Monday, December 9, 2013

TACING: AKU ADALAH AKU

"semoga Allah meredhainya...."

Hari ni lunch telah disponsor oleh kak Yana sempena 1st gaji dia kt Nandos. So, for the first time aku gi makan kt sini. Biasa je. Aku takde la sampai terngiang2 nak pergi lagi. Nasi Ayam Pak Tam lagi sedap rasanya.

So, after makan, tetiba Hadi cakap pasal aku yang tak suka cakap directly.

"X kot, xpe la, boleh jugak.." few words yang aku biasa guna yang dia cakap tak bagus.

Bagi aku, ko tak boleh nak judge and ubah seseorang sebelum ko betul2 kenal orang tu.

Aku hormati nasihat dan pendapat dia tapi yes, aku tacing giler.

Macam mana aku bleh jadi macam tu, semuanya disebabkan TARBIYAH.

TARBIYAH MENGAJAR ANDA UTK BERKORBAN TERUTAMA PENGORBANAN PERASAAN

PERASAAN. aku tak boleh nak buat orang faham apa yang aku rasa, tapi aku cuba utk faham apa yang orang rasa.

Hidup aku untuk ummat, untuk berbakti pada manusia dan untuk memberi sebanyak-banyaknya.

Jadi, untuk aku MEMENTINGKAN PERASAAN SENDIRI adalah bukan sikap aku.

Hidup dengan mama, dengan orang yang lebih dewasa dan dalam medan dakwah, mengajar diri untuk sentiasa bersyukur dan tak pentingkan diri.

Sebab tu mungkin bila orang tanya pendapat aku tentang makanan, perihal diri, atau yang spesis dengan dia, aku akan berikan jawapan yang rasa boleh menenangkan dan membahagikan seseorang.

So, minta maaf pada yang terasa dengan jawapan aku.

Thursday, December 5, 2013

RUMAH SEWA: THANX SEBAB HALAU AKU KELUAR!

"semoga Allah meredhainya...."

Amaran keras: Post ini ditaip dengan penuh perasaan dan perasan.Eh!

Minggu lepas minggu yang penat, pening, dan menguji keimanan dan ketahanan.

Barang2 aku n housemates


Pengalaman kena halau dengan ketua rumah,Kak Lini, perempuan gila dan puaka (my housemates yg bg nama ni. LOL) memang tak boleh lupa dalam hidup aku. Aku tahu aku cun, baik, cantik, anggun dan setara dengannya (okey, bleh muntah semua) berbanding Kaka Lini ni, tapi janganlah sebab aku tak bawa dia naik kete aku gi tengok wayang, gi Giant depan rumah, gi pasar malam, maka dia nak tacing dengan aku dan halau aku keluar rumah. Huh! Manusia apakah ini? Macam budak kecik!

Thursday, November 21, 2013

TINTA UNTUK SI DIA YANG KUCINTA

"semoga Allah meredhainya...."



Bila berkata soal cinta, semua pernah merasainya.

Cinta kepada jantina berlawanan. Merasai aura luar biasa tatkala mata bertemu mata dan bertukar senyuman. Semuanya dirasakan indah dan hari2 yang dilalui dirasai sangat bermakna dengan hadirnya insan yang dikasihi di sisi. Ada yang sanggup mengubah penampilan dan watak semata-mata ingin dicintai dan dapat memiliki hati si dia. Kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja hatta perkara yang tak tercapai dek akal sekalipun. Itulah kuasa cinta, dan sesiapa yang merasainya pasti memahaminya.

Dan apabila cinta itu berpaling arah, cinta yang dipertaruhkan musnah dipertengahan jalan, sang manusia menjadi tidak tentu arah. Manusia menjadi alpa akan segala-galanya melainkan cinta. Ada yang menangis, ada yang menjerit dan pelbagai tekanan perasaan melanda tatkala cinta suci yang diyakini akan kekal dan diimpikan indah itu menjadi sebaliknya dek kerana halangan-halangan yang melanda seperti insan ke-3, watak bertukar rupa dan lain-lain.

Pernah mengalaminya?
Pernah merasai sakitnya ditolak?
Pernah merasai sakitnya apabila kawan sendiri menjadi insan ke-3?
Pernah menangis?

Jadi, mengapa semua ini berlaku kepada diri?

Adakah diri tidak cukup bagus atau cantik?
Adakah diri disisihkan kerana tidak memenuhi ciri2 idaman?

Maka sebelum kita menyalahkan diri sendiri, sebelum kita mencela dan menzalimi ciptaan Allah yang Maha Indah ini,ayuh kita koreksi diri, sejauh mana cinta kita padaNya?

Pantaskah kita mahu menyerahkan cinta kepada orang lain jika cinta kita padaNya masih tidak sempurna?

Wajarkah kita mahu menangis kerana cinta manusia jika cinta kita yang jauh dariNya tidak pernah disesali apatah lagi diratapi?

Patutkah kita menyalahkan si dia atau orang ke-3 jika kita yang masih belum mahu membaiki diri?

Tanya pada diri dan jawab dengan jujur dalam hati,

Sejauh mana persiapan kita dalam mencintaiNya?
Sebesar mana ruang yang kita sediakan untuk kita menagih cintaNya yg hakiki?
Selaju mana kaki ini melangkah untuk mendakap cintaNya yang sentiasa dinanti?

Jadi, mungkin kita sudah tahu jawapan mengapa cinta kita ditolak oleh si dia.

Kerana Dia mahu kita kembali kepadaNya.

Tinta utk si dia yang kucinta, tentunya diriku sendiri.


(9:24) Cinta Allah, Rasul dan jihad itu mesti! (^_^)

p/s: lepas baca tetiba aku rasa jiwang dan rasa nak muntah.LOL

Monday, November 11, 2013

HIDUP KT BIOSTRATEX

"semoga Allah meredhainya...."

Dah sebulan lebih aku intern kt Biostratex dan perasaan aku makin best, happy dan gembira gila. Especially bila ak terbaca kata2 dari seseorang,

BEKERJA DARI HATI, BUKAN UTK PUASKAN HATI!

Gila menusuk! dan kata2 tu seakan2 mantera yang memujuk-mujuk hati aku bila aku tension and stress dengan keje.

Kini tiada lagi rasa stress bila terpandang Mr Helmi dek tak siapkan homework. Kalau dulu, aku punyalah stress sebab takut tak mencapai expectation Abang Helmi dan Mr Munif sampai rasa stress tertonggeng-tonggeng dan guling-guling atas tilam nak nangis before aku end up tertido dan menjerit esok paginya sebab tak siapkan keje! Heh!

Dulu time aku takde member pompuan, aku doa pada Allah agar Allah kurniakan aku girlfriends so dat bleh la aku bercerita tentang girl stuff yang share dgn dorang sume. Alhamdulillah, satu kereta aku sekarang penuh dengan gegurls, staff Onyx and Biostratex!

Aku bersyukur gak Allah kurniakan member yang baik, Hadi yang slalu sakat aku dan buat aku rasa nak sepak dia hilangkan stress, bless with Aiman dan Raffiq yang merupakan abang2 skema yang aku sayang sebab slalu tolong aku bila aku problem, dari start angkat barang ke rumah sewa aku smpai la temankan hntr adik aku tengah2 malam ke UPNM, Hisyam yang sentiasa weirdo dan best utk disakat dan dibahan (LOL!), and not to forget Kak Yana dan Kak Wani yang hari2 buat drama melayu bersambung versi Mr Arragont. LOL!

Senang cite, aku sayang giler kt sume staff Biostrex dan bos Mr Munif dan Mr Jalil. Boleh tak kita(internship trainee) semua stay lama lagi dan keje twos kt sini? (ayat drama nk muntah!) HAHA

Frankly speaking aku sebenarnya tengah lost nk buat sequence sstratigraphy Mr Munif bagi, so end up aku taip benda ni.

SENGAL!

Biostrex Legacy

me with bos&abg skema


Friday, September 27, 2013

BIOSTRATEX AWESOMEEE GILER!!

"semoga Allah meredhainya...."

