Friday, September 7, 2012

PULAU PANGKOR

"semoga Allah meredhainya...."

Motosikal BKX **** dan AHU **** membelah bumi UTP seawal jam 7.30 pagi semalam. Aku, Pika dan Ida sudah merancang untuk menjejakkan kaki di Pulau Pangkor sejak study week sebelum final exam. Walaupun sudah menghabiskan hampir 3 tahun di UTP untuk belajar, namun seringkali aku tidak berkesampatan untuk ke sana. Alhamdulillah, perancangan percutian seharian ini dipermudahkanNya. Kami hanya 'backpack' (baca: redah) ke sana. Motosikal diparkir di hadapan pondok pak guard sebelum berjalan kaki ke seberang perhentian bus untuk menaiki bus Roadway ke Lumut. Menunggu bus adalah saat yang menyiksakan. Lebih kurang 1 jam 15 minit menanti dengan penuh harapan, akhirnya bus tiba. Tambang ke Lumut lebih kurang RM5.50 seorang.

Bak kata Ida, naik bus lebih adventure. Betul, sangat menguji kesabaran aku. Aku lebih rela naik moto ke Lumut daripada tunggu bus sejam,tapi bila Ida cakap nanti tak larat nak bawa moto bila nak balik UTP,aku batalkan niat aku. Benar, menunggu bus melatih insan untuk bersabar, redha dan pasrah padaNya.Mengambil dari salah satu perikan kata-kata Umar al-Khattab, jaulah/mengembara juga merupakan salah satu cara untuk kita mengenali seseorang. Merupakan wasilah untuk kita memperkukuhkan lagi ukhuwah keranaNya. Moga persahabatan aku bersama mereka diredhai dan diberkatiNya dunia akhirat.

Kaki penat tunggu bas, jadi kami pun duduk bersila.



Ini kali ke-3 aku menaiki bus Roadway yang serba dhaif ini. Bus ni sejujurnya memang kotor tapi bolehlah dan insyaAllah selamat tiba ke destinasi. Geli hati aku bila tengok tiba-tiba co-driver bus ni keluarkan penyapu dari rak atas bus driver. Tengok penyapu bus tu,teringat pada penyapu tandas rumah kat UTP. Sebijik kot.

Tiba di Lumut lebih kurang pukul 10.30 tengah hari. Kami menunaikan solat dhuha di masjid yang berdekatan, Masjid Adli.
masjid Adli di Lumut


Seusai solat dhuha didirikan, kami pergi ke jeti untuk ke Pulau Pangkor. Jeti ni dekat je dengan stesen bus Lumut. Jalan kaki 2 minit je sampai. Tiket feri ke Pulau Pangkor RM10 untuk seorang (pergi dan balik).

Feri pergi balik Pulau Pangkor. Dari jauh macam banana boat.

Tepat jam pukul 12.00 kami tiba di Pulau Pangkor.

Kami disambut dengan ramai orang (terasa seperti VVIP yang disambut meriah di airport) untuk menggunakan khidmat mereka.

"Adik nak guna motorsikal?" tanya seorang lelaki India. Dibelakangnya beratur panjang pemilik motosikal lain yang juga menawarkan khidmat yang sama. Kmi menggeleng kepala.

Beberapa tapak di hadapan mereka pula adalah pemandu2 yang menawarkan perkhidmatan van.

"Adik bertiga ni nak naik van ke?"tanya seorang pak cik. Kami menggangguk.

"Sini2. Naik sini" jerit seorang pak cik berbangsa cina. Vannya di barisan hadapan dan kelihatan juga pak cik lain sedang menunggu turn mereka untuk mengambil pelancong.

"Uncle memang asal orang sini ke?" tanyaku sebagai mukadimah permulaan bicara dengan pak cik tersebut yang lebih mesra dipanggil uncle.

"A'ah.sudah 60 tahun duduk sini sejak lahir" jawabnya yang turut memberitahu umurnya mencecah 60 tahun.

"Macam mana harga van ni pak cik?" Pika pula bertanya.

"Untuk weekdays, RM50 (untuk 1-4 penumpang) dan untuk weekend, RM70 (untuk 1-4 penumpang) untuk pusing2 Pulau Pangkor. Penumpang yang melebihi 4 orang akan ditambah RM5 seorang. Kalau adik2 nak pergi pantai main snorkelling dan mandi2, kena bayar RM15 sahaja"jawab uncle dan menyerahkan kami senarai harga dari perkhidmatannya dalam laci vannya.

"Ok lah pak cik. Tapi kami nak pergi snorkelling dulu sebab takut petang nanti hujan. Pak cik hantar kami ke Pantai boleh? Kalau sempat kami pergi pusing2 pulau ni." kata Ida pada uncle.

"Boleh2."jawab uncle sambil tersenyum. Tepat jam 12.30 kami tiba di pantai. Di tepi pantai ada beberapa booth yang menawarkan perkhidmatan snorkelling dan pusing-pusing pantai. Kami pergi booth ke booth untuk mencari harga yang murah dan perkhidmatan yang memuaskan.Selepas pusing dari booth ke booth kami ke restoran berdekatan untuk makan tengah hari.

Restoran tempat kami lunch


Sementara menunggu makanan tiba, kami berbincang untuk memilih perkhimatan mana yang terbaik.

"Amik booth ke-2 la, RM20 utk seorang, termasuk snorkelling dan pusing2 beberapa pulau. Kalau kt booth pertama, RM50 sorang. Mahal lak."kataku.

Selepas berbincang, kami bersetuju untuk amik perkhidmatan booth ke-2. Disebabkan kami bajet masa dari pukul 1 hingga 3 untuk snorkelling, jadi kami tolak perkhidmatan pusing2 setengah pulau pangkor dan beberapa pulau kecil berhampiran yang menelan kos lebih kurang RM100++ dan beberapa lebih 3 jam. Lagipun, target kami ke sana untuk snorkelling. Itu sahaja.

Semasa makan, tiba2 salah seorang abang dari booth pertama datang ke meja kami.

"Adik dah decide nak naik ke?" abang tersebut bertanya.

Kami terkejut dan buat muka. Segan nak cakap yang kami tak pilih kedai dia, tapi pilih kedai nombor 2.

"Abang, kedai nombor 2 bagi RM20 untuk seorang." jawabku ringkas sebagai hint bahawa kami telah memilih kedai nombor 2.

"Owh, kedai abang bagi RM50 untuk kami bertiga. Lagu murah."pancing abang tersebut.

Kami berpandangan. Eh, rasanya tadi cakap RM50 seorang.

"Abang, kalau jadi kami naik, kami pergi kedai abang pas makan" jawabku ringkas. Abang tersebut berlalu.

"Eh,aku rasa aku tak silap dengar yang dia cakap RM50 seorang. Dan2 je tukar bila kita cakap sana lagi murah."kata Ida dan kami pun menggangguk bersetuju yang aku dan Piqa juga mendengar perkara yang sama.

Patutnya aku cakap tadi yang kedai nombor 2 bagi RM10 seorang. Pastu mesti dia offer harga lagi murah kan??"kataku dan kami ketawa.

Lebih kurang pukul 1.30petang kami bertolak ke pulau berdekatan untuk snorkelling. Perkhidmatan yang dipilih mestilah kedai nombor 1 sebab lagi murah. Abang Sani [nama abang kedai 1] ni tinggalkan kami di pulau tersebut dan akan datang balik dalam pukul 3. Disebabkan waktu ni masih panas lagi,jadi takde orang pun kat pulau ni. Ah, rasa macam pulau ni milik kami ber3. Seronok giler. Sebelum kami terjun untuk snorkelling, kami menunaikan solat zohor di atas pulau tersebut.

perjalanan ke pulau untuk snorkelling



Seronok amik wuduk dalam air laut ni. Tapi bila berkumur-kumur nak basuh mulut, haish...masin giler la air laut ni. Part basuh kaki paling senang. Piqa menghentakkan kaminya dalam air 3 kali, gaya macam amik wuduk biasa.

Kami mencari kawasan rata atas pasir.

"Disebabkan tak tahu kiblat mana, kita solat je arah mana2."kataku.

"Rasanya arah sini. Sebab daun pokok kebanyakannya tumbuh ke arah sana. Sana kemungkinan arah timur, matahari terbit. Jadi, setentangnya mesti arah barat, arah kiblat."kata Piqa dengan teori sainsnya .Masuk akal juga.
Lakonan semula kami solat di sana. Eh.

