Sunday, May 20, 2012

GEOFIELDCAMP: MENELUSURI ALAM BERSAMA AQ


"semoga Allah meredhainya...."

Seminggu lepas, dengan rasminya aku dah menghabiskan cuti sem aku yang sepatutnya bermesra bersama keluarga ke Pengkalan Hulu untuk Geofield camp yang merupakan salah satu subjek 4credit hour untuk semester 2nd year 2nd sem.

THE EARTH IS AWESOME!!!

Seperti sabda Allah dalam kitabNya,

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Al-Quran, Surah Al-Mu’min, ayat 57)


Tak boleh dinafikan kebesaran Allah, hanya dengan penciptaan bumi yang aku pelajari setakat ini, sungguh mendalam dan tiada ramai yang dapat memahami disebaliknya.


"Entah la, akak tengok gambar ni macam batu bodoh je.." kata housemate ku yang meneliti satu2 gambar geofield campku.


"E..mana ada, setiap gambar ni ada maknanya tersendiri taw.." balasku padanya.

Saturday, May 5, 2012

STUDY DOWN...

"semoga Allah meredhainya...."

Masa mula2 aku join tarbiyah,aku pelik la jugak,apsal la mereka2 yang berada di jalan ini, sentiasa bermasalah dalam study? Bagi aku, study tu penting kot, bila study down maksudnya seseorang tu tak faham tugas dia sebagai seorang pelajar di muka bumi ini.

Sampai la satu ketika....

Aku mengalaminya..

Sedih? Tipu la kalau aku tak sedih. Tak tahu la if ada orang gembira dengan study yang down,result jatuh menjunam, mungkin lagi teruk if kena panggil dengan lecturer atau kena tendang keluar universiti.

Bila mak aku excited tanya berapa CGPA aku dulu, aku rasa sebak.

Malu nak cakap kt mak aku yang aku tak dapat apa yang dia harapkan.