Sunday, December 23, 2012

PENGALAMAN OSEM KRS XY 2013!

[Tulisan ini adalah hasil temu ramah peserta, bukan pengalaman penulis sebab penulis[XX] pasti dilarang keras utk menyertainya. Ergh.]

"Akak, nanti kalau dapat sama kumpulan dengan perempuan,dapat la pikat awek cun..haha" kata Zikri melawak tapi serius. Ajim, adik aku juga ketawa. Aku pura-pura ketawa namun ada sedikit kegusaran menggaris di hati bila aku mendengar niat Zikri itu.

Kami bertiga duduk berkumpul di halaman rumah sehari sebelum kami bertolak ke KRS. Tika itu sudah pukul 10 malam, selepas aku mengajar Engku, murid tahun dua yang datang ke rumah untuk belajar Matematik denganku.

"Apa yang aku nak bawa nanti.?Aku tak pernah kot pergi kem apa-apa sebelum ni. Paling tinggi kem yang aku pernah join pun, kem motivasi UPSR di sekolah. Di sekolah ye, bukan kat luar."tukas Ajim, dia sedikit jiwa kacau memikirkan suasana KRS nanti yang bakal dihadapinya.

Persoalannya dijawab oleh Zikri, merangkap ketua Kadet Polis di SMK Puncak Alam yang sudah lali dengan kem yang berhari-hari di hutan. Segala tips dan cara untuk berkhemah diluahkan olehnya.

"Nanti abang2 facee nya macam mana kak Ezan? Adakah alim seperti tabligh, ustaz2 atau garang macam singa?" tanya Zikri.