Wednesday, January 13, 2016

BANGKIT

"semoga Allah meredhainya...."



"Ko dah sombong. Kenapa lama x tegur aku? Dah lupa aku ke?" Persoalan dari seorang lelaki yang pernah aku jatuh hati akhirnya terpacul dari whatsappnya. Aku dah agak dah soklan ni mesti keluar punya akhirnya.

Lama aku mendiamkn diri. Diam sehingga mematikn hubungan persahabatan yg ktorg bina selama ini.

Lama aku termenung. Memikirkn apa yg perlu aku reply. Nak ikutkn hati, mmg je aku nak reply

"Mana ada weyh. Hp aku masuk virus. Semua number hilang termasuk number ko. Tu yg tak contact ko(aku tipu je). Pastu standard la last sem byk keje lab n fyp kena buat. Sori la bz lately"

Tapi aku tahan diri ni dari taip. Aku tahan aku utk sambung perbualan tu. Sebab hati aku tahu, end up aku akan x keruan dan x tenang.

Ini prinsip aku dan aku cuba takkan langgar prinsip ni lagi walaupun aku akui aku kadang2 gagal.



"Kawan boleh jadi kekasih tetapi kekasih tak boleh jadi kawan"

Cliche ayat ni. Bersepah aku jumpa org share kt internet. Kejadian awal tahun di mana dia memberitahu 'kita kawan dan mana tahu perasaan tu cinta tu bleh develop thru our relationship' aku masih ingat. Persepsi tu lagi cliche nak mati. Walhal jauh kat sudut hati aku dah macam org gila suka kat dia. Bodoh sebab aku biarkn diri aku suka dia dan layan hubungan kawan ni. Kalau dia anggap benda ni as kawan, dia ingat aku mampu nak anggap macam dia. Demmit. Aku manusia.

"Jangan jadi bodoh. Hubungan ni akan end up sampai mana? Tak jamin pun akan bahagia akhirnya. Kawan? Boleh ke kawan after ko sendiri dah ada perasaan dan dia sendiri pun mungkin ada? Cuma dia belum bersedia dan mengharapkn hubungan kawan ini menjadi rapat. Ini bukan cerita fairytales yang endingnya hero dan heroinnya kahwin bahagia. Ni cerita manusia yang realitinya ada mcm2 dugaan kat tengahnya. Mana pergi prinsip ko dulu? Yang ko pertahankn? Ko sendiri buat dan sendiri sengsara dan menangis lepas ko jalankn prinsip tu? Prinsip yg ubah hidup ko dulu. Mana? Mana prinsip ko yang kononnya ko janji ko cari cinta Allah dan rasul dulu dan tak nak libatkn diri dalam benda2 mcm ni? Adakah ko dah lupa sebab dah lama?"

Aku monolog.

Jauh sudut hati aku struggle dalam diri.

"Kalau betul dia suka ko, dia mesti matang utk approach ko dgn baik. Bincang baik2 n nak jumpa family. Bukan dgn cara mcm ni yg heret ko masuk neraka!" Aku tegas pada diri.

Lama aku termenung dlm diri walau diri buat2 sibuk depan rumate baca facebook, mkn aiskrim, baca paper, tapi aku tak boleh deny yang aku masih ada unfinished problem.

"Ko dah taknak kawan aku? Ke ko skrg tgh depressed? Mind to share? Mana taw bleh tolong." aku baca whatsapp dari dia yg baru dia hantar kali ke2 asbab aku tak reply yang pertama.

"Kawan?" aku senyum senget.

Aku beranikan diri utk membalas. Aku harap dia faham kalau aku jelaskn isu kawan antara aku dan dia yang sebenarnya bagi aku bukanlah kawan rapat pun. Sekali gus dia faham kenapa aku menyepikn diri terlalu lama.

"Ko ingat macam mana kita kenal mula2 dan jumpa?" Aku bls.

"Ingat je. Awal tahun lepas kt badminton court sebab kak Siti. Time tu ko n kak siti tiba2 tegur aku dan kawan2 aku sebab korg berdua nak join court kitorg skali sbb yg lain dah penuh. Start situ kita kenal dan jadi kawan." jwbnya pnjg lebar.

"Bila last time kita jumpa as kawan?"soklan kedua aku bagi.

"Bulan lepas? Hari terakhir kak siti kt UTP before graduate, last dia nk badminton sama2 kan?" dia bertanya kembali inginkn kepastian.

"Haaa.betul la tu. Dan ko nampak tak persamaan kedua-dua pertemuan tu? Kita berkawan sebab ada kak Siti. Kita jumpa sebab ada kak Siti. Dan bila kak siti dah takde, kita tak pernah jumpa langsung dan skrg ni plak aku pun dah tak main badminton sbb xde partner. Kita sendiri yang sandarkn hubungan kawan ni dgn kak siti. dan bila dia dah pergi, aku rasa dia dah bawa skali hubungan ni. Ko pun aku yakin mesti segan nak jumpa aku. Ko pernah lepak dgn aku? Tak pernah kan. Ko pernah study dgn aku? Tak pernah. In fact, kita kenal thru whatsapp n kat ats court je. How come kita bleh declare kawan rapat?"whatsapp aku taip panjang lebar.

Aku terus taip apa yang terbuku di dada. Biarlah dia nak cakap apa, aku mmg jenis cakap lepas. Dia nak sakit hati, itu masalah hati dia yg sensitif. Yang penting dia pun kena tahu yg hati aku pun sakit sbb bnda ni.


"Kawan rapat adalah kawan yang ada dgn aku time aku susah dan senang. Bukan yg thru whatsapp je atau just atas court. Aku taknk tipu diri sendiri. Sebab nnti aku sendiri yg sedih. In fact since this relationship dah ada masuk feeling, aku tak rasa kita patut teruskn kalau kita tak bersedia. Ya, kita dah bincangkn benda ni dulu dan kita setuju utk put this thing aside for awhile. tp smpai bila? Aku boleh berlakon jadi kawan ko, tp aku tak boleh tipu diri aku. Dan utk berurusan dgn ko tnpa urusan yg perlu, hanya ats tiket 'kawan' aku tak mampu teruskan lagi. Sorry sebab lama aku menyepi. Tapi aku rasa lebih tenang mcm ni. We still can be fren huh? Senyum and say 'hi' klu terserempak should be fine aku rasa." Aku explain panjang lebar. Lantak la dia faham ke tak.

Lama aku tunggu balasan dari dia. Mungkin dia blur atau pelik. Mampuslah. Banyak keje lagi aku nak settle dari pikir pasal dia. Ye, aku pun tak leh nafikn yg nak lupakn dia bukan senang.



"Okey. aku paham. Sorry aku tak sangka sampai jadi macam ni." jawab dia lepas sejam.

Dan semua itu tinggal kenangan. Kenangan utk aku mengorak langkah lebih baik masa depan.

"Kuatkn hati wahai diri. Jangan jatuh lagi." pesan aku pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment