Tuesday, November 27, 2012

TOLONG FIKIR PASAL MAMA

"semoga Allah meredhainya...."

"Argh!!!!!" Hani menjerit sepenuh hati sambil menumbuk-numbuk bantal di atas katilnya. Begitulah cara dia melepaskan geram dan amarah. Dengan membayang orang yang dimarahi adalah bantal itu, dia akan membelasah sepuas hatinya sambil bilik dibiarkan berkunci dari dalam.

Geram. Itulah perasaannya saat itu selepas adik perempuannya, Siti bergaduh dengannya dalam sistem pesanan ringkas (sms). Semuanya berpunca apabila Hani menyebelahi bapa(abah) mereka yang melarang Siti menunggang motosikal di universiti tempatnya menuntut. Siti tidak dapat menerima arahan yang dikeluarkan abah dan hujah2 yang dikuatkan Hani. Akhirnya, perang mulut dalam sms terjadi.

"Hani, tengah buat apa tu? Are you okey?" mama Hani bertanya dari luar bilik seusai mendengar jeritan dari bilik Hani.

"Yes, i'm okey. Don't worry. Tadi jatuh katil. Tu yang jerit. Tapi Hani takde pape." jawab Hani menipu.

Wednesday, November 7, 2012

BILA ORANG BAIK PERASAN BAIK

"semoga Allah meredhainya...."


" El!!!!" jeritku sambil memeluk Eleena bila dia tiba kat KL Sentral. Dia datang naik kete myVi jemput aku kt sini.

"So, U taw tak tempat Al-Khadeem yang U bagitahu I tu? Tanyaku padanya. Sebelum ni dia ada ajak aku pergi satu tempat nama Al-Khadeem, tempat orang gathering utk tahu pasal Islam. Sound interesting, so aku pun decide nak join. Tak salah nak mencubakan??

Selepas beberapa minit, kami sampai kat Al-Khadeem. Ramai gak orang yang datang, mostly yang dah bekerjaya. Oh, lagi satu, language kat sini English, so depan belakang aku sume cakap English walaupun dia cakap sesama Malay or foreigners, atau sesama ahli keluarganya yang aku yakin adalah orang Melayu.

Apa yang menarik?

Well, this is my first experience came here. So, kalau tengok orang yang datang tu, plus dengan kete2 di parkir berdekatan,ak sure yang dorang ni sume keje loaded n educated. But, bila tengok orang2nya, sgt unexpected especially lelaki yang mostly janggut seciput macam sunnah Nabi and for the woman, most of them pakai jubah, serta wajah dorang sume mcm orang yang eager nak tahu pasal Islam, dan rasa aura dorang yang bersungguh2 nak dapatkan input2 di situ. Dan kat situ aku rasa ramai gak foreigner yang baru convert to Islam, berdasarkan wajah dan pakaian mereka. Sangat menarik dan subhanaAllah! Tapi bukan itu yang menjadi tajuk prima utk dibincangkan sbb ada topik yg super complicated nk dikongsikan.

IKHLAS.

Ni tajuk yang telah dibentangkan oleh Brother Hussein.  Benda yang terlalu banyak isi perlu dirungkaikan dan takkan habis untuk dibincangkan. Cara dia sampaikan ceramah dia pun sangat best, ringkas, padat dan osem!

NIAT: KERANA DIA!

Mesti! Niat mesti kerana Allah bila kita melakukan sesuatu. Amalan yang bercampur-baur  tujuannya walaupun sedikit TIDAK AKAN DITERIMA oleh Allah. Nauzubillahminzalik. Analoginya, adakah kita akan menerima segelas susu yang telah bercampur dengan setitik air kencing? Mesti reaksi kita, 'eww,disgusting!!' walaupun sedikit. So, aku tahu part ni memang susah bila kita nak ikhlaskan niat, sama aku pun pernah rasa, tapi takpe, kita BERUSAHA utk terus berbuat keranaNya. insyaAllah,boleh!

IKHLAS: PERLUKAH ILMU?

