Saturday, August 20, 2011

EXCELL9.THE BEST BATCH EVER

"semoga Allah meredhainya...."

logo excell9

EXCELL9.

Nama batch yang tidak asing lagi di bumi SBPI Gombak. Mungkin pada awal penubuhannya, batch ini seringkali mencetus kontroversi-kontroversi yang kurang enak yang bukan sahaja dalam kalangan pelajar2 malahan guru2 juga.

'batch kamu lah batch pertama yang dapat markah teruk add math!'
'pelajar batch kamu tak boleh terima nasihat cikgu langsung!'
'pelajar  batch excell9 la yang fly semalam. Memalukan!'
'batch kamu la yang buat perangai macam ni. Ada ke perempuan masuk tandas laki??!!'klik di sini
'kenapa susah sangat nak ajar budak batch kamu??dah byk kali cikgu ulang, tapi kamu masih buat kesalahan yang sama dalam peperiksaan!!'
'batch kamu la yang paling byk cikgu tangkap berkapel!!'




Dan bermacam-macam keluhan, sindiran dan kata-kata umpat yang dilemparkan. Adat batch  sekolah asrama, cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit juga. Walaupun seorang sahaja pelajar batch tersebut yang buat perangai dan terima hukuman, percayalah bahawa kesannya pasti dapat dirasai oleh rakan2 sebatchnya. Panas telinga saat kata-kata sindiran dan cercaan dilemparkan oleh guru-guru dan pelajar batch lain sehingga tergiang-giang di gegendang telinga yang membuatkan diri kadang-kadang menjadi down dan tension.

'cikgu bias. Nape batch lain boleh buat takpe, batch kita buat tak leh pulak?'
'apsal batch kita tak dapat anugerah pelajar terbaik?'
'nape dorg tuduh batch kita macam ni, macam ni??'
'batch dorg yg buat, batch kita plak yg kena, x adil!'

Namun, itu hanyalah kenangan dahulu yang pernah terlakar di kanvas kehidupan  excell9. kenangan saat excell9 remaja, senior di sekolah,ingin mencuba perkara baharu, otak gila2 dan luar biasa. Dalam setandan pisang, tidak semuanya menjadi, tidak semuanya masak dan manis rasanya. Pasti ada kekurangan dan cacat cela. Begitulah juga manusia, tidak semuanya sempurna.

171 hearts, 1 soal


Dalam 171 manusia dalam excell9 ini, pastinya ada yang membuat masalah, ada yang memalukan dan menjatuhkan nama batch,namun ada yang menaikkan nama batch tatkala muncul sebagai pelajar yang hebat, menjuarai sesuatu pertandingan dan lain-lain lagi. Pendek kata, itulah namanya kehidupan batch excell9. sentiasa ada suka dan duka yang dikongsi bersama. Tidak pernah menyalahkan satu sama lain saat masalah menimpa tapi bersama-sama duduk semeja membincangkan solusi yang perlu diambil.

Hubungan excell9 bukan sekadar kawan di sekolah menengah. Bukan sekadar kawan membantu saat SPM menjelma. Tapi, ia adalah hubungan istimewa yang terjalin dari keikhlasan jiwa dan keimanan di hati. Ukhuwah yang bercambah mekar saat cabaran dan dugaan datang bertimpa-timpa. Mengertilah, persahabatan excell9 ini punyai kuasa yang luar biasa, punyai semangat yang takkan pernah padam dalam diri setiap anggotanya. Ya, mungkin orang lain tidak mengerti namun cukup la kita sahaja yang merasainya.

satu batch dlm makmal Fz

tolong-menolong dlm study
kejayaan excell9.alhamdulillah.

Benar, kita terbentuk di sekolah, mencapai kejayaan dan kegemilangan di sekolah juga. Namun, insyaAllah, kejayaan ini akan diteruskan oleh kita saat kita melangkah ke dunia nyata, tika tercampak di empat penjuru dunia, di Malaysia mahupun luar negara. Tradisi kejayaan ini akan diteruskan walau di mana kaki ini menapak dan menghayunkan langkah.

