Thursday, July 25, 2013

PULAU PERHENTIAN: MENYINGKAP KEBESARAN-NYA.

"semoga Allah meredhainya...."

Pasir yang putih, air yang jernih, clear-sparkling water, and it’s awesome!

Alhamdulillah, planning aku n member aku Ida akhirnya termakbul juga untuk pergi ke Pulau Perhentian time cuti semester UTP baru ni. Dan paling best, aku n Ida just plan backpacking je, even kitorg taw ada banyak cons nya, but who knows yang percutian time ni menjadi unexpected journey buat kitorg! Wah, macam Hobbits plak.

So, aku n Ida start perjalanan dari Putra, Kuala Lumpur sbb naik bus Ekspress Perdana kat sini akan turun betul2 kt Jeti Perhentian,Besut nnti. Berbekalkan tiket RM42.00 ke Kuala Besut, kami memulakan perjalanan pada pukul 9.30mlm.  Bus kat sini mmg punctual la, tak mcm kt Seri Iskandar yang bus nya slalu lambat. So, pengajaran utk aku, jgn stereotype dengan bus kt Malaysia ni. LOL!

Sampai kat Kuala Besut dalam kul 6 pagi, kami gi solat subuh kt Surau berhampiran kt Kuala Besut tu. Pastu, Faridah pick up kitorg kat sini sbb dia duk dekat2 situ. Nadia pun join gak, tunggu kt umah Faridah. Jadi, bertambahlah orang yang gi Pulau Perhentian. Dan paling best, mak ayah Faridah pun join. Yahooo! *Speechless. Tapi bagus gak kot2 kitorg ni melagha sampai ke laut sana, leh la mak ayah dia ketuk kitorg . Muaheehee

So, the journey begin. Naik bot laju, biasanya tambang pergi balik RM80, tapi sebab Faridah buat muka cute, kitorg dapat RM75 pergi balik. Hahaha.. Ok, tipu je..Pastu, kitorg stay kt Bubu Chalet, kat Long Beach,Pulau Kecil.  Chalet ni parents Faridah booked kan, dan chalet ni awesome giler. Memang best n selesa. Kalau bahagi kitorg ber4, adalah dalam RM125 untuk 3 hari 2 malam. Ok kot utk service dia yang best. Tilam yang empuk, air-cond yang sejuk, sampai taknak keluar bilik dah.

Ni kira paling mhl tp paling best. keluar je bilik leh terus terjun laut!

ni pemandangan dari jeti.yg warna putih tu Bubu Chalet

Tapi, kat sini ada gak yang lagi murah chalet dia. Kt D'Rock Garden, Matahari dan Tropicana. Paling murah untuk backpackers aku rasa kt Tropicana dalam RM15(dorm) and RM40(room) per pax. Nk lagi murah, korang bleh je tido kt tepi pantai. Macam ada a few foreigners aku jumpa, dia bawa kain besar yang macam buaian leh tido(lupa apa nama dia) n sangkut kt pokok. Tp kesian gak kalau malamnya hujan, aku tak tahu la dia duk mana berteduh.

Klu yang tempat murah2,bese location jauh dari laut mcm dlm hutan sket


So, preparation nak bawa barang, better bawa sendiri set google cuz nk sewa o beli cni mcm mahal je, heater (leh masak meggi n buat air milo) , min 3 seluar, 3 baju, 1 seliper jepun dan other basic things lain. Owh, leh kot bawa tikar plastik yg leh lipat2 sbb aku rasa best gak kalau malam2 landing kat tepi pantai tgk bintang. Hehe..

Pasal makanan, Pulau Perhentian is well known sebagai tempat yang mahal gak makanannya. Nasi goreng dalam RM12, air sirap RM2, burger biasa RM5. Yela , nak bawa bahan mentah sana bukan senang, naik bot segala macam. So, kitorg pun bawa lah meggi, bubur segera, milo n nescafe 3 in 1 dan benda2 segera lain. Since aku bawa heater, leh la kitorg berseronok dengan makanan2 segera ni.Sume chalet/dorm takkan sediakan heater sbb nk jimat letrik. Mana ada pencawang letrik kt sini.  Tapi ada gak idea lain yang bawa portable cooker dengan tong gas kecik bawa gi sana, sekali dengan bahan mentah. Jimat la sket.