Dalam hidup, untuk kita mengikhlaskan niat kerana redhaNya, sangat vital [baca:penting] untuk kita kenal Dia. Jadi,ilmu tentangNya perlu kita pelajari dan amalkan sebanyak2nya sehinggalah kita dah expired nanti.

Banyak cara kita bleh kenal Allah,2 antaranya
  1. Melalui Al-Quran dan Sunnah
  2. Melalui ciptaan2 Allah waima pada diri kita sekalipun.

Ilmu yang kita dapat pun leh kita bahagikan kepada 2 bahagian:
  1. MULUT : Ilmu yang sia2,hanya meniti di bibit dan menanam tebu di bibir sahaja. Worhtless dan useless, dan kebanyakan kerana dunia dan seisinya.
  1. HATI : Ilmu yang benar2 meresap ke hati. Ilmu yang dipelajari akan difahami serta diamalkan dan disebarkan kepada umat Islam lain.  Orang yang beriman dapat kita lihat melalui aksi/amalan dalam kehidupan seharian. Dia bukan takat meniti di bibir sahaja, malah di turut titipkan dan transfer kepada seluruh nadi tubuhnya utk dilakukan.

Ibnu Qayeem ada mengaitkan ayat AQ [15:21] dengan ikhlas,

"Dan tidak ada sesuatu pun, melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya, Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu" [Al-Hijr,15:21]

At first, aku macam, 'amende yang sangkut paut dengan ikhlas??'

So, Brother Hussien ni bagitahu lah yang Ibn Qayeem menyimpulkan yang Allah yang memegang kunci segala sesuatu, segala rezeki dan apa sahaja. Jadi, jangan takut dengan rezeki yang Allah telah tetapkan. Dan BERUSAHALAH sambil IKHLAS dengan segala yang bakal Allah berikan kepada kita. Useless la kalau kita study atau buat apa2 sbb benda lain ,sebab dah la amalan tu tak diterima Allah, dapat dosa plak nanti. Dapat penat dan DICAMPAK DALAM NERAKA! Ada berani?? Kena periuk panas kat dapur pun dah menjerit kan?

"Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)" [An-Najm,53:42]

YOUR GOD, IS YOUR FINAL GOAL!

ORANG BAIK MASUK NERAKA???

Ni yang PALING AKU TAKUT! Siyes! Sometimes, bila buat something, aku atau korang akan tnya, 'Sebab siapa/apa aku buat semua ni? Adakah Allah redha?'

Dalam sebuah hadith [boleh dicari] ada mengatakan yang ada 3 jenis manusia yang akan dimasukkan ke neraka,
-ORANG YANG BERPERANG /BERJIHAD MENEGAKKAN ISLAM
-ORANG YANG MENDERMA
-ORANG YANG MENGAJARKAN AL-QURAN

Dan ketiga2 orang ni dimasukkan ke NERAKA hanya kerana 1 kesalahan yang menghancur dan mendebukan amalan dorang ni iaitu TAK IKHLAS!



Cuba pikir, ni baru benda baik yang dorang buat pun tak diterima, apatah lagi kalau benda tak baik/maksiat yang dilakukan. Menipu giler kalau ada orang cakap yang dia buat maksiat kerana Allah dan ikhlas. Ni macam Robin Hood yang orang dok ingat bagus la, walhal jelas2 tak menepati syarak. So, selalu2 kita evaluate/check diri kita bila kita buat sesuatu dengan 2 soklan ni;

1)Adakah niat aku ikhlas kerana Allah?
2)Adakah ia menepati syariah [ittiba]?

Kalau ada salah satu, jawapannya TIDAK, toksah la buat, baik duk sekejap meresapi iman, kalau susah giler nak dapat ikhlas sampai korang pun konfius atau dah giler pikir pasal ni tercongak2, korang buatlah dan berdoa agar Allah menerimanya. Mudah2an. Tapi kalau IBADAT WAJIB, jgn la korang apply kaedah ni. Misalnya, 'taknak pakai tudung sebab tak ikhlas' atau 'taknak solat sebab tak ikhlas', itu memang bebal la. Benda wajib, dah memang Allah suruh, buat la juga, walaupun ikhlas atau tidak [tp berusaha la utk ikhlas] sbb insyaAllah ikhlas tu akan hadir dan akan mudah utk melakukannya.