Sape2 yg telah google nama company ni dan tetiba jumpa blog aku, tahniah aku ucapkan. HAHA

Sape2 yg dapat placement internship kt sini beribu2 tahniah aku ucapkan! Serius ko takkan menyesal intern kt sini. Apa yg bleh aku ckp, biostratex FTW!

So, kt sini aku nk cite betapa best giler aku intern kt sini. So, sila la jeles dan berbulu dgn cite aku ni. HAHA

So, 23hb Sept 2013 adalah tarikh aku mendaftarkan diri utk intern (praktikal) kt Biostratex (known as Biostrex). Bertolak dalam 7.30 pagi, sampai dalam 8.40pagi. Sepatutnya masuk 8.30pagi. Berpeluh-peluh aku sbb datang lambat. Ni sume sebab jem aka kesesakan lalu lintas yg tak disangka-sangka kt Paya Jaras dan MRR2 dari rumah aku kt Puncak Alam ke company ni.

Sunday, September 1, 2013

GEOPHYSICS VS PALEONTOLOGY

"semoga Allah meredhainya...."

Dulu time aku masuk UTP ni, aku punyalah masuk sebab parents suruh. Sumpah aku tak pernah terpikir nak masuk universiti engineering ni. Betul, memang ada hikmah aku masuk kat sini, sebab dengan UTP ni la aku kenal tarbiyah dan dakwah selepas diri dibaluti jahiliyah dan dosa. Kat UTP ni aku kenal sket2 pasal sirah, belajar bahasa arab, dakwah fardhiyah bagai, dan erti ukhuwah kerana Allah. Eh, lupa plak, aku pun belajar la gak pasal Petroleum Geosciences.

Sekarang ni dah nak internship, nak final year dan lagi setahun lebih aku nk graduation. Cepat betul masa berlalu. Sejak akhir2 ni, benda yang aku takut sangat nk hadapi, bila aku kena memilih major aku blaja antara geophysics dan paleontology.

Memang serabut aku pikir, memang memenatkan untuk timbang tara semua, tapi bila lama2 aku pikir, awat la aku ni membebankan diri aku, walhal, aku leh je pikir, ni hidup aku, sukati la aku nk pilih mana. Tapi tu la, cakap memang la senang, nnti bila tiba masanya, entah2 pape ntah aku ni. Bila ada pengaruh sikit, aku dah goyah. Bila orang buat aku ragu, aku termangu2. Cis. Punya la aku tak berpendirian kuat dalam benda2 macam ni. Alahai!

So, end of this month, aku menjalani kehidupan sebagai pelajar praktikal. Excited and harap Allah mudahkan kt company biostratex ni.

Tuesday, August 13, 2013

MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS

"semoga Allah meredhainya...."

Salam. tetiba nk promote satu buku yang sangat bagus dan bermanfaat untuk tahu tentang opposite gender.


Buku ni aku bagi 5 bintang. serius best.

Alhamdulillah, buku ni aku buat as my persuasive topic masa PCS (professional communication skill) subject dan dapat sambutan yang hangat dari judges dan dari audiences.

xde la hangat giler, tapi aku rasa okey la sebab aku dah buat yang terbaik.

Plus, subject PCS ni pun mmg feveret subject aku sem ni. Banyak aku belajar dan aku rasa diri aku dah meningkat sikit utk skill presentation. Heee

Anyway, sape2 yang free n nk usha slide aku utk presentation pg tadi aku buat, bleh la gi link ni.

SLIDE EZAN :)

Sunday, July 28, 2013

IFTAR EXCELL9 (4.0): A NIGHT TO REMEMBER

"semoga Allah meredhainya...."

Best Batch ever [EXCELL9]


Aku baru je balik dari KL sbb nak pergi Iftar ni. Walaupun jauh beribu batu (chewwah, walhal Perak-KL je) tp sebab aku rasa ni je masa aku leh jumpa yg lain (setahun sekali). Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Thanx to Feroz sbb pungut aku kt KL Central bersama-sama Bulat dan Jebeng skali. Menjadi bunga sekuntum dalam taman kete kancil Feroz memang mencabar keimanan dan keegoaan. Yang pasti dorang sume sengal dan lawak. Dengan GPS entahpape, Bulat aka Doktor Haiwan yang tak berwibawa menghandle GPS, Jebeng dengan tazkirah dan cite nak kawinnya, dan aku rasa nak muntah sebab Feroz bawak laju sangat dan pasang lagu Avenged Sevenfold kuat2. Gegaran kepala 7 skala richter ditambah lagu Headbanging, memang kepala nk tercabut. Tapi apapun, naik kete dengan dorang, memang happening dan gila babeng walaupun aku takde la benda nk sembang dgn dorang pun.

Friday, July 26, 2013

TAK ADIL KE KALAU AKU PERNAH KAPEL DULU?

"semoga Allah meredhainya...."

"Bagi pendapat akak, Haikal tu dah cukup baik. Akak kenal dia time skolah menengah dulu sampai sama2 masuk UTP. Cara dia lamar kamu dengan baik tu pun akak rasa patut dipuji, direct nak jumpa parents kamu.." jawabku bila Dania, mutarobbiku bertanya perihal lelaki yang melamar dia.

"Tapi akak cite time dulu dia junior akak (aku 21 thn, Dania dan Haikal 20 thn) kt sekolah dulu, dia ada kapel dengan kawan baik akak kan? Nama dia Daniah jugak kan?" Dania mengimbau kisah yang pernah aku ceritakan pada dia dulu.

Semasa aku cerita tu, aku tak tahu pun Haikal suka pada Dania kt UTP ni. Niat aku cerita hanya nk bgtau dia betapa Haikal yang aku kenal time skolah dulu dah berubah. Ya, dulu dia kapel dengan bestfriend aku kt SMK Teluk Gadong. tapi bila dia masuk UTP, dia pun macam aku, kena langgar tarbiyah, join usrah dan berusaha mencari redha Allah. Kebetulan, ex-gf dia dulu nama Dania, sama macam nama mutarobbiku ini.

"Tapi TAK ADIL la macam tu.. Saya mana pernah kapel, dia pernah kapel dulu...tak aci..saya taknak pasangan saya macam tu.." nada kecewa kedengaran di hujung kata Dania.

Hati aku ditusuk belati. Seakan kata-kata tu dilemparkan padaku juga yang punyai kisah silam seperti rakan baikku, Dania dulu terutama ketika zaman jahiliyah dan hati memberontak.

"Tak boleh la judge macam tu. Tu kisah silam dia, jangan ungkit balik. Kita nilai keadaan dia sekarang ni.. " aku berhenti berkata-kata tatkala azan Isyak kedengaran.

Aku mengambil wuduk semula walaupun wudukku masih belum batal.

"Tapi TAK ADIL la macam tu.. Saya mana pernah kapel, dia pernah kapel dulu...tak aci..saya taknak pasangan saya macam tu."

Kata2 mutarobbiku masih terngiang-ngiang di telingaku..Aku menangis.

Mungkinkah nanti giliranku pula untuk diragui oleh insan bernama lelaki?

Ya Allah...aku memohon keampunan.

Andai aku bertemu lelaki soleh dan bakal menjadi suami, moga dia menerimaku seadanya,menerimaku sekarang, bukan zaman silamku.

Setiap orang punyai zaman silam yang berbeza, zaman silam yang kelam dan dibaluti jahiliyah.. Diceritakan bukan untuk berbangga, tapi untuk mengambil ibrah disebaliknya.

Tak adil ke kalau aku pernah kapel dulu dan kau tak pernah?

Tak aci?

Kau patut bertuah sebab dilindungi Allah dan diberi kekuatan iman dari bermaksiat.

Dan aku dan rakan2 sepertiku dulu, mungkin tak kenal cinta Allah waktu itu. Hanya kenal cinta hawa nafsu. Kami yang menjarakkan diri kami dari Allah, dan kami akuinya.

Okey,cukup.



SEKARANG semua nak jadi baik dan mencari redha Allah bukan?

Jom kita pimpin tangan sama-sama di dunia hingga akhirat kelak. Boleh?






Thursday, July 25, 2013

PULAU PERHENTIAN: MENYINGKAP KEBESARAN-NYA.

"semoga Allah meredhainya...."

Pasir yang putih, air yang jernih, clear-sparkling water, and it’s awesome!

