Tuesday, September 27, 2011

SERABUT

"semoga Allah meredhainya...."

BANG!!!

Bunyi hentakan pintu bilik yg kuat menerpa gegendang telinga Salwa. Cepat-cepat dia melipat telekung yang dipakai untuk solat Dhuha dan meletakkan Al-Quran di meja berdekatan.

'Nina, kenapa ni?' kalut Salwa bertanya pada rakan serumahnya yang berperangai pelik sebegitu.

Nina duduk di atas katil dan menekup tangan ke muka. Kulit mukanya yang putih bersih nampak kemerah-merahan. Dadanya turun naik dengan cepat seakan sedang menahan marah.



'Nina..?' Salwa mengulang nama itu dengan lembut sambil tangan menyapa belakang bahu Nina.

'CAN YOU PLEASE GIVE ME SOME SPACE!!!' Nina menjerit bagai org gila.

Monday, September 26, 2011

SOARING THE EAGLE (part 1)

"semoga Allah meredhainya...."

FAMILY GROUP 1

ALHAMDULILLAH.

Satu ungkapan diucapkan saat menerima sijil penyertaan program Soaring The Eagle untuk scholar Petronas UTP. Banyak input-input menarik yang didapati dan berguna dalam kehidupan seharian.

Jadi,insyaAllah, aku yg perasan free xde keje time cuti 4 bulan ni dengan berbesar hati ingin berkongsi dengan anda semua ilmu-ilmu yang didapati sepanjang program tersebut. cekidout..

Wednesday, September 14, 2011

AISHITERU (AKU MENCINTAIMU)

"semoga Allah meredhainya...."

BERJUMPA 'KAWAN' LELAKI YANG ISTIMEWA

'mama,kakak nak pergi rumah 'kawan' kat Fasa 1' kataku kepada mama suatu hari.

'lama ke kakak pergi?naik kereta ye?' tanya mama sambil mencengilkan kepalanya dari bilik air.

'x lama. Kejap je. a'ah,naik kereta..pinjam ye kereta mama', pintaku sambil mengambil kunci kereta mama yang tersangkut di dinding tanpa menunggu jawapan mama yang sudah ku tahu.

'okey..jangan lupa balik awal sebab petang kamu dah nak balik UTP',jawab mama sambil meneruskan urusan membasuh pakaian di bilik air.

AISHITERU!