PAS). Selepas menghadapi seharian jaulah bersama akhwat2 tercinta, kami berehat seketika pada malamnya. Energy perlu direcharge untuk kegunaan keesokan harinya.

masjid kg sama gagah yg menjadi saksi ikatan ukhti atifah n akhi umair


Hari Jumaat, 4 Februari 2011. Kami pergi ke rumah ukhti Atifah untuk membantu akhwat tersebut prepare untuk hari walimah pada esok harinya. Beberapa tugasan dibahagi antara akhwat2. Ada yang memasukkan kacang dalam plastic, membasuh dan memasak telur, seal plastik2 yang sudah dimasukkan makanan,dan lain2. Oleh sebab aku dah pernah buat kerja membasuh dan memasak telur masa abang aku kawin dulu, jadi, aku pun amik la tugasan ni.

sambil beramah mesra dgn mak su ukhti atifah


Pada pukul 11 pagi, kami menjalankan  aktiviti dengan adik2 PASTI. Adik2 tersebut dibahagikan mengikut jantina. Seriously , sangat2 susah untuk menghandle mereka. Akhwat terpaksa menjerit dan melontarkan suara seMAKSIMA mungkin agar dapat mengatasi suara adik2 tersebut terutama pelajar lelaki yang kebanyakannya nakal. Kami juga terpaksa menukar loghat Penang agar mudah difahami dan honestly speaking, loghat kami sangat tidak neutral dan kelakar kerana berlakunya pertembungan dan percampuran loghat Kelantan ,Terengganu, Perak, Selangor dan negeri2 asal akhwat masing2.

adik2 yg pelik mendengar bahasa akhwat2..ni nak habaq mai ni..


Banyak perkara yang dipelajari daripada aktiviti bersama adik2 ini. Betapa kesabaran yang diperlukan sangat tinggi. Bayangkan apabila ada adik2 lelaki terutamanya tidak mahu mendengar kata, menjerit tak tentu hala dan bergaduh sesama mereka. Akhwat2 terpaksa memujuk, dan mententeramkan keadaan mereka di samping ‘merasuah’ mereka dengan gula2. Rasa macam nak tarik telinga dan cubit sahaja mereka! Tapi, takut la kalau kena saman. Teringat pada satu keadaan yang berlaku selepas seorang akhwat bertanya satu soalan sahaja kepada adik2 lelaki.

Akhwat: baik ,adik2..adik2 comel sekelian. Kalau adik2 dapat jawab kuiz ni, adik2 akan dapat gula2. Sape kat sini nak gula2??Angkat tangan….

Adik2 laki: SAYAAAA!!!!!!!!!!!!!!SAYA!SA…YA!!!!!!!!!!!!!!!SAYA!!!!!!!!!!!!(jeritan hingga top of the head!)

Jerit mereka semua dengan kuat dan sepenuh tenaga, tapi dalam masa yang berbeza-beza sehingga membingitkan telinga akhwat lain. Akhwat memerlukan 3 minit untuk mententeramkan keadaan semula.

Akhwat: OK!!! ADIK2!!! TOLONG DIAM!!!KAT BELAKANG TU JANGAN JERIT2!!!!SAPA X SENYAP X DAPAT GULA2!!!LETAK TANGAN KAT MULUT!!!DIAM!!!SAPA X DIAM, AKAK POTONG MARKAH KUMPULAN DIA!!!

Semua akhwat berusaha menegur adik2. Tegur di belakang, di depan bising, tegur di depan, di belakang bising. Sabar2….

Fuh, dengan hanya satu soalan seperti di atas(sapa nak gula2?), keadaan boleh berubah menjadi gila. Jadi, bak kata seorang akhwat senior, jangan tanya soalan mcm tu n biarkan mereka bersuara.
Sebelum pulang, kami bersalaman bersama adik2. Sempat juga mereka mengorat akhwat2 UTP..amboi adik…kecik2 dah gatal ye..

Adik lelaki: akak, nak nombor telefon boleh tak?? (sambil buat muka tersipu-sipu malu)

Akhwat: eh, mana boleh..awak nak buat ape??(muka akhwat berkerut tgk budak kecik ni.ish, kecik2 dah berani nak ngorat kakak2 UTP. Tarik telinga kang!)

iklan ubat gigi dari adik PASTI


Selepas itu, kami bertolak ke rumah Ukhti Atifah. Membantu memasukkan barang2 ke dalam beg kertas yang akan diberikan kepada tetamu nanti. Kehadiran akhwat dari negeri lain memeriahkan suasana. Sudah lama tidak berjumpa mereka. Macam2 cerita dikongsi bersama dan lawak jenaka memecahkan gelak ketawa. Best giler dapat jumpa semua.

