Sunday, March 8, 2015

PETROLEUM GEOSCIENCE: 5 THINGS TO PONDER!

"semoga Allah meredhainya...."

    Petroleum Geoscience (PGS) atau belajar geology  dan major dalam petroleum, lebih kurang sama je subjeknya.

    Ada yang bertanya pada aku,






    Kebanyakan yang bertanya memang taw course ni wujud dan dorg taw daripada family atau pak cik mak cik dorang yang kerja kt Oil and Gas. Kerjaya sebagai geologist memang menjanjikan gaji yang tinggi. Starting saja dah lebh kurang RM5000. Tu paling rendah la gaji kalau keje kt local n tak gi offshore semua. Kalau dah lama keje, gaji lebih RM10,000 tu biasa la. Memang masyuk. Tu aku tak nafikan.

    Drilling supervisor ni more to Petroleum Engineering tp geologist pun bleh apply klu power.


    Masa mula2 aku dapat, aku pun tak tahu ni course pasal apa bila parents aku tnya. Yang aku tahu aku dpt scholar petronas utk buat course ni kt UTP dan tu je. Takde sorang pun dalam family aku yang taw prospect kerja ni kelak melainkn dorg galakkan aku amik je la walaupun time tu aku dapat offer Medic and Biotech kt oversea.  Myb sbb ramai yang pikir lepas blja kt UTP, dpt kerja Petronas apatah lagi dpt scholar Petronas. Sangkaan yang meleset sebenarnya.



    Bila aku tulis psl PGS kt dlm blog ni, ramai junior yang tnya n PM aku kt fb utk tnya persoalan2 kat ats tadi. Tapi xde orang yang tanya aku apa cabaran untuk course ni.

    So, aku rasa better aku bagitahu apa cabarannya supaya dapat org2 kt luar sana pikir masak2 sebelum ambil jurusan ni.

  1. BELAJAR SEPERTI ENGINEERING, TAPI GRADUATE IN TECHNOLOGY

  2. Jika di UTP, ada 3 courses je yg technology, PGS, ICT and BIS. Tp yang pelik bin ajaib ialah structure academic utk PGS lebih prone to engineering. Maksudnya? Course PGS kt UTP memerlukan anda belajar beberapa subjek mcm engineering terutama subjek matematik. Ordinary Differention Equation, Calculus, Vector Calculus and Probability Statisctics antara subjek yang kena amik. Sebab course PGS bila final year ada Seismic dan basin dan yg blaja matematik ni sume pakai kt seismic.



    Aku amik Basin dan more to fossil, so mmg tak la aku nk apply matematik tu sume. Tapi nk wat cmne, kena la blaja dan aku pun bukannya terror math pun. Time aku dapat ODE dan Vector gred C time final, aku mmg rasa kalau based on logic, aku mesti gagal utk subjek Probability n Statistic sem depan. Sebb subjek tu mmg susah giler. Tp alhamdulillah, aku dapat gred C, sujud syukur weyh aku, lulus. Mcm aku cakap, aku bukan pandai sgt math ni, so bila killer subjek tu still give me mercy, mmg aku nak nangis gembira. Dan itulah kali terakhir aku pegang buku math yakni pada tahun ke-2 UTP, dan baki 2 tahun lagi aku focus on Geology je. So, kalau korang rasa course ni senang sbb takde calculation, mmg tak la.

  3. BACA, BACA DAN BACA

  4. Course PGS jugak memerlukan anda RAJIN MEMBACA. Serius. Aku taw memang kena taw process environment yang berlaku, dan benda ni mmg basic wajib taw. Nama batu yang mcm2 jenis, bentuk, warna, ciri-ciri, apa yg dia akan jadi after kena heat n temperature, environment yg related, byk la kena ingat dalam geology ni. Subjek Sedimentology, Carbonate, Basin, antara benda yang kena banyak baca. Aku ingat lagi time satu kelas Sedimentology je, lecturer masuk kelas bg lecture pastu bg RESEARCH PAPER utk revise. Bygkan berapa byk research paper lepas habis sem n nk exam? Pastu final plak soklan based on research paper yang tak taw mana satu. Sangat pening, dengan tak faham lagi.

    So dulu mmg hafal membabi buta jela. Jgn tnya aku maksud apa, mmg aku tak faham. In fact, GEOLOGIST MUST BE LEARNED FROM FIELDTRIP! Tp disebabkan silibus yang tak mengizinkn plus with management mybe, tak byk fieldtrip leh buat. So blaja facts je la, hafal teori. Beza kalau kat oversea, member aku cite, dorang mmg gi fieldtrip, siap kena, makan gigit lagi batu tu! Simpan batu as personal collection lagi. Tp aku pun tak salahkan UTP, sbb geology kt UTP kena diverge dgn seismic (major bisnes in PGS), so byk kena play with software plak! So disebabkan benda ni la aku rasa average student PGS ada 40-50% fundamental Geology and 50-60% taw psl software. So, disebabkn kurang praktikal (atau mungkin student tak taw pentingnya praktikal tu n fiedltrip, bila fieldtrip gi selfie dgn member mcm gi vacation.Eh.), maka perlu utk baca mcm2 buku geology n hafal segala mcm benda. Klu jenis mls membaca, susah la sket nk survive dlm course ni.

  5. COURSE SPESIFIC!

  6. Kebaikan course ni berbanding yg lain, course ni dah specific kepada petroleum, so memang hebat lah sebab dah own by the oil n gas company. Hello, PETROLEUM GEOSCIENCE kottt. Nk sebut kt member atau pak cik yang duk key ell tu bleh la show off betapa awesomenya nama course ni tp bila sebut kat mak cik dan sedara kt kg, mampus dorang tak faham. End up ko cakap kt dorang ko blaja geology je la. Haha.

    Course PGS ni mmg design utk budak2 masuk dalam oil n gas company. Klu blaja geology kt UM atau UKM, dia light la sket sbb general tak spesific to Petroleum. So nak tak nak, course PGS memang kena biasa la dgn terms oil n gas sbb dah mmg matlamat utama nk CARI BATU ADA MINYAK! Tu je. Kalau geologist biasa, dorg myb utk LOMBONG (MINING), utk construction NAK BUILD APA2 KT TANAH SESWAI, nk MAPPING utk tengok keluasan kawasan sesuai ke tak dan lain2. Kalau rasa diri ni cepat bosan dalam sesuatu benda dlm tempoh yg lama, better pikir dlu kalau nk amik course ni. Sebab mmg dr blaja sampai kerja, dalam oil n gas industry je.

  7. INTERNSHIP N JOB: STRUGGLE N LUCK!

  8. Yang ni paling stress la aku rasa dlm PGS ni. Sifir nya mudah, PGS mmg kena masuk oil n gas company, so bila intern, tak ramai company oil n gas nk amik budak intern. Budak kelas dah la dalam 30++, senior yg intern pun tak abes lagi, company oil n gas utk yg service geologist plak tak banyak. Ada yg kena masuk company kecik, tu okey lagi klu related dgn oil n gas. Tp klu dh x dpt offer terpaksa la masuk Jabatan Mineral, Geo-Park Langkawi n lain2 tempat yg relate dgn Oil n Gas tp related dgn geology je.



    Time batch aku yg 28 orang tu je pun dah susah giler nk masuk intern. Nasib baik ada lecturer yang tolong sangat2 kitorg. Dia call sume member dia kt company n 'paksa' terima kitorg. Jasamu dikenang Sir Zuhar. Course PGS n PE (Petroleum Engineering) mmg plg susah la nk masuk intern. Tak macam ICT/BIS leh masuk mana2 company. Company jual baju pun boleh. Member aku Chemical Engineering intern kt kilang makanan n minuman pun takde hal. Yang Electrical o Mechanical Engineering, x dpt intern kt company minyk, intern kt company kete, moto o mesin kilang pun takde masalah. Tp klu PGS, or PE mmg stress la nk cari tempat intern atau keje. Tak senang. Susah. Kalau ko jenis yg mmg power, genius n DL setiap sem tu mmg okey la, ada tempat, tp klu biasa2 mcm aku ni, mmg kena doa2 byk2 pd Allah la selain kena usaha.

  9. YOU ARE IN HOT SOUP WHEN THE OIL PRICE GOING DOWN!



  10. HAHA. Ni paling evil la. Aku memang tgh mengalami krisis ni. Krisis ni start bila senior atas aku graduate. Memang sakit la. Time tu aku final year mmg dah sedih la. So bila dah graduate ni mmg tak put high hope utk dpt kerja for this time. Aku mmg la hope the best, tp kena gak prepare the worst thing to happen. So, cam aku cakap, ko dah own by the oil n gas industry, so takleh nk lari ke bidang lain bila industry ni going down. Just pray n hope the oil price akan naik balik.

     Bila oil price turun, byk company downsizing project dorg sbb buat apa nak buat project kalau tak untung kan? So byk staff kena buang sebb dorg nk cut cost n ramai la menganggur. Mimpi ngeri susah dpt placement time intern dlu berulang kembali bila nk cari keje. In fact bila korang scholar petronas, mmg tak keruan la hidup pas graduate tu. Kenapa? Sbb graduate petronas mmg tak leh nk apply keje kt mana2 company sebelum dia panggil ko interview. Dah interview ko kena tunggu dpt recommended ke tak. Klu tak recommended, ko bleh job hunter gi company lain, kalau ko recommended kena tunggu 6 bulan plak tu dpt placement. Penantian tu mmg penyiksaan, tp nk buat cmne ko dah amik duit dia n sign agreement semua.


     Company lain mmg tak amik budak petronas sbb takut nnti dah kerja beberapa bulan gi cabut kena panggil dgn petronas. Kena la terimaaa.huhu. Member aku petronas scholar belajar kt France tunggu setahun Petronas panggil , yg senior aku plak dah recommended n akhir bulan ni klu tak panggil kerja gak mmg kira petronas release la dia. Kesian kan. Perasaan mcm orang nk kawen dgn ko pastu cancel. Haha.

    So, ini je kot perkongsian ringkas aku. Aku just nk share je la realiti yang kena hadapi bila belajar course ni. Duduk umah mengganggur bukanlah suatu benda yg seronok walaupun org yg dah keje ckp kt aku 'enjoy the free time!" sbb bagi aku , nikmat cuti tu terasa bila sibuk dalam kehidupan.

    Ayah aku pun pernah je terlepas ckp kt aku,

    'hantar belajar pandai2, last2 takde kerja buat apa!'

    Memang la aku tacing sbb bukan salah aku pun company tak panggil keje, oil price down jadi sume. Tapi pikir2 balik biasa la orang tua tak faham apa yg terjadi, aku pasrah je la.

    So, planning aku sekarang ni utk sambung master sbb mmg cite2 aku nk jadi lecturer. Alhamdulillah aku kerja part time jd freelance writer n member aku offer jd accountant kt Sekolah Al-Hidayah Seri Iskandar in case aku sambung master kt utp nnti. insyaAllah.

    Hidup ni memang penuh cabaran dan dugaan. Semua course, sama ada belajar kat Universiti atau kat mana2 sekalipun, tak lari dgn masalah. Yang sama ialah, apa2 yg jadi kita kembali pada Allah.

    So bila mak aku tnya aku,

    "okey ke adik masuk UTP amik PGS?"

    Jwpn jujur aku "kalau kita kaya takpe la. Tp kita ni sederhana n perlu kerja segera lepas graduate. Blaja la selain PGS atau PE. tp takleh deny klu dapat gaji tu mmg lumayan, cuma biasa la, benda best mmg risiko tinggi."

    Apepun, kalau niat kita baik, niat belajar kerana Allah n nak sumbangkan pada ummat, belajar la apapun, insyaAllah Dia akan mudahkan. :)




1 comment:

  1. Perkongsian yg baik. Aku tgh amek PE kt Canada. Harap harga minyak stabil balik in 3 years. Time tu pun baru graduate. Harap harap. InsyaAllah

    ReplyDelete