TARBIYAH DI IPTA,IPTS,KOLEJ

Alhamdulillah, aku sangat gembira melihat ada rakan-rakanku yang masih disentuh tarbiyah walaupun berlainan tempat belajar. Ada yang kulihat masih baru di jalan dakwah ini, ada yang meneruskan dari bangku sekolah, ada yang sudah berjinak-jinak di jalan tarbiyah, tak kurang juga yang sudah berjawatan di dalam persatuan islam yang disertai, namun ada juga yang kulihat dakwahnya tidak segencar di sekolah dahulu. Ada yang di sekolah dahulu, kaki ponteng usrah, kaki tuang ceramah, kini sudah berkomitmen dengan usrah yang disertainya. Ada yang di sekolah dahulu galak mengajak orang ke arah kebaikan, kini slow sedikit kegalakannya. Hanya segelintir yang aku lihat masih tegar di jalan tarbiyah ini sejak bangku sekolah sehingga hari ini. Benar kata pujangga, masa boleh mengubah seseorang.

jebeng mungkin sedang memberi pengisian sementara
 wafiu khusyuk mendengar

Tidak dinafikan, apabila berkata tentang tarbiyah, kita takkan lari dari mempersoalkan tentang jemaah. Ya, mungkin sahaja kita dari jemaah yang berbeza-beza, tapi nilai ukhuwah excell9 yang ada dalam diri kita tidak pernah menghalang kita  untuk terus merapatkan hubungan ini. Malah, aku cukup gembira dan bersyukur mengetahui ramai warga excell9 yang join halaqah/usrah, dan berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah.

'Rai, kalau kat tempat kita belajar, kita mesti rapat dengan orang yang sama jemaah kita kan? Yang bersama-sama dengan kita di jalan tarbiyah. Tapi bila jumpa kawan2 kat sini, kawan2 lama, rasa mcm rapat juga walaupun kita dari jemaah yang berbeza-beza,ada yang join isma,abim,ikram, dan lain-lain.' kataku kepada rakan baikku, Raihana.

'btol2. kita dah cukup gembira tengok dorang join tarbiyah kat tempat belajar masing-masing'kata Rai tersenyum.

Tidak dinafikan, mungkin ada segelintir yang tidak boleh menerima kepelbagaian jemaah dan juga masalah ketaksuban jemaah yang kadangkala meninggalkan tugas sebagai seorang pelajar. Ya, persoalan sebegini pernah kudengari dan pernah kulontarkan pada murrobbiyahku dahulu. Dan ini adalah jawapannya,

'kira bagus la orang tu join jemaah Islam. Tak semua jemaah yang promote nama semata-mata, tapi banyak yang promote Islam. Betul, tujuan dan matlamat kita SATU, untuk mencari keredhaan Allah, tapi cara kita berbeza-beza. Jadi, tak salah ada banyak2 jemaah dan tak salah kita join dan hak2 kita sebagai seorang pelajar, anak, dan lain-lain kita tak abaikan juga. Join jemaah Islam adalah lebih bagus dari kita tak join apa-apa yang akhirnya menjerumuskan kita ke dalam maksiat atau membuatkan kita join jemaah2 dunia seperti jemaah kapel, jemaah movie dan lain-lain yang nyata lebih sesat.'


jemaah Islam@jemaah dunia(jahiliyah)??