Pada petangnya, kami berkonvoi bersiar-siar ke Pulau Pinang. Berhenti seketika di jambatan Pulau Pinang dan menikmati suasana yang berangin dan menenangkan sambil bergambar bersama-sama. Tiba di Pulau Pinang, kami berjalan-jalan melihat bangunan di pulau tersebut dan pulang menaiki feri. Di feri pula, kami sangat gembira dapat menghabiskan masa dengan semua, berseronok bersama akhwat2 yang tercinta dan menikmati ciptaan Allah yang indah di depan mata. Oh ye, tidak dinafikan, ada sahaja mata-mata yang memandang pelik kepada kami asbab kami semua bertudung labuh. Biarlah, yang penting kami gembira.

di atas jmbtn pulau pinang

pemandangan dari feri meng'usha' feri yg bertentangan


Pada malamnya, kami semua berehat di PASTI dan beberapa akhwat ke rumah Ukhti Atifah untuk membantunya memakai inai. Yang kelakarnya, bukan sahaja ukhti Atifah yang pakai inai, malah akhwat yang datang ke rumah pun nak pakai inai sekali! Nasib baik x lawan tokey!

“Amboi, dia pun sibuk nak berinai. Nasib baik sebelah tangan je..ni mesti nak aura pengantin kak Atifah..xpe, kot2 la dalam masa terdekat ni turn dia pulak..hehe” usik akhwat2 yang berehat di PASTI melihat akhwat2 yang pulang dari rumah Ukhti Atifah dengan jari yang berbalut inai.

Sabtu , 5 Februari 2011.

 Hari yang mendebarkan tiba. Tidak dinafikan ada beberapa akhwat yang excited dan berdebar-debar. Walhal , ukhti Atifah rilex je..eh, sapa yang nk kawin sebenarnya ni?? Bukan apa, mungkin kami tidak menyangka yang ukhti Atifah akan menamatkan zaman bujangnya dalam beberapa jam lagi. Aku pun rasa mcm semalam je kak Atifah datang bilik aku,ziarah aku, kenal dan fahamkan aku tentang Islam. Tengok2, jodoh dia sudah tiba. Rasa mcm cepat. Pada yang belum bertemu jodoh..bykkan bersabar dan berdoa..Bak kata lagu yang pernah Umair kenalkan, ‘ Menunggu Di SayuP Rindu’..

Kekasihkan hadir SESUAI DENGAN IMAN DI HATI…

Dan kak atifah dan akhi Umair memang sesuai, secocok bak lirik lagu tu.

Tika, di upacara akad nikah berlangsung, debaran muka pengantin lelaki dapat dilihat. Ukhti Atifah seperti biasa..rilex je..hanya senyuman seri pengantin diberikan kepada kami.

Sempat lagi pengantin lelaki menelefon pengantin perempuan walaupun berada di hadapan dengan jarak dalam 2 meter. Apa yang dibincangkan hanya mereka dan Allah yang tahu. Kami hanya tersenyum dan berbisik sesama kami.meluahkan betapa kami gembira dan excited menyaksikan majlis yang diredhai Allah ini. Sempat juga pak cik Zubir bermadah bicara. Yang tak boleh tahan apabila aku dengar beliau berkata..

‘kedua-dua mereka belajar, bertemu, bercinta dan akhirnya berkahwin’ lebih kurang camni la ayat dia..

Hadirin gelak ketawa.

‘pak cik ni, x main la bercinta2 sebelum kawin.  Sangat mustahil mereka berdua bercinta sebelum ni..Patutnya ‘kedua mereka belajar, bertemu, berkahwin dan bercinta’ !’kataku dalam hati dan turut sama2 gelak dengan para hadirin yang mendengar ayat2 pak cik zubir seterusnya.

‘aku terima nikahnya Atifah binti Ahmad Yusoff dengan mas kahwin seutas rantai emas dan sebongkah dinar emas tunai…………..’kata pengantin lelaki.

‘SAH,SAH,SAH’ kata hadirin di tepi.

wah, sambutan mcm artis...ramai tol jurukemera nya..


Alhamdulillah..terbinanya sebuah masjid yang diredhai Allah. Bak kata pak cik zubir, semoga mereka bahagia dan dikurniakan anak yang comel2..

