Thursday, May 29, 2014

KUATKAN DIRI

"semoga Allah meredhainya...."

Sabda Rasulullah SAW :

"Daripada Ibn Abbas RA berkata : telah bersabda Rasulullah SAW : "dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (riwayat Bukhari)

MASA LAPANG. FREE TIME. 

HAISH~

Hindarkan diri dari masa lapang, penuhi masamu dengan perkara yang berfaedah
Perkara yang bermanfaat dan dapat memberi kebaikan kepada agama.

Usah biarkan dirimu dibelenggu dengan nafsu
Meletakkan dirimu dikerumuni syaitannirrojim
Bangunlah diri wahai Ezan,
Gagahkan dirimu
Kuatkan hatimu
Jangan mengalah.

Kau bukan kanak-kanak
Kau sudah dewasa
Usah menangis
Usah merungut
Usah merajuk

Hamparkan sejadah
Sujud padaNya
Buka suratNya 
Fahami apa yang ingin disampaikanNya

Kau tak perlukan sesiapa
Kerana kau hanya perlukan Dia.

Jangan malas berusaha
Jangan malas membaca
Jangan malas menuntut ilmu 
kerana semua ini dariNya

Ilmu
Itu yang membezakan kau dengan orang bodoh

Amal
Itu yang membezakan kau dengan orang yang berilmu

Besarkan matamu
Keluarkan segala tenagamu
Dan berlarilah selajumu.

Saturday, May 24, 2014

I LOVE YOU

"semoga Allah meredhainya...."

I LOVE YOU AND MISS YOU ABANG EDAL

Edal,

Aku just nk cakap aku minta maaf sebab time ko birthday 25/5/11 aku memang nak balik dari UTP ke Puncak Alam nak sambut birthday ko tapi mama and abah tak bagi aku balik. Dorang suruh aku stay UTP focus study. Walhal aku memang giler2 nak balik sampai aku gaduh dengan mama. Ko pun tahu aku nangis time ko call aku nak tnya aku jadi balik ke tak since ko nak pick up kt UTP. Memang aku merajuk dgn mama sbb mama marah aku, cakap aku degil, taknak dengar cakap mama sebab nak balik umah. So, aku pun tak jadi balik rumah.kecik hati dengan mama. Ko pun perasan yg aku tak call mama minggu tu mcm yg aku slalu buat sebelum ni, call mama 2 hari sekali utk tnya khabar. Sebab aku merajuk, ak taknak cakap dgn mama. Dan ko pun tnya mama kenapa aku tak call. Seminggu aku tak call mama and abah sebab merajuk.

Sampai la abah call aku seminggu lepas tu bagitahu ko dah meninggal. Time tu aku memang terduduk tak percaya. Smpai kt umah, mama marah aku kenapa tak call mama sepanjang minggu lepas. Mama cakap ko sedih sebab aku tak call mama. Mama cakap ko kesian sebab aku tak dapat balik rumah sbb aku just diamkan diri taknak call sesiapa. Edal, aku minta maaf sangat2. Mungkin aku terlalu emosional dan mengikut kata hati.

Aku just nak cakap pada ko, walaupun aku marah atau sedih dengan mana2 ahli keluarga, aku tetap sayang korang semua. Mungkin hajat ko untuk tengok aku call mama minta maaf dan tnya khbar mcm biasa tak kesampaian, aku minta maaf sangat2.

Maaf sbb aku emosi mlm ni.

Mengundur diri.

UTP,25/5/14. 2.40AM.

Hargai keluarga selagi mereka ada di sisi dan belum dipanggil Illahi.

Thursday, May 22, 2014

UTP [FINAL YEAR]

"semoga Allah meredhainya...."

Dah 4 hari kat UTP. Semester baru bermula. Rasa tak sabar ingin bergelar graduan, moga Allah mudahkan walaupun di sudut hati rasa sedih kerana akan berpisah dengan rakan2 tercinta.

Sem ini agak tragis kerana masing2 dicampak ke bilik yaang tak tahu siapakah rumate dan housemate. Maka, aku bersyukur kerana ber-roommate-kan seorang phd student dr Iran dan ber-housemate-kan master student dari Indonesia dan Sudan. Feeling ala2 di luar negara. Mendidik aku agar lebih serius dalam bekerja dan meluang masa bersama Dia serta tidak membuang masa.

Roomate aku namanya Hengameh dan berpegang dengan Syiah. insyaAllah, dia takkan bunuh aku. Lol.

Post ini lebih kepada mengada sebab takde idea. (??)

Oh ye, aku rindu housemates kt Batu Caves, mereka yang aku jumpa dalam rumah selepas aku terbaca iklan 'mencari housemate perempuan' di papan kenyataan bawah rumah flat kos rendah Taman Samudera.

Dan aku rindu mereka yg lain-semua yang aku cinta-kerana Dia.