Selepas solat, kami pun bersiap untuk snorkelling. Best sangat sebab dapat tengok ikan warna warni yang jinak2. Rasa macam nak tangkap ikan tapi tak dapat. Jaket keselamatan dan set google memang wajib dipakai. Rasa macam tengok Nemo pula bila ikan warna-warni tu berenang sekeliling badan. Coral[terumbu karang] pun ada banyak. Paling banyak corals jenis branch dan tabulate corals. Berguna juga ilmu Paleontology yang belajar semester lepas.

Sebelum terjun, mak Ida tetiba call utk pastikan anaknya selamat sampai.
"Mak cik, kami dah nak terjun ni" Wohaa..

snorkelling!!cool~

gaya bajet dari aku dan ida

ida dengan kuasa water bendingnya.lol

piqa dan ida sedang bertapa

CORAL!!! Benda yang aku paling suka!


Lepas dah penat snorkelling dan bergambar di pulau milik kami ber3 [perasan] ,
kami telefon abang Sani untuk ambil kami di pulau tersebut. Lagipun, jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 petang. Abang Sani tiba dalam 10 minit dan kami pun teruskan perjalanan kami menaiki bot ke pulau2 berhampiran. Cantik2 pulau tersebut. SubhanaAllah. Pertama kali dalam hidup dapat tengok 'live' timun laut depan mata. Bot tu laju jugak dan memang best. Rasa nyaman bila angin sejuk menampar-nampar pipi.

"Kalau Piqa kat depan bot ni berdiri sambil pakai baju tido kelawar dan buat macam gaya cite Titanic, mesti awesome" kata Ida memecahkan gelak ketawa kami bertiga.

Pulau Kepala Buaya

Pulau Kepala Penyu

Pulau Kepala Ikan Paus
"Ni pulau kepala binatang ni sume terjadi dengan sendirinya. Natural dan ajaib.Bukan buatan manusia"kata abang Sani.

Aku tersenyum dalam hati. Memanglah kejadian semua ini natural yang telah diatur olehNya sebagai Pencipta. Tapi, pasti ada sebab kejadian tersebut berlaku, dan geologi mampu merungkai ilmuNya ini. Mana la taw terjadinya gempa bumi ke, letupan gunung berapi ke, dan lain-lain masa berjuta-juta tahun dahulu.

Selepas dah snorkelling dan pusing2 beberapa pulau, kami menuruskan perjalanan untuk pusing2 Pulau Pangkor. Uncle tiba dalam 10 minit selepas kami call. Uncle ni citekan la sejarah tempat ni, komposisi penduduk pulau ni, dan macam2 macam. Kami melawat ke beberapa tempat seperti kilang sate ikan & makanan laut, Tokong Cina, dan Kota Belanda. Jalan-jalan di pulau ni memang sempit dan berliku-liku tajam selekohnya. Kalau nak datang sini pertama kali, tak payah la sewa basikal atau moto, buat penat je. Kata uncle ni, penduduk pulau ni lebih kurang 50% cina, 40% melayu dan 10% india. Penduduknya agak padat dan jalan raya pun kecil.

Kilang sate. Murah2.

Ida seperti berada di istana kt China

Mini great wall china dan giant ezan.

Kisah Perlumbaan Piqa dan Kura2

Kisah Kota Belanda

Tinggalan kota Belanda

Piqa yang kepenatan

Gambaran dari atas kota Belanda


Tapi, kadang-kadang aku terfikir bila tengok budak2 kecik di tepi jalan, tak bosan ke dorang duduk kat pulau ni? Kalau aku,mesti dah rasa bosan dan stranded. Kat pulau ni takdelah shopping mall, sekolah menengah pun satu je, dan tempat2 yang menarik melainkan untuk pelancong memang takde. Kereta pun tak banyak. Mostly dorang pakai moto kat sini. Fenomena 3 orang naik satu moto di jalan raya adalah satu kebiasaan di pulau ni. Tapi bagusnya kat sini, ada tokong, masjid dan kuil yang besar.

Selepas pusing2 ke tempat2 tersebut dan bergambar, uncle hantar kami jeti feri. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Pukul 6 petang kami Lumut. Selepas membeli tiket Roadway untuk pulang ke UTP pada pukul 6.30 petang, kami menunaikan solat Asar di masjid yang berdekatan.
jadual tiket dari Lumut


Perut berbunyi minta diisi. Biasalah, perut mesti lapar lepas berjalan-jalan terutama mandi dan snorkelling. Memandangkan masa kami ada lagi 10 minit sebelum bus tiba, kami bertiga beli burger sahaja untuk mengisi perut. Oh, burger kt Lumut ni sumpah memang sedap. Dapat rasai keharmonian burger yang dibuat dengan teliti, gembira dan penuh kasih sayang ni. Haha. Hiperbola pulak tapi serius, burger dia memang sedap dan tak menyesal beli. Makanan yang wajib beli aku rasa kalau ke Lumut selain membeli makanan2 laut.
Penyerahan anugerah Gerai Burger Terbaik Lumut.


Bus memang sentiasa datang 'awal'. Tulis kt tiket 6.30 petang, rupa2nya tiba pukul 7 petang. Terima kasih kerana membuat kami menunggu lama dan buat aku malu je suruh abang burger tu buat burger cepat2 sebab takut tak sempat naik bus. Nasib baik abang tu cool je. Kalau dapat abang burger yang pantang dengan customer yang mengada-ngada dan demand, mestilah aku dah kena baling dengan spatula dan botol cili burger tu. Hambik kau!

On the way balik naik bus memang sangat penat. Exhausted. Kami bertiga sempat terlelap tapi nasib baik tak terlepas sampai ke Ipoh. Pukul 8.20malam kami tiba di UTP dengan selamat. Alhamdulillah. Motosikal ditunggang menghala ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isyak sebelum pulang ke bilik masing-masing.

Jadi, bajet percutian seharian ke Pulau Pangkor [secara kasar] ni aku leh ringkaskan:

Tiket bus Utp-Lumut (pergi-balik) : RM10
Tiket feri (pergi-balik): RM10
Tambang van 'uncle',snorkelling
dan pusing2 pulau : RM33 (seorang)

TOTAL: RM53 (tak temasuk kos makan dan shopping)

Tips ringkas untuk backpack dan gi Pulau Pangkor

-Pastikan tahu jadual pengangkutan awam seperti bus, feri, taxi [kalau nak pengangkutan awam]
-Tahu tawar-menawar
-Snorkelling lepas Zohor kalau nak kan privacy atau takut time petang hujan
-Pakai stokin yang tebal dan kasar time snorkelling untuk elakkan kaki terluka [Ida punya stokin sampai koyak dek ketajaman batu di sana]
-Pergi time weekdays dan bukan cuti sekolah lebih murah
-Jangan lupa bawa air masak dari rumah.
-Dapatkan contact number uncle van/abang bot/mana2 perkhidmatan supaya next time kalau datang lagi leh kautim harga murah


So, pasni boleh la aku bawa keluarga gi Pulau Pangkor ke sini untuk bercuti. Thanx for reading this long post. Adios.




4 comments:

  1. Waah..bila2 ezan ada masa nnti bawak sy gi tour n snorkelling kat pangkor ea?
    Mmg korg ditinggalkan 3 org je ke kat pulau tu? Xbahaya ea? Hihi..
    Ezan, doakan sy utk masuk tahun 3 :) rindu ezan :)

    ReplyDelete
  2. Hehe..No problem Afiqah.Kita bawa satu kelas 3uia gi bercuti kt sini. Reunion! hehe.

    X bahaya dia tinggalkan kami kat pulau tu bertiga sebab dia bagi jaket keselamatan. Jaga diri, tu je yang dia pesan.Hee..

    Gud luck ye Afiqah blaja kt sana. Harap dapat jg dentistry yg berjaya dunia n akhirat. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. km ada nomer telp uncle ,jetty dll?? aku rencana ke sana naik motor dari KUALA LUMPUR....thx buat infonya

    ReplyDelete
  4. km boleh balas ke email aku saja eugine_sindy@yahoo.com..ini aku yg tanya nama n nomer telp uncle ,abang jetty yg di pangkor...aku naik motor dr KL ke pangkor...thx u...trs ada ide lebih baik tiggal di mana jika mau main air laut,pantai,dan snoorkling cos ku liat ada byk pantai dsnaa tp ta tau mn best dan hrs di datangi..spt : pasir bogak,teluk nipah,,,jd bgg tempat yg pas itu mana gitu...tolong infonya ya..thx u..

    ReplyDelete