Kami bergerak ke rumah Ukhti Atifah segera untuk menjadi usher menyambut tetamu terutama keluarga dari pihak lelaki. Selepas makan , kami bergambar bersama-sama pengantin pula. Bukan senang dapat peluang bergambar bersama mereka. Sempat juga aku mengabadikan gambar bersama kak Atifah. Sangat gembira aku lihat dia dan Akhi Umair bersama dan bahagia. Semoga perkahwinan mereka diredhai Allah dan gerak kerja dakwah semakin gencar dilakukan bersama-sama.

pasangan bahagia. semoga diredhai Allah.


Tiba masa untuk pulang. Allah masih menguji perjalanan jaulah kami saat kami tersenyum gembira melihat kedua-dua mempelai bahagia.

‘remote kereta D-max hilang dan kereta tu x dapat nak bawa balik. Terpaksa tinggalkan kat sini. Skang sume akhwat akan balik dengan 3 kereta.’kata seorang akhwat yang incharge pengangkutan.

Nasib baik cukup untuk sume akhwat UTP naik 3 kereta. Jalan raya sangat jem, sebab ramai yang ingin pulang ke rumah kerana cuti raya cina dah abes. Suasana yang panas terik sangat memeningkan kepala beberapa akhwat. Apepun, dalam pukul 8 lebih(mlm) kami selamat tiba di UTP.  Alhamdulillah.

Banyak pengalaman yang berharga tidak dapat dilupakan bersama akhwat2 baik di UTP mahupun tempat lain sepanjang jaulah ini. Pembaikkan dan beberapa pengajaran perlu diambil untuk akhwat2 menghadapi jaulah kemudian nanti terutama memastikan kenderaan diservice sebelum memulakan perjalanan. Ya , kehidupan tidak indah tanpa suka dan duka dan kita tidak dapat menduga dugaan yang akan melanda. Itulah , namanya jaulah. Dengan pelbagai ujian, jaulah lebih terkesan.

Bulan March nanti kami akan berjaulah lagi. Kali ni ke Pahang. insyaAllah, semoga jaulah nanti berjalan lancar dan menjadi jaulah yang berharga buat kami sekali lagi.

16 comments:

  1. bestnye..alhamdulillah..sronokkan dpt berjaulah?ezan,nak gi pahang bulan 3 ye?bpe aribulan?mehlah dtg kat umah ily..(klu cuti skola la)

    ReplyDelete
  2. ily: 13 Mac nnti gi Pahang. insyaAllah, kalau berkesempatan ke sana, ezan dtg ziarah ye.. =)

    ReplyDelete
  3. bukan GPRS la dear, GPS la..global positioning system...GPRS untuk aktifkn 3G, MMS n segala bagai gadjet kt enset...

    ReplyDelete
  4. adik: seronok sgt2..
    nur habib: oh ok! noted! bese la..saya ni buta IT...

    ReplyDelete
  5. haha GPRS lak.comel.
    hai ezan.hehe.

    ReplyDelete
  6. Ezan... GPS..Guna Pasti Sesat.. heheh

    ReplyDelete
  7. Kisah Pengembaraan yang menarik! hehe ezan..ezan..selok ambo tahan gelaks. adoih enti punye cerita bila ana baca rasa mcm sedang melalui pengembaraan itu bersama-sama :D

    ReplyDelete
  8. ezan, dalam gambar kau yg tgh akad tuh ad abg zainol, senior integomb ...lame xjumpe dye...

    ReplyDelete
  9. syazrul:yup, aku pun rasa tu abg jenol yang ko cite kat aku dulu masa foundation..abg yg ko cite bw ko n dak2 integomb gi swimming ek??eheh..
    neway, if ko rindu kt dia, do come to utp la b4 ko fly.

    p/s: syaz, jom jaulah gi umah cg wan n cg saidah..giler rindu dowh..kt perak ko boleh lawat cg zul mat top.

    ReplyDelete
  10. ezan, bestnya cerita..... rasa cam join gak pengembaraan tu..... n cam ni gamesti walimah ukhti suhaila pun cam ni gak...... tp xdpt join... exam

    sutu pencarian ~~~ farahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan, n mesti cam ni gak walimah ukhti suhaila kan....

      Delete
    2. hehe..jaulah dekat la jg masa walimah kak su. hehe

      Delete
  11. best baca article ni.Kak Ezan bila pulak nak kawen?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, sesegera yang mungkin. menunggu sapa2 yg berani dtg ke rumah utk meminang.;)

      Delete