Sunday, August 26, 2012

UNTITLED.

"semoga Allah meredhainya...."

Pencarian yang takkan berkesudahan sehingga Dia memanggil aku pulang.Titik.

Saban hari, saban waktu, hari yang berlalu menjadikan kita lebih dewasa.

Sebahagian kita telah hilang, dan hilang sehinggalah 'habis' akhirnya.

Dan apa yang telah dilakukan di dunia? Adakah cukup bekalan utk berjumpa Dia?

Atau sekadar cukup memuaskan nafsu diri di dunia.

Materialistik. Dunia.

Perangkap yang memerangkap diri.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang.

Carilah Dia, gantungkan pengharapan pada Dia

Dari Dia kita dihidupkan

Pada Dia kita dipulangkan..

"Pengembara Dunia Fana Mencari Jalan MenujuNya"


Friday, August 10, 2012

IKLAN RAYA BERNAS: MUHASABAH DIRI....

"semoga Allah meredhainya...."

Sejak kebelakangan ni, ramai org duk tengok iklan ni. Sumpah. Memang sedih.

Aku pun tak tahu sudah berapa kali aku ulang video ni and menangis sendiri baik melihat sendiri atau bersama housemate.

Melihat pada mereka berdua, aku rasa sedih..

Sebak aku tengok 2 budak yang tak dapat melihat dan tak dapat bercakap sempurna.

Nak dibandingkan dengan aku, ya, aku dari segi fizikal mmg sempurna,tiada cacat cela. Alhamdulillah.

Mungkin diri ini dah lama tak menangis, dah lama tak benar2 memahami erti syukur dengan nikmat anggota yang diberikanNya.

Kisah 2 Orang yang tak berupaya tetap bersungguh untuk pulang ke kampung, walau apa cara sekalipun, waima sorok2 naik lori.. Ya Allah..betapa kuatnya semangat, dan tekad mereka. Usaha yang diletak oleh insan kerdil dan kecil itu bukan sedikit, ke hulur-hilir mencari tiket ke Segamat dan akhirnya curi-curi naik lori angkat barang ke Segamat.

Kalau bandingkan dengan aku? Entah la..

Kalau tiket bus dan tiket train abes, duduk je la rumah sambil merungut dan menyumpah-nyumpah dalam hati sebelum tersedar utk istighfar..

Pernah gak aku terfikir, macam la hidup aku kalau ibu bapa aku meninggal dunia?

Macam mana la aku nak teruskan hidup dengan penuh kekuatan? Berapa lama aku boleh pulih untuk bangkit meneruskan kehidupan?

Melihat Ahmad dan Fizi dalam video tu memang buat aku syahdu. Betapa cekalnya dorg takde ibu bapa, still dorg dapat meneruskan kehidupan dengan baik, bahagia dan gembira.

Kebahagiaan hidup bukan terletak pada harta dunia.

Fizi dan Ahmad sudah membuktikannya. Tanpa harta yang berjuta-juta, tanpa kereta yang mewah, atau rumah yang besar, tanpa ibu dan bapa di sisi, tanpa fizikal yang sempurna, mereka temui 'bahagia' dalam diri mereka berdua.

Betapa indah ciptaan ALLAH. Dan kita yang dilimpahi nikmat oleh ALLAH saban hari ,apa yang kita lakukan? Apakah tanda syukur kita padaNya?

Pandanglah dan renunglah dengan mata hati, dan kita dapat rasa kebesaran dan keagunganNya.

Pas aku tengok video ni, siyes aku rasa nak pergi rumah anak2 yatim, nak peluk dan cium mereka terutama yang kurang upaya. Mereka insan minoriti yang tidak dikenali dek kerana ketidaksempurnaan mereka.

Kesibukan kita saban hari menjadikan kita pentingkan diri dan lupa ada insan yang memerlukan kasih sayang, memerlukan tunjuk ajar ABC, memerlukan sesorang untuk berkongsi rasa....

Kita berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik, untuk mengejar CGPA yang tinggi, untuk mendapat kerja yang lumayan agar satu hari nnti kita akan berada di puncak teratas dengan penuh terhormat dan dikenali kebanyakan orang.

Dan mereka yang kurang bernasib baik..kebanyakannya masih memerlukan insan2 utk membantu mereka. Aku tak rasa dorg nak sgt duit kita, atau barang2 pemberian kita..Apa yang aku rasa lebih penting, mereka mahukan ilmu, kasih sayang dan perhatian utk mereka kuat menghadapi kehidupan ini, menjalani kehidupan seperti insan biasa juga.

Aku tak membantah kalau ada orang nak sumbangkan duit atau pape pada mereka especially time Ramadan ni, bagus lah tu. Tapi, lepas Ramadan, adakah kita masih menjenguk mereka? Mengambil berat tentang mereka? Bertanya khabar, kesihatan, pelajaran dan kebajikan mereka? Mungkin ada, mungkin tiada..

Muhasabah dan ingatan untuk diri aku sebenarnya. Aku coretkan agar dapatku buka sentiasa di mana2 dan bila2 masa. Moga Allah memberi rahmatNya kepada insan2 yang tidak bernasib baik, yang tidak punya ibu bapa dan tidak sempurna.

Syabas Bernas, mesej video memang sampai dan menyentuh hati dan nurani.