Alhamdulillah, planning aku n member aku Ida akhirnya termakbul juga untuk pergi ke Pulau Perhentian time cuti semester UTP baru ni. Dan paling best, aku n Ida just plan backpacking je, even kitorg taw ada banyak cons nya, but who knows yang percutian time ni menjadi unexpected journey buat kitorg! Wah, macam Hobbits plak.

So, aku n Ida start perjalanan dari Putra, Kuala Lumpur sbb naik bus Ekspress Perdana kat sini akan turun betul2 kt Jeti Perhentian,Besut nnti. Berbekalkan tiket RM42.00 ke Kuala Besut, kami memulakan perjalanan pada pukul 9.30mlm.  Bus kat sini mmg punctual la, tak mcm kt Seri Iskandar yang bus nya slalu lambat. So, pengajaran utk aku, jgn stereotype dengan bus kt Malaysia ni. LOL!

Sampai kat Kuala Besut dalam kul 6 pagi, kami gi solat subuh kt Surau berhampiran kt Kuala Besut tu. Pastu, Faridah pick up kitorg kat sini sbb dia duk dekat2 situ. Nadia pun join gak, tunggu kt umah Faridah. Jadi, bertambahlah orang yang gi Pulau Perhentian. Dan paling best, mak ayah Faridah pun join. Yahooo! *Speechless. Tapi bagus gak kot2 kitorg ni melagha sampai ke laut sana, leh la mak ayah dia ketuk kitorg . Muaheehee

So, the journey begin. Naik bot laju, biasanya tambang pergi balik RM80, tapi sebab Faridah buat muka cute, kitorg dapat RM75 pergi balik. Hahaha.. Ok, tipu je..Pastu, kitorg stay kt Bubu Chalet, kat Long Beach,Pulau Kecil.  Chalet ni parents Faridah booked kan, dan chalet ni awesome giler. Memang best n selesa. Kalau bahagi kitorg ber4, adalah dalam RM125 untuk 3 hari 2 malam. Ok kot utk service dia yang best. Tilam yang empuk, air-cond yang sejuk, sampai taknak keluar bilik dah.

Ni kira paling mhl tp paling best. keluar je bilik leh terus terjun laut!

ni pemandangan dari jeti.yg warna putih tu Bubu Chalet

Monday, July 15, 2013

DAI'E MALAS STUDY?

"semoga Allah meredhainya...."

"Mira, hang dah siap dah esaimen yg nak kena submit esok?" tnya Ida,classmate aka kawan baik Mira.

"Ha??Aku tak sentuh pun lagi. Banyak ke esaimen tu Ida?" Mira cuak.

"Banyak la juga. Aku baru nak ingat tanya soklan last kt hang. Takpe la cmtu."kata Ida sedikit kecewa sbb tak tahu nk tnya sapa lagi soklan last.

"Malam ni aku gi bilik hang kita buat esaimen sama2 bleh?" sambung Ida.

"Hmm...malam ni aku ada usrah lak Ida.."jawab Mira pendek.

"Takpe..pas ko usrah,aku datang la...kul bpe abes?" Ida tetap mahu study bersama Mira walaupun kena tunggu Mira abes usrah. Dulu Ida ada gak join usrah dengan Mira, tapi sebab tak dapat commit dan balance kan dengan study, Ida undur diri.

"Dari kul 9 smpai kul 2 atau 3 pagi.." jawab Mira perlahan.

"Ha??Biar betul?? Lamanya..cmtu takpelah.." Ida mengalah.

"Bila ko nak buat esaimen ko tu?" Ida bertanya.

"Tula....lecturer ni pun satu,bagi semalam nk esok..dah la arini ada test,mana la sempat aku siapkan...Haish..." Mira mengeluh sendiri.

Keesokannya...

"Ida, pinjam esaimen bleh?"tnya Mira.

"Nak copy ke?" Ida mengangkat kening.

"Erk..takk...nak compare jawapan...." Mira beralasan. Sebenarnya esaimen tu mmg dia tak buat dan dia memang nak copy Ida punya bulat2.

"Mira,aku dah kenal ko 3 tahun taw...Sejak kita mula2 masuk sini, sejak kita foundation... aku bukan kenal ko sehari atau  2 hari... 3 tahun Mira.... dan ko repeat buat benda ni selalu bila ko tak buat esaimen langsung... dah banyak kali dah...bukan sekali dua...aku tahu ko sibuk dengan program,usrah sume...tapi ko ni tak belajar ke ha??" kata2 Ida menusuk Mira.

"Aku kawan baik kau, dan aku nak tengok cita-cita ko tercapai.. menjadi engineer muslimah yang berjaya dan beriman...tp kalau ko keep buat benda macam ni, aku tak nak kehilangan ko Mira..aku tak paksa ko, ko ada hidup ko, dan ko yang tentukan...Minta pada Dia untuk tunjukkan yang terbaik." Ida berlalu dengan mata merah. Ida takkan menangis depan orang, menangis itu tanda lemah katanya.

Dilemma.  Mira dilemma.

"Dai'e tak boleh malas. tak boleh tiru esaimen orang tanpa usaha dan copy membabi buta. Berdosa."

Kata-kata itu pernah dia nukilkan dalam buku diarinya,namun dia sendiri yang melanggar prinsip yang dipasangnya.

Ya, Dai'e tak boleh malas. Dai'e perlu menjadi contoh pada orang lain, bukan menjadi bahan umpatan. Jangan jadi fitnah pada dakwah, jadi fitnah dalam kalangan umat Islam sendiri.

#peringatan untuk diri sendiri. Cerita di atas hanya rekaan semata-mata. Inspired by someone to write it.

Tuesday, March 12, 2013

THANX RUMATE

"semoga Allah meredhainya...."

Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, aku merasa sedih dan sesekali murung mengimbau kenangan lama.

Mujur ada rumate yg sudi mendengar masalah dan memberi kata-kata semangat.

Rasa lega.

Doakan aku kuat untuk terus melupakan kenangan pahit lalu dan terus mengejar cinta Allah yang hakiki.

Sunday, March 3, 2013

RM VS HALAQAH [sorry,no winner and no loser]

"semoga Allah meredhainya...."


Banyak orang tanya aku,Nape RM dan halaqah tak bergabung? Nape nak berpecah kalau kedua-duanya membawa kebaikan, membawa Islam?

Jawapan aku, KAJI!

Ya, tolong rajin diri, kaji dan selidiki kedua-duanya. JANGAN BIAS (berat sebelah)!

Lepas dah kaji kedua-duanya dan mendengar side daripada KEDUA-DUA pihak, then make ur choice, based on ur interest, based on ur goal. Then korang akan tahu reason dan jawapan persoalan aku kt atas or any soalan yang berlegar-legar kt kepala korang.

Banyak benda aku nak tulis untuk bagitahu, tapi useless dan pointless kalau asyik berbalah tapi tak buat keje mentarbiyah diri mahupun orang lain.

So, aku just bg pendapat aku (tak semestinya betul) berdasarkan apa yang aku tengok,kaji,selidiki dan lain2.

ONCE UPON A TIME...

Mase aku foundation dan freshie dulu, aku join dua2, RM dan Halaqah. Masa tu, banyak rumours aku dengar yang Halaqah ni sesat, underground, bawa keluar UTP, tak utamakan keselamatan dan lain2 benda kurang baik yang disebarkan oleh orang lain. Pesanan penting aku, SELIDIK dulu. Even benda tu bestfriend korang bagitahu, parents korang pesan or whoever yang cakap, jangan percaya kalau korang sendiri tak join. aku sangat2 BENCI orang yang suka jugde orang tanpa dia sendiri selidik atau join atau pergi ke program2 halaqah/RM sendiri.

DON’T JUDGE A BOOK, BY ITS COVER!

KALAU KORANG BERANI, PERGI JOIN PROGRAM HALAQAH, JOIN TAKLIM MEREKA DAN BEBERAPA AKTIVITI MEREKA! AND JOIN GAK PROGRAM RM UTK KORANG TAHU PERBEZAANNYA! JGN TAK JOIN DUA2 ATAU JOIN SALAH SATU, THEN MAKE UR OWN CONCLUSION.