BOLEH KE BANGGA DGN DIRI BILA BUAT BAIK???

Well, pasal benda ni, aku rasa semua orang pernah rasa kan?? Sape tak pernah rasa memang hebat giler!!! Ye la, sometimes, bila kita buat baik, contohnya, kita bantu orang dalam kesusahan, atau orang cakap 'weyh,thanxx a lot.jzkk. You're my savior. Takde ko mesti aku takleh selesaikan', dan kita pun tersenyum DALAM HATI, BANGGA DLM HATI, rasa gembira berbunga-bunga. Kalau benda ni sederhana&tak lebih2 perasan dalam hati& menggalakkan kita utk buat baik keranaNya, insyaAllah, xde masalah.

Tapi kalau jenis orang yang memang PERASAN HABIS DALAM DIRI, PERASAN BAGUS DLM HATI dan merasakan orang lain TAK SEBAGUS DIA, ni memang tak bagus dan patut dihindarkan. Takut2 nanti Allah turunkan bala dengan kita menerima tulah atas apa yang kita dok keji orang tu.

'Ish, budak ni tido dalam masjid lak. Buat la solat sunat or baca AQ mcm aku ke, lagi bagus rasanya'

'Ish2, orang dalam LRT ni membuang masa tol dengan tido. Baca la buku macam aku ke, atau benda2 yang berfaedah, xde la membuang masa'

'Eh, budak perempuan tu harap je tudung labuh,sekali bersosial. Aku pakai tudung labuh pun tahu kot apa signifikannya pakai tudung labuh'

Mungkin ni antara cetusan atau lintasan hati kita yang beberapa saat je bila melihat orang lain kononnya tak sebaik dan sebagus kita. Walhal kita tak tahu mungkin sahaja orang yang tido kat masjid tu baru baca AQ dan solat sunat yang banyak, orang yang tido  dalam train sebab semalam dia ada halaqah/usrah atau mungkin dia tido lewat kerana menbantu melestarikan ummat, orang yang tudung labuh yang dikelilingi lelaki, mungkin dia TERtiba2 dalam situasi macam tu dan dia pun tak expect!, so bersangka baik lah kita bila melihat sesuatu perkara.

Sebab, perbuatan baik yang kononnya kita rasa hebat dan bagus tu mungkin shj TAK DITERIMA Allah sebab ketidakikhlasan kita.

SEPATUTNYA kita perlu RASA RENDAH DIRI [HUMBLE] bila kita dapat melakukan sesuatu yang baik.

'U should said Alhamdulillah for the Alhamdulillah dat u said for something/rezki dat u get'

Faham tak quote kat atas?

Maksudnya kita patut rasa bersyukur sebab Allah masih berikan kita ruang dan memilih kita menjadi insannNya untuk bersyukur dan melakukan kebaikan. Orang yang beriman, dia akan berasa rendah diri dan insaf bila dia melakukan kebaikan. Dia akan selalu minta pada Allah agar Dia menerima amalan yang dilakukan.

"Adakah Allah akan pilih aku lagi next time untuk buat kebaikan ini?"
"Adakah Allah terima amalan baik yang sebenarnya belas ihsan dari Allah untuk aku?"
"Mampukah aku terus melakukan kebaikan ini hingga akhir hayat aku?"

Sehingga dia rasa sangat rendah diri dengan Allah dan rendah diri dengan manusia juga.

Jadi,sama2 kita ikhlaskan niat kerana Allah dan jaga iman kita. insyaAllah

"the tough part is not the ACTION, but the INTENTION"

Jadi, harap perkongsian sedikit ni bermanfaat utk sape2 yang baca [terutama empunya diri].

wallahualam