Friday, November 25, 2011

SUSAH PAYAH AKU BELAJAR BAHASA ARAB

"semoga Allah meredhainya...."

25/11/11. Tarikh keramat bagiku kerana berjaya menghabiskan buku nahu bahasa arab yang dipelajariku. Setelah sekian lama aku menuntut sejak 2010, mula aku masuk ke UTP, akhirnya berakhir fasa pertama pelajaran bahasa arabku.

SEGALANYA BERMULA DI SINI.....

Semuanya bermula apabila aku ternampak flyers yang dilekatkan di cafe V2 UTP berkenaan kelas Bahasa Arab itu. Malangnya, tarikh pendaftarannya suda 2 BULAN berlalu. Namun, dengan keinginan yang tinggi, kesedaran yang mapan aku tetap mahu menyertainya. Lantas aku mesej kepada nombor yang tertera.

"Salam. Saya ada terjumpa flyers kelas bahasa arab. Nak tnya, kelas tu boleh join lagi ke??" sent by Ezan

"Wa'salam. insyaAllah, masih dibuka lagi utk pelajar baru. Foundation ke? Berminat nak join?"sent by 013-*******

"A'ah.Foundation first. insyaAllah,rasa berminat (klu x berminat xde la tnya lebih2). Boleh tahu kelas ni belajar pasal apa?" sent by Ezan

"Alhamdulillah kalau berminat. Kami belajar NAHU (tatabahasa) dalam kelas ni"sent by 013-*******

"Owh, biasa buat hari apa?Kat mana?" sent by Ezan.

"Biasa buat hari Sabtu atau Ahad di Masjid..Boleh adik berikan nama adik dan course?"
sent by 013-*******

"Nama: Ezan Sahizzah bt Sah Nuddin. Course: Petroleum Geosciences (PGS)" sent by Ezan

"Alamak! Muslimat ke? Ingatkan muslimin tadi. Minta maaf, dik. Utk bahagian muslimat bleh rujuk pada Kak Hamidah di nombor 019-*******" sent by 013-*******


Sunday, November 20, 2011

PEREMPUAN ITU TAK GILA!!!

"semoga Allah meredhainya...."


Semalam,aku ke matriks untuk bertemu adik saudaraku. Saja untuk aku menziarahinya dan rakan-rakannya juga.


"Kak Ezan, kakak dalam tu selalu sorang2..dia selalu menangis..nampak pelik.." kata adik Amira kepadaku semasa aku ingin mengambil wuduk di Masjid Matriks.


"Ye ke?? owh, peliknya.."kataku singkat.


"Memang kak. Dia memang pelik. Saya pernah nak rapat dgn dia...tapi dia mcm dingin..Selalu nampak dia nangis kat masjid ni petang2..Kadang2 kalau kat hostel, dia menjerit2 macam orang kena sampuk..Roommate dia pun tak tahan dengan dia..Semua keluar dari bilik tu, tinggal dia seorang je..Kalau tak silap, dia sebaya dengan akak since dia repeat kat sini.."cerita Amira panjang lebar.


Aku tersenyum pahit. Dalam hati seakan-akan tak percaya ada juga manusia seperti itu. Namun tak dapatku nafikan perasaan aku membuak-buak untuk mengenalinya dengan lebih dekat.


Semasa kakiku melangkah masuk ke masjid, perempuan tersebut keluar untuk mengambil wuduk. Sempat mataku melirik ke wajahnya. Matanya merah kerana baru lepas menangis dan terdapat kesan2 lebam hitam di bawah matanya asbab terlalu kerap menangis. Wajahnya juga muram dan jelas kelihatan sangat tertekan. Tak tumpah seperti perempuan yang menangisi hidup dan ingin membunuh diri.


Selepas azan Asar berkumandang,aku lihat dia sudah selesai mengambil wuduk dan duduk di sejadah yang dibentangnya,siap bertelekung. Tanpa meminta izin atau dipinta,aku duduk disebelahnya. Dia memandangku dan aku melemparkan senyuman kepadanya. Senyuman dibalas pndangan yang tajam dan menakutkan.


Tiba-tiba dia bersuara..


"Aku tahu ni semua UJIAN ALLAH nak bagi kat aku.."


Aku disebelahnya yang mendengar lantas menjawab,


"Semua yang berlaku ada HIKMAHNYA...mungkin Allah mahu kita kembali kepada Pencipta, kepadaNya..setiap ujian atau musibah akan membuatkan kita kembali kepada Allah."


Sabar menghadapi ujianNya

Thursday, November 17, 2011

EXCELL9 [MORE THAN A PICTURE]

"semoga Allah meredhainya...."

just want to share the happiness of our members from overseas, from different continent and country.

i knew some of us r happy and excited to see them. and jealous cuz we couldn't join them (esp our batch's president- syarawi).

SMILE :)


Neway, deep in my heart, i love this picture very much!!

Ameer Goh -Washington
Khalis Khalili - Canada
Ibnu ZieMad - US
Hafizah Fadzillah - Mesir
Ain Izwani Md Kamal - Indiana
Irhamni Rahman Zubir - Mesir
Eyemee - Korea

Semoga korang sukses di mana2 pun korg berada termasuk yg ada kt Malaysia gak. Let's support each other.

Baru2 ni, aku ooVoo dengan my bestfren kat kelas 5IN, Lydia masa kat skola SBPI Gombak dulu. Dulu aku pernah buat post pasal dia kt link ni *lydia*.