Aku CABAR kepada mereka yang berani, berani mencari kebenaran. U know why? Because korang akan nampak "KESESATAN" yang dicanang-canang orang, sebenarnya, ia adalah SEBALIKNYA! Like I said, dis is from my POV,lain org, lain POVnya.

Pengalaman aku dulu time foundation, aku memang join RM dan join interview semua dan aktif join a few program dari RM. Then,  bila orang bagitahu aku yang halaqah ni sesat, curiousity dan inquiry aku semakin meninggi. Aku nak selidik kesesatan mereka, kononnya kalau betul sesat, I'll tell the whole utp yang halaqah ni sesat sebab dia buat benda itu dan ini. Aku cari kakak halaqah tu dan bagitahu yang aku nak join dorg. Dorang giler terkejut tapi dorg tetap terima aku, even dorg tahu yang aku ni RM. Dorang cakap, dorang tak kisah sape2, yang penting korang datang nak mengubah diri jadi lebih baik.

After satu sem aku join RM&Halaqah, aku dah nampak jelas kedua-duanya mengikut view aku sendiri. Mungkin korang akan cakap yang view aku ni tak semestinya betul. Tapi bg aku, bila  join aktiviti2 tu dapat meningkatkan IMAN&ILMU&AMAL serta make myself become a better muslimah, takkan  nk cakap yang aku buat tu salah?

DAN PERBEZAAN AKTIVITI/CARA antara RM&Halaqah yang menyebabkan kedua-duanya TAK BOLEH BERSAMA&BERSATU! I have to admit it. Some prefer this way, some prefer dat way. It's up to them!

People may ask, bukan dua2 bawa Islam dan tujuan mencari redha Allah ke?
YESS! Itu persamaan RM&Halaqah, tapi RM&Halaqah juga ada yang berbeza.

Cuba fikir dalam2 analogi yang aku beri kat bawah ni dan kaitkan macam Halaqah&RM

Analoginya, nape Islam ada 4 mazhab, bukan 1 mazhab je? Walhal bukankah semuanya bawa Islam ?

 Perbezaan mazhab disebabkan tempat dan cara mereka yang berbeza-beza.

Kenapa kat Malaysia ni ada banyak jemaah, PAS, ABIM,HALUAN,IKRAM ,ISMA,etc? Walhal bukankah semuanya bawa Islam ?

Perbezaan mereka disebabkan cara mereka yang berbeza-beza.

Kenapa kat Malaysia ni ada banyak shopping complex? Ada JUSCO,TESCO,MIDVALLEY,MINES,etc, walhal sumenya jual barang lebih kurang sama. Nape tak bersatu buat satu nama je?

Kenapa ada banyak brand Ubat gigi? Ada Darlie, SAFI, colgate, etc, walhal sumenya bertujuan nak memutihkan dan menyihatkan gigi. Nape tak bergabung je sume buat satu nama?

You get my point? Dalam hidup ni ada banyak pilihan, then it's up to you whether you want to take it, or leave it! U want to join it, or not, it's ur choice! Korang berhak memilih after korang ALAMI/MENGGUNAKANNYA, tapi yang SALAHNYA bila korang KUTUK/UMPAT benda yang korang tak pilih/join and sendiri tak tahu kesahihannya.

So, there's a lot of differences about them, especially about the methods, activities, and many things. Korang boleh dengar apa yang dorang cakap, tp bila benda melibatkan RM kutuk halaqah atau halaqah kutuk RM, don't believe and bias on one side. Let the action speaks louder than word. Senyap dan perhatikan kedua2nya, dan gunakan otak sendiri untuk fikir apa yang korang dengar.

RM VERSUS HALAQAH

A lot of thing I've learned from both RM&Halaqah.

Method RM: Dalam RM basically I've learnt about the kepimpinan. They usually update current issues especially about corruption in government, dan make me think about the kepimpinan yang tak berdasarkan Islam, sometimes i think dat i should bring back Islam to victory, kena join and amik jawatan so dat i'll secure the organisation/club from maksiat/dosa sebab kalau yang ketua tu kafir atau buat dosa sokmo, organisation/club tu mungkin akan tak diberkati Allah dan ditimpa musibah. Just my 2cent.

Method Halaqah: bila ak join Halaqah, dorang tak slalu cakap pasal jawatan atau pasal current issues in Malaysia. Dorang banyak cakap pasal AL-QURAN, HADITH, SIRAH, yang mungkin korang tak pernah tahu atau dengar especially kalau korang ni macam aku,jenis banyak dosa, kapel dan buat maksiat, background bukan skolah agama dan skolah plak macam skolah sekular. Actually, benda tu yang menyebabkan aku SENTAP dan berusaha untuk mengubah jadi baik. Seriously, taklim dorang giler menyentuh hati,  sometimes make me cry at night after my taklim.

Dalam halaqah, aku belajar banyak benda. Tentang mengenali dan mencintai Al-Quran, tentang Allah dan RasulNya. Pendekatan dorang memang menarik dan aku sendiri selesa dengan penyampaian mereka. My favourite, (9:24).  Kat halaqah gak, aku belajar tentang ukhuwah, tentang hati-hati yang dirantai kerana mencari Allah. Sangat bermakna dan istimewa. I couldn’t explain it since I don’t know how to describe it by word. Betul apa yang member aku cakap, "kalau nak tahu and rasa method dakwah Rasulullah, join halaqah." Actually member aku ni bukan RM/Halaqah, dia ni jemaah lain, but she knew about Halaqah&RM. Dia tak cakap RM ni salah, tp method RM berdakwah lebih berdasarkan waqi' and semasa, so it's totally different dengan method Halaqah. Sometimes, I have to admit yang ada org tak suka method halaqah yang suka datang bilik orang n ziarah org time org tgh study o busy wif their stuff. Aku pun pernah gak rasa macam tu.

Mungkin akan ada orang tak puas hati, ada yang terasa dengan statement aku. Kepada sape2 yang kenal dengan aku, yang tahu pasal masa silam aku, inilah aku, inilah yang aku belajar dan alami. Terima kasih kepada semua insan yang mentarbiyahku terutama akhwat2 dari Halaqah. Korang nampak sikit, nampak underground, nampak rendah diri dan tak meyakinkan, but then, after  I knew all of you, it's totally different, and salute giler sebab korang pandai cover all these things to all freshie sbb korang taknak bg dorang kenal jemaah sebelum Islam, taknak bagi jawatan selagi tak cinta Al-Quran dan Allah!

"KENAL ISLAM SEBELUM JEMAAH", akhwat always remind me about this especially when I keep ask them who is their leader, why their jemaah do that way,etc! U teach me about the da'wa and tarbiyyah for myself, family, friends and all muslim, and it changes me a lot! Thanx  to Dr Hizul Asri  juga yang sentiasa memberi inspirasi, memberi kata2 smangat yang menggugah. U are one of the superb murobbi that I knew.

I'm sick of peole who give analogy about kapal or rumah. I've heard about it during foundation. They mentioned, 'cuba bayangkan, kalau ada sebuah rumah, kalau ada pintu o tingkap rosak, nape nak tukar rumah lain?Nape tak baiki saje?' atau pun untuk versi kenderaan, 'cuba bayangkan, kalau ada sebuah bus, kalau ada pintu o tingkap rosak, nape nak tukar bus lain?Nape tak baiki saje?'. Ataupun ada analogy yang cakap, imagine yang kita tengah bina bangunan dengan batu bata, then ur batu bata kena curi dengan orang lain, sampai bila bangunan tu nak siap if bangunan lain curi batu bata dia?"thumbs up I u can understand their analogy. Secara tersuratnya, dia membuat kita berfikir, 'kalau ada benda yang tak berapa baik dalam jemaah ni, nape nak tukar jemaah? Nape tak 'baiki' kecacatan dalam jemaah ni?'  dan 'sampai bila kita nak majukan Islam ni kalau jemaah mencuri orang dari jemaah yang berbeza?'

