Tuesday, August 16, 2011

PETROLEUM GEOSCIENCES (let's us rock the world with rocks!) (^_^)

"semoga Allah meredhainya...."


Bismillahirrahmanirrahim

Petroleum Geosciences?

Rocks? Minerals?

Ini adalah element terpenting dalam subjek Petroleum Geosciences yang aku ceburi sekarang ini.

FATE???

Siapa sangka, insan yang kala dahulu amat meminati subjek Biologi, ingin menjadi seorang doctor, atau mungkin guru Biologi, berubah arah kepada Petroleum Geosciences. Jika bukan kerana Allah mengantarakan PETRONAS SCHOLARSHIP kepada aku, mungkin diri ini tidak mengenali sama sekali program ini. Ya, pada yang baru mendengar course ini, ini adalah yang course (baca : programme) baru di UTP (Malaysia) selepas beberapa Negara seperti di Kanada dan Australia.

Aku akui, aku bukan minat sangat subjek ini. Tidak sebati dengan jiwa dan diriku. Namun, kugagahi diri juga untuk mempelajarinya.

 Bait-bait kata keluarga yang berbaur keduniaan ‘ingat Ezan, kamu dah amik duit Petronas tu…’  dan ayat Al-Quran  mengenai amanah ku pegang erat-erat sebagai motivasi diri.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (8:27)

Belajar Petroleum Geosciences adalah amanat Allah kepadaku dan sewajarnya aku perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dan menguasai pelajaran ini. Tapi, tanpa minat yang mendalam, bagaimana mahu menjadikannya sebagai sebahagian daripada diri?



FIELD TRIP!! 

laluan field trip dan juga jenis2 batu yang akan dikaji


Field Trip yang berlangsung pada hari Selasa (5 Julai 2011 – 8 Julai 2011) hingga hari Jumaat benar-benar membuka pintu hati aku kepada Petroleum Geosciences. Betapa pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanan dan ilmu yang digarap dari alam begitu menyeronokkan dan membuat aku acap kali merenung masa silam yang membuatkan sesuatu keadaan batu menjadi begitu seperti teori uniformanism yang memberi takrif ‘the present is the key of the present‘.

Rata-rata kawan-kawanku mengakui mengalami ‘rock shock’ kerana terkejut dengan realiti struktur sesuatu batu  yang agak memeningkan pada mulanya. Kuakui, semasa perhentian pertama kami untuk mengkaji batu di Simpang Pulai, aku lebih mendengar dari bertanya asbab aku masih kekurangan ilmu mengenai batu-batu.

Ku renungi kata-kata Allah dalam kalamNya..

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(Al-Quran, Surah Al-Mu’min, ayat 57)


 BENAR!

PERBANDINGAN PENCIPTAAN BUMI DAN MANUSIA

sebahagian daripada pelajaran medik


Jika difikirkan logik akal, teknologi moden masa kini dalam bidang perubatan membolehkan mereka terutama para doktor untuk mendalami dan mengkaji tubuh badan manusia setiap inci dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Namun, bagaimana pula dengan bumi??

Sesungguhnya teknologi terkini juga masih belum mampu untuk manusia explore keseluruhan bumi ini. Masih banyak lagi ilmu yang perlu dikaji dan diperdalami dalam bidang ini.

mengkaji asbab berlaku dan mineral yang terdapat di dalamnya

memerlukan diri merentasi dunia, menjejaki alam, sekaligus mendekati Pencipta


Jika tidak, masakan Malaysia hanya mampu menjumpai 30% petroleum sahaja dalam Malaysia dari dahulu sehingga kini?? Di mana perginya lebihan 70% petroleum negara ini?? 

Malaysia mengeluarkan 703,920 tong minyak SEHARI

Jawapannya, 'pihak-pihak terlibat' masih dalam pengkajian,pencarian, dan memerah idea untuk mengeluarkan  selebihnya petroleum tersebut dan perbelanjaan untuk menguji sesuatu kawasan sama ada terdapat minyak atau tidak menelan belanja beribu-ribu bahkan berjuta-juta ringgit! Ia bukanlah proses yang mudah!

