Wednesday, January 1, 2014

DOKTOR MAHAL GILER

"semoga Allah meredhainya...."

Pertama kali aku demam teruk giler. Semua gara2 sebab makan Pacalele Lela kat Shah Alam, masakan pacalele cabe ijo (cabai hijau). Memang sedap, pedas giler dan pastu terus aku demam. Giler.

Mungkin sebab perut aku tak biasa, maka bertambah pilu dan sedih la perut aku bila dihentam dek cabe ijo ni.

Hari ahad aku makan.

Pagi isnin kul 5 pagi aku bangun, muntah dan cirit birit.
Hari isnin gi keje aku demam2 dan tido 2 jam tengah hari kt Biostratex. Walaupun kak yana cakap it's a trap sbb gaya aku tak macam orang demam, aku hanya senyum. Takkan la nak aku muntah dan cirit-birit depan dia baru nak percaya? HAHA

Malam Isnin getting worse. Aku meracau sebab panas sangat. Makan panadol je sebab nak tahan sakit.

Pagi selasa. Getting better. Maybe sebab panadol.
Gi keje ada free lunch due to farewell kak saradilla, makan sedap giler.
Dan perut aku pun makin teruk sebab mungkin dalam proses recover, tetiba aku sumbat dengan makanan yang superb best. Sepatutnya kena la follow soft diet, makan bubur, makan makanan tak berminyak, berlemak dan goreng. Bak kata doktor, makan tu pantang sket. ahahaha.

So, pagi Rabu, new year, aku dah berpeluh2 dan sakit perut pagi2.
Nak tak nak aku kena gi klinik gak.
Terkejut gak bila kena bayar RM85, fuhh. first time aku gi klinik swasta dan kena charge semahal ni. Nasib baik la company Biostratex cover,,,mungkin En. Munif bayar pakai duit dia dulu kot.

Sorry la, aku bukan nak habiskan harta company ni tapi aku tak sangka kena semahal ni. Next time aku gi farmasi je nak murah.

Apepun, lesson learnt, jangan makan sesuka hati macam perut tu kebal macam perut buaya. Dan sakit tertonggeng-tonggeng dan guling2 baru tahu. Jaga anugerah Allah ni baik2.