Monday, December 9, 2013

TACING: AKU ADALAH AKU

"semoga Allah meredhainya...."

Hari ni lunch telah disponsor oleh kak Yana sempena 1st gaji dia kt Nandos. So, for the first time aku gi makan kt sini. Biasa je. Aku takde la sampai terngiang2 nak pergi lagi. Nasi Ayam Pak Tam lagi sedap rasanya.

So, after makan, tetiba Hadi cakap pasal aku yang tak suka cakap directly.

"X kot, xpe la, boleh jugak.." few words yang aku biasa guna yang dia cakap tak bagus.

Bagi aku, ko tak boleh nak judge and ubah seseorang sebelum ko betul2 kenal orang tu.

Aku hormati nasihat dan pendapat dia tapi yes, aku tacing giler.

Macam mana aku bleh jadi macam tu, semuanya disebabkan TARBIYAH.

TARBIYAH MENGAJAR ANDA UTK BERKORBAN TERUTAMA PENGORBANAN PERASAAN

PERASAAN. aku tak boleh nak buat orang faham apa yang aku rasa, tapi aku cuba utk faham apa yang orang rasa.

Hidup aku untuk ummat, untuk berbakti pada manusia dan untuk memberi sebanyak-banyaknya.

Jadi, untuk aku MEMENTINGKAN PERASAAN SENDIRI adalah bukan sikap aku.

Hidup dengan mama, dengan orang yang lebih dewasa dan dalam medan dakwah, mengajar diri untuk sentiasa bersyukur dan tak pentingkan diri.

Sebab tu mungkin bila orang tanya pendapat aku tentang makanan, perihal diri, atau yang spesis dengan dia, aku akan berikan jawapan yang rasa boleh menenangkan dan membahagikan seseorang.

So, minta maaf pada yang terasa dengan jawapan aku.

Thursday, December 5, 2013

RUMAH SEWA: THANX SEBAB HALAU AKU KELUAR!

"semoga Allah meredhainya...."

Amaran keras: Post ini ditaip dengan penuh perasaan dan perasan.Eh!

Minggu lepas minggu yang penat, pening, dan menguji keimanan dan ketahanan.

Barang2 aku n housemates


Pengalaman kena halau dengan ketua rumah,Kak Lini, perempuan gila dan puaka (my housemates yg bg nama ni. LOL) memang tak boleh lupa dalam hidup aku. Aku tahu aku cun, baik, cantik, anggun dan setara dengannya (okey, bleh muntah semua) berbanding Kaka Lini ni, tapi janganlah sebab aku tak bawa dia naik kete aku gi tengok wayang, gi Giant depan rumah, gi pasar malam, maka dia nak tacing dengan aku dan halau aku keluar rumah. Huh! Manusia apakah ini? Macam budak kecik!