My answer, pergi baca buku Hasan Al-Banna, baca buku pasal dakwah. Even ulama dulu bgtau yang perbezaan itu satu rahmat as long as u compete in a good way. It's not about rumah atau bus atau bangunan, it's about YOU! Kalau dalam IKRAM, dia ada cakap, untuk kita membina negara Islam, perlu bermula dari seorang, yang sangat berkomitmen dengan Islam untuk membina keluarga yang Islam, then masyrakat yang Islam and lastly negara yang Islam. So, tak payah nak rasa bersalah kalau korang gi tukar rumah atau tukar bus ke sebab korang bukan tukar agama murtad jadi orang kafir. Orang yang tak meredhai orang lain yang bertukar jemaah ialah orang yang tak belajar tentang dakwah dan tak mendakwahi orang tu dengan baik. Pastu blame jemaah baru budak tu,walhal yang decide tu budak tu. Supposely, budak tu yang perlu dipersalahkan! Tapi, of course budak tu tak bleh nak disalahkan sbb sukati dia la nak join mana2, itu hidup dia. Dia berhak untuk memilih dengan jemaah apa dia nak masuk dan dengan cara apa dia nak tarbiyah diri dia sendiri. Dan terserah kepada jemaah tu nak terima dia ke tak.

Last but not least, just want to share,Halaqah ada buat annually event pasal kem utk remaja especially remaja sekolah(u can search in my posts). This event is superb and highly recommended for those budak sekolah menengah yang perangai ntah pape and sangat liat utk buat perintah Allah mcm solat, baca Quran dan lain2. Honestly, aku dah pernah hantar 3 adik aku ke kem ni dalam 3 tahun and alhamdulillah, dorang dah berubah menjadi lebih baik. Halaqah always well plan their events and make sure the objectives are achieved! Kalau betul apa yang dorang buat ni sesat and bercanggah dengan shariah Islam, mesti parents aku tak bagi aku hantar 3 adik aku ke program dorang. Dan even dorang dah masuk sekolah or universiti after the program, they still join Halaqah's program to enhance their iman and knowledge in Islam. I bet that Isma and Ikram pun ada buat program mcm ni. It's good. Really.

A lot of thing I want to say and write, a lot, but I couldn’t make it. U have to feel it! Experience it!

Kepada freshie2 yang mencari-cari, yang probably google pasal halaqah utp, then u found my blog, hope dat can make ur own decision after u read this. Tak payah nak cari banyak alasan atau dengar cerita2 lain, tak payah pening kepala, korang join je kedua-duanya dengan full commitment, then u decide!

Kepada semua dai'e yang mungkin RM/Halaqah atau mana2 jemaah sekalipun, marilah kita gencarkan dakwah kita. Kiamat nanti, Allah x cakap yang orang masuk syurga adalah dari jemaah sekalian sekalian. So, tak payah la nak banggakan jemaah korang dan kutuk jemaah lain. Lebih baik buat kerja dakwah, buat kerja amar makruf nahi mungkar. Tolong jangan nak halang aktiviti jemaah lain. Misalnya, Kalau ada yang buat aktivti, tak payahlah orang yang bukan jemaah tu halang aktiviti mereka dengan meyebarkan rumours yang tak baik atau suruh adik2 freshie balik, unless dorg mmg buat aktivti tak bermoral dan sesat.  Just tunjukkan dan kenalkan Islam pada mereka, dan biar mereka decide dorag nak tarbiyah diri mereka macam mana. Jangan paksa, jangan takutkan mereka!

If u go outside especially Egypt or tempat2 yang pengajian Islam dia begitu gencar, then u can see huge diversity of jemaah dan berbeza2. ada yang ikut sheikh itu, sheikh ini, ada yang join taklim ulama sana and sini, ada join usrah/halaqah jemaah itu n ini.. A LOT!! Bila aku indulge dengan member2 aku yang bergelar dai'e dan buat kerja dakwah and belajar kt luar negara, banyak cerita menarik yang aku dengar. Persaingan dorang sangat sihat dan takde nak bermusuh sesama sendiri. Dorang hormat semua jemaah dan apa2 yang berbeza. As long as aqidah sama dan yang berbeza tu adalah perkara2 cabang, so, tak perlu nak bergaduh.Somehow, I dun know why some people here especially yang bawa Islam, mengutuk dai'e lain hanya kerana dia  jemaah yang berbeza. Kita kan ORANG ISLAM. Kita patut berpegang tangan bersama ke syurga tanpa mengira jemaah yang berbeza.

Jika diizinkanNya, mungkin sahaja RM&Halaqah leh bargabung bersama-sama IKRAM,ISMA,TABLIGH, ABIM,HALUAN and all islamic organisations here. Tapi kalau taknak bergabung sebab method dan cara yang berbeza2, it’s okey as long as still buat kerja dakwah. Hormat-menghormati yang penting!

Jika matlamat kita sama (mencari redha Allah), mengapa perlu kita bersengketa?

Klu kurang faham lagi, baca ni,
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3626--perbezaan-pendapat-adalah-satu-rahmat.html

Sori sebab aku tulis macam ayat keling, campur BM&BI, tapi tu tak penting, yang penting, korang faham apa yang aku tulis. Cheers.

caps lock huruf besar, bukan bermaksud marah, tapi bermaksud emphasize, poin penting bg aku.

Wednesday, February 13, 2013

Thanx to my LAZY lecturer!

"semoga Allah meredhainya...."

"When I grow up, I want to be a teacher....or maybe a lecturer." kataku di depan kelas 1 Anggerik.

Menjadi cikgu atau pensyarah adalah cita-citaku sejak kecil lagi. Minat dan semangatku semakin membara dan membuak apabila aku terpilih untuk menjadi facee beberapa subjek di SBPI Gombak dahulu. Waktu tu, barulah aku tahu rupanya aku ni agak berbakat dalam mengajar dan aku turut menyukainya. Alhamdulillah. :D

Dikelilingi oleh guru-guru yang berhati waja dan semangat mendidik anak bangsa terutama cikgu Saidah dan cikgu Wan Nur Afifah, benar-benar memberi semangat dan inspirasi untuk aku menggapai impian aku suatu hari nanti. Cikgu bukan sekadar mengajar subjek, tapi turut mengajar aku erti mendidik, erti kepentingan ilmu dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat kelak.

Walaupun hanya MENDIDIK. Didikan yang bukan sekadar di kepala, tapi meresap sehingga ke urat saraf dan jiwa sebgai bekalan menghadapi hari mendatang.

________________________________________________________________

"Jika kamu MALU bertanya, kamu akan BODOH SEMENTARA (itupun jika kamu bertanya akhirnya),
tapi jika kamu MALAS bertanya, kamu akan BODOH SELAMA-LAMANYA!"

Bait-bait kata cikgu Zul Top terngiang-ngiang di fikiranku dan menjadi azimat dalam belajarku.

"Antara rahsia kejayaan ialah TIDAK MALU BERTANYA! Jangan malu bertanya pada cikgu kalau tak faham. Jangan jadi BODOH SOMBONG! Cikgu tak nak nanti time periksa kamu tak tahu nak jawab apa. Cikgu akan jawab kalau soalan tu cikgu tahu jawapannya, cuma cikgu harap kamu KIKIS sikap malu bertanya kamu ni. Kalau kamu malu tanya pada cikgu, tanya pada kawan2 kamu yang tahu.Sekurang-kurangnya kamu ada usaha untuk tahu dan mencari penyelesaian."

Nasihat cikgu amat bermakna sekali, menunjukkan betapa beliau amat prihatin akan pelajaran kami semua.

Bukan seperti beberapa cikgu atau lecturer yang mengajar sekadar melepaskan batu di tangga, pastu cakap "kalau awak tak nak faham, tak nak tanya sudah, GAJI saya tetiap bulan masuk!" (demotivate pelajar kot!), dan hanya mengajar sekadar di mulut, bukan dengan hati dengan niat agar pelajar faham, apatah lagi tidak punyai rasa untuk menDIDIK. (maqam DIDIK lebih tinggi daripada AJAR if i'm not mistaken. Leh check google :) )

____________________________________________________________

Drilling & Production Technology, is-a-must-subject for PGS (Petroleum GeoSciences) students. Honestly, subject ni memang agak tough, aku tak dapat nafikan since kelas aku pun gabung dengan final year students(tapi bukan PGS students) yang semestinya ada pengalaman internship kt company minyak sebelum ini, berbanding kitorg yang baru 3rd year 1 st semester, agak hingusan dan belum la internship dan pengalaman dengan drilling ni. Apatah lagi, hidup sebelum ini penuh digelumangi dengan batu-batu, sebelum subjek Drilling ini menghentam dengan segala macam alatan drillbites, drillpipe dan segala macam calculations yang memeningkan kepala! Aduhai!