Selain itu, pendapat diri ini, keimanan seseorang tidak boleh dinilai di bangku sekolah. Maaflah, Tak bermaksud dia BADAR/BUDI di sekolah dahulu , dia baik dan beriman. Tapi kalau kita nak tengok seseorang tu dalam bidang ni, jangan tengok kat sekolah, tapi tengok kat universiti atau tempat dia belajar. Sebab bila kat U, dia sendiri yang perlu mencari, dia sendiri yang sukarela mahu atau tidak diri ditarbiyah. Pilihan di tangannya. Bukan seperti di sekolah, usrah adalah satu ketetapan dan kewajipan yang perlu dipenuhi yang kadangkala soal kefahaman ditolak tepi. Apepun, baguslah kepada mereka yang sukarela masuk tarbiyah ni.


IFTAR EXCELL9 (20/8/2011)

Tarikh keramat dan bersejarah bagi warga excell9.

Iftar yang mengumpulkan semua excell9 di satu tempat, di satu majlis yang pastinya dirindui dan didambakan kehadirannya. Sangat tersentuh hatiku saat membaca post di blog excel9 garapan  seorang penulis blog yang aktif,pelajar semua A+,mahasiswa KYUEM, yang menukilkan bagaimana bukan sahaja hubungan dengan Allah perlu dijaga, malah hubungan dengan manusia juga. Hubungan persahabatan excel9 yang dijalin perlu disuburkan, perlu disemai dan disirami dengan pertemuan atau reunion yang bersederhana dan santai tanpa mengenepikan hukum Allah(ikhtilat)dan redha Allah juga.klik di sini

Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan ku kesana. Kerinduanku pada sahabat2 di sekolah dahulu yang banyak membantuku pasti terubat. Di iftar ini sahajalah aku berpeluang untuk bertegur sapa dengan rakan-rakan dan mengetahui perihal kehidupan mereka sekarang terutama tentang tempat mereka belajar.

Lagi pula, warga excell9 yang melanjutkan pelajaran di Mesir telah pulang ke Malaysia untuk cuti raya. Maka, bertambah meriah la dengan kehadiran mereka di samping dapat berkongsi cerita kehidupan mereka di bumi Anbiya sana. Tidak lupa juga, iftar ini bg ak sebagai jamuan perpisahan sementara kepada mereka yang akan ke luar negara tidak lama lagi untuk melanjutkan pengajian. Dalam bulan september ini, ada yang akan fly ke US, Canada, dan lain-lain. Maka, akan berkurang la warga excel9 di tanah air tercinta ini. Semoga semua excel9 yang belajar dalam dan luar negara akan berjaya.

semasa menghantar rakan2 ke Mesir di KLIA dulu


'kawan aku cakap ukhuwah batch kita ni rapat giler. Ye la, buat iftar sampai 70 lebih orang datang. Kalau sekolah lain, mostly dorang dah tak contact budak batch dorang la. Masing-masing bawak haluan masing-masing. If buat reunion atau makan-makan ke, yang datang tu pulak sikit, mungkin kawan-kawan rapat orang yang handle tu pastu cam susah la nak kumpulkan semua budak batch, laki dan perempuan dalam satu majlis. Banyak yang tak support la. Nasib baik la batch kita ni TERBAIK!!!' cerita khalis khalili panjang lebar tika memandu kereta menuju ke Kolej Mara Banting untuk mengambil beberapa warga excell9 di sana.

Aku hanya tersenyum. Alhamdulillah, semoga Allah memelihara ukhuwah batch ini.

family of excell9


Aku juga kagum dengan warga excell9 yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan iftar ini.

Jutaan terima kasih kepada Ketua Batch, Sharawi dan juga Project Manager iftar ini, Khalis Khalili yang berhempas-pulas, pening kepala mencari tempat yang sesuai merangkap  AJK Pengangkutan yang membantu warga excel9 yang punyai masalah pengangkutan ke sana.

the best ever ketua batch


Tak lupa juga,warga excel9 lain yang berusaha pinjam kenderaan mak ayah korang untuk jadi driver mengangkut kami yang tiada kenderaan di bus station, kolej, ktm dan lain-lain.

sekadar hiasan


Kepada jurugambar batch, Wazien, Najmul, Imran, lain-lain seperti Wani, thanx a lot kerana sanggup mengangkut kemera yang beribu-ribu tu untuk snap gambar kami.

