Tuesday, January 31, 2012

HEPI BUFDAY LYDIA!!!!

ASSALAMUALAIKUM..

Ehem..today is a special day for someone..hehe

Lydia, hepi bufday!!!! *latar belakang bunyi mercun dan bom atom..bom,,kebabom!!!*

Lydia, aku ada byk benda nak cakap dgn ko sebenarnya...hehe..tapi aku takut jari aku patah dan lebam2 sebab taip byk giler dan ko pun bosan tahap cipan nak beranak utk baca..hehe

So, aku cuba utk pendekkan post aku ni walaupun mungkin melebihi 180 patah perkataan.

So, aku nak start dari first2 aku jumpa ko..kat mana ye kita bertemu dan bertentang mata??

Oh, baru aku teringat, masa aku masuk mula2 time form4, aku masuk makmur 1, dan duduk atas katil ko..hehe..tapi dah pindah sbb katil tu menghadap ke hutan yang aku sumpah takut time mlm2 lagi2 bila aku stay up..

Dan aku ingat lagi yg dulu aku mula2 slalu terpanggil ko KAKAK sbb ko nmpk cam matang, orang besar WALHAL sbnrnya ko..…… _____ (isi tmpt kosong sendiri.. hint: gila)…

Dan masa aku form4, aku tak de la rapat sgt dgn ko kan?? Time tu kita kelas lain..dan masa tu gak ko jadi ketua dorm menggantikan Nina..

Time paling best dalam dorm ialah bila dah abes buat inspection, ko akan menghadiahkan kitorg semua dgn makanan yang sumpah sedap dan melazatkan..aku tak ingat nama cikedis tu sbb nama dia panjang dan berbelit2..huahuahua…

Pastu, bila aku naik form 5, kita pun dapat satu kelas,ko jadi penolong kot!!!.. tapi kita dah tak satu dorm..oh yes,,kt dorm ko,ko jadi ketua dorm kot!!! (erk??lebih2 lak aku ni)

Apa yang merapatkan kita??

Entah la, aku pun dah lupa, sbb byk sgt bittersweet memories antara kita smpai aku dah lupa mana startingnya..

Tapi, apepun, ko antara kawan yang mmg special time aku skolah dulu..

Dan sampai sekarang.. =)

GILA.

Tu je word yang seswai aku utk aku gambarkan pada friendship kita.

w/pun gila, tetap SWEET!!! =')

Time dulu2…

Kita share cite especially minat budak laki batch kita...kahkah..skarang,haram nama dorg dowh. Btol la, cinta monyet ni mmg tak kekal (walhal entah2 tepuk sebelah tgn..kihkih)

Kita share lawak sesama. Oh ye, lagi2 kalau ada iron n ameer, mmg siot..aku rasa bleh terbalik dunia dgn lawak dorg..

Dan aku still ingat time aku susah2, ko pun antara org yang selalu support aku..

Time aku kena marah dgn warden pasal masuk tandas laki, fitnah buat benda tak elok, ko datang time tu n kita sama2 nangis.. =')

Time kita pergi "PORT" tempat kita lepak, nangis n call mak kita sbb tension.. Hoho.. =')

Time kita kelentong warden bertugas yang kita sakit dalam bilik sakit, walhal tuang kelas n lepak2 dalam bilik sakit...warden pun tak caye kalau aku dan ko buat mmg buat benda ni.. *pengakuan eksklusif selepas 3 tahun!!!*.. Haha..

Time kita nangis n tenangkan fikiran kat bilik kaunseling, sukati je masuk situ..nasib baik kauselor diam je.. =')

Time ko bw kan makanan especially makaroni yg mak ko masak. Oh sungguh sedap..aku ingat lagi time tu benda tu tertinggal kat bilik fizik dan dah pukul 11.30mlm. Kunci plak kat iron. But, nasib baik iron bawa hp so senang aku mesej dia swoh pass kt bawah..dan sungguh sedap aku bantai makaroni tu.. Rasa cam nak blaja dari mak ko/ ko masak makaroni berwarna putih tu.. =)

Time aku byk problem, n ko still support aku..thanx lyd..

Ko mmg la kawan yang sentiasa susah dan senang bersama

Beruntung kepada sapa2 yang jadi kawan ko. =)

Semoga hubungan kita kekal selama2nya lyd =')

Walaupun, kau jauh di mata, tetap dekat di hati (dah mcm lirik lagu jiwang)

Apepun, siyes aku rindu ko..
Nnti balik M'sia, harap dapat jumpa n hang out dgn ko ;)

Dan selamat hari jadi ke-20.
Semoga panjang umur dan murah rezeki ..

I love u soo much!!!!





Friday, January 27, 2012

DAKWAH: KITA BERBEZA, TAPI MATLAMAT TETAP SAMA!!!

"semoga Allah meredhainya...."

"Rai, moga terus tsabat di jalan dakwah =) " mesej ku pada rakan baik sekolah ku, Raihana yang kini berkomitmen pada jemaah Perkim di UIAPJ kini.

