Thursday, September 27, 2012

BEST GILER KALAU AKU KAYA!

"semoga Allah meredhainya...."


'How's ur holiday?' tanya Adout member aku dari Sudan yang belajar kt UTP kt fb.

'Awesome dude. I think the best holiday since I study at UTP' jawabku.

Cuti. Sapa tak suka cuti? Tak kisah la cuti sekolah, cuti semester, atau cuti umum, aku rasa semua orang suka giler. Dan cuti semester kali ni telah banyak mengajar aku dan mendewasakan aku [ayat mcm aku tak matang lagi] sebagai seorang muslim yang masih diberi rahmat olehNya untuk hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.

HIDUP UNTUK KAYA?

Statement ni agak slalu berlegar-legar kat kepala aku lately. Mybe sebab cuti lama = keje = ada gaji = KAYA! Mungkin ni formula yang kebanyakan orang guna. Kot la. Hey, sapa tak nak jadi kaya kan? Sapa tak suka duit? Berdosa ke jadi orang kaya? Even Islam pun tak larang umatnya untuk kaya, cuma tak leh bermewah je [mewah:melampau&bukan utk islam]. Right?

Duit mcm nak sara 7 keturunan


'Ko buat apa cuti ni Ezan?Keje apa?' member aku gtalk aku kelmarin.

'Owh,banyak benda kot. Aku ajar budak tadika pagi sampai tgh hari. Petang sampai malam aku ajar budak tuisyen PMR dlm 5 orang. Weekend aku join Petrosains jadi volunteer programme.' jawabku panjang lebar.

'wah, mesti dapat banyak duit. Jadi orang kaya la ni.. Nanti leh belanja aku.'balas member aku.

Aku tersenyum pahit. Ni kali ke-3 aku dengar statement yang aku tak berapa suka. Dapat banyak duit. Betul ke? Mana tahu?

Aku pun balas panjang lebar lagi pada member aku. Aku bagitahu yang gaji aku jadi cikgu kat tadika tu less than RM500 sebulan [memadai sebagai cikgu sementara] dan tuisyen aku ptg n mlm tu free. So memang takde income pun. Weekend aku jd volunteer kt Petrosains, KLCC pun tak banyak dapat, malah kalau parents aku tolong aku kira-kira [sebab ak malas nak kira benda2 ni sume] , consider sekali perjalanan n makan serta kos2 lain, macam tak berbaloi.




So, adakah apa yang aku buat ni tak berbaloi?

TUJUAN CUTI = TUJUAN HIDUP?

Setiap masa yang berlalu adalah kehidupan yang berlalu. Masa adalah kehidupan. Jadi amat essential untuk kita gunakan setiap masa untuk mencari redhaNya berlandaskan tujuan hidup yang telah Allah inform dalam kitabNya.

Untuk beribadah kepadaNya.

Itulah tujuannya dan ibadah itu merangkumi banyak perkara selagi niat dan cara yang betul berdasarkan syara'.

Setiap orang aku percaya, punyai potensi yang berbeza-beza berbanding yang lain. Aku percaya, Allah itu Maha Adil, dengan Dia bagi kat sesetengah orang tu lebih, tapi ada part yang dia kurang.

Setuju?

Ada orang yang tak pandai akademik, tapi pandai bisnes

Ada orang tak pandai bisnes tapi pandai akademik

Ini hanyalah contoh yang klise.

Jadi, gunakanlah kelebihan yang kita ada, telah Allah kurniakan untuk agama Allah.

Kalau kita tengok Sirah pun, aku percaya Rasulullah amat bijak mengatur strategi di mana baginda meletakkan seseorang sahabat itu sesuai dengan potensi dan kelebihanNya untuk menyebarkan agama Islam.

Ada yang pandai berniaga,
Ada yang petah berkata-kata,
Ada yang pandai berperang,
Ada yang pandai menulis
Dan apa-apa sahaja
Mereka menjadi orang penting dalam menyebarkan deen yang tercinta ini.

POTENSI: SUBURKAN, JANGAN MATIKAN!


Aku nak jadi cikgu, tapi aku tak masuk UPSI, instead masuk UTP lak.

Aku suka programme yang indulge dengan budak2, tapi usually aku hanya ajk disebalik tabir.