WIN (Wazien, Imran, Najmul)

 Kepada pengisi kita, Hafizi (aka Jebeng) yang menuntut di Darul Quran, jazakallah khayran kathiran dengan pengisian yang bermakna di samping pengisi jemputan Syazrul Syafiq (aka Iron). Dan juga kepada semua yang terlibat atau tak secara langsung atau sebaliknya.

Beberapa gambar yang diamik dari FB..




insyaAllah,jika ada kelapangan akan diupdate gambarnya selepas excell9 post gmbr kt FB..

Tak lupa juga, tahniah kepada salah seorang warga excel9, Muhammad Ansaruddin Hazim Al-Hakim dari kelas 5 Jabir Al-Hayyan yang sudah berkahwin setahun lebih yang lalu tanpa pengetahuan mana-mana ahli batch. Berita yang disampaikan baru-baru ini sangat2 mengejutkan excell9. 

Gambar dr fesbuk beliau

Kelahiran anak sulong hasil perkahwinan dengan isteri tercinta juga benar-benar membuatkan seluruh excell9 gembira dan teruja. Tidak sangka excell9 sudah ada anak buah. =)


Semoga hidup sentiasa diredhai Allah dan aman sentosa bersama keluarga tercinta.
berbalik pada iftar excell9,

'walaupun mahal harga perlu dibayar, walapun jauh perlu kaki ini melangkah ke sana, namun moment terindah ini tidak ternilai dengan harga, tidak mungkin dapat dirasai di mana-mana. Sungguh bermakna. Terima kasih semua' 

insyaAllah, jika ada masa dan ketika, moga kita dapat berjumpa lagi dalam satu majlis yang mengumpulkan 171 warganya. Memang benar, untuk mengadakannya pasti mengambil masa, tentunya lama, dan mungkin saat kita berkumpul nanti, masing-masing sudah membawa keluarga tercinta =).

last word, saja nak petik kata2 anjang dari blog batch

..haluan kita bertebaran. Semakin menginjak dewasa, semakin matang pemikiran kita. Tapi walau ke mana pun 171 of us pergi, kita ada satu persamaan, iaitu memori persahabatan selaku satu batch. insyaAllah memori ni takkan padam (unless korang accident pastu tak ingat past memories) dan terus segar dalam ingatan. Memang tipu la kan kalau aku kata bila korang dah tua ada anak cucu nanti korang tak ingat langsung pasal batch spm 2009…

8 comments:

  1. kak ezan! rndu lorh..eh, abg aan da de ank?? hehe...thniah laa kat die... :P

    ReplyDelete
  2. ain, rindu adik gak!! hehe
    a'ah,abg aan da ada anak.comel kan??
    rumah hijau zamrud da ada anak buah,moga2 cam bapak dia yg jadi olahragawan terbaik.

    ReplyDelete
  3. salam.best sangat ke integomb nhe?hehe.hidup samura ! haha.

    ReplyDelete
  4. adeq: mesti la best esp batch excell9 ni..haha

    ReplyDelete
  5. weh.. terharu aku... sobs3~

    ReplyDelete
  6. salam.,
    wah3 ezan..post yang menarikk...
    sbb psl excell9..huhu..
    even aku xlah rapat dengan semua orang, tapi, insyaAllah..aku igt smpai ble2 batch ni.:')

    ReplyDelete
  7. as salam, ezan..ily sgt tharu ngan post tbaru ni..really miss excell9..tp sgt tkilan x dpt nak gi iftar hri 2..moga 1 hari nnt, kte dpt jumpe ye..

    btw, sgt tkjut a'an da kwin..Subhanallah..moga kebahagiaan mngiingi kluarganya..amin

    Ezan~nanti kita jumpe ye klu diizinkan Allah..wallahua'alam

    ReplyDelete