Saturday, November 15, 2014

FIRST USRAH WITH THEM

"semoga Allah meredhainya...."

Tonight is the D-Day for me. Sejarah untuk aku yang start usrah bersama mereka.

Sebenarnya mmg ni first time aku usrah dgn Eleena and Alia. Lepas beberapa kejadian and peristiwa berlaku, kitorg dah tak usrah bersama.

Aku faham keadaan mereka. Aku pernah dalam situasi itu. Dan pilihan mereka itu mungkin yang terbaik utk mereka saat itu. Aku tak salahkn sesiapa.

Dan malam ni ibarat sejarah apabila kami berkumpul kembali. Niat aku utk berusrah sesama housemate menjadi medium utk aku mengajak mereka.

"Rasa bergetar plak suara" kata Alia bila dia berkongsi tntg perkara islam dalam kehidupan. Mungkin sudah lama, mungkin dia kekok dgn rasa seperti mlm ni.

Dan jauh sudut hati aku juga gementar. Aku dari pukul 5ptg jadi tak keruan memikirkan apa yang perlu aku kongsikan. jika sebelum ini bersama adik2 aku boleh  main taram bagi bahan apa2, tapi tidak utk mlm ni. Di hadapan aku adalah mereka yang pernah disentuh tarbiyah dan fikrah.

Aku taknak dipandang sebagai murobbiyah, taknak dipandang sebagai kakak usrah.

Aku mahu dipandang sebagai kawan, sebagai sahabat yang saling mengingatkan seperti yang aku katakan dalam Surah Al-Asr.

Aku ingin merasai seperti itu dan maaf sehingga aku lupa utk menutup majlis kerana asyik dgn pertemuan kita mlm ni.

Aku harap kita semua istiqamah di jalanNya dan diberi kekuatan oleh Allah utk melalui kehidupan yg mencabar terutama detik ini.

Aku sayang korang sebab Allah. Serius.