Tapi, kat sini ada gak yang murah. Kalau beli nasi kerabu/dagang dari Mak Cik Yah, murah la juga, dalam RM3 atau RM4 standard harga biasa. Mak cik ni memang terkenal, dan kalau nk order siap2 leh la tepon dia. Kitorg siap tempah Nasi Dagang kat dia utk makan tengah hari esoknya. Biasa petang2 dia akan jalan sepanjang pantai tu , and bawa beberapa bakul ada Nasi Dagang, Nasi Ayam Gulai, Buah-buahan, pisang goreng, etc. Pastu kalau Mak Cik Yah ni busy, dia akan hantar nasi2 jualan dia kt anak dia yang jaga gerai snorkelling Aqua. So, Mak cik Yah ni aku rasa adalah penyelamat untuk kitorg yang save budget ni.

Mak cik yah dan kitorg.Lepas mandi, haruslah lapar kan?


Ok, skrg let's talk about the important thing, SNORKELLING!!! Yeah, aku rasa ni la benda paling best n wajib kena buat, kalau tak memang rugi giler. Sumpah. Sampai sekarang aku terngiang-ngiang dan terbayang-bayang pemandangan dasar laut ciptaan Allah. SubhanaAllah.

So, utk snorkelling ni , kitorg round2 kt tepi pantai utk tengok2 gerai snorkelling. Mostly RM50 sekepala utk 5 tempat, tapi kalau pandai kautim, leh la dapat RM45. Cam aku n member aku amik snorkelling kt Suhaila. Kak Suhaila ni pun ada kedai runcit gak, kt depannya, kedai snorkelling dia. Aku amik service dia sebab dia bagi murah, RM45 sorang and paling penting sebab Kak Suhaila ni baik. Serious, akak ni baik ,peramah dan tak lokek cerita pasal Pulau Perhentian tu. So, sbb first time pun dah rasa selesa dengan akak ni, kitorg terima la akhirnya. Ada gak abang2 beach boy yang kulit gelap kebanyakannya yang perangai standard laki lain. Gatal, minta num tel, owh, itu hanya membuatkan kitorg tak selesa. Maaf abang Adik Mat, kami tak amik service abang sebab takut dengan abang. Hehehe..








So, ni tempat2 kitorg gi time snorkelling yang start pukul 11 pagi..

  1. TURTLE POINT

Kt sini kitorg tengok turtle, besar giler turtle dia. Since kitorg pakai jaket keselamatan, kitorg tak leh la nak touch turtle ni kat dasar laut. So,tengok dari jauh je la kitorg. Ada gak foreigner yang sama bot dengan kitorg try nk touch the turtle, tapi mybe sebab dalam, tekanan udara yang tinggi dan mungkin nafasnya dah abes, dia tak berjaya. Best gak tengok turtle ni jalan terkedek-kedek. Haha, so comel!




  1. CORAL

OMG! SUBHANALLAH! Coralnya siyes besar dan cantik giler. Apa yang aku blaja time Paleontology pasal coral, terapply gak akhirnya. Ada macam2 jenis coral, branch coral, meandering coral, lain2 corals. Besar giler bapak coral dia, aku rasa besar giler coral dari badan aku. Warna macam2, memang cantik. Ada gak oyster, tapi tak leh lak tengok ada pearl atau tak kt dlm tu. Ada gamat, ada mcm2 makhluk laut kt sini. Best!












  1. SHARK POINT

Kt sini kena work hard sendiri cari baby shark. Ida ada nampak tapi aku n member lain tak dapat tengok. Susah nak tengok. Tapi aku ada nampak baby shark kt tempat lain. Aku rasa ada la panjang kaki aku, dan muka memang sebiji shark (dah namanya shark kan?). Time tu aku sorang2, aku actually aku nk cari ikan flower horn, tapi jumpa baby shark. Menggelupur aku. Terus lari tempat lain. Aku takut kena gigit and kalau balik nanti aku hilang kaki atau punggung ke, argh, jiwa kacau aku! tapi sebenarnya, shark ni bukan jenis yang makan orang,vegeterian mungkin.lol.


