Saturday, July 28, 2012

AKHWAT XXX: THANX FOR THE WORDS

"semoga Allah meredhainya...."

Petang tadi,aku gi berbuka puasa kt rumah keluarga angkat aku kt Taman Universiti dekat UTP ni. Then, hp aku berbunyi sbb ada mesej masuk.

From Ukht XXX:


Assalam. Pe khabaq iman? kak ezan, i heard d bad news about you..may i know why..i still remember d 1st time i saw u with d motorcycle..my heart say something..

Aku tersenyum pahit depan screen hp. Aku tak mahu kegembiraan aku berbuka bersama keluarga angkat dibunuh dengan 'bad news' tu...takde la bad news pun,tapi aku malas la nak taip n fikir depan makanan sementelah beberapa minit sahaja lagi azan Maghrib akan berkumandang.

Selepas menunaikan solat tarawikh dan pulang ke kampus, baru aku terasa nak reply mesej tadi.

From Ukht Ezan:

Wa'salam. Sori lambat reply. x da la bad news pun. I just need time alone 2 get my inner strength from Him. I feel myself bad if I keep moving on...so I decided to stop and 'take a deep breath'..

Beberapa minit kemudian, akhwat xxx balas mesej ak.

From Ukht XXX:

NOT STOP FOREVER RIGHT? I'm trying to help wat i can. Fr RAKAIZUD DAKWAH: mengubati org yg lemah (pg 255).


"kita semua jangan sampai menjadi pembantu syaitan menghadapi akhwat kita yang sedang mula kelihatan lemah semangatnya. akan tetapi, di depan akhwat, kita harus cuba tutup pintu yang bisa mengakibatkan pengunduran diri, dan melakukan usaha yang sungguh2 agar dia tak terlambat memasuki pintu tersebut. Namun, jika keadaan memang sudah tidak bisa dikendalikan&ia ingin berpindah haluan, maka kita jangan tutup pintu tersebut dari belakang,akan tetapi kita harus tetap menyisakan celah pintunya terbuka di depannya, kerana terkadang dia akan kembali di masa kedewasaannya yang akan muncul satu hari nnti,hingga akan memudahkannya menemukan pintu yang terbuka utk dimasuki".ade kisah disebaliknya&penyebab turun ayat 39:53-55. my favourite. akhwat yyy ada buku ni,akak leh pinjam dari dia.uhibbukifillah.

Aku tersentak. Hati aku sayu baca mesej ni. Mata berkaca-kaca, rasa nak menangis.

Honestly speaking, ni kot mesej CINTA dari akhwat yang buat aku terharu. Penuh dengan hikmah dan kelembutan. If sebelum ni, sering kali terngiang-ngiang di telinga aku bait2 kata..


-jalan dakwah ni bukan untuk orang2 yang manja
-u cannot walk slowly on this path. keep moving on or stop.
-dakwah ni takde pujuk-memujuk.
-jangan menyesal kalau dah keluar dari jemaah ni
-takde sape yang akan kisah terutama perihal iman jika tak bersama lagi
-mereka yang keluar, adalah mereka yang menyakiti jalan dakwah ini.

Tapi mesej akhwat ni terutama part "...maka kita jangan tutup pintu tersebut dari belakang,akan tetapi kita harus tetap menyisakan celah pintunya terbuka di depannya, kerana terkadang dia akan kembali di masa kedewasaannya yang akan muncul satu hari nnti..." buat bait2 berbaur tegas yang aku dengar sebelum ini tenggelam.


Ya Allah..ko limpahkanlah rahmatMu kepada akhwat ini..


Lalu mesejnya aku balas,


Ukht Ezan:


I hope so..thanx for concern..really appreciate dat..uhibbukifillah..hope we still keep in touch.

Ukht XXX:

InsyaAllah..never forget u till jannah. PERSAHABATAN DAN UKHUWAH AKAN KEKAL TILL JANNAH KAK EZAN. u still remember the word u said b4? i learnt a lot from u till now. iA.

Aku menarik nafas panjang selepas membaca mesejnya yang terakhir. Terasa kehangatan mesej 'cinta' darinya. Terkesan dengan sebaran cintanya walaupun melalui mesej yang merentasi beberapa negeri yang jauh.

Moga Allah tetapkan yang terbaik untukku.

Kita merancang dengan cita dan Allah mengatur dengan cinta.

p/s: sila baca post ini dengan 'mood biasa2 je' sebagai insan biasa yang masih mentah di jalan dakwah. Perhaps, forgot to "sharpen the saw" make me someone who 'mentah', 'mcm byk tak settle' n 'layak didowngrade'.. I admit it and the time for me alone is the time for me to "sharpen my saw".iA


Tuesday, July 24, 2012

APA KAITAN IKHLAS DENGAN SURAH AL-IKHLAS???

"semoga Allah meredhainya...."

"Ikhlas ialah seperti surah Al-Ikhlas, di mana tiada perkataan "ikhlas" pun di dalam surah tersebut"

Kata-kata kat atas aku kopipes dari status g-talk seorang akhwat [saudara perempuan] bernama Haslina yang belajar di UKM, Bangi. Ceh,macam promote member lak.

Tapi, siyesly, quotation status ni sangat awesome dan menusuk ke hati dan lubuk sanubari aku. Bagaimana pula dengan korang?

IKHLAS

Aku rasa perkataan ni memang dah biasa dah orang dengar, dah biasa ditaujihkan dan dah biasa ditekankan. Tapi, nak berbuat ikhlas ni, ya Allah...hanya Dia sahaja yang tahu.

"Bukanlah aku cakap aku tak ikhlas, tapi dia..."

"Aku tahu kalau aku cite nnti, ko cakap macam aku tak ikhlas, tapi ..."

"Aku ikhlas kot..."

Dialog klise yang biasa didengari kt gegendang telinga kita semua terutama bila kebaikan yang dilakukan tidak dihargai atau dibalas dengan keburukan. Ibarat air Vico dibalas air longkang. Cis.


وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ




Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar." (Al Bayyinah:5)

Tuesday, July 17, 2012

ANDAI AKU KELUAR...

"semoga Allah meredhainya...."

27 Mei 2010, semasa aku dan rakanku Pika [bukan nama sebenar] menelaah pelajaran bersama-sama, Pika tiba-tiba bersuara.

"Ezan, Pika nak share satu benda dengan Ezan masa dapat kt masjid pengisian lepas Maghrib semalam." kata Pika kepadaku yang sedang membelek-belek buku teks Physics.

"Apa dia?" jawabku pendek. Mata mengilas ke arah Pika sekejap sebelum mencari-cari muka surat latihan Physics di tangan.

"Pernah dengar hadith hak2 orang Islam terhadap Islam lain? Pernah tak? Pernah tak?" tanyanya berulang kali ala-ala gedik.

"Pernah! Pernah! Pernah! .. Tapi dah lupa la..." jawabku kegedikan juga.

"Bagus2..meh nak oyak...Hak orang Islam terhadap orang Islam itu ada 6 perkara..
1. Apabila bertemu ucapkanlah salam
2. Apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan
3. Apabila dia meminta nasihat, hendaklah diberi nasihat
4. Apabila dia bersia dgn memuji kepada Allah, hendaklah memohon rahmat buatnya
5 Apabila dia sakit hendaklah ziarahi
6 Apabila dia meninggal hendaklah hantarkan jenazahNya ke kubur

Nanti Pika tulis ni besar kat pintu..Leh kita hafal sesama. " kata Pika panjang lebar.

Aku hanya mampu tersenyum mendengar sharingnya dan melihat telatahnya. Kadang-kadang, Pika seperti budak2 yang tak matang lagaknya.

"Ezan, kalau Pika meninggal, Ezan datang tak? tanya Pika tetiba.

Aku kaget. Buku physics di tangan ditolak ke hadapan.

"Kenapa tanya soklan macam tu?" aku mengangkat kening kehairanan.

"Ezan.....sebenarnya...Pika dah tak join halaqah...." kenyataan Pika buat aku terkejut. Tersentap jiwa dan raga. Tiba-tiba sahaja perkara itu terpacul dari mulutnya.

Aku diam seribu bahasa. Mencari kekuatan untuk berkata-kata.

"Tak pe la kalau macam tu.. Tapi Pika kena berusaha mencari jalan untuk dekat pada Allah.. Tak kisah la join apa2 pun, selagi tak melanggar AQ dan Hadith, insyaAllah, tak sesat.."kataku ringkas.

"Ezan...Ezan nak datang ke kalau Pika kahwin?..kalau Pika meninggal.?.selepas Pika dah keluar halaqah?" soalan serius keluar dari mulutnya.

Matanya memandang mataku meminta jawapan yang jujur dari hati.

"Pika, ukhuwah kita ni bukan atas jemaah tapi kerana Allah... Macam yg Pika share tadi, antara hak orang Islam terhadap Islam lain, apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan dan apabila dia meninggal hendaklah hantarkan jenazahNya ke kubur. Jadi, mestilah Ezan datang melainkan Pika dah murtad [Nauzubillahminzalik..].." jawabku panjang lebar.


"Andai aku keluar dari jalan ini, bajailah ukhuwah ini dengan cinta padaNya..doakan agar kita bertemu di syurgaNy a..insyaAllah.."

Petikan di atas sticky note yang dilekatkan atas coklat diberikan Pika padaku di stesen bas Taman Maju sebelum dia bertolak ke kampung halaman pada hujung minggu tersebut aku amati dalam-dalam.

Andai aku keluar..ukhuwah itu tetap sama.. selagi kita masih bersama di bawah agamaNya..

Wednesday, July 4, 2012

KEMALANGAN CIK M: MESEJ CINTA DARI ALLAH

"semoga Allah meredhainya...."

Minggu lepas, bersamaan hari Sabtu, 30 Jun 2012, semasa aku dan kawan baik aku, Lydia rancak berbual di salah satu restoran di KLCC [Dome], panggilan dari seorang akhwat mengejutkanku. Terus aku keluar dari Dome.

"Ezan, KBF accident..." panggilan putus kerana line tak clear.. "BKX accident..." sambung akhwat tersebut.

"Ha?? akak, tak dengar la.. sapa yang accident? Akhwat yang terlibat ok?" kataku.

"BKX LANGGAR KBF!!!"jerit akhwat dari sana.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" tanyaku terkejut.

"Akak tak tahu..." cemas suara akhwat itu.. "ada insurans tak motor BKX kamu ni?" tanyanya.

"Rasanya ada.. tapi tak tahu la bleh guna ke tak since abang saya [pemilik motor BKX] tu dah meninggal. Nanti saya tanya ayah saya." jawabku panjang lebar.

Panggilan diputuskan dan aku pulang ke Lydia dan berbual kembali cerita2 tadi.

*************************************************