Thursday, October 30, 2014

FINAL YEAR STUDENT: MY TURN TO CRY

"semoga Allah meredhainya...."

"Dulu life Kak Syida and Kak Marha time final year camne kak?" tanyaku pada Kak Syida suatu masa lalu.

"Ya Allah, Ezan nak tahu tak. Time tu memang kitorg stress. Banyak keje nak kena buat. Sampai ada one time tu, tengah bz nak buat fyp (final year project), pastu kena ada usrah and liqo' sume, stress giler sampai akak MENANGIS. Kak Marha yg nampak akak pun MENANGIS SEKALI sebab dia pun sebenarnya stress. Lawaknya, last2 before gi liqo' tu dua2 menangis dalam bilik." cerita kak syida panjang lebar.

MENANGIS.

Aku monolog dalam hati. Macamana lah bleh stress sampai macam tu. Leh plak menangis secara berjemaah. Musykil2.

_____________________________________________________________


Dan saat ini, tika aku menaip ini, sesungguhnya ingatan aku teringat pada cerita kak syida tu sebab aku tengah dalam fasa yang stress sebagai final year final student pulak. Aku dah faham cerita kak syida dulu.

MENANGIS.

Itu yang aku rasa sekarang ni. cuma aku takde kawan, takde teman untuk aku kongsi bersama dan buat aku lagi stress dan down.

Dan sebab tu aku taip kat blog ni.

Banyak masalah dan hambatan2 yang makin hari makin buat aku x keruan.

Dan aku merasionalkn diriku, mungkin iman aku yang bermasalah, aku jauh dariNya.

Aku tak nafikan.

Masalah dalam usrah yang buat aku rasa macam dah nak give up. Semakin hari, akhwat2 buat aku makin merasakan diri mahu lari.

Masalah dalam kelas yang buat aku rasa down sebab subjek sem ni yang kebanyakannya mengira dan ya, aku memang fail bab2 mengira ni dan aku tak pernah dapat gred selain C dalam subjek matematik kt UTP ni. Every single class, almost half of the lecture aku blur.

Masalah dengan kawan2 yang mungkin tak faham kondisi aku. Aku tak minta pun dorg faham, tapi kadang2 apa yang dorang buat tu rasa aku nak lari dari dorang. Sampai one time, aku rasa kita sume dah berubah termasuk aku yang dah berubah lebih emotional.

Banyak masalah yang aku nak tulis tapi aku taw end up aku kena hadapi semua ni.

Sampai satu tahap aku rasa mcm nak jd depressed people. Dem pada someone yg introduce aku benda ni sampai aku rasa benda ni sikit2 dah makan diri aku dan sedut aku masuk.

Harap Allah beri aku kekuatan
Harap Allah beri aku kemudahan
Harap Allah beri aku belas ihsanNya

Sebab aku hanya insan kerdil, hina dan tak punya apa2 kat dunia ni. Aku tak tahu mana kedudukan aku di mata Allah.

Moga ia berakhir dengan segera dan aku kembali senyum ceria.