Tuesday, January 29, 2013

PILIH ANTARA SOLAT DAN TUTUP AURAT

"semoga Allah meredhainya...."

Semalam aku dengan member aku dari Washington skype calling sbb nak discuss pasal project Astronomy yang member aku ada post kt fb batch. After dat, kitorg chatting pasal study, makan, rumah dan pasal Islam. Rumate aku plak time tu okey je kt meja sebelah buat keje dia sendiri sementara aku duk sembang dengan member aku ni.

Member: Ko rasa, mana satu yang susah, SOLAT atau TUTUP AURAT?

Aku: (terdiam seketika. minda menjana idea)

Member: Kalau aku, aku rasa solat lagi susah. Even, benda tu simple buat hari2, but yet, solat tu tetap susah dilakukan berbanding tutup aurat.

Aku: Yup, aku pun rasa macam tu. Aku pernah baca dalam buku Pahrol Mohd Juoi, masa ada org tanya dia pasal dia ada problem buat maksiat, dia nasihatkan orang tu BAIKI SOLAT. Pastu, bila orang lain tanya pasal macam mana nak overcome dosa buka aurat, dia still bg jawapan sama, BAIKI SOLAT. so, bila dh jaga solat betul2, insyaAllah, soal aurat, dan lain2 akan setel. mudah2an Solat tu pun as we all know yang kalau dilakukan dengan betul, akan MENCEGAH KEMUNGKARAN. Tapi, walaupun kita dah taw buat solat ni, tapi adakah kita benar MENGHAYATI DAN MEMAHAMI MAKSUD SOLAT? klu tengok, kita dah bleh kata hampir 15 TAHUN mendirikan solat, tp kenapa masih tak faham maksudnya? Dan aku sendiri mengaku yang aku pun tak 100% tahu dan faham maksud bacaan solat!  .(tetiba diri rasa menyesal.)



Bila dah lama2 discuss pasal ni, waktu Maghrib da nak masuk so aku pun minta under diri. kat Malaysia dah pukul 7.30mlm, kt US sana dah pukul 3pagi. Gila tol member aku ni.

Pas solat maghrib,aku tengok rumate aku print something.

Aku: Eh, hang print lecture note ke?

Rumate: Taklah. Aku print MAKNA BACAAN DALAM SOLAT.

Aku: (T_T)... ( Aku kena print jugak!)

Konklusinya, teruslah berbuat kebaikan dan berdakwah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira apa2. Kita tak tahu part mana orang terima dan tersentuh dengan kebaikan yang kita lakukan atau sampaikan. Berbuatlah ikhlas kerana ALLAH, buat kerna Allah, moga2 Allah terima amal kebaikan kita. insyaAllah.

Sekadar perkongsian.ADIOS~

Saturday, January 19, 2013

BILA 'IMAM BESAR' TENGOK KOREA

"semoga Allah meredhainya...."

Pika: 'Imam besar' tengah buat apa? [merujuk kepada Zaza]. Da nak solat ni.

Aku: Tengok cite korea. Nanti aku bagitahu dia.

'Imam besar' yang sedang khusyuk tengok korea dengan telinga bersumbat earphone seakan-akan mendengar.

Zaza: Eh, da azan ye? [Terus bangun tinggalkan laptop, amik towel dan pergi tandas amik wuduk.]

Sem ni aku duduk dengan dengan housemates yang sama programme PGS[Petroleum Geosciences] dengan aku. Nilah sem pertama dalam universiti aku ber-rumate dan ber-housemate dengan member sekelas.

Mereka berbeza, persekitaran berbeza dan cara juga berbeza.

"Baiki diri sebelum baiki orang lain" Prof Muhaya

Memanglah kita tak dapat jadi maksum o 100% baik, tapi at least kita cuba yang terbaik untuk diri dan cuba juga mengajak mereka-mereka yang lain menjadi baik juga. Apa ko ingat nak masuk syurga sorang2 je ke?

Memang orang akan fikir, 'otai2' yang dah nak masuk final year dalam sesebuah universiti sukar untuk didakwahi. Adakah benar?

Tidak sama sekali aku rasa. Ada macam2 cara untuk kita mengajak orang lain especially kawan baik atau sekelas kita apatah lagi sebilik atau serumah untuk melakukan kebaikan.

Tak payah nak state kan pada mereka kesalahan mereka berjela-jela, tapi sebaliknya kita perlu mengajak mereka melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya, kerana perbuatan yang baik akan menghapuskan kesalahan2 dan mana la tahu, insyaAllah, berkat usaha dia mendekatkan diri dengan Allah, Dia akan menjauhkan dirinya dari karat-karat jahiliyah kan??

Aku bentangkan sejadah kat bilik. Alhamdulillah, start aku pindah bilik sini, kami solat jemaah bersama-sama hampir setiap waktu solat. Dorang takkan solat sendiri, dan akan tunggu yang lain dah get ready, baru start solat. Sweet x?

Zaza: Ezan, bleh tak print out kan doa lepas solat? Sebab aku tak tahu nak baca doa apa lepas solat.

Waktu Zaza cakap benda ni, aku rasa nak menangis dan terharu. Gelaran 'imam besar' yang aku guraukan padanya, insyaAllah, dia mampu untuk memegang gelaran tersebut dengan usaha yang dia tunjukkan.

Ezan: Zaza, ni ringkasan doa lepas solat yang ko nak. Pasni 'imam besar' dah bleh baca doa dan tak perlu tepuk orang sebelah. :D

Selepas Zaza mengimamkan mana2 solat, dia akan bingkas bangun ke mejanya dan mengambil kertas doa yang aku berikan. Perlahan dia baca dan bersungguh-sungguh. Kesalahan bacaan doa arab yang dilakukan, akan dia cuba ulangi sehingga sebutan itu betul.

Waktu tu aku rasa gembira sangat2 dan sayang pada dorang semua kerana Allah. Moga Allah kekalkan ukhuwah kami dan eratkan kami demi mencari redhaNya.

Malam semalam Mira housemate kitorg tp course Electrical Engineering [EE] plak join jemaah solat.

Zaza: Ok, solat Subuh ni Mira jadi imam ye. [haha..sukati je nak pilih]

Mira: Boleh, tapi kita tak tahu nak baca doa.

Zaza: Jangan risau, ada ni.. [sambil serahkan kertas doa Zaza ;) ]

Overall, tak perlu kita nak cakap kt orang atau kengkwan kita yang kita patut o perlu buat itu dan ini.. cukup sekadar cakap JOM, KITA BUAT SAMA2! :D

Aku juga seorang pendosa, yang kadang-kadang termakan hasutan syaitan dan bukanlah seorang yang baik dan perfect, tapi insyaAllah, aku pun nak jadi makin baik dan baik. Better than yesterday!

Tiada insan berdosa yang tiada masa depan, dan tiada insan suci yang tiada masa silam. Teruslah berdakwah dan mentarbiyah insan sekeliling kita dan yang dekat dengan kita. Moga Allah redha. insyaAllah.









Thursday, January 17, 2013

AKHWAT: Si Gadis Hutan

"semoga Allah meredhainya...."


Post ni just sharing pasal pengalaman ke Sabah. Alhamdulillah, dengan berkat izinNya, diri ini berjaya melangkah kaki menaiki pesawat Air Asia dan ke Sabah seorang diri buat pertama kali dalam hidup selama 21 tahun ini.

Masa sampai tu, my aunty da tunggu kt terminal KK nak bawa aku balik umah dia.

Esoknya kami jalan2 pergi Tuaran, Crocodile Farm dan Papar untuk mencari ikan bilis. Masa pergi tempat buaya2 tu, kena charge RM10 sorang dan frankly speaking, banyak yang bleh dibaiki lagi dari segi infrastrukturnya. Plus, aku bukanlah seorang peminat buaya, apatah lagi sorang Sanguinie yang mudah bosan dengan benda yang sama dan berulang-ulang [mostly buaya aku tengok sama je. Sekor dua je yang lain..].

Aku tak tahu la kat sini ikan bilis ni murah. Tapi tu yang biasa orang cakap klu compare dengan Semenanjung. Aku just beli je untuk mak aku.

Kat Sabah ni, kalau tengok kat pekannya, bebudak,bapak budak malahan mak budak  merata2 jual rokok tepi jalan. Berdasarkan sumber sahih, rokok ni dorg seludup dari Filipina dan Indonesia. No wonder harga dia murah dan boleh dapat 90sen untuk sekotak! So, bleh kata rokok sini murah giler compare dengan Semenanjung, and that's why perokok sini ramai giler termasuk bebudak yang mampu giler nak beli rokok murah tu. Unfortunately, it's not a nice view untuk pelancong macam aku ni tengok. Apatah lagi aku ni benci org hisap rokok!

Kat sini gak ada banyak benda leh shopping mcm mutiara, all sort of mutiara jewellary yg cantik2 n agak murah, amplang-kind of keropok ikan/sotong yang berbentuk bulat, kulit siput yg awesome [I like!], makan bontot ayam [lol] dan beberapa makanan seafood yang murah2. Kat pasar dia ada gak bebudak Philipine yang PATI mai datang kat org2 minta sedekah. At first bebudak ni dtg kt aku, aku macam stunned dan terpaku. Speechlesss. Entah. Pastu rasa kesian yang amat pada dorang ni. Serius.

Okey, now is the main part of the story.

RANAU!

Hey, this place is awesome. Sumpah. Aku dah jatuh chenta dengan tempat ni. Aku rasa kalau stay kat sini mesti masyuk giler la.

So, nak dipendekkan cerita yang aku dah plan dengan sorang akhwat ni, let me call her as Ika [nama sebenar. Lol], merangkap ex-rumate aku before aku fly ke Sabah yang aku nak bertandang ke rumahnya untuk mengisi masa selama 3 hari daripada seminggu di sana. Since aku rasa mcm kalau pergi ramai lagi best, the more the merrier, so aku pun ajak la sorang lagi akhwat dari UMS ni nama spesis cam nama aku, Kak Izyan untuk temankan.

Perjalanan ke rumah Ika sangat la mencabar dan bersimpang-siur. Tapi sangat berbaloi-baloi.

So, make it short and simple, aku pun spent time kat rumah dia dan buat mcm2 aktiviti yang telah Ika rancang untuk kami berdua. Punya la superb and well-planned budak ni. Haha. Neway, it was an awesome experience!

"Absence makes the heart fonder" . Tu kot yang aku rasa bila jumpa Ika. Perpisahan yang lama, tak sampai setahun [mcm la lama.. -_-'] membuatkan hati ini terlalu rindu pada budak kecik ni. Bila aku gi sana jumpa Ika n Kak Yan, rasa la ukhuwah tu berbunga2 mekar dan mcm perasaan gembira tu membuak2 mcm larva yang memuntahkan isinya [bapak metaphore aku ni].

Then, bila pegi sana baru la aku faham kenapa dia mcm ni, kenapa dia mcm tu. Dulu masa duduk sebilik selama 9 bulan, of course ada benda2 yang diperselisihkan, walaupun tak dinyatakan secara terang2, ada benda yang tak sependapat, ada benda yang aku wondering o tak faham, how this budak kecik can think o act that way, dan banyak la lagi. But, bila pegi rumah dia, rasa mcm sume persoalan tu berjawab. Dan buat aku teringat kata2 azimat yang someone bagi kat aku time aku skolah dulu,

"Kadang2 ada benda yang kita tak boleh terima daripada seseorang, dari segi fikiran, perbuatan, percakapan dan lain2. tapi berfikiran positif lah dan fikirkanlah bahawa kita semua datang dari keluarga yang berbeza, asal dari negeri/tempat yang berlainan yang mungkin menyebabkan dia melakukan sebegitu. Terimalah perbezaan dengan lapang dada selagi tidak menyalahi syariat Islam."

Terasa diri sebahagian daripadanya sebab pernah menjadi insan yang melakar memori bersamanya dulu2.[lulz btol ayat aku ni]..

JAZAKILLAH KHAYRAN KATHIRAN IKA!!! I LOVE U SOOO MUCHH!!
JZKK KAK YAN GAK N LUV U TOO ;)

So, utk tengok gambar, aku tak sempat nak upload dalam ni, just straight away go to my fb je la..

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.480721795312591.126493.100001243244068&type=1

p/s:  the title AKHWAT: Si Gadis Hutan refers to Ika, who has skill and like a power puff girl when we went to the kebun nearby from her house. ;P

Aku: Nak letak tajuk Si Gadis Hutan dalam blog la.nk cite pasal kamu :3

Ika: EEEEE....letak la Si Gadis Kampung,okey sikit!

Aku: x nak..hehehe..[lolol]

Tuesday, January 1, 2013

BERTAHANLAH DIRI

"semoga Allah meredhainya...."

"Ezan,Ajim tu elok masuk asrama ke?"tanya mama masa aku tengah drive kt Klang.

Aku terdiam. Masuk asrama. Dulu benda ni macam tradisi dalam adik-beradik aku kalau dah masuk sekolah menengah. Mungkin sebab adik-beradik aku ramai, jadi perasaan nak keluar dari rumah yang menyesakkan dengan jeritan2 dan gaduhan budak2 kecik semakin membuak-buak. Apatah lagi sindirin dari abang2 yg menggelarku 'anak manja' sbb x masuk asrama sampai tingkatan 3, menjadikan aku berusaha nak masuk sekolah MRSM/SBP. Mujur dulu aku dapat masuk INTEGOMB time aku tingkatan 4. Maruah aku terbela.

Tahun demi tahun, sorang-sorang pas masuk SBP/MRSM/TEKNIK, masuk lak POLI/UNI. Dan tinggallah Ajim untuk menyempurna dan menamatkan legasi budak asrama dalam keluarga aku ni. Seakan satu kepelikan dalam adik-beradik aku kalau dia tak masuk.

Tapi,macam mana dengan mama?

Aku berfikir dalam. Menyuruh Ajim masuk ke asrama ibarat mengambil keputusan untuk meninggalkan mama keseorangan di rumah, apatah lagi abah selalu outstation dan jarang ke rumah.

"Tak payah la dia masuk mama...Kawan2 dia pun ramai kat sini, kalau masuk asrama, takut nanti dia tak berkawan dengan orang kat sini" aku memberi alasan.

Sejujurnya, ini bukanlah alasan dari hati aku. Sebenarnya aku nak cakap yang aku kesian kalau mama sorang2 kt rumah. Sape nak temankan mama kat rumah? temankan tengok tv malam2? temankan mama makan? sape nak berbual dengan mama? nak temankan mama jalan2?

Aku? Hujung minggu mungkin boleh, tapi macam mana dengan hari lain?

"Hari tu ada jiran bawah tuduh Ajim dan kawan2 dia hisap rokok sebab dia jumpa rokok kat tempat dorang lepak. Mama percaya dia dan kawan2 dia tak buat...Kamu pun kenal dia..Dia tu benci rokok. Tapi, bila jadi macam ni, mama tak suka bila jiran2 fitnah macam tu. Baik dia masuk asrama.." luah hati mama.

Aku membisu.

"Jadi, kamu rasa Ajim patut ke tak masuk ke asrama?" mama bertanya sekali lagi.

Selepas 6 adik-beradik aku masuk asrama, dan tinggal yang terakhir, baru mama nak tanya soalan ni.... Soalan yang sewajarnya ditanya pada abang aku yang pertama lagi. Aku seperti dapat merasa kerisauan mama andai Ajim tiada di rumah untuk menemaninya lagi. Hati mama keberatan dan tidak merelakan, namun mungkin kerana tradisi keluarga dan kebaikan maruah Ajim dan keluarga aku, keputusan masuk asrama adalah tepat.

"Mama, kalau nak Ajim masuk asrama, masukkan dia kat sekolah dekat2 dengan rumah. Nanti kakak cuba cari tempat praktikal dekat dengan rumah" kataku pada mama.

Dalam hati aku menangis. Bertahanlah wahai diri. Malam hari itu, aku tidur di tepi mama. Dulu aku tak dapat nak tidur tepi mama sebab adik-adik aku sume nak manja dengan mak aku, sume nak tidur peluk mama. Aku letak tangan aku atas tangan mama. Mama dah dibuai mimpi,dan aku masih dibuai perasaan. Sayu.



Mama, walau kakak bukan anak yang terbaik,tapi kakak takkan biarkan mama tinggal sorang-sorang dalam rumah.