Monday, February 10, 2014

MR BOS, ABG2 SKEMA DAN KAKAK GILA2

"semoga Allah meredhainya...."

"Awak rasa aku loser giler dalam kelas. Apa yang aku blaja, aku pun tak faham. Time fieldtrip ni aku totally lost!" Aku tahan air mata aku. Aku tak nak nangis depan Gori, classmate aku merangkap groupmate fieldtrip aku.

"Aku faham. Aku dulu pun macam ko, tapi ye la, kita kena teruskan apa yang kita dah lalui." Gori memberi nasihat padaku. First time aku tengok riak muka dia serius. Dia fahami apa yang aku rasai.

Aku tak tahu apa dah jadi pada aku. Aku mencari diri aku. Aku enjoy giler time fieldtrip, memang mungkin sebab fundamental aku tak kuat, aku lost. Aku terpinga-pinga. Aku sedih dan aku jadi bukan diri aku. Pergi tandas, tengok cermin, aku cakap kt diri aku, 'ni bukan Ezan yang aku kenal!'. Sampai aku rasa aku cam orang giler yang keliru identiti bila perasaan minat pada geology semakin menghakis dengan tugasan2 yang boleh buat aku makin blur, lost dan down!

Dan aku pun mencari 'jalan pintas'. Aku rasa cukup la aku amik research/phD, dan jadi lecturer di samping kahwin dan dapat anak. Cukup. Aku malas nk pikir pasal minyak ke, pasal offshore ke, pasal apa2 yang memeningkan kepala aku.

Dan bila Allah takdirkan aku masuk Biostratex ni, sume benda berubah, berpusing 360 darjah.

Wednesday, February 5, 2014

READY TO GET MARRIED

"semoga Allah meredhainya...."

Epic giler gmbr ni aku cari dlm google. LOL


Kahwin.

Aku taip ini sebab kemungkinan besar, aku akan berkahwin (tak tahu bila sbb tgh cari En Suami.Eh, silap. Tengah buat persiapan menjadi Pn Isteri. LOL), dan post ini adalah untuk peringatan aku dan mungkin dalam beberapa tahun aku akan buka untuk baca. Eheh.

Okey, aku rasa aku takde lah layak sangat untuk bercerita tentang majlis perkahwinan sebab empunya diri pun belum menghadapi hari yang bermakna ini. Cuma, tetiba rasa nak berkongsi tentang majlis ini asbab diri sentiasa menjadi orang disebalik tabir utk majlis gilang-gemilang ini.