Monday, September 29, 2014

MASTER: MOGA DIPERMUDAHKAN

"semoga Allah meredhainya...."

ALHAMDULILLAH.

Dah halfway utk confirmation daftar utk master January depan. Tadi dah jumpa Supervisor utk dapat 'izin'. Syukur sbb sv willingly nak amik as student and siap bg tajuk utk research lagi. Dan pergi pejabat Petronas, staff ckp okey je nak sambung master part-time research as long as klu Petronas panggil keje, kena pergi jugak.

Excited dan moga Allah mudahkn esok.

Esok nak jumpa lecturer yg incharge master ni utk dpt izin dorg utk luluskn application since xde lagi degree scroll sbb tinggal satu semester je lagi abes awal January gak. so mmg plan nak twos sambung master.

Moga dipermudahkan.
Tak sabar nak sambung master n kerja Petronas (klu dorg panggil lah) and menyumbang pd masyarakat.

insyaAllah, lecturer Ezan is on the way. :P

Tajuk Final Year Project (FYP) and Master nnti insyaAllah.

Saturday, September 27, 2014

ALHAMDULILLAH

"semoga Allah meredhainya...."

ALHAMDULILLAH.

Semester lepas dah berakhir dan memberi keputusan yang sangat disyukuri.

Tak sangka, terkejut dan tak termimpi pun akan dapat result sebaik ini.
Sesungguhnya kuasa Allah tiada siapa yang dpt menghalangnya.

Ya, kenangan manis sebagai seorang siswazah tahun terakhir.

Moga semester terakhir sekarang ini juga lebih baik dari sebelum ini sebelum bergelar graduan. InsyaAllah.


Wednesday, September 3, 2014

FILEM: SANG KIAI

"semoga Allah meredhainya...."



Baru lepas habis tengok cite Sang Kiai. Taw pun dari video clip Bila Nanti dr Ungu. Cite ni dah lama da ditayangkn, pertengahan tahun lepas.

Apepun, Cite ni best sebab sarat dengan nilai-nilai murni keagamaan dan kekeluargaan especially pasal suami isteri. Berlatarbelakangkan madrasah Tebuireng yang dipimpin oleh Kiai Hashim Asy'ari ketika zaman mencapai kemerdekaan Indonesia.

Banyak peranan penting yg bleh kita contoh dalam cite ni, as dai'e, pemimpin, khalifah, abid, suami, isteri, pengikut dan lain2.

Part aku paling terkesan bila aku tengok kesungguhan penduduk yang belajar agama dan dari agama tu semangat jihad dibentuk utk mempertahankn negara. Serius, aku rasa takde filem kt Malaysia yang menceritakan kemerdekaan negara ni yang sedasyat cam Indonesia. Asal scene perang je dalam cite ni, aku start la nangis2. Nangis sebab tersentuh dengan kesungguhan dorang untuk syahid, dan bila reflect kt diri aku, sedihnnya..aku ni bab syahid atas katil memang hebat la.

Dalam cite ni mcm ada 2 watak utama, watak yang tua, Kiai Hashim dan yang muda, Harun, Baguslah bila dia buat mcm ni nmpk cam real la. Maknanya, akan ada konflik antara yang muda dan tua in real life dan mcm mana bila ending tu dia simpulkn yg dorg bersatu balik sebab nak pertahankn agama dan negara Indonesia.

Bila tegok figura Kiai tu aku terpikir, macam mana la orang boleh mark muka dia, benci dia, tak suka dia, walhal tengok gaya dia tenang je, bersahaja, sentiasa melakukan ibadat dan kebaikan. Nak cakap kaya, tak, nak cakap kuat dan ada kuasa pun tak. It make me flashback yg apa kawan pernah share, Rasulullah dulu pun mcm tu. Makin dia buat dakwah, makin banyak musuh2 Islam yang menentang. Koreksi diri plak. Huhu.

Cite ni gak dia menceritakn figura perempuan, isteri Kiai dan isteri Harun. Bila tengok cite ni, aku pun berangan nak suami mcm dalam cite ni. Bestnya. Walaupun duduk umah usang, tapi tenang je, bahagia, islamik walaupun makan bubur hari2. Pandai giler krew produksi dia buat. cite ni dia tunjuk camna kecekalan isteri Kiai ni meneruskn perjuangan Kiai dalam mendakwahi penduduk kampung tu. Dan ketabahan isteri Harun hidup dalam kemiskinan, dan kesengsaraan. Part yg dia tak bagi Harun pergi berjuang menentang penjajah tu memang touching giler. Ye la, baru kawin ,pastu baru hamil dan pastu laki nak gi perang. Entah hidup atau tidak. Mesti la kalau aku pun mcm nak merayu je laki jangan pergi, dok la kejap umah, teman aku sampai sume dah settle n stable. boleh la. Tapi demi dakwah, demi agama dan negara, Harun tetap pergi dan minta isterinya mngizinkan dan meredhai pemergian dia. Dia janji nak pulang pas perang. Dan yg pulang dalam cite ni adalah jenazah dia. Huhu

So, as conclusion, gi la tengok cite ni. Best giler. Haha. Aku rasa mcm entahpape aku tulis review cite ni. haha.

"Perempuan itu ibarat pakaian bagi laki-laki. Menghangatkan tika hujan, meredupkn tika panas." isteri Kiai Hashim Asy'ari nasihatkan pada isteri Harun.