Monday, October 29, 2012

JAUH YANG DEKAT

"semoga Allah meredhainya...."


"Ezan, taw tak ada akhwat yg tinggal dekat dengan rumah Ezan? Dia duduk dekat blok Juwita" kata seorang akhwat ketika kami di KL Sentral.

"Taw lama dah. Tapi kan kak, saya tak pernah lak jumpa dia, atau terserempak kt jalan. Kereta dia pun jarang jumpa walaupun hampir tetiap petang saya joging o jejalan kat kawasan perumahan. Ni ha, yang jauh KL ni lak,hampir tetiap minggu jumpa. Hehehe.. Kuasa Allah.."

Aku rasa ramai je yang pernah rasai situasi macam ni. Maksudnya? Maksudnya kadang2 orang yg dekat dengan kita bukanlah yang rapat dan sebaliknya. Sebab tu ada quote "sometimes family likes stranger, and stranger likes family".

Dan sebab 'ukhuwah kerana Allah' menyebabkan ada orang yang sanggup merentas beribu-ribu kilometer kerana seseorang yang dicintaiNya kerana Allah. Ya, mungkin semua orang boleh cakap yang dia cinta kerana Allah, tapi adakah perbuatannya menzahirkan apa yang dikatakan? Bukan nak cakap apa, tapi aku sedar, kadang2 aku pun macam tu, tak dapat nak ziarah orang yang kita cintai rentetan kesibukan kita yang menghimpit, apatah lagi nak mendekati serta mengenalinya lebih dalam lagi.  Kadang2 ni sume alasan yang tak berasas sebab kesibukan tu memang tak dapat dielakkan melainkan diuruskan dengan bijak.

Lumrah manusia kadangkala rasa lonely walaupun ada orang kt sisi. Hati yang berjarak, tiada guna jika jasadnya dikelilingi insan yang dikenalinya. Dan yang merapatkan adalah IMAN.


Biar diri tidak ada ramai kawan, daripada ada seorang musuh

Biar diri tidak didekati orang, daripada menjauh dariNya

Biar diri tidak dihargai, daripada tidak berharga lagi di sisiNya.

Tuesday, October 9, 2012

DUNIA NI MEMANG STRESS!!

"semoga Allah meredhainya...."


Tajuk ni memang bunyi agak extreme.

Tp ni merujuk kepada mereka yang menggunakan bukan untuk mencari redhaNya.

Dunia,dunia,dunia.

"...celakalah bagi orang yang ingkar kepada Tuhan kerana siksanya sangat berat, iaitu org yang lebih menyukai kehidupan dunia berbanding daripada akhirat, dan menghalang-halangi manusia dari jalan Allah…" (Surah Ibrahim 14:2-3)

Sejak akhir-akhir ini, aku dikerumuni oleh jutaan manusia yang stress (baca:yang suka dunia) dan aku yang melihat mereka juga stress.

Pengalaman aku bekerja kt KLCC memang gila kentang. Dikerumuni oleh manusia yang berlumba-lumba nakkan dunia terutamanya duit. Aku ingat lagi time aku OJT [On Job Training], Supervisor tu tanya aku soalan yang memang buat aku terkejut.

"So, actually what is your purpose to work here? Is it for money?" tanyanya depan muka aku.

Aku kaget. Kang aku cakap 'mencari redha Allah' , terkejut lak dia.

So aku pun cakap, "Well, money is not the reason I came here..it's about.."aku tercongak-congak nak cakap ke taknak perihal yang sebenar.

"Gud if not the money. Cuz if bcoz of money, I highly recommended u to work at Starbuck which will give you a lot of money and confident to speak with the people" katanya dengan penuh yakin bak CEO syarikat.

Aku hanya mengangguk dan sedekah senyum padanya.

Banyak manusia yang datang kat sini untuk mencari rezeki, banyak yang nak kumpul duit, ada yang nak cari jodoh, mengisi masa yang terluang, dan macam-macam lagi. Aku hanya mampu mengeluh.

Duit. Wang.

Memang la penting element ni,serius especially kalau hidup di tengah2 kota metropolitan yang mencabar ni.

Bayangkan, selama 2 hari aku kat sana, makanan dan pengangkutan aku boleh mencecah RM50! Ada jugak akhwat yang bercerita padaku yang kos pengangkutan dari rumah ke tempat praktikalnya hampir RM100 seminggu!

Owh, kalau dunia pun dah mahal macam ni, akhirat apatah lagi kan?

Beberapa kejadian telah menghambat diriku baru-baru ni sampai aku hanya mampu duduk bersendirian untuk refresh balik iman dan niat aku disebalik apa yang aku buat. Duduk meresapi iman. On-to-one denganNya.

Jangan katakan kerja di KLCC, kerja di tadika dan tuisyen pun buat aku stress kadang-kadang.

Di tadika, aku rasa macam kat skolah asrama lak. Cikgu bagai nak rak ajar bebudak sebab next week dah exam. Aku tension bila bebudak buat dunno time aku ajar (sebahagian sahaja), dan bila cikgu lain tanya soklan subject aku time perhimpunan, dorang tak dapat jawab, dan cikgu lain pun tanya pada bebudak,

"Apa yang cikgu awak ajar time subjek ni [subjek yg aku ajar]? Sampai saya tanya sorang2 pun tak dapat jawab!"

Dan aku yang berada time tu hanya mampu berdoa agar bebudak tu ingat la apa yang aku ajar. Tapi hampa. Sebahagian besar tak mampu lagi jawab dengan baik walhal next week dah pekse akhir tahun. Aku hanya mampu menelan air liur dan menahan malu bila diperlakukan macam tu. Cobaan.

Dalam kelas aku memang 'belasah' budak2 tu. Yang tak serius aku denda, yang main-main aku marah. Sampai satu tahap, aku rasa nak menangis dan pergi dapur time cikgu lain takde, pergi minum air dan muhasabah kejap.

"Untuk apa aku buat semua ni?" aku bertanya pada diri.

Astagfirullah.

Kadang-kadang, kerana terlalu ingin mengejar markah yang tinggi, kita terlupa nikmat yang kita belajar, kita lupa keseronokan subjek tersebut. Adakah itu matlamatnya? Apa guna andai mereka mendapat markah yang tinggi, tapi satu benda pun dorang tak amalkan, apatah lagi ajar pada orang lain. Hampeh!

Yang kaya tak semestinya bahagia.

Yang pandai tak semestinya bahagia.

Jika bahagia di dunia, di akhirat adakah bahagia juga?

Tepuk dada, tanya iman. Duduklah sebentar meresapi iman dan niat.

Jangan biarkan dirimu dibelenggu stress!

Thursday, October 4, 2012

TAKKAN BERAKHIR

"semoga Allah meredhainya...."


"Ezan, ko takkan berhenti daripada buat kerja dakwah kan?" Siti serius bertanya bila aku menceritakan perihal aku di bumi Malaysia ini terutama dalam dakwah yang membuatkan dia terpana.

Siti merupakan rakan baikku di sekolah dahulu. Susah senang selalu kami berkongsi bersama, apatah lagi kami 2 tahun tinggal dorm yang sama, boleh dikatakan kami agak memahami satu sama lain. Saat dia terbang ke bumi Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, aku menghantarnya di KLIA sebagai tanda 'support'. Walaupun bukan aku yang terbang, tapi aku dapat rasa betapa gembiranya aku melihat dia berjaya mengapai cita-citanya sejak di sekolah dahulu untuk menjejakkan kaki ke bumi Anbiya tersebut.

Dia pulang ke Malaysia pada tahun cuti semester pertamanya tahun lepas. Aku ingat lagi time dia cerita kat aku bagaimana ada ramai kakak2 yg approach dia untuk ajak dia join program2 islamik kat situ. Kakak A gaduh kakak B pun ada, sampai dia rasa insecure dan x tahu nak pilih yang mana.

"Aku rasa aku taknak la pilih mana2"katanya ringkas, selepas bercerita denganku.

"No! Siti, ko pilih je mana yang ko rasa lebih baik untuk diri,iman,ilmu dan amal ko. X yah nak dengar cakap orang. Kalau orang cakap kakak A x baik, tapi ko ok je dengan dia, nape perlu ko percaya kt orang lain? Doa banyak2 pada Allah,minta Dia bagi petunjuk dan ikut 'fatwa hati' " jawabku panjang lebar. Aku hanya mahu Siti punyai biah solehah di sana di samping ada orang yang sentiasa mengingatinya dengan Allah.

Sejak itu,dia dan aku,sama2 berkomitmen dengan dakwah, yang membezakan kami adalah jemaah. Kami selalu berkongsi bersama suka dan duka di jalan dakwah ini. Malah, kami juga bertukar-tukar pendapat, masukan dan tajuk buku yang berkaitan dakwah.

Dan persoalannya sebentar tadi buatku terkejut.

"Mestilah tak Siti. Itu kita dah sedia maklum yang sesiapa yang mengucap syahadah tu, dia adalah seorang da'ie. Sampai dia mati pun, tugas dakwah tetap di pundak dia. Bodoh la kalau aku tinggalkan tugas sebagai pendakwah. Dan dakwah tu boleh dijalankan bermacam-macam cara dan di mana2"  aku jawab sambil menunduk memandang nasi di pingganku.

"Kenapa ko decide mcm tu?" Siti berterus-terang ingin tahu asbab keputusanku.

"Entah." jawabku pendek dan senyum melirik.

Jawapan 'entah' biasanya aku akan bagi jika aku malas untuk explain segala-galanya pada seseorang kerana terlalu complicated untuk dirungkaikan sehingga aku sendiri kadang-kadang keliru, misalnya part mana aku nak start story?

"How's your own usrah? I mean, ur halaqah right? Is it ok? Becoz biasanya if that 'core' has problem, the rest will be in trouble" tanya Siti cuba meneliti puncanya.

"Haha..kalau benda tu yang problem, mesti bukan aku sorang je yang buat keputusan ni. Halaqahmate pun akan buat mcm tu la." jawabku melawak.