Lyd, rindu giler kt ko!

p/s: klu buat halaqah/usrah mcm ni mesti seronok ^_^

Sunday, November 13, 2011

IKHTILAT

"semoga Allah meredhainya...."

Post ini ditulis selepas aku mengalami kecelaruan identiti. Eh?

Berkaitan ikhtilat. Pelik tapi benar. Aku memang takde perasaan kt lelaki.

Since aku brake up dulu-dulu and berjanji tak nak kapel2 murahan lagi, aku tengok lelaki macam sebatang pokok di tepi jalan. Ko ada atau tak, ada aku kisah?

Adakah kerana salah ibu mengandung? Oh,tentulah tidak sebab mak aku mengandung normal je walaupun aku keluar ikut 'tingkap'(baca: dibedah).

Adakah salah abang2 dan adik2 lelaki aku yang selalu memberi aku peluang menjalin hubungan adik-beradik yang mesra dengan mereka yang berlainan jantina sehingga merasakan pergaulan dengan lelaki lain sama macam bergaul dengan abang dan adik? Oh, tidak dinafikan mereka membantu aku dalam memahami lelaki.

Sumpah, abang2 aku dulu selalu cakap kat aku mcm ni, 'benda yang ko buat ni, sume lelaki tak suke! Ko patut mcm ni, mcm ni, blabla...barulah lelaki terima ko. Barulah ko leh jadi penjaga gol main sesama dgn kitorg! ' Ah,diskriminasi! Aku ajak main barbie dan masak2 korang tak nak plak! (cerita 15 tahun dahulu di mana aku tiada kawan perempuan utk bermain melainkan lelaki. Huh! )

Adakah salah aku sendiri yang takde sensitiviti diri?

Tuesday, November 8, 2011

ES'NANASS STILL IN MY MIND...

"semoga Allah meredhainya...."


"Ok, it's time for party tomorrow!!!" jeritku pada geng Es'Nanass yang lain seusai peperiksaan PMR tamat.

"Aku cadangkan kita buat Pot Luck! Well, setiap orang bawa makanan yang dimasak banyak2 n bawa ke rumah Shahirah. Setuju???!!!" tanya Adibah excited giler dengan party yang akan berlangsung esok.

Setuju!!!!! Jawab ahli kumpulan Es'Nanass yang lain.

"Pukul 2-5ptg. After sekolah and before parents aku balik keje kan??" tanya Shahirah atau dikenali sebagai Shirah ingin kepastian.

"Yup! Ok, camni, Shirah, ko settlekan penempatan. Sukati ko la nak wat kat ruang tamu o bilik ko ke..Kau uruskan ye. Wani, ko settlekan flow aktiviti. Buat la aktiviti apa2 yang menarik dan  yang ko rasa best. Aku akan uruskan pengangkutan korang ke umah Shirah. Mak aku ok je kalau nak pungut korang dari rumah ke rumah tp aku rasa baik kita direct dari sekolah terus ke rumah Shirah. "kataku.

"Yang lain leh tolong Wani bincang aktiviti. Maybe this is our last party, kot2 pasni sume dah berpindah sekolah lain. So, let's have fun girls!! Tomorrow is the day!! " sambungku yang mulanya memberi pengarahan kepada ahli kumpulan dan diakhiri dengan kata-kata semangat. Sesungguhnya, aku sendiri tidak sabar menantikan matahari esok terbit dan jam menunjukkan pukul 2petang.

Group budak kecik


ES'NANASS. Kumpulan yang dibina semasa aku tingkatan 3. Pelbagai kenangan yang terlakar antara kami semua. Nama kumpulan ini bukan nama buah nanas atau yg sewaktu dengannya tapi merupakan akronim daripada ahlinya, Ezan(Aku), Shahirah,Najwa, Adibah, Nukhbah, Amy, Syazwani,Siti radhiah . Awalnya(semasa Darjah 6), kumpulan ini dipanggil SEA gandingan Shahirah, Ezan (Aku), dan Adibah. Namun, saat kaki ini menginjak ke alam persekolahan menengah, kami bertiga berjaya mengajak kawan2 rapat yang mempunyai fahaman dan ideologi yang sama. Akhirnya, terbinanya Es'Nanass.

Tuesday, November 1, 2011

DOAKAN AKU MASIH DI JALAN INI

"semoga Allah meredhainya...."

Kemungkinan post kali ni agak emo sket. Tetibe je aku perasan x sibuk sebab boleh buat 2 post dalam satu hari. Apepun, aku harap tulisan aku ni tak menyentuh pada mana-mana pihak. Afwan ,jika terasa.

Benda yang aku nak cakap ni,

KENAPA AKU PERLU BERJALAN DI JALAN TARBIYAH INI?


DAI'E VS FAMILY

"semoga Allah meredhainya...."


KELUARGA. Sebuah nukleus yang menjadi nadi kepada masyarakat dan peradaban bangsa. Keunggulan dan keistimewaan sesebuah keluarga bukan dilihat dari segi material, harta atau bilangan ahlinya, tapi dari segi kualiti keluarga yang dibina berlandaskan iman dan takwa kepadaNya.Ayuh kita brfikir sejenak, memerhati keadaan keluarga masyarakat kini atau merenung nasib keluarga sendiri.


Keluarga bahagia ialah keluarga diredhaiNya




Berapa banyak keluarga yang menitik beratkan nilai keislaman dalam diri ahlinya?
Berapa banyak keluarga yang sanggup bergolok gadai demi agama tercinta?
Berapa banyak keluarga yang sentiasa memastikan keluarga yg dibina ini akan kekal hingga ke syurgaNya?