Wednesday, October 14, 2015

USAH PUTUS ASA

"semoga Allah meredhainya...."

Aku masih mencari
Mencari diri yg tersembunyi
Entah apa yang aku mahukan
Di lubuk kotaraya ini

Aku stress
Aku tertekan
Aku menangis
Aku lari
Dan aku masih mencari

Cari dan cari
Apa erti semua ini
Andai bahagia yang aku mahukan
Masih tidak kesampaian

Cari dan cari
Aku berharap
Allah memberi aku kekuatan
Untuk mencari diri yang hilang
Mencari Dia yang mungkin aku lupakan

Esok masih ada
Jika Dia masih beri peluang
Esok cuaca pasti terang
Walau kadang badai hujan bertandang

Teruskan perjuangan
Menjadi khalifah dan abid
Usah putus asa
Usah mengalah
Kerna daie itu pantang menyerah
Tidak akan berhenti
Kecuali yang menjemput itu mati.

Ezan, I love you so much.
Try your best. Have faith and believe you can do it!

-yourself-