Friday, November 25, 2011

SUSAH PAYAH AKU BELAJAR BAHASA ARAB

"semoga Allah meredhainya...."

25/11/11. Tarikh keramat bagiku kerana berjaya menghabiskan buku nahu bahasa arab yang dipelajariku. Setelah sekian lama aku menuntut sejak 2010, mula aku masuk ke UTP, akhirnya berakhir fasa pertama pelajaran bahasa arabku.

SEGALANYA BERMULA DI SINI.....

Semuanya bermula apabila aku ternampak flyers yang dilekatkan di cafe V2 UTP berkenaan kelas Bahasa Arab itu. Malangnya, tarikh pendaftarannya suda 2 BULAN berlalu. Namun, dengan keinginan yang tinggi, kesedaran yang mapan aku tetap mahu menyertainya. Lantas aku mesej kepada nombor yang tertera.

"Salam. Saya ada terjumpa flyers kelas bahasa arab. Nak tnya, kelas tu boleh join lagi ke??" sent by Ezan

"Wa'salam. insyaAllah, masih dibuka lagi utk pelajar baru. Foundation ke? Berminat nak join?"sent by 013-*******

"A'ah.Foundation first. insyaAllah,rasa berminat (klu x berminat xde la tnya lebih2). Boleh tahu kelas ni belajar pasal apa?" sent by Ezan

"Alhamdulillah kalau berminat. Kami belajar NAHU (tatabahasa) dalam kelas ni"sent by 013-*******

"Owh, biasa buat hari apa?Kat mana?" sent by Ezan.

"Biasa buat hari Sabtu atau Ahad di Masjid..Boleh adik berikan nama adik dan course?"
sent by 013-*******

"Nama: Ezan Sahizzah bt Sah Nuddin. Course: Petroleum Geosciences (PGS)" sent by Ezan

"Alamak! Muslimat ke? Ingatkan muslimin tadi. Minta maaf, dik. Utk bahagian muslimat bleh rujuk pada Kak Hamidah di nombor 019-*******" sent by 013-*******





"Oh ye ke. ok, thanx." sent by Ezan.

"Cis, punya la lama2 berbalas-balas mesej. Last2 kena refer orang lain .Awat la dia tak letak 2 nombor kt flyers tu, utk L dan P??Walawei, dugaan tol..xpe2,ujian Allah nak tgk kesungguhan aku blaja Arab kot..." aku mendengus sendirian.

Jari terus menaip mesej seperti di atas cuma yang berbeza ialah penerimanya, perempuan iaitu Kak Hamidah.

"Akak, jauh tak meeting room V5 tu dari V2 kalau jalan kaki? saya x pernah la pergi V5" tanyaku dalam mesej. Biasalah, freshie la katakan.

"Erm, x la jauh sangat rasanya. xpe, pengorbanan kita melangkah kaki utk menuntut ilmu akan dibalas oleh Allah =) " balas Kak Hamidah memujuk.


مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ الله لَهُ به طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga.” (H.r. Muslim)


FIRST KELAS ARAB!!!

Setiap malam Khamis dan Ahad akan diadakan Kelas Bahasa Arab. Pada hari pertama, semangat aku berkobar-kobar utk menuntut ilmu. Aku mengaku yang aku mana la belajar bahasa syurga ni melainkan masa sekolah rendah. But, sekarang ni aku masuk UTP, aku nak berubah jadi baik. Join perkara-perkara yang dapat meningkatkan ilmu,iman dan amal. Lagipun,mana la tahu kot2 kalau aku belajar bahasa arab, leh la aku faham AQ yg aku baca. x banyak pun, sikit2 jadi lah.

Jadi, masa first aku pergi kelas tu, aku semangat giler2.. Haha..Walaupun kawan2 aku x minat nak join lepas diajak, aku x kisah la. X nak, sudah! Aku ni bukan jenis yang ikut kawan sangat. Hidup ni, kita yang kemudi sendiri, kena berdikari sendiri, bukan bergantung pada orang lain.

So,sampai kat kelas tu, aku sorg je kot yang foundation. Yang lain sume dah degree dan ada gak yang master. Aku takde la rasa takut o rendah diri, tapi rasa syukur sebab at least awal2 foundation lagi Allah dah buka pintu hati aku utk blaja benda ni yang takde kt kuliah ni.Tempat tu mmg jauh la gak. Patut la akak tu pujuk aku. Xpe la, aku tak kisah walaupun aku sampai berpeluh-peluh muka. Ye la, nak belajar sesuatu yang baik, mesti kena berkorban.

Nama cikgu yang ajar tu, Ukhti Athirah Mustadjab dan biasanya aku panggil ukhti sebab kakak2 lain panggil ukhti. Berasal dari Indonesia. Suaminya amik Master Electrical Engineering (EE) kt UTP,  dan jadi cikgu ajar bahasa arab utk muslimin. So, ukhti ni hanya suri rumah n memenuhkan masa lapangnya dengan mengajar benda baik ni .Bagus kan?? Nak taaruf lebih2, leh gi ke link ni "ukhti Athirah".

Lepas aku dah blaja 4 bulan (1 SEM), aku pun naik la Foundation 2nd Sem. Malangnya, disebabkan waktu tu ramai pelajar degree yang bercuti, kelas tu terpaksa dimansuhkan. Owh,sungguh sedih (T_T)...

blaja feel

blaja isim (habes buku ni aku 'kerjakan')


Naik foundation 3rd sem, kelas tu x start2 lagi.. Aku dah rindu gila nak blaja bahasa arab. Abes tumpul ilmu2 feel aku..Ikrob, isma', dan macam2 la yang aku blaja time foundation 1st sem. So, dengan proaktifnya aku minta nombor ukhti tu dari Kak Hamidah. Kak Hamidah cakap dia sibuk dengan projek, assignments, quizzes,tests,blabla..jadi x sempat nak set up, so dia pun swoh aku set up sendiri.

Maka secara otomatik dan sukati dia, ak dipilih Penolong Ketua Kelab Bahasa Arab ni. Aku pun call n mesej sume ahli2 yang dulu utk datang. Aku pun promote kt google group kengkawan aku.Sapa free,datang la~

Ni aku kopipes promotion yang aku jaja dulu2. (masih disimpan dalam emel)


INGIN BELAJAR BAHASA ARAB???



KELAS BAHASA ARAB  DASAR



SETIAP MALAM KHAMIS & AHAD 
(8 MLM - 9.30 MLM)
(bermula khamis minggu hdpn)


TEMPAT = MEETING ROOM, V5



BYRN = RM10 (SATU SEM)


JOM RAMAI2 KITA BLAJA BHS AQ


Then, aku pun ajak2 la kengkawan aku. Aku pengaruh dorg dengan kebaikan blaja bahasa arab. Memang terpengaruh la dorg. Tapi, yang tak bestnya, kebanyakkannya x konsisten datang. Sukati je nak datang. Ala,lemak la cenggitu..Macam tu, mcm mana la nak khatamkan buku nahu pertama ni kan? Masa ramai2 minggu test, aku n kawan rapat aku, Alia je yang konsisten datang.

Istiqamahlah dalam melakukan kebaikan
KELAS ARAB DI RUMAH UKHTI

Kadang2 kesian gak aku tgk ukhti. Ye la,penat2 dtg UTP malam2, sekali 2 ketul orang je yang dtg. Last2 hasil perbincangan kami bertiga, kitorg setuju nak buat kat kelas arab kt rumah Ukhti je la kt taman Universiti. Lagipula, aku baru dapat moto dari arwah abang aku, jadi bleh la aku gerakkan utk gi kelas arab.

Selepas beberapa minggu, ada la budak2 yang on off on off ke kelas arab ni, tnya aku nape dah tak buat kelas arab. Aku pun cite la yang ukhti ni nak buat kt rumah dia. So,sape yang nak, berusaha la cari ikhtiar gi umah dia. Moto aku dah full, aku n alia, so tak dapat nak tumpangkan. Ala, hendak seribu daya, x nak seribu alasan.

Since aku sem1 sampai la sekarang (lebih kurang 2 tahun) aku belajar slow2 bahasa arab dengan Alia. Mula2 buat seminggu sekali memandangkan macam bz la gak jadual, but then aku n alia cuba intensifkan dengan buat 2x seminggu sebab kalau buat seminggu sekali mmg aku dah lupa la apa yang aku blaja minggu lepas. Kalau 2x seminggu tu, at least xde la lupa sangat.

Jadual kelas plak tak tetap. Kalau aku o alia ada hal, aku roger la ukhti x dpt wat kelas. Kalau ukhti ada hal,dia roger aku n aku bgtau alia. So petang2, bleh kata aku n alia rempit la gi kelas ni. Kadang2 penat la, abes 5pm lepas kelas terus gi kelas arab ni. Hujan, basah kuyup,hampir accident,potong lori, tayar pancit, dan sume la pengalaman aku dengan alia otw pergi dan balik dari kelas arab. Memang terbaik la.

Kelas ni free. Masa mula2 tu aku n alia tnya la ukhti berapa bayarannya utk blaja. Ye la, nothing is free nowadays.Even masuk tandas pun kena bayar. Tapi, ukhti athirah terkejut time aku tanya yuran.

"Di indonesia, belajar2 seperti ini ngak perlu dibayar ongkosnya.Percuma saja" kata ukhti tersenyum.

FREE. Wah, berbunga-bunga la hati kami berdua.

Frankly speaking, aku mmg x terror bahasa arab. Masa mula2, aku selalu tiru homework Alia, sebab Alia blaja Arab sampai form3, jadi mmg hebat la dia. Haha..Pastu kena la tegur dengan ukhti. Padan muka aku! Insaf..Pastu, aku pun belajar sikit2 sendiri dengan susah payahnya. Gilap kembali semangat seperti dahulu! Lama2 dah ok la, merangkak dan merangkak aku belajar, adeyh...sebab silibus makin susah, aku kena la struggle lebih~

TAMAT BAHAGIAN PERTAMA!!!

So, bila kelas arab petang tadi (25/11/11) dah abes, secara rasminya dah abes la silibus buku pertama ni. Sangat gembira!!!

Bertambah 'gembira' bila ukhti bagitahu yang lagi 2 minggu dari sekarang, akan ada FINAL EXAM BAHASA ARAB... (T_T)...

Aku rasa macam aku akan fail(walhal tak jawab lagi).
tapi, apapun, insyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya utk belajar sungguh2 studi buku arab nahu ni.

SALAFI??

Oh ye, aku dengar daripada beberapa orang member yang ukhti n suaminya ni orang salafi. Kat rak bukunya pun ada buku salafi taw. Neway,one sentence that I can say, "they are osem!" X bermaksud aku blaja 2 tahun bahasa arab ni, aku join salafi. Sometimes, I hope dat I never knew it...tapi ada hikmah gak utk aku taw. So far, dia takde la ckp pasal salafi o yg sewaktunya. Tapi, kdg2 ada perkara yang aku tak sepakati,aku dengar je la. Be cool~

Ukhti ni slalu kaitkan bahasa arab dengan AQ. Contohnya, dia terangkan kenapa ada la taukid, pengulangan, dan lain2 yang sungguh baru dan best utk diketahui. Ada gak dia share hadith2 dan kisah2 sirah yang tak pernah aku dengar. Semuanya sebab benda ni dalam bahasa arab n berkaitan dengan benda yang aku belajar. Lagipun, aku ada gak share cite2 yang best dengan kengkawan aku.

PENUTUP: HARAPAN.

Lastly, aku harap semangat utk aku blaja arab ni akan terus membara. Tapi, aku kena prepare yang mungkin satu hari nnti, kelas ni akan berakhir bila suaminya dah abes buat master and grad dari UTP...Apepun, banyak aku dah blaja dari Ukhti. Bagaimana pengorbanan dia ajar kitorg 2 ketul ni, kesabaran dia ajar kitorg yg tak faham2, keikhlasan dia ajar kitorg tanpa bayaran, ilmu2 yang dicurahkan, perkongsian yang dititipkan, hanya Allah yang mampu  membalasnya.

Ana uhibbuki ukhti Athirah. Jazakillah khayran kathiran.
(ceh2 bajet speakin Arab..test nnti jgn aku ternganga sudahlah!)

Doakan aku dalam exam arab nnti.

Selain bahasa arab, ukhti juga ajar kitorg masak kek ^_^

p/s: kalau ada peluang, blaja la bahasa arab.Sangat bermanfaat!


يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
… Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan sebanyak beberapa derajat….” (Q.s. Mujadilah: 11)

p/s Jemput ke website yg sediakan infographic yg comel tentang bahasa arab. Good for kids understanding!
http://www.omni-translation.com/belajar-bahasa-arab-mudah/

11 comments:

  1. selamat menghadapi final exam bA ukhti! ha translate kan ni dalam bahasa arab: kak aini sangat comel lagi comot.. (soalan on da spot)

    ReplyDelete
  2. hehe, terbaiklah ezan, timekasih bwk alia rempit ptg2,, dulu gentar gakla bila potong lori, skarang tak kesah, ezan kan rempit sejati.. hehe..timekasih jgk sbb free2 je bwk alia naik moto, x mntak duit minyak lak tu, (-_-')
    i'm not ready yet for the test, tapi angguk kepala je la bila ukhti ckp nak wat test,kne struggle la kite, pasni, baca kitab gundul lak! hehe,, ma'an najah ezan!!

    ReplyDelete
  3. GMS: Jazakillah ukhti ^^
    ni ana translate kan "aini is very cute but comot"

    ALIA: rempit sejati?? haha..x la alia..ezan bawa moto perlahan2 dan sopan santun taw..^^...gud luck gak exam nnti..nnti time exam,tolong la ezan ye klu blur.haha~

    SYARIFAH: i also envy you bery very much...erk??

    ReplyDelete
  4. sgt...i miss kak athirah but i am occupied dgn tanggungjwb dgn umi kt rumah...rindu sgt kt kak athirah tp malu nk gv a call sbb da tinggal lama kelas bhs arab tu..tolong kirim salam ya? since i still dont have a phone.

    ReplyDelete
  5. syarifah: iA, jika berkesempatan, ezan akan kirimkan salam ada ukhti athirah

    nazrinafifi: tabik getaq? jzkk

    ReplyDelete
  6. SORRY GURAU JE. YOU ARE DOING GOOD JOB. AMPUN KANKU

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    seronoknya belajar bahasa arab
    kalau macam akak yang baru nak mula
    dan belajar guna google translate dulu ok tak ?

    ReplyDelete
  8. Tihara: belajar guna google translate pun okey sbb boleh increasekan vocabulary tapi better ada cikgu. :)

    ReplyDelete