Dan proses ini perlu dilakukan segera sebelum petroleum tersebut tersejat atau membentuk batuan lain dalam tanah yang pastinya merugikan bukan sahaja 'pihak-pihak terbabit' bahkan negara dan rakyat juga. Mungkin sesetengah insan yang amat menyayangi alam ini, tidak tegar melihat hasil bumi ini diratah dan dikeluarkan isinya sedemikian rupa. Namun, adakah kita mahu membiarkan minyak tersebut 'berlalu' sahaja?

Dan jika petroleum berjaya digali, pulangan yang akan didapati pastinya lumayan dan berbaloi-baloi!

Jadi, sebelum aku meneruskan kisah tentang petroleum yang mungkin ada pembaca tak faham, ada baiknya aku menyeru sesiapa sahaja yang berminat nak amik course Petroleum Geosciences ini, bersungguh-sungguh belajar subjek ni agar dapat memberikan kebaikan kepada negara dan agama kelak. insyaAllah

JADILAH MUKMIM YG PROFESSIONAL DALAM PELAJARAN,BISNES DAN DAKWAH! (^_^)

anda mampu mengubahnya!

GAMBAR2 FIELD TRIP

duduk di tepi longkang jalan raya sambil 'memahami' alam

sir askury best!!


di salah satu hentian utk menkaji batu

course ini memerlukan skill memanjat =)

sir askury tgh explain pasal structure batu kt situ
*macam seorg datuk yg sedang bercerita dikelilingi cucu2 =)

sempat makan di gerai lewat mlm dan disponsor oleh sir jasmi.
thanx papa jasmi!! =D

di salah satu hentian di tepi jalan. my coursemate mmg sengal!

presentation pada waktu malamnya

serius, klu nak jadi geoscientist tak leh pakai mekap. cair!


mengambil bacaan lokasi perhentian menggunakan GPS

explanation sir askury tidak pernah menghampakan kami semua. FOKUS2!!

sir askury sedang meninjau2 batu di highway Gerik


awesome! 

mencatat maklumat terdapat pada batu tersebut (warna,minerals(kandungan), structure,etc..)

sir jasmi yg sgt bergaya!

  
topi perlu dipakai utk mengelak dari dihempap batu yg mungkin jatuh
dan melindungi muka dari burn yg teruk.

kawasan air panas

kaki kena pijak pada batu yg x panas. kena hati2.

di salah satu hentian di tepi jalan.

sir askury tgh explain pasal granite dari dalam longkang.hehe


sedang menukul batu utk mengambil batu sebagai sample
utk dibawa pulang ke makmal

perlu mengambil bacaan batu untuk rujukan peta - amat penting
utk aplikasi dalam ilmu nak gali petroleum

mencatat maklumat batu

gambar utk dokumentasi dan digunakan dlm presentation nnti

rock gurls..u guys r rock!

semua tgh dengar sir askury explain. lecture outside class!

faridah--> model tukul mineral. tukul khas yg berharga ratusan ringgit.

seorg classmate yg diserang 'rock shock'

papa askury!
lakaran tempat perlu dibuat setiap kali berhenti di kawasan kajian.
sheikh-->pelukis kelas yg ramai org copy paste lukisan dia yg lawa termasuk ak. 

di salah satu hentian batu
Family of PGS 2011(1st yr 2nd sem)


~sekian,perkongsian dari insan yang kerdil. wallahualam.

UPDATED: 5 THINGS TO PONDER!

http://ezansahizzah.blogspot.com/2015/03/petroleum-geoscience-5-things-to-ponder.html

Enjoy! :)

2 comments:

  1. subhanallah.when i see those pics,rasa mcm menarik plak.sebenarnya sya pon bakal student utp course ni jugak.. so sya nak tnya,best x course ni n utp? stress ke life di utp?hope dapat menjawab.thnx :)

    ReplyDelete
  2. anon: tahniah la sebab terpilih amik course ni.course yg pling best sbb ada FIELD TRIP berbanding course electrical engineering dan chemical engineering. blaja kt utp best.neway,if ada pape soklan,leh la emel kt ezansahizzah@gmail.com o add fb saya.hehe..sbb x slalu buka blog ni.pepun,arap2 kita dpt jumpa kt UTP nnti ye PGian!

    ReplyDelete