Aku suka menulis, tapi sentiasa tiada masa dan idea terperap terlalu lama sampai basi [mcm alasan je.. -_-'' ]

Mybe ni antara 'keluhan-keluhan' atau lesson yang bleh dipelajari untuk kita perbaiki di masa hadapan. dan ak ras actually kita bleh je dapat apa yang kita nak, apa yang kita idamkan even dalam situasi yang nampak macam tak mengizinkan,cuma kita perlu berfikir dengan kreatif untuk mewujudkannya.

Cuti ni juga aku memang target untuk enhance kan skill and confident untuk ajar bebudak skolah, involve program yang leh jadi volunteer especially charity event, dan spend masa untuk menulis dan membaca buku2 ilmiah terutama buku2 agama dan motivasi.

Untuk mengeluh atau menyesal perkara tak best yang telah berlaku, atau sedang berlaku, bukanlah ciri orang yang beriman. Kerana semuanya telah diaturNya.

' You cannot control the wind, but you can adjust you sails'

Mungkin ada beberapa perkara, telah diaturNya,jadi terima dengan redha di samping 'react creatively' dengan perkara tersebut. Jadikan ia seronok dan tidak tension.

Bila flashback balik time dulu, aku tak nafikan yang orang slalu tengok aku macam tension dan frustated. Especially bila task banyak,assignment, homework, etc [macam la aku sorang je kt dunia ni yg cenggini]

So, aku pun belajar untuk try enjoy benda yang aku tak suka. Tapi ada perbezaan antara:
-benda yang tak best n tak leh avoid
-benda yang tak best tapi leh avoid.

Benda yang tak best n tak leh avoid ni mcm subject yang belajar, lecturer subject kt uni o etc yang kita memang tak de pilihan pun. Kalau kita avoid jugak, mudaratnya mungkin lagi banyak. So just accept it n try to make it enjoyable.

Benda yang tak best n leh avoid mcm members yang tak leh masuk, makanan, hobi, etc. Benda ni kalau avoid pun tak beri kesan buruk dalam kehidupan. Kalau di push untuk buat, aku rasa lagi beri kesan buruk. Faham ke? Contohnya, aku tak suka bisnes. serius. Kalau aku buat pun tak serius, sebab aku buat ikut mood. So,kalau orang paksa aku serius dalam bisnes, push aku jual itu ini, even mak aku suruh jadi mcm dia yang businesswoman berjaya, I WON'T! [kalau aku buat dalam terpaksa pun, believe me that the results mesti tak best!]

Tapi kalau ada orang suruh buat aktiviti mcm mengajar atau volunteer untuk charity dengan mix dengan bebudak, I'll do it even for free. Kalau dipaksa walau dalam keadaan penat o takde mood, aku akan paksa gak diri aku [insyaAllah,and the results will be better than the above situation].

So, if you are good in something, do it for free, especially for those who really need it.

NAK JADI KAYA?

Dalam satu hadith time aku foundation, ak joint satu taklim umum dan pengisi tu share pasal orang yang terbaik.

Hadith tu agak well-known, tentang sesiapa yang Allah ingin berikan kebaikan, dia akan diberikan kefahaman dalam agama.

Jadi, kaya dalam ilmu agama, memang osem. Aku pun teringin nak pergi satu tempat yang aku leh blaja banyak benda dalam agama, not even da'wa, tapi lebih luas lagi, pasal fiqh, pasal tajwid, pasal lelain, nak jadi well-rounded muslim. Alhamdulillah, masjid kat rumah aku ni setiap hari ada pengajian yang berlainan. Setiap malam ada pengajian tersendiri, ada malam fiqh,malam tajwid,etc. Ramai orang2 tua yang datang, sangat teruja dengan semangat diorang, tapi tak ramai orang muda yang datang [mungkin mereka ada ibadah lain yangg perlu disettlekan].

Kaya dengan ilmu&pengalaman.

Ini pun penting gak. Dan mungkin salah satu sebab aku sanggup turun naik KLCC 5 kali seminggu untuk attend orientation week for petrosciences volunteer. Banyak ilmu Allah yang leh blaja, yang mungkin tak pernah terfikir dan tak pernah tahu. Sangat banyak. Pengalaman yang dapat pun sangat banyak dan buat diri ini kadang-kadang termenung dan melihat sesuatu dari sudut yang berbeza. Kenal makhluk ALLAH [baca: orang/manusia] pun bleh buat diri impress, lagi2 kalau di amat kaya dengan ilmu agama.

Jelajah la muka bumi Allah, even di Malaysia sekalipun, even dalam negeri sekalipun, insyaAllah kita akan belajar something, kalau kita melihatnya menggunakan mata hati dan mengaitkan dengan Allah.

