Sunday, July 28, 2013

IFTAR EXCELL9 (4.0): A NIGHT TO REMEMBER

"semoga Allah meredhainya...."

Best Batch ever [EXCELL9]


Aku baru je balik dari KL sbb nak pergi Iftar ni. Walaupun jauh beribu batu (chewwah, walhal Perak-KL je) tp sebab aku rasa ni je masa aku leh jumpa yg lain (setahun sekali). Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Thanx to Feroz sbb pungut aku kt KL Central bersama-sama Bulat dan Jebeng skali. Menjadi bunga sekuntum dalam taman kete kancil Feroz memang mencabar keimanan dan keegoaan. Yang pasti dorang sume sengal dan lawak. Dengan GPS entahpape, Bulat aka Doktor Haiwan yang tak berwibawa menghandle GPS, Jebeng dengan tazkirah dan cite nak kawinnya, dan aku rasa nak muntah sebab Feroz bawak laju sangat dan pasang lagu Avenged Sevenfold kuat2. Gegaran kepala 7 skala richter ditambah lagu Headbanging, memang kepala nk tercabut. Tapi apapun, naik kete dengan dorang, memang happening dan gila babeng walaupun aku takde la benda nk sembang dgn dorang pun.

Friday, July 26, 2013

TAK ADIL KE KALAU AKU PERNAH KAPEL DULU?

"semoga Allah meredhainya...."

"Bagi pendapat akak, Haikal tu dah cukup baik. Akak kenal dia time skolah menengah dulu sampai sama2 masuk UTP. Cara dia lamar kamu dengan baik tu pun akak rasa patut dipuji, direct nak jumpa parents kamu.." jawabku bila Dania, mutarobbiku bertanya perihal lelaki yang melamar dia.

"Tapi akak cite time dulu dia junior akak (aku 21 thn, Dania dan Haikal 20 thn) kt sekolah dulu, dia ada kapel dengan kawan baik akak kan? Nama dia Daniah jugak kan?" Dania mengimbau kisah yang pernah aku ceritakan pada dia dulu.

Semasa aku cerita tu, aku tak tahu pun Haikal suka pada Dania kt UTP ni. Niat aku cerita hanya nk bgtau dia betapa Haikal yang aku kenal time skolah dulu dah berubah. Ya, dulu dia kapel dengan bestfriend aku kt SMK Teluk Gadong. tapi bila dia masuk UTP, dia pun macam aku, kena langgar tarbiyah, join usrah dan berusaha mencari redha Allah. Kebetulan, ex-gf dia dulu nama Dania, sama macam nama mutarobbiku ini.

"Tapi TAK ADIL la macam tu.. Saya mana pernah kapel, dia pernah kapel dulu...tak aci..saya taknak pasangan saya macam tu.." nada kecewa kedengaran di hujung kata Dania.

Hati aku ditusuk belati. Seakan kata-kata tu dilemparkan padaku juga yang punyai kisah silam seperti rakan baikku, Dania dulu terutama ketika zaman jahiliyah dan hati memberontak.

"Tak boleh la judge macam tu. Tu kisah silam dia, jangan ungkit balik. Kita nilai keadaan dia sekarang ni.. " aku berhenti berkata-kata tatkala azan Isyak kedengaran.

Aku mengambil wuduk semula walaupun wudukku masih belum batal.

"Tapi TAK ADIL la macam tu.. Saya mana pernah kapel, dia pernah kapel dulu...tak aci..saya taknak pasangan saya macam tu."

Kata2 mutarobbiku masih terngiang-ngiang di telingaku..Aku menangis.

Mungkinkah nanti giliranku pula untuk diragui oleh insan bernama lelaki?

Ya Allah...aku memohon keampunan.

Andai aku bertemu lelaki soleh dan bakal menjadi suami, moga dia menerimaku seadanya,menerimaku sekarang, bukan zaman silamku.

Setiap orang punyai zaman silam yang berbeza, zaman silam yang kelam dan dibaluti jahiliyah.. Diceritakan bukan untuk berbangga, tapi untuk mengambil ibrah disebaliknya.

Tak adil ke kalau aku pernah kapel dulu dan kau tak pernah?

Tak aci?

Kau patut bertuah sebab dilindungi Allah dan diberi kekuatan iman dari bermaksiat.

Dan aku dan rakan2 sepertiku dulu, mungkin tak kenal cinta Allah waktu itu. Hanya kenal cinta hawa nafsu. Kami yang menjarakkan diri kami dari Allah, dan kami akuinya.

Okey,cukup.



SEKARANG semua nak jadi baik dan mencari redha Allah bukan?

Jom kita pimpin tangan sama-sama di dunia hingga akhirat kelak. Boleh?






Thursday, July 25, 2013

PULAU PERHENTIAN: MENYINGKAP KEBESARAN-NYA.

"semoga Allah meredhainya...."

Pasir yang putih, air yang jernih, clear-sparkling water, and it’s awesome!

Alhamdulillah, planning aku n member aku Ida akhirnya termakbul juga untuk pergi ke Pulau Perhentian time cuti semester UTP baru ni. Dan paling best, aku n Ida just plan backpacking je, even kitorg taw ada banyak cons nya, but who knows yang percutian time ni menjadi unexpected journey buat kitorg! Wah, macam Hobbits plak.