Ignore the shit word.lol


Jadi, dengan proaktifnya, aku mencari segala soalan-soalan tutorial, mencari soalan2 past year dan mencubanya walaupun aku gagal menjawabnya, tapi aku tetap kumpul2 soklan ni dengan harapan untuk tanya soklan ni kat lecturer dan berharap akan lebih faham bila lecturer tu explain dan dapatlah aku share dengan kengkawan aku yang lain jika mereka bertanya pada aku soalan tersebut.

Satu hari, pertama kali aku menjejakkan kaki di bilik lecturer PE (Petroleum Engineering) berjumpa dengan lecturer Drilling ni.

Aku: Sir, tengah sibuk ke? Saya nak tanya beberapa soalan boleh? (cakap kt depan muka pintu)

Sir: Hurm..boleh je kalau nak satu atau dua soklan.

Aku: (Terus masuk dan bertanya soklan.) Macam ni Sir, saya tak faham bab yang sir ajar minggu lepas. Sir cakap mcm ni, tapi lecture note tulis macam ni..blablalbla...

Sir: (Muka mcm tak berminat) Bukan saya dah ajar kt kelas ke dulu? Ni macam yang saya ajar la hari tu.

Aku: (Terkedu) Erm, saya tak berapa faham yang sir ajar kt kelas tu. Benda ni kan sir ada cakap macam ni, tapi kalau macam ni, blablabla.....

Sir: Benda ni mcm ni...dia punya systemnya, blablalbla (explanation bapak aku tak faham, dan memang tak menjawab soklan aku pun)

Aku: Erm, jap2..tapi kenapa system macam ni, kalau macam ni...blablabla..?

Sir: Macam ni la..awak balik dan baca notes yang saya bagi..cari sendiri dan fahami..

Aku: (Rasa sedih dalam hati)Saya dan kawan2 saya dah google dan pasal ni sir..ada dia explain pasal benda ni dan kami memang faham pun, cuma bila part calculation tu, dia takde tunjukkan. Try cari part graph n calculation ni kt google dan buku2 di library, tapi tak berjaya la sir.

Sir:  Saya bukan apa, benda ni kalau nk explain perlukan masa 1-2 jam..Nanti kalau saya explain pada awak, nnti kalau kawan2 awak datang pada saya tanya, saya nak kena explain lagi..

Aku: (Down giler) Hurm, macam tu tak pe la sir. Nanti saya balik, saya dan kawan2 saya baca balik topik sini. Thanx sir. Sori mengganggu. Assalamualaikum.

Bila aku keluar je dari bilik tu, rasa SEDIH GILER&NAK MENANGIS. Kenapa la macam tu lecturer tu punya perangai. Aku kesian dengan dia, dengan aku dan juga dengan student2 yang senasib macam aku.

Benarlah kata2 senior aku cakap yang lecturer ni kalau tanya soklan, memang tak menjawab soklan pun.

LESSONS:

-Tolong la kalau aku (in the future, insyaAllah) dan sape2 yang jadi cikgu o lecturer, jangan la bersikap ego, dan tak nak tolong student. It's okey atas nama nak matangkan pelajar dan taknak suapkan pelajar senang2, but kalau ada student jumpa personally, atau jumpa kt bilik, better explain n try solve the problem.

-Tak semua pelajar punyai tahap keberanian untuk bertanya di kelas. Ada yang prefer personal. So, jangan lah ingat "masa kelas drilling untuk drilling sahaja. Sebarang soklan/kemusykilan di luar waktu kelas drilling, mungkin tak dapat dilayan". C'mon la. Didiklah pelajar2 dengan hati, bukan dengan mulut yang cakap tak henti2 kt kelas tanpa sedar takde sapa pun faham.

-Jangan menyerah dengan lecturer. Probably memang kadang2 Allah nak uji pelajar dengan perangai cikgu/lecturer yang sombong/bongkak/perasan bagus/tak suka bebudak tanya soklan. So, face it with strategies! Maksud aku, rancang strategi untuk tackle dat kind of subject. tak yah la nak benci lecturer/cikgu yang tak best tu, buang masa,karen, tenaga dan perasaan je. Pengalaman aku tadi, memang aku pun mcm dah nekad, mungkin itu yang pertama dan terakhir aku jejakkan kaki aku kt bilik lecturer Drilling tu. Mungkin aku leh tanya member yang pandai/google/youtube dan lain2.

-Belajar dari pengalaman orang lain. Itu lebih baik.

-DIDIK, bukan ajar semata-mata.

-Jangan jadi PEMALAS, bukan sahaja tertakluk untuk cikgu/lecturer, tapi sebagai seorang manusia apatah lagi sebgai seorang MUSLIM!

P/S: dah kurang sket stress aku dengan lecturer tu. Thanx sir cuz give me a damn-and-hard experience. Seriously, I hate ur attitude, and I don't want to be like you!

To my beloved teachers and lecturers, I love you and I want to be like u :)






Wednesday, February 6, 2013

HEART BREAK

"semoga Allah meredhainya...."

Aku tak kisah kalau ko anak orang miskin atau kaya, anak PM atau pengemis sekalipun, once aku dah kenal ko, once aku dah sayang ko, once aku dah gembira dan gelak ketawa serta berkongsi suka dan duka dengan ko, itu tandanya aku sayang kau. Itu tandanya aku kisah pasal ko, itu tandanya ko adalah insan yang aku kasih selepas Allah, rasul, dakwah, dan famili aku sendiri.

Tapi sejak insiden tahun lalu, ukhuwah yang dibina sunyi sepi. Aku tak tahu nak salah sapa. Aku atau kau. Inikah ukhuwah kerana Allah yang sering kita katakan? Jauh di sudut hati, aku kecewa, kecewa dengan diri aku sendiri yang mungkin masih mengharapkan saat manis dulu yang tak mungkin berulang lagi sekarang. Aku kecewa dengan diri aku sebab selalu impikan benda2 yang kita buat dulu bersama-sama sambil gelak ketawa sebab aku tahu benda tu tak mungkin akan terjadi lagi.

Aku mungkin dah ada pengganti dalam kehidupanmu,tapi kau tetap sahabat yang tetap aku ingat sehingga mati. Biarlah aku membawa hati yang luka ni meniti hari bersama Dia, bersama insan2 yang sudi mengubati, yang sudi mengisi kekosongan hati.

Ya, mungkin salah aku sendiri. Mungkin ini balasan dan hukuman yang harus aku terima. Aku tak patut mengharapkan apa2 dari ukhuwah kita sejak dulu lagi melainkan redhaNya.

___________________________________________________


Dalam hidup,carilah mereka yang berkawan atau bersahabat denganmu sebab dirimu sendiri. Bukan sebab agenda lain, bukan sebab alasan lain. Rapati dirimu dengan insan yang mampu menerimamu seadanya, mampu membimbing dan menasihatimu kepadaNya, bukan sebab dirimu sama jemaah, bukan sebab dirimu sama organisasi, bukan sebab gerak kerja, bukan sebab kaya/bijaksana atau apa sekalipun, sebab jika dirimu tiada lagi dalam jemaah, tiada lagi dalam organisasi,tiada lagi dalam gerak kerja, tiada lagi dalam kekayaan/kebijaksaan, kau mungkin akan dilupakan. Persahabatan mungkin tidak sehebat dan sehangat dulu, mungkin tidak mampu untuk ketawa dan menangis sekuat dulu dan saat bertemu secara kebetulan, mungkin hanya salam dan senyuman yang mampu diberikan.

Selepas 3 tahun belajar di sini, semoga Allah kurniakan insan2 yang turut mengasihiNya, yang membimbing aku kepadaNya dan jujur serta tulus dalam persahabatan yang dibina. Amin.




Tuesday, January 29, 2013

PILIH ANTARA SOLAT DAN TUTUP AURAT

"semoga Allah meredhainya...."

Semalam aku dengan member aku dari Washington skype calling sbb nak discuss pasal project Astronomy yang member aku ada post kt fb batch. After dat, kitorg chatting pasal study, makan, rumah dan pasal Islam. Rumate aku plak time tu okey je kt meja sebelah buat keje dia sendiri sementara aku duk sembang dengan member aku ni.

Member: Ko rasa, mana satu yang susah, SOLAT atau TUTUP AURAT?

Aku: (terdiam seketika. minda menjana idea)

Member: Kalau aku, aku rasa solat lagi susah. Even, benda tu simple buat hari2, but yet, solat tu tetap susah dilakukan berbanding tutup aurat.

Aku: Yup, aku pun rasa macam tu. Aku pernah baca dalam buku Pahrol Mohd Juoi, masa ada org tanya dia pasal dia ada problem buat maksiat, dia nasihatkan orang tu BAIKI SOLAT. Pastu, bila orang lain tanya pasal macam mana nak overcome dosa buka aurat, dia still bg jawapan sama, BAIKI SOLAT. so, bila dh jaga solat betul2, insyaAllah, soal aurat, dan lain2 akan setel. mudah2an Solat tu pun as we all know yang kalau dilakukan dengan betul, akan MENCEGAH KEMUNGKARAN. Tapi, walaupun kita dah taw buat solat ni, tapi adakah kita benar MENGHAYATI DAN MEMAHAMI MAKSUD SOLAT? klu tengok, kita dah bleh kata hampir 15 TAHUN mendirikan solat, tp kenapa masih tak faham maksudnya? Dan aku sendiri mengaku yang aku pun tak 100% tahu dan faham maksud bacaan solat!  .(tetiba diri rasa menyesal.)



Bila dah lama2 discuss pasal ni, waktu Maghrib da nak masuk so aku pun minta under diri. kat Malaysia dah pukul 7.30mlm, kt US sana dah pukul 3pagi. Gila tol member aku ni.

Pas solat maghrib,aku tengok rumate aku print something.

Aku: Eh, hang print lecture note ke?

Rumate: Taklah. Aku print MAKNA BACAAN DALAM SOLAT.

Aku: (T_T)... ( Aku kena print jugak!)

Konklusinya, teruslah berbuat kebaikan dan berdakwah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira apa2. Kita tak tahu part mana orang terima dan tersentuh dengan kebaikan yang kita lakukan atau sampaikan. Berbuatlah ikhlas kerana ALLAH, buat kerna Allah, moga2 Allah terima amal kebaikan kita. insyaAllah.

Sekadar perkongsian.ADIOS~

Saturday, January 19, 2013

BILA 'IMAM BESAR' TENGOK KOREA

"semoga Allah meredhainya...."

Pika: 'Imam besar' tengah buat apa? [merujuk kepada Zaza]. Da nak solat ni.

Aku: Tengok cite korea. Nanti aku bagitahu dia.

'Imam besar' yang sedang khusyuk tengok korea dengan telinga bersumbat earphone seakan-akan mendengar.

Zaza: Eh, da azan ye? [Terus bangun tinggalkan laptop, amik towel dan pergi tandas amik wuduk.]

Sem ni aku duduk dengan dengan housemates yang sama programme PGS[Petroleum Geosciences] dengan aku. Nilah sem pertama dalam universiti aku ber-rumate dan ber-housemate dengan member sekelas.

Mereka berbeza, persekitaran berbeza dan cara juga berbeza.

"Baiki diri sebelum baiki orang lain" Prof Muhaya

Memanglah kita tak dapat jadi maksum o 100% baik, tapi at least kita cuba yang terbaik untuk diri dan cuba juga mengajak mereka-mereka yang lain menjadi baik juga. Apa ko ingat nak masuk syurga sorang2 je ke?

Memang orang akan fikir, 'otai2' yang dah nak masuk final year dalam sesebuah universiti sukar untuk didakwahi. Adakah benar?

Tidak sama sekali aku rasa. Ada macam2 cara untuk kita mengajak orang lain especially kawan baik atau sekelas kita apatah lagi sebilik atau serumah untuk melakukan kebaikan.

Tak payah nak state kan pada mereka kesalahan mereka berjela-jela, tapi sebaliknya kita perlu mengajak mereka melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya, kerana perbuatan yang baik akan menghapuskan kesalahan2 dan mana la tahu, insyaAllah, berkat usaha dia mendekatkan diri dengan Allah, Dia akan menjauhkan dirinya dari karat-karat jahiliyah kan??

Aku bentangkan sejadah kat bilik. Alhamdulillah, start aku pindah bilik sini, kami solat jemaah bersama-sama hampir setiap waktu solat. Dorang takkan solat sendiri, dan akan tunggu yang lain dah get ready, baru start solat. Sweet x?

Zaza: Ezan, bleh tak print out kan doa lepas solat? Sebab aku tak tahu nak baca doa apa lepas solat.

Waktu Zaza cakap benda ni, aku rasa nak menangis dan terharu. Gelaran 'imam besar' yang aku guraukan padanya, insyaAllah, dia mampu untuk memegang gelaran tersebut dengan usaha yang dia tunjukkan.

Ezan: Zaza, ni ringkasan doa lepas solat yang ko nak. Pasni 'imam besar' dah bleh baca doa dan tak perlu tepuk orang sebelah. :D

Selepas Zaza mengimamkan mana2 solat, dia akan bingkas bangun ke mejanya dan mengambil kertas doa yang aku berikan. Perlahan dia baca dan bersungguh-sungguh. Kesalahan bacaan doa arab yang dilakukan, akan dia cuba ulangi sehingga sebutan itu betul.

Waktu tu aku rasa gembira sangat2 dan sayang pada dorang semua kerana Allah. Moga Allah kekalkan ukhuwah kami dan eratkan kami demi mencari redhaNya.

Malam semalam Mira housemate kitorg tp course Electrical Engineering [EE] plak join jemaah solat.

Zaza: Ok, solat Subuh ni Mira jadi imam ye. [haha..sukati je nak pilih]

Mira: Boleh, tapi kita tak tahu nak baca doa.

Zaza: Jangan risau, ada ni.. [sambil serahkan kertas doa Zaza ;) ]

Overall, tak perlu kita nak cakap kt orang atau kengkwan kita yang kita patut o perlu buat itu dan ini.. cukup sekadar cakap JOM, KITA BUAT SAMA2! :D

Aku juga seorang pendosa, yang kadang-kadang termakan hasutan syaitan dan bukanlah seorang yang baik dan perfect, tapi insyaAllah, aku pun nak jadi makin baik dan baik. Better than yesterday!

Tiada insan berdosa yang tiada masa depan, dan tiada insan suci yang tiada masa silam. Teruslah berdakwah dan mentarbiyah insan sekeliling kita dan yang dekat dengan kita. Moga Allah redha. insyaAllah.









Thursday, January 17, 2013

AKHWAT: Si Gadis Hutan

"semoga Allah meredhainya...."


Post ni just sharing pasal pengalaman ke Sabah. Alhamdulillah, dengan berkat izinNya, diri ini berjaya melangkah kaki menaiki pesawat Air Asia dan ke Sabah seorang diri buat pertama kali dalam hidup selama 21 tahun ini.

Masa sampai tu, my aunty da tunggu kt terminal KK nak bawa aku balik umah dia.

Esoknya kami jalan2 pergi Tuaran, Crocodile Farm dan Papar untuk mencari ikan bilis. Masa pergi tempat buaya2 tu, kena charge RM10 sorang dan frankly speaking, banyak yang bleh dibaiki lagi dari segi infrastrukturnya. Plus, aku bukanlah seorang peminat buaya, apatah lagi sorang Sanguinie yang mudah bosan dengan benda yang sama dan berulang-ulang [mostly buaya aku tengok sama je. Sekor dua je yang lain..].

Aku tak tahu la kat sini ikan bilis ni murah. Tapi tu yang biasa orang cakap klu compare dengan Semenanjung. Aku just beli je untuk mak aku.