Kaya dengan pahala

Aku rasa semua orang nak dapat pahala banyakkan? Tapi,kita pun tak tahu adakah pahala kita dah banyak? Adakah mencukupi? Ataupun sudah dibakar dengan amalan2 riak atau hasad dengki dalam diri?

So, luruskan niat dan teruslah berbuat kebaikan.

TERAKHIR: JADILAH ORANG KAYA

Kaya tak semestinya perlu ada banyak duit. Kalau ada, alhamdulillah. Jadilah orang kaya yang bersyukur, di mana maqamnya lebih tinggi dari orang miskin yang bersyukur. Untuk menjadi kaya, pastinya memerlukan usaha yang bukan sedikit, dan Allah akan mengurniakan kita akan nikmatNya setimpal dengan usaha yang telah kita kerahkan, semata- mata kerana mencari redhaNya.

Ayuh, kita tingkatkan potensi yang ada, suburkan dan kayakan diri dengan pelbagai perkara, agar menjadi muslim yang berkualiti di mataNya.

since i'm quite busy, i'll try to make sure my body FIT
 w/pun perubahan berat badan 'nul'. :)


Friday, September 21, 2012

KEKASIH HATIKU.

"semoga Allah meredhainya...."

kekasih hati 



Perkenalkan ini adalah anak aku,jantung buah hatiku,chewwah..

Namanya ZAHID dan dibesarkan di Puncak Alam.

Sekarang dia berumur 4 tahun dan handsome.

Bapaknya pula ialah….

OK.

Nanti aku sambung balik cite kekasih hati aku nama Zahid tu, tapi sebelum tu aku nak share sket pengalaman aku bekerja kt TADIKA EDU-KIDS PASTI FASA 1, PUNCAK ALAM.

Jeng..jeng..jeng…

1)PENGALAMAN DIBULI DI TOILET

Aku perkenalkan Muhammad [xde gambar sbb aku taknak amik], nama budak yang berjaya buli aku di toilet.

Argh!!!! Mengingat kembali memori ini ibarat mimpi ngeri di siang hari yang sentiasa menghantui.

Budak ni cikgu lain panggil 'sutun' sebab kelembikan dia yang mengada-ngada mengalahkan budak perempuan kerana di suka meleset-leset di badan cikgu2 dan bercakap dalam suara yang mengada-ngada dan aku yang dengar pun rasa nak lempang dia dengan harapan suara asli lelaki dia akan keluar lepas tu.

Ok, back to cite kat toilet. Aku pergi temankan dia pergi toilet sebab dia cakap nak berak. Pastu dia jerit panggil aku sebab dah siap berak. Aku pun tahan nafas dan mengagahkan diri melangkah ke tandas tu. Tolong flashkan dan jiruskan air kat punggung dia.

"Muhammad,cepat basuh punggung kamu guna tangan kamu! "arah aku.

"Tak nak. Saya nak cikgu yang basuhkan punggung saya…'katanya dalam suara mengada sambil tangan menuding ke arah aku.

"What? It's ridiculous! Basuh guna tangan sendiri!" jawab aku spontan dan terkejut.

Giler. Seumur hidup aku, tangan aku tak pernah mengorek (baca:basuh) punggung orang lain. Aku paling fobia kalau kena basuh berak orang. Rasa nak pengsan.

"Saya nak cikgu basuh! Saya nak cikgu basuh!" jerit Muhammad mengada-ngada di atas mangkuk tandas. Muhammad merengek. Argh,aku tak keruan.

Akhirnya aku akur. Dengan linangan air mata dan tangisan di jiwa, tangan aku telah dinoda dan dicemar oleh punggung Muhammad (hiperbola lak). Lepas dah basuh berak budak sutun ni,ak cepat-cepat 'samak' dengan sabun kt sinki untuk menghilangkan bau,rasa dan warna [jika ada] di tangan aku. Semoga ini yang pertama dan kali terakhir untuk budak-budak kt sini.

Tapi lepas pengalaman ngeri tu,aku tiba-tiba dapat rasa something yang best kt diri aku. Aku tersenyum. Mungkin sebab aku dah berjaya overcome fobia aku kot. Bila pikir balik, aku kena belajar gak basuh berak orang lain.. Mana la tau nanti ada anak atau mak ayah aku tak boleh basuh berak, aku kena la berani buat benda ni. Nikmat tangan yang Allah bagi ni, jangan kita kufuri dek geli dan fobia, nanti Dia tarik nikmat tangan ni macam mana? Gunakanlah untuk melakukan kebaikan. Lebih baik tangan ni basuh berak orang dari melakukan dosa kan??