So, aku n Ida start perjalanan dari Putra, Kuala Lumpur sbb naik bus Ekspress Perdana kat sini akan turun betul2 kt Jeti Perhentian,Besut nnti. Berbekalkan tiket RM42.00 ke Kuala Besut, kami memulakan perjalanan pada pukul 9.30mlm.  Bus kat sini mmg punctual la, tak mcm kt Seri Iskandar yang bus nya slalu lambat. So, pengajaran utk aku, jgn stereotype dengan bus kt Malaysia ni. LOL!

Sampai kat Kuala Besut dalam kul 6 pagi, kami gi solat subuh kt Surau berhampiran kt Kuala Besut tu. Pastu, Faridah pick up kitorg kat sini sbb dia duk dekat2 situ. Nadia pun join gak, tunggu kt umah Faridah. Jadi, bertambahlah orang yang gi Pulau Perhentian. Dan paling best, mak ayah Faridah pun join. Yahooo! *Speechless. Tapi bagus gak kot2 kitorg ni melagha sampai ke laut sana, leh la mak ayah dia ketuk kitorg . Muaheehee

So, the journey begin. Naik bot laju, biasanya tambang pergi balik RM80, tapi sebab Faridah buat muka cute, kitorg dapat RM75 pergi balik. Hahaha.. Ok, tipu je..Pastu, kitorg stay kt Bubu Chalet, kat Long Beach,Pulau Kecil.  Chalet ni parents Faridah booked kan, dan chalet ni awesome giler. Memang best n selesa. Kalau bahagi kitorg ber4, adalah dalam RM125 untuk 3 hari 2 malam. Ok kot utk service dia yang best. Tilam yang empuk, air-cond yang sejuk, sampai taknak keluar bilik dah.

Ni kira paling mhl tp paling best. keluar je bilik leh terus terjun laut!

ni pemandangan dari jeti.yg warna putih tu Bubu Chalet

Monday, July 15, 2013

DAI'E MALAS STUDY?

"semoga Allah meredhainya...."

"Mira, hang dah siap dah esaimen yg nak kena submit esok?" tnya Ida,classmate aka kawan baik Mira.

"Ha??Aku tak sentuh pun lagi. Banyak ke esaimen tu Ida?" Mira cuak.

"Banyak la juga. Aku baru nak ingat tanya soklan last kt hang. Takpe la cmtu."kata Ida sedikit kecewa sbb tak tahu nk tnya sapa lagi soklan last.

"Malam ni aku gi bilik hang kita buat esaimen sama2 bleh?" sambung Ida.

"Hmm...malam ni aku ada usrah lak Ida.."jawab Mira pendek.

"Takpe..pas ko usrah,aku datang la...kul bpe abes?" Ida tetap mahu study bersama Mira walaupun kena tunggu Mira abes usrah. Dulu Ida ada gak join usrah dengan Mira, tapi sebab tak dapat commit dan balance kan dengan study, Ida undur diri.

"Dari kul 9 smpai kul 2 atau 3 pagi.." jawab Mira perlahan.

"Ha??Biar betul?? Lamanya..cmtu takpelah.." Ida mengalah.

"Bila ko nak buat esaimen ko tu?" Ida bertanya.

"Tula....lecturer ni pun satu,bagi semalam nk esok..dah la arini ada test,mana la sempat aku siapkan...Haish..." Mira mengeluh sendiri.

Keesokannya...

"Ida, pinjam esaimen bleh?"tnya Mira.

"Nak copy ke?" Ida mengangkat kening.

"Erk..takk...nak compare jawapan...." Mira beralasan. Sebenarnya esaimen tu mmg dia tak buat dan dia memang nak copy Ida punya bulat2.

"Mira,aku dah kenal ko 3 tahun taw...Sejak kita mula2 masuk sini, sejak kita foundation... aku bukan kenal ko sehari atau  2 hari... 3 tahun Mira.... dan ko repeat buat benda ni selalu bila ko tak buat esaimen langsung... dah banyak kali dah...bukan sekali dua...aku tahu ko sibuk dengan program,usrah sume...tapi ko ni tak belajar ke ha??" kata2 Ida menusuk Mira.

"Aku kawan baik kau, dan aku nak tengok cita-cita ko tercapai.. menjadi engineer muslimah yang berjaya dan beriman...tp kalau ko keep buat benda macam ni, aku tak nak kehilangan ko Mira..aku tak paksa ko, ko ada hidup ko, dan ko yang tentukan...Minta pada Dia untuk tunjukkan yang terbaik." Ida berlalu dengan mata merah. Ida takkan menangis depan orang, menangis itu tanda lemah katanya.

Dilemma.  Mira dilemma.

"Dai'e tak boleh malas. tak boleh tiru esaimen orang tanpa usaha dan copy membabi buta. Berdosa."

Kata-kata itu pernah dia nukilkan dalam buku diarinya,namun dia sendiri yang melanggar prinsip yang dipasangnya.

Ya, Dai'e tak boleh malas. Dai'e perlu menjadi contoh pada orang lain, bukan menjadi bahan umpatan. Jangan jadi fitnah pada dakwah, jadi fitnah dalam kalangan umat Islam sendiri.

#peringatan untuk diri sendiri. Cerita di atas hanya rekaan semata-mata. Inspired by someone to write it.