Friday, September 27, 2013

BIOSTRATEX AWESOMEEE GILER!!

"semoga Allah meredhainya...."

Sape2 yg telah google nama company ni dan tetiba jumpa blog aku, tahniah aku ucapkan. HAHA

Sape2 yg dapat placement internship kt sini beribu2 tahniah aku ucapkan! Serius ko takkan menyesal intern kt sini. Apa yg bleh aku ckp, biostratex FTW!

So, kt sini aku nk cite betapa best giler aku intern kt sini. So, sila la jeles dan berbulu dgn cite aku ni. HAHA

So, 23hb Sept 2013 adalah tarikh aku mendaftarkan diri utk intern (praktikal) kt Biostratex (known as Biostrex). Bertolak dalam 7.30 pagi, sampai dalam 8.40pagi. Sepatutnya masuk 8.30pagi. Berpeluh-peluh aku sbb datang lambat. Ni sume sebab jem aka kesesakan lalu lintas yg tak disangka-sangka kt Paya Jaras dan MRR2 dari rumah aku kt Puncak Alam ke company ni.

Sunday, September 1, 2013

GEOPHYSICS VS PALEONTOLOGY

"semoga Allah meredhainya...."

Dulu time aku masuk UTP ni, aku punyalah masuk sebab parents suruh. Sumpah aku tak pernah terpikir nak masuk universiti engineering ni. Betul, memang ada hikmah aku masuk kat sini, sebab dengan UTP ni la aku kenal tarbiyah dan dakwah selepas diri dibaluti jahiliyah dan dosa. Kat UTP ni aku kenal sket2 pasal sirah, belajar bahasa arab, dakwah fardhiyah bagai, dan erti ukhuwah kerana Allah. Eh, lupa plak, aku pun belajar la gak pasal Petroleum Geosciences.

Sekarang ni dah nak internship, nak final year dan lagi setahun lebih aku nk graduation. Cepat betul masa berlalu. Sejak akhir2 ni, benda yang aku takut sangat nk hadapi, bila aku kena memilih major aku blaja antara geophysics dan paleontology.

Memang serabut aku pikir, memang memenatkan untuk timbang tara semua, tapi bila lama2 aku pikir, awat la aku ni membebankan diri aku, walhal, aku leh je pikir, ni hidup aku, sukati la aku nk pilih mana. Tapi tu la, cakap memang la senang, nnti bila tiba masanya, entah2 pape ntah aku ni. Bila ada pengaruh sikit, aku dah goyah. Bila orang buat aku ragu, aku termangu2. Cis. Punya la aku tak berpendirian kuat dalam benda2 macam ni. Alahai!

So, end of this month, aku menjalani kehidupan sebagai pelajar praktikal. Excited and harap Allah mudahkan kt company biostratex ni.