2) PENUMBUK JILAT

Adam, budak laki paling cute tadika ni. Aku suka usha budak ni sebab geram giler tengok kecomelan dia dan dia pun memang baik dan berbudi bahasa. Satu hari, Adam gaduh dengan Ramadan, rakan sekelasnya yang sama-sama berumur 5 tahun. Ramadan memang antara gangster dan mafia kt tadika ni.

"Aku tumbuk ko!" kata Ramadan sambil penumbuknya di tunjukkan tepat di depan hidung Adam. Ramadan mengugut.

Namun,dengan tenang dan bersahaja serta wajahnya comelnya, Adam telah menjilat tangan penumbuk Ramadan di mukanya. Dah la jilat dengan bestnya macam jilat lollipop. Ramadan menjerit dan memanggil cikgu untuk melaporkan kelakuan Adam ini. Padan muka ko Ramadan. Adam lak memang  tak boleh blah. Aku yang tengok memang dah pecah perut dengan Adam ini. Macam-macam….

KUNCI: KESABARAN

Untuk melayan karenah dan kaletah budak-budak ni, bukan senang, perlukan kesabaran yang tinggi. Ada la beberapa budak yang nakal, yang aku suruh diri belakang pintu, atas kerusi, atas meja dek kenakalan dan sikap yang tidak mendengar kata. Tapi aku rasa aku je la cikgu kt sini yang cukup lembut (perasan lak). Serius, kalau tengok cikgu2 senior lain yang otai2 marah budak2 ni,aku pun cuak dan rasa nak nangis. Kadang-kadang nak didik budak2 ni perlukan kesabaran dan ketegasan. Ada masa kena tegas, kena marah, terutama bab pelajar. Tu yang aku belajar. Dalam fasa budak2 ni umur 4-6 tahun adalah fasa yang sesuai untuk mereka belajar dan menghafal. Aku pun kagum dengan taska cni yang silibusnya tinggi. Budak2 nya aku leh kata bijak2 n first class ar.

Setiap pagi aku rasa ada la dalam 20 doa2 harian yang dorang kena baca sama-sama [as revision since pekse dorg dah dekat corner] sambil nasyid2 yang berkaitan studi dorg macam nama2 malaikat, rukun2 wuduk, sirah Nabi Muhammad SAW, dan lain2. kalau nak bandingkan dengan aku time tadika dulu silibusnya, memang macam langit n bumi. Aku salute pada orang2 yang wat silibus osem ni. Budak2 umur mcm ni mmg patut didedahkan benda2 mcm ni.

TUISYEN: FREE NAK?

Walaupun penat sebab petang n malam aku ada wat tuisyen percuma untuk budak2 PMR dekat rumah aku, tapi aku harap Allah beri aku kekuatan dan tekad untuk terus belajar dan ikhlas keranaNya. Pasal tuisyen tu, aku memang dah lama plan, alhamdulillah Dia makbulkan. Makin hari, makin ramai orang datang, semakin mencabar bila yang datang tu memang punyai masalah dalam study dan gagal dalam beberapa pelajaran. Bila orang tanya aku kenapa free?, aku hanya mampu tersenyum. Aku tak sanggup nak minta duit dari mak bapak dorg yang keje sebagai cleaner, pembantu kantin, keje kilang, dan driver. Apa yang aku bagi kt bebudak ni mungkin sedikit jika nak dibandingkan dengan nikmat yang Allah bagi kat aku secara percuma. Allah tak pernah minta bayaran atas segala nikmat, kenapa aku nak minta bayaran atas nikmat yang diberikanNya untuk aku share pada ciptaanNya juga. Betul tak?

Hidup untuk memberi. Banyakkan memberi dari menerima. :)

PENUTUP: MASIH BELAJAR

Dah 4 hari aku ajar kt taska ni tapi aku rasa mcm dah banyak giler aku belajar dekat sini. Alhamdulillah, memang terasa juga cuti ni sangat terisi. Dengan mengajar dari pagi hingga malam, sampai tak sempat nak tanda kertas bebudak kat taska n bebudak yang aku ajar tuisyen. Eh. Cikgu2 kt taska yang otai2 pun memang superb n tak lokek nak share ilmu sesame disamping lawak2 n 'muda2'.. Kat sini aku panggil cikgu lain dengan panggilan 'kak' sebab dorg lagi tua dari aku, walaupun diantaranya yang ada anak sebaya n sekelas dengan aku. [bila kak taska,ak panggil mak member aku tu 'kak', kt depan member aku,aku panggil mak dia 'mak cik']..

Semoga Allah permudahkan segala urusanku masa cuti ni,moga masa yang ada ini dapat diisi dengan perkara2 yang berfaedah,bermanfaat dan diredhaiNya. Tak lupa pada kengkawan n beloved akhwat, moga apa yang dihajati, dapat dikejapi. Allah tak melihat pada hasil, tapi pada usaha yang kita kerahkan untuk mendapatkannya. Andai kita mati sebelum melihat hasil yang diredhaiNya, moga syahid menyapa kita. insyaAllah.

p/s: ada masa nanti aku sambung cite ni n zahid.

aku: zahid, dah besar nanti nak jadi apa?

zahid: dah besar nanti saya nak jadi doktor, tolong orang sakit cikgu. :)

aku: (wah, 4 tahun dah taw pasal benda ni. hebat giler dia!! tapi hebat lagi mak bapak dia! kena interview parents dia ni nak dptkan rahsia utk dpt anak cenggini. lol )


Friday, September 14, 2012

UKHUWAH SINERGI (^_^)

"semoga Allah meredhainya...."


"Salam..ezan dah cuti.. Bila nak jumpa??He..next week dah start keje la.." mesejku hantar pada sabahat lama yang jauh di mata tapi dekat di hati.

"Kita jumpa hari ni gak nak tak?" tanyanya seakan tidak sabar.

Aku tersenyum sendirian.

Aku ke MidValley di Kuala Lumpur. Bukan untuk bergelandangan, ronggeng atau membuang masa, tapi untuk bertemu dengan buah hati kesayangan jantung yang tinggal bersama semasa  tingkatan 4&5 di INTEGOMB di dorm Makmur 1. Siti Zulaikha bt Sai'an, atau lebih sweet dipanggil Ika. Ika sedang bercuti semester sepertiku juga tapi dia akan menghabiskan cuti tidak lama lagi dan pulang ke Mesir.

Boleh kata hampir 3 tahun kami sudah lama tidak bersama-sama untuk keluar seperti ini. Kali terakhir kami bersua jika tidak silap aku semasa aku menghantarnya di KLIA, atau semasa iftar Excel9 semasa tahun 2010. Susah senang semasa kami sekolah INTEGOMB dahulu banyak dikongsi bersama. Ika lah tempat aku menceritakan masalah, berkongsi suka dan duka. Sikapnya yang lembut dan penyayang menyebabkan sesiapa sahaja suka untuk berkawan dengannya.

Friday, September 7, 2012

PULAU PANGKOR

"semoga Allah meredhainya...."

Motosikal BKX **** dan AHU **** membelah bumi UTP seawal jam 7.30 pagi semalam. Aku, Pika dan Ida sudah merancang untuk menjejakkan kaki di Pulau Pangkor sejak study week sebelum final exam. Walaupun sudah menghabiskan hampir 3 tahun di UTP untuk belajar, namun seringkali aku tidak berkesampatan untuk ke sana. Alhamdulillah, perancangan percutian seharian ini dipermudahkanNya. Kami hanya 'backpack' (baca: redah) ke sana. Motosikal diparkir di hadapan pondok pak guard sebelum berjalan kaki ke seberang perhentian bus untuk menaiki bus Roadway ke Lumut. Menunggu bus adalah saat yang menyiksakan. Lebih kurang 1 jam 15 minit menanti dengan penuh harapan, akhirnya bus tiba. Tambang ke Lumut lebih kurang RM5.50 seorang.

Bak kata Ida, naik bus lebih adventure. Betul, sangat menguji kesabaran aku. Aku lebih rela naik moto ke Lumut daripada tunggu bus sejam,tapi bila Ida cakap nanti tak larat nak bawa moto bila nak balik UTP,aku batalkan niat aku. Benar, menunggu bus melatih insan untuk bersabar, redha dan pasrah padaNya.Mengambil dari salah satu perikan kata-kata Umar al-Khattab, jaulah/mengembara juga merupakan salah satu cara untuk kita mengenali seseorang. Merupakan wasilah untuk kita memperkukuhkan lagi ukhuwah keranaNya. Moga persahabatan aku bersama mereka diredhai dan diberkatiNya dunia akhirat.

Kaki penat tunggu bas, jadi kami pun duduk bersila.