Kat Sabah ni, kalau tengok kat pekannya, bebudak,bapak budak malahan mak budak  merata2 jual rokok tepi jalan. Berdasarkan sumber sahih, rokok ni dorg seludup dari Filipina dan Indonesia. No wonder harga dia murah dan boleh dapat 90sen untuk sekotak! So, bleh kata rokok sini murah giler compare dengan Semenanjung, and that's why perokok sini ramai giler termasuk bebudak yang mampu giler nak beli rokok murah tu. Unfortunately, it's not a nice view untuk pelancong macam aku ni tengok. Apatah lagi aku ni benci org hisap rokok!

Kat sini gak ada banyak benda leh shopping mcm mutiara, all sort of mutiara jewellary yg cantik2 n agak murah, amplang-kind of keropok ikan/sotong yang berbentuk bulat, kulit siput yg awesome [I like!], makan bontot ayam [lol] dan beberapa makanan seafood yang murah2. Kat pasar dia ada gak bebudak Philipine yang PATI mai datang kat org2 minta sedekah. At first bebudak ni dtg kt aku, aku macam stunned dan terpaku. Speechlesss. Entah. Pastu rasa kesian yang amat pada dorang ni. Serius.

Okey, now is the main part of the story.

RANAU!

Hey, this place is awesome. Sumpah. Aku dah jatuh chenta dengan tempat ni. Aku rasa kalau stay kat sini mesti masyuk giler la.

So, nak dipendekkan cerita yang aku dah plan dengan sorang akhwat ni, let me call her as Ika [nama sebenar. Lol], merangkap ex-rumate aku before aku fly ke Sabah yang aku nak bertandang ke rumahnya untuk mengisi masa selama 3 hari daripada seminggu di sana. Since aku rasa mcm kalau pergi ramai lagi best, the more the merrier, so aku pun ajak la sorang lagi akhwat dari UMS ni nama spesis cam nama aku, Kak Izyan untuk temankan.

Perjalanan ke rumah Ika sangat la mencabar dan bersimpang-siur. Tapi sangat berbaloi-baloi.

So, make it short and simple, aku pun spent time kat rumah dia dan buat mcm2 aktiviti yang telah Ika rancang untuk kami berdua. Punya la superb and well-planned budak ni. Haha. Neway, it was an awesome experience!

"Absence makes the heart fonder" . Tu kot yang aku rasa bila jumpa Ika. Perpisahan yang lama, tak sampai setahun [mcm la lama.. -_-'] membuatkan hati ini terlalu rindu pada budak kecik ni. Bila aku gi sana jumpa Ika n Kak Yan, rasa la ukhuwah tu berbunga2 mekar dan mcm perasaan gembira tu membuak2 mcm larva yang memuntahkan isinya [bapak metaphore aku ni].

Then, bila pegi sana baru la aku faham kenapa dia mcm ni, kenapa dia mcm tu. Dulu masa duduk sebilik selama 9 bulan, of course ada benda2 yang diperselisihkan, walaupun tak dinyatakan secara terang2, ada benda yang tak sependapat, ada benda yang aku wondering o tak faham, how this budak kecik can think o act that way, dan banyak la lagi. But, bila pegi rumah dia, rasa mcm sume persoalan tu berjawab. Dan buat aku teringat kata2 azimat yang someone bagi kat aku time aku skolah dulu,

"Kadang2 ada benda yang kita tak boleh terima daripada seseorang, dari segi fikiran, perbuatan, percakapan dan lain2. tapi berfikiran positif lah dan fikirkanlah bahawa kita semua datang dari keluarga yang berbeza, asal dari negeri/tempat yang berlainan yang mungkin menyebabkan dia melakukan sebegitu. Terimalah perbezaan dengan lapang dada selagi tidak menyalahi syariat Islam."

Terasa diri sebahagian daripadanya sebab pernah menjadi insan yang melakar memori bersamanya dulu2.[lulz btol ayat aku ni]..

JAZAKILLAH KHAYRAN KATHIRAN IKA!!! I LOVE U SOOO MUCHH!!
JZKK KAK YAN GAK N LUV U TOO ;)

So, utk tengok gambar, aku tak sempat nak upload dalam ni, just straight away go to my fb je la..

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.480721795312591.126493.100001243244068&type=1

p/s:  the title AKHWAT: Si Gadis Hutan refers to Ika, who has skill and like a power puff girl when we went to the kebun nearby from her house. ;P

Aku: Nak letak tajuk Si Gadis Hutan dalam blog la.nk cite pasal kamu :3

Ika: EEEEE....letak la Si Gadis Kampung,okey sikit!

Aku: x nak..hehehe..[lolol]

Tuesday, January 1, 2013

BERTAHANLAH DIRI

"semoga Allah meredhainya...."

"Ezan,Ajim tu elok masuk asrama ke?"tanya mama masa aku tengah drive kt Klang.

Aku terdiam. Masuk asrama. Dulu benda ni macam tradisi dalam adik-beradik aku kalau dah masuk sekolah menengah. Mungkin sebab adik-beradik aku ramai, jadi perasaan nak keluar dari rumah yang menyesakkan dengan jeritan2 dan gaduhan budak2 kecik semakin membuak-buak. Apatah lagi sindirin dari abang2 yg menggelarku 'anak manja' sbb x masuk asrama sampai tingkatan 3, menjadikan aku berusaha nak masuk sekolah MRSM/SBP. Mujur dulu aku dapat masuk INTEGOMB time aku tingkatan 4. Maruah aku terbela.

Tahun demi tahun, sorang-sorang pas masuk SBP/MRSM/TEKNIK, masuk lak POLI/UNI. Dan tinggallah Ajim untuk menyempurna dan menamatkan legasi budak asrama dalam keluarga aku ni. Seakan satu kepelikan dalam adik-beradik aku kalau dia tak masuk.

Tapi,macam mana dengan mama?

Aku berfikir dalam. Menyuruh Ajim masuk ke asrama ibarat mengambil keputusan untuk meninggalkan mama keseorangan di rumah, apatah lagi abah selalu outstation dan jarang ke rumah.

"Tak payah la dia masuk mama...Kawan2 dia pun ramai kat sini, kalau masuk asrama, takut nanti dia tak berkawan dengan orang kat sini" aku memberi alasan.

Sejujurnya, ini bukanlah alasan dari hati aku. Sebenarnya aku nak cakap yang aku kesian kalau mama sorang2 kt rumah. Sape nak temankan mama kat rumah? temankan tengok tv malam2? temankan mama makan? sape nak berbual dengan mama? nak temankan mama jalan2?

Aku? Hujung minggu mungkin boleh, tapi macam mana dengan hari lain?

"Hari tu ada jiran bawah tuduh Ajim dan kawan2 dia hisap rokok sebab dia jumpa rokok kat tempat dorang lepak. Mama percaya dia dan kawan2 dia tak buat...Kamu pun kenal dia..Dia tu benci rokok. Tapi, bila jadi macam ni, mama tak suka bila jiran2 fitnah macam tu. Baik dia masuk asrama.." luah hati mama.

Aku membisu.

"Jadi, kamu rasa Ajim patut ke tak masuk ke asrama?" mama bertanya sekali lagi.

Selepas 6 adik-beradik aku masuk asrama, dan tinggal yang terakhir, baru mama nak tanya soalan ni.... Soalan yang sewajarnya ditanya pada abang aku yang pertama lagi. Aku seperti dapat merasa kerisauan mama andai Ajim tiada di rumah untuk menemaninya lagi. Hati mama keberatan dan tidak merelakan, namun mungkin kerana tradisi keluarga dan kebaikan maruah Ajim dan keluarga aku, keputusan masuk asrama adalah tepat.

"Mama, kalau nak Ajim masuk asrama, masukkan dia kat sekolah dekat2 dengan rumah. Nanti kakak cuba cari tempat praktikal dekat dengan rumah" kataku pada mama.

Dalam hati aku menangis. Bertahanlah wahai diri. Malam hari itu, aku tidur di tepi mama. Dulu aku tak dapat nak tidur tepi mama sebab adik-adik aku sume nak manja dengan mak aku, sume nak tidur peluk mama. Aku letak tangan aku atas tangan mama. Mama dah dibuai mimpi,dan aku masih dibuai perasaan. Sayu.



Mama, walau kakak bukan anak yang terbaik,tapi kakak takkan biarkan mama tinggal sorang-sorang dalam rumah.