"Setiap orang lain2. Ada orang OK dgn usrahnya, ada yang KO, walaupun dibawa oleh murobbi/ah yang sama. Ko dah discuss benda ni dengan murobbiah ko b4 ko decide?"Siti bertanya lagi.

Aku terdiam. Sepi seketika.

"Supposely ko discuss that thing with ur murobbiah, share the problem, rise up all the thing that u might not understand or not satisfy. Even dia ada kekurangan pun, ko kena ingat yang dia pun manusia jugak, xde manusia yang perfect.. Mungkin salah gak sebab ko tak share dengan dia..aku rasa la" nasihat Siti.

"Aku salah?? Ye kot...aku mengaku sebab tak buat benda tu..tapi..aku kan manusia gak..ada buat salah dan punya hati dan perasaan. Tak semua benda aku leh share dengan semua orang, only selective people I can share with. Dekatnya jasad dan tubuh kita dengan seseorang, akrabnya kita dengan dia, tak boleh dikatakan sebagai teman baik terutama untuk share masalah kalau hati kita pun berjarak. Cakap pasal keikhlasan ukhuwah, kedekatan hati, mungkin sampai esok tak habis kalau cakap pasal bahan ni. Agak-agak kenapa kita slalu share our problem together, walaupun kita bersua hanya setahun dua kali berbanding mungkin dengan rumate/kawan2/akhwat kita di universiti yang sentiasa di samping kita? Kalau ko nampak salahnya kita berukhuwah selama ini, walaupun tempat dan jemaah kita berbeza, aku minta ko tolong untuk perbetulkan hubungan ini."aku meluahkan rasa di hati.

"urm...sorry if I make u tense...chill la..relax dowh..depan makanan tak baik merajuk2..ko pernah terfikir untuk join jemaah lain..?" tanya Siti memancing.

"promote ko punya ke? Haha…" aku ketawa tiba-tiba.

"Haha..salah ke? Xde lah.. Buat la homework and choose the best among the rest..berlapang dada dan jangan kutuk2 yang lain sudah.." kata Siti seperti tak puas hati tentang kes semasa dia semester pertama di sana dahulu.

" Of cours not. Frankly speaking, aku pun actually tak suka bila orang kutuk jemaah aku dulu and orang cakap pasal jemaah ni tak bagus, tak jaga orangnya, tarbiyahnya, so on and firmly said yang jemaah dia je betul. It's ok kalau ko nak cakap jemaah ko bagus sebab ada itu dan ini, but plez dun mention others name, sebab kalau aku, aku pun terasa. Lagi2 kawan2 baik aku ada kt jemaah2 tu. Ikram, isma, hizbul tahrir, dan lelain kalau ko perasan, a few geng kita join bila dorg fly, mcm ko la kan? Mengutuk jemaah lain, bermakna mengutuk kawan baik aku, dan bermakna mengutuk aku juga. Karma's law, kalau tak nak kena kutuk, jangan kutuk orang..eh, ada kena mengena ke?" jawabku berfalsafah.

"HAHA..ok,la..aku rasa leh masuk kot.lol.."jawab Siti sambil ketawa kecil.

"Ko rindu kat diorang?" Siti menyambung. Serius.

"Siapa?" aku bertanya walaupun aku mcm dah agak orang yang dimaksudkan.

"Your beloved akhwat n ikhwah la.. Ops, ikhwah tu excluded.."Siti cuba melawak membuatkan aku ketawa.

"Hanya mampu doa yang terbaik untuk semua, termasuk ko. Takkan la nak lupa orang2 yang pernah menjadi sebahagian hidup aku dahulu. Mestilah RINDU! Takkan la tak. Aku taknak ukhuwah yang aku bina dgn dorg tu sebab jemaah, tapi sebab Allah.Mende laa soklan ko ni kan? Aku  try gak ziarah diorang, tapi ko pun kena faham, ada yang busy n ada yang banyak hal, especially weekends. So kadang2 aku pun x nak kacau their schedule yang memang sibuk. Apatah lagi status aku ni lain. Tapi,apapun aku percaya yang Allah dah susunkan yang terbaik untuk aku dan lain2. aku tak kisah kalau ada orang cakap aku mcm2, kutuk ke, umpat ke, sakit hati ke, yang penting Dia ada sentiasa bersama aku." kataku sambil menyuap nasi di mulut.

"Everything happens for a reason. Ada hikmah di sebaliknya." kata Siti tersenyum puas.

"Pasni ko hang out ngan aku ni,ko nak pergi mana?" Siti menyambung.

"Ronggeng kat KLCC!!!" jawabku ceria.

"With whom?" Siti mengangkat kening ingin tahu.

"Ko tak kenal. Tapi proudly to say, she is my akhwat,housemate aku gak. Bila nnti ko free, aku kenalkan ko dengan dia" kataku ringkas.

Dan hari itu, bukanlah hari terakhir untuk aku berkata tentang dakwah dengannya. Kerana nafasku masih bernada dan aku masih bernyawa.

Ya Allah,rahmatilah dan tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku,keluargaku,akhwat&ikhwahku, rakan2ku,insan2 yang aku sayangi dan umat Islam di bumiMu ini.

Amin.