"Diba, jangan lupa janji kita. nak dakwah geng es'nanass kita dulu2.. kasi tarbiyah dorg semua..haha..buat sleep over kat rumah sesapa n share ayat2 AQ. Baru gempak!! " kataku pada Adibah yang kini berkomitmen pada jemaah IKRAM di KMB kini.

"Izzat, sejak ko join ISMA, makin baik dowh. Terbaik!!!" komen pada adik bongsu kelas 5IN suatu ketika dahulu yang berkomitmen dengan ISMA di KBU kini.

Dan bermacam-macam mesej, kata2, comment yang sentiasa diberi dan dibalas dari kawan baik, kawan biasa dan lain-lain.

Walau kita berlainan jemaah, tapi kita tak pernah rasa berbeza. Malah makin rasa dekat, kerana kita semua merasakan kita semua mahu dekat padaNya, mahu mendapat redhaNya.

Siapa yang tak sejuk hati melihat rakan yang dahulu teruk, kini kembali ke pangkal jalan?
Siapa yang tak rasa gembira melihat rakan yang dahulu tidak mengambil endah perihal agama, kini amat menekankan perihal agama?

*******************************

Afiqah, kawan baikku di UTP kini. Cuma bezanya di bukan akhwat. Kami rapat dari Foundation sehingga kini, 2nd year 1st semester.

Aku join halaqah, dia join Rakan Masjid.

Kami berbeza.

Tapi kami sentiasa bersama terutama bila waktu nak pergi kelas, nak belajar,dan lain-lain.

Mengapa perlu ditekankan perbezaan kami sedangkan ada banyak persamaan yang boleh dirai!

Kami berbeza dari segi gerak kerja.

Tapi kami tak pernah mencondem gerak kerja yang dilakukan.

Kami berbeza dari segi kepimpinan

Tapi kami tak pernah tuduh bahawa jemaah yang kami join ini sesat.

Kami sama dari segi kelas.

Kami PGS
Kami suka pergi IRC
Kami suka pergi jumpa lecturer kalau tak faham
Kami suka study group sama-sama
Kami suka naik motor jalan-jalan
Kami suka ke kedai Rahmath beli barang keperluan
Kami suka macam-macam bersama!!!

Mengapa ada orang yang tidak boleh berlapang dada menerima perbezaan??
Mengapa ada orang yang suka fitnah sana sini??
Mengapa mahu menyalahkan orang lain tapi tidak pada diri??

dan kerana SIAPA kita berbeza???

Kerana Allah bukan?

Mengapa mahu dikotorkan niat itu dengan perkara-perkara yang tidak baik??
Dengan kata-kata yang jahil??

Saya dan Afiqah adalah berbeza!!!
Tapi kami suka bila bersama!!!

Elakkan dari perbincang perbezaan itu
Tapi bincangkan persamaa yang boleh digarap

Itu lebih baik untuk kami berdua.

*****************************
"Kenapa ezan asyik study group dengan Afiqah je??xnak ajak dgn orang lain??" tanya seorang akhwat.

"Sebab kami berdua ni kan asyik sibuk. X semua orang boleh faham dan adapt dengan kesibukan kami ni" jelas Afiqah.

Aku hanya tersenyum.

Ya, setiap malam kami sentiasa sibuk, tapi kadang2 ada malam yang kami berdua kurang sibuk dan boleh studi bersama.

Saturday, January 21, 2012

DAKWAH: CAN I 'WALK' SLOWLY???

"semoga Allah meredhainya...


" Akak, kenapa akak menangis semalam??" tanyaku pada seorang akhwat yang lebih senior daripadaku suatu ketika dahulu.


"Owh...takdelah..sebenarnya.....hurm...ada akhwat tanya akak, boleh tak dia di 'rehat' kan dari kerja dakwah sementara waktu...akak sedih lah sebab dia dulu sangat berkomitmen dengan dakwah, tapi jadi macam ni pulak.. " katanya yang pada mulanya agak berat utk berbicara denganku perihal ini.

Tuesday, January 10, 2012

SANAH HELWAH (2)

"semoga Allah meredhainya...."

Kenapa sanah helwah (2)??

Erm, sbb aku nak wish bufday kepada 2 orang  yang tercinta dan tersayang.. =)

KAK ZAKIAH DAN KAK MARHA

Hepi bufday to my kakaks' capricorn yang turned to 21.

Semoga berjaya menjadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat.

Lebih gencar gerak kerja dakwahnya. insyaAllah.

Saturday, January 7, 2012

SANAH HELWAH!!!

"semoga Allah meredhainya...."

salam, post ni agak gedik sikit..mungkin byk..

apepun, saya, tuan empunya blog dgn tak tahu malunya nak ckp thanx you soo much, jazakillah khayran kathiran kepada semua yang wish besday aku..

kepada kengkawan lama aku, classmate aku yang wish, aku sayang korg. =)