  1. VILLAGE

Lunch hour. Kt sini kitorg rehat2 kat sini. Stop wajib utk snorkelling. Since kitorg dah beli siap2 makanan dari Mak Cik Yah, kitorg makan makanan bekalan kitorg kt situ. ABC kat sini murah dan sedap gak, RM2. Best kot makan2 ais time panas2 ni.

Nasi Cik Yah dan ABC. PERFECT! 



  1. BEACH

Kat sini ada tempat untuk simpanan turtle telur dia. Tapi kalau gi tengok siang, owh, kecewa sbb nampak nothing. So, kat sini just bleh buat apa2, minggle around, nak terdampar di pantai macam orang putehss untuk dapatkan kulit yang perang, atau gi practice berenang macam kitorg.

Faridah's mum. Mak cik memang osem! *Hat off*







Balik dalam pukul 4 petang, penat giler. Pas mandi and bersiap, kitorg lapar n gi bantai maggie cup dan bubur cup ramai2. Masyuk giler!

Jalan2 kat sini pun best. Kitorg  gi kt coral bay, tempat coral mati dalam 10 minit jalan kaki. Nk gi tempat ni kena lalu hutan, lalu celah2 chalet tempat lain ,dan coral bay ni nearby dengan Shang-ri La chalet. Kawasan sini sunyi sikit, and aku rasa, pantai depan bubu still the best sebab bila kitorg berenang bawa roti je, mesti ada ikan2 nemo datang. Awww, so cute dan best giler bila diri dikelilingi ikan.  Ok, kat coral bay ni the best pemandangan time sunset. Cantik pemandangannya, romantik macam dalam drama Melayu. Ahaks.

Restoren bleh tido. Laluan ke Coral Bay.

Shang-ri La hotel, belakang Bubu Chalet dan dipisahkan hutan.

Gamat.

The sunset begin :)





b4 sunset. kawasan sekitar coral bay.still tak boleh beat kawasan sekitar Bubu.


Kat sini gak ada kincir angin, windmills. Kak Suhaila cakap tempat ni comel, best and macam kat oversea. Tapi sebab kitorg tak cukup masa, kitorg pun tak sempat pergi sana sbb perjalanan dalam sejam la jugak naik bukit. insyaAllah, nnti pas ni kalau pergi lagi skali, aku nk pergi sana.

Time malam2 kat sini, yang bestnya kt Beach Bar, gi tengok orang main api, dan beberapa pertunjukan lain. Kitorg gi tengok je la dari jauh, takde la gi join minum arak n hisap shisha. Bab arak2 kt sini, mcm biasa je, common thing, and jangan terkejut kalau tengok yang jual tu maybe orang Melayu dan islam, dan sume kedai mostly ada jual arak, sebiasa seperti jual air kotak dan air tin bikarbonat di pasar malam.  ASTAGFIRULLAH.



Restoren Bubu


ni Beach Bar.aku tak tahu nape dia senget walhal dlm lappy aku okey je.

Tapi, aku rasa tempat yang aku pergi ni tak berapa baik untuk budak2 sebab bila jalan2 sepanjang pantai dekat sini, mostly kiri kanan memang orang putehs yang perempuannya pakai bikini dan lelakinya pakai sependa. Ada gak kitorg tengok pasangan gay, awww romantik yuolls! Nak muntah. Haha. Orang cakap, kalau nk bawa family, and budak2, better gi Pulau Besar, tempat yang agak menenangkan compared to Pulau Kecil.

So, that's all cite aku kt sini. Banyak nk cite, tapi malas nk tulis, rasanya ni dah cukup panjang kot. Siyes, aku rasa nk pergi sana sekali lagi n nk main snorkelling lagi. Best gak kalau ada diving license ... Huhu…

So, pasni insyaAllah. Akan planning lagi ke tempat2 best bersama Ida, Faridah, Nadia dan kawan2 lain. Moga dipermudahkanNya.

 Cheers.

Cuci mata dengan gambar2 ni




















Berjalanlah di bumi Allah dan lihatlah kebesaran ciptaanNya.

:)



2 comments: