Saturday, August 20, 2011

EXCELL9.THE BEST BATCH EVER

"semoga Allah meredhainya...."

logo excell9

EXCELL9.

Nama batch yang tidak asing lagi di bumi SBPI Gombak. Mungkin pada awal penubuhannya, batch ini seringkali mencetus kontroversi-kontroversi yang kurang enak yang bukan sahaja dalam kalangan pelajar2 malahan guru2 juga.

'batch kamu lah batch pertama yang dapat markah teruk add math!'
'pelajar batch kamu tak boleh terima nasihat cikgu langsung!'
'pelajar  batch excell9 la yang fly semalam. Memalukan!'
'batch kamu la yang buat perangai macam ni. Ada ke perempuan masuk tandas laki??!!'klik di sini
'kenapa susah sangat nak ajar budak batch kamu??dah byk kali cikgu ulang, tapi kamu masih buat kesalahan yang sama dalam peperiksaan!!'
'batch kamu la yang paling byk cikgu tangkap berkapel!!'

Tuesday, August 16, 2011

PETROLEUM GEOSCIENCES (let's us rock the world with rocks!) (^_^)

"semoga Allah meredhainya...."


Bismillahirrahmanirrahim

Petroleum Geosciences?

Rocks? Minerals?

Ini adalah element terpenting dalam subjek Petroleum Geosciences yang aku ceburi sekarang ini.

FATE???

Siapa sangka, insan yang kala dahulu amat meminati subjek Biologi, ingin menjadi seorang doctor, atau mungkin guru Biologi, berubah arah kepada Petroleum Geosciences. Jika bukan kerana Allah mengantarakan PETRONAS SCHOLARSHIP kepada aku, mungkin diri ini tidak mengenali sama sekali program ini. Ya, pada yang baru mendengar course ini, ini adalah yang course (baca : programme) baru di UTP (Malaysia) selepas beberapa Negara seperti di Kanada dan Australia.

Aku akui, aku bukan minat sangat subjek ini. Tidak sebati dengan jiwa dan diriku. Namun, kugagahi diri juga untuk mempelajarinya.

 Bait-bait kata keluarga yang berbaur keduniaan ‘ingat Ezan, kamu dah amik duit Petronas tu…’  dan ayat Al-Quran  mengenai amanah ku pegang erat-erat sebagai motivasi diri.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (8:27)

Belajar Petroleum Geosciences adalah amanat Allah kepadaku dan sewajarnya aku perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dan menguasai pelajaran ini. Tapi, tanpa minat yang mendalam, bagaimana mahu menjadikannya sebagai sebahagian daripada diri?

Tuesday, August 2, 2011

KETUKAN PINTU BILIK....

"semoga Allah meredhainya...."



walaupun kadang ketukan tidak dilayan, dibiarkan menunggu,namun bukan itu yg diharapkan. Hanya diharapkan redha Pencipta alam ini dan rahmatNya. Biarlah andai diri ini dicemuh atau difitnah, kerana bukan redha manusia yg didamba tapi redha Allah yang utama.

"dipetik dari http://theassimilator.blogspot.com/2011/06/lagi-dan-lagi.html"


"Assalamualaikum."

"Assalamualaikum, adik."

Berkali-kali pintu bilik itu diketuk. Tinggi harapannya agar penghuni bilik sudi membuka.

"Assalamualaikum." Ucapan salam kali ketiga. 
'Kalau tak buka jugak, takpelah. Lainkali aku datang lagi.' desis hatinya.