Sunday, August 31, 2014

EXAM

"semoga Allah meredhainya...."

Dulu bila exam, aku memang sungguh2 buat, stay up like hell, mmg aku nak dpt markah tinggi, nak achieve top dlm kelas mcm student lain nak.

Bila makin besar, makin umur meningkat

Aku macam tak nampak relevennya buat mcm tu. Entahlah.
Bila umur makin byk, komitmen makin byk, kesihatan perlu dijaga (lagi lama aku stay up, lagi byk jerawat aku naik. Cis!), makin banyak problem luar dtg, dan fokus aku makin berkurang utk study.

Hmm. Entah la, dulu time PMR atau SPM, just fikir pasal study. Achieve the best! That's all.

Sekarang,

"Dah contact adik2 utk usrah?"
"Bila usrah/liqo?"
"Minta tolong hantar kat stesen KTM/bus ptg ni boleh?"
"Aku tension, bleh gi lepak luar jap?"
"Bila nak shopping beli brg dapur,brg nak exam?"
"Kenduri hujung minggu ni jgn lupa dtg taw!"
"Hujung minggu ni nak minta tolong kakak teman Ajim kat umah. Balik umah ea."
"Kena servis kete, nak kena prepare gi fiedtrip Pahang"

Dan lain2.

Dan fokus utk study giler utk exam mcm menipis.

Sebab aku pikir exam tu bukan segala2nya sbb aku ada byk lagi nak buat.

Betul ke?
Entahlah.
kadang2 aku buntu .Aku pun dilemma.

Tapi aku doa agar apa saja yg aku buat moga diberkatiNya.
insyaAllah akan cuba buat yg terbaik setiap satu kerja.

p/s: dpt note dr SA: belum keje,kawin, n ada sume dah kecoh entah pape! Puihhh!

Fine, aku mmg gelabah pun. Perempuan kan.

Sunday, August 17, 2014

MY " MAD'U " AND MY FRIEND FOREVER

"semoga Allah meredhainya...."

Aku ada kawan yang rapat dalam kelas. Syaza, Ida n Afiqah. Aku kenal dorang since aku masuk UTP, dan rapat dalam kelas. We share a lot of thing and kemuncak bila kitorg duduk 2 sem bersama dalam satu rumah kt UTP before internship. Aku sayang dorang sangat. Sangat. Walaupun dorang bukan akhwat dan tak join usrah, tp dorang antara insan yang sentiasa support aku time aku susah, time aku sedih kt UTP.

Aku tak cakap yang akhwat tak rapat atau aku taknak berkongsi dgn akhwat, tapi mereka bertiga antara insan yang aku 'tak dapat nak elak' since kitorg classmates, slalu study sama2 n dah lalui susah senang bersama2 time blja. Jadi, bukan senang utk aku buang dorang dalam hidup aku atau ketepikan dorang dalam kehidupan aku di UTP, apatah lagi bila aku join usrah.

Aku taknak pinggirkan dorang dan lebihkn mad'u atau akhwat. Aku nak dorang dapat layanan yang sama rata seperti mana aku melayan akhwat n mad'u.

Aku tanam dalam diri utk sentiasa spend masa bersama dorang. tak kisah lah gi shopping, tgk wayang, karok atau makan, at least ada 'usrah' mcm meeting outside dgn dorg.

So hari ni sgt mencabar. Aku ada daurah kt KL, jumaat - ahad. Since sem ni kitorg duduk terpisah sbb management pisahkan, so aku tak cite la kat dorg aku pergi mana sume. Ida whatsapp aku tanya bila nak karok sbb dah 3 bulan plan tapi tak jalan pun. Aku jwb Rabu dpn lepas abes test sume kita gi. Walaupun mungkin dia harap malam tu jugak atau weekend tu jugak gi, tapi demi tugas dakwah, aku takleh nak penuhi. Pastu dia tnya bila nak kuar shopping? Sbb Ida n Syaza nak gi beli barang. Sbb aku je yg ada kete, so biasanya dorg yang akan ikut timing aku.

Aku try utk spend masa utk dorg. Sungguh. Aku bgtau dorg lepas Asar sbb aku ingt aku dapat smpai dari KL before asar, tp tiba2 ada meeting ad-hock smpai kul 3 n mustahil utk aku smpai Asar kt UTP. so aku text bgtau after mghrib sbb ada hal. Aku tak nak bgtau perihal usrah aku sume sbb takut nnti dorg rasa menyusahkan aku dan menjarakkan diri dari aku. Aku drive kete viva aku 110km/h dari KL-Perak. lepas hntr akhwat kt rumah sewa sume, aku solat kt masjid kul 8mlm. Aku minta maaf pd dorg ckp lmbt sket. Aku bgtau aku smpai 8.15mlm. Dorang setuju.

Aku drive v5 utk pick up dorg tepat 8.15mlm. Sangat penat time tu sbb program dari pagi n dgn drive sorang2 lagi bersama 4 akhwat dlm kete tu, aku mmg minum kopi je along perjalanan tu. Lepas shopping sume, kitorg gi dinner. Dorang mmg plan xnak dinner sbb nak dinner dgn aku mlm tu. Oh, kalaulah aku cancel tak nak kuar dgn dorg, mesti dorg hampa rasanya! Alhamdulillah, Allah bg kekuatan pada aku harini utk spend masa bersama insan2 yang aku sayang.

So, we change a lot of story time dinner. Just like usrah. Byk benda kitorg fikir dan bincangkan. Pastu aku dapat mesej dari Kak Sofia utk main badminton kul 10. Time tu aku dah cuak sbb aku mmg penat giler. Aku ingt spend masa dgn Ida n Syaza adalah aktiviti yg terakhir mlm ni. Tapi Allah hntr kak sofia utk 'menuntut janji' aku dgn dia utk bermain badminton. Aku bersetuju sbb dorg n the gang dah plan lama n asyik bertukar2 je so mesti cam takbest kalau aku last minute tarik diri sbb mulanya aku ckp okey je. Aku tak expect pun sbnarnya sume benda nak jadi dalam satu masa.

So, aku buat2 relax dpn Ida n Syaza. pas mkn aku hntr dorg balik n tetiba da nak dekat kul 10 kak sofia mesej aku ckp main badminton tak jadi sbb Akmal the leader ada hal n dia cancel kan game mlm ni. Fuh, Alhamdulillah. Ak balik bilik dan mandi. Bersihkn bilik sume ,letak baju kt laundry basket sume n bersedia utk study.

Esok aku ada test Geochem dan sejujurnya aku tak study lagi.

Haha. Dan since utk kurangkan beban kt kepala on what's happening today, aku decide utk tulis sume benda ni.

Moral of the stody: Stay strong Ezan! love yourself. dan jangan tinggalkan kawan2 ko kt belakang bila ko join usrah hnya kerana dorg bukan usrahmate ko, in fact, dorg adalah mad'u ko, mad'u yang tak direkod secara rasmi dan takkan lari dari ko walaupun ko ada banyak kekurangan dan kekhilafan dalam diri.

Wish you luck Ezan.

Do the da'wa, InsyaAllah, u can do it! :)


Friday, August 8, 2014

USRAH: TALUT N JALUT

"semoga Allah meredhainya...."


    Today's usrah sangat terkesan. Sangat.

    Sangat tersentuh cerita pasal Talut n Jalut. Cerita ni diceritakan oleh Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:246-252)

    Cerita ni aku mmg pernah baca sebelum ini, tapi tak sangka ada maksud tersirat yg boleh dapat dari cerita ni.

    TAPISAN

    Adalah main point dalam cerita ni.

    Berkisarkan cerita Bani Israel yg diuji oleh Allah dengan 5 ujian sebagai tapisan untuk melihat siapa yang benar2 beriman pada Allah.

  1. Ujian meninggalkan keluarga dan tempat tinggal
  2. Ujian diwajibkan berperang
  3. Ujian menerima Talut sebagai ketua
  4. Ujian tidak minum air atau minum seceduk sahaja
  5. Ujian menghadapi tentera musuh, Jalut yang lebih ramai dari mereka

  6. Bila tengok satu persatu ujian tapisan ni, kita boleh nampak bagaimana Allah menyusun ujian ini makin hebat dan betul2 menguji mereka. Bila tengok ujian 1-3, lebih kepada ujian luaran tapi bila masuk ujian 4&5 lebih kepada dalaman dan diri sendiri.

    Ye la, kalau kita ditempat mereka, bayangkan jika kita diuji dengan keluarga, atau kena perang sume, mungkin kita boleh la terima dan sanggup walau dengan berat hati, tapi bila saat kita dan jauh melangkah dan makin lemah, tetiba ada ujian yang tak leh minum dan bakal mati menghadapi musuh yang lebih ramai dan mungkin kuat, adakah kita akan tetap maju atau berundur?

    Allah pasti akan uji pada titik kelemahan kita. Dan di situ juga syaitan akan membisikkan kata2 yang kita sangka indah walau hakikatnya kita sebenarnya telah tercicir dan terkeluar dari tapisan ujian Allah.

    Hidup ini adalah ujian. Dan kita kena hadapinya. Walau penat, walau payah, kita kena sabar dan kuat. Doa byk2 pada Allah . Cerita dlm AQ ni pun Allah bagitahu bagaimana mereka yang mulai lemah menghadapi tapisan tu tapi masih tetap yakin pd Allah berdoa pada Allah,

    '…..Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami, dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir' (2:250)

    Usah mudah menyerah kalah, usah larut dalam tapisan, yakinlah kita ada Allah.

    Percaya